Post by Rahmatan fil alami on Sept 11, 2006 2:34:03 GMT -1
Abu Hurairah kumpul 5,374 sabda Rasulullah
ABU Hurairah adalah orang yang paling banyak meriwayatkan sabda daripada Rasulullah SAW iaitu sebanyak 5,374 hadis. Lebih menakjubkan beliau hanya sempat bergaul dengan Baginda dalam masa yang singkat iaitu tidak lebih empat tahun.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan Abu Hurairah berjaya meriwayatkan begitu banyak hadis. Antaranya:
:)l Berkat doa Rasulullah SAW untuk beliau supaya Allah memberikannya ilmu pengetahuan yang banyak, mudah menghafal dan tidak lupa.
:)l Beliau sangat tekun menghadiri majlis Rasulullah SAW dan perjumpaan dengan sahabat. Beliau sanggup menemui mana-mana sahabat untuk mengambil hadis daripada mereka.
:)l Beliau berusaha bersungguh-sungguh menyebarkan hadis kepada orang ramai.
Abu Hurairah adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah.
Namanya sebelum memeluk Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat masyhur menyebut namanya Abd Syams. Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy.
Abu Hurairah yang berasal daripada kabilah al-Dusi di Yaman memeluk Islam pada tahun tujuh Hijrah ketika Rasulullah SAW berangkat ke Khaibar.
Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan terus menetap di Yaman.
Rasulullah SAW menamakan beliau dengan Abdul Rahman. Bagaimanapun, Baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!"
Dilahirkan di Yaman dalam sebuah keluarga fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibunya. Selepas memeluk Islam, Abu Hurairah sedih kerana ibunya tidak mahu menerima agama suci itu, malah menghina Nabi SAW.
Abu Hurairah bertemu Rasulullah SAW dan meminta Baginda berdoa supaya ibunya memeluk Islam. Kemudian Abu Hurairah menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.
Gelaran Abu Hurairah diberikan kepadanya kerana kegemarannya bermain anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah bertemu Rasulullah SAW, beliau ditanya apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila beliau menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya, lantas digelar Abu Hurairah oleh Rasulullah SAW. Sejak itu, beliau lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.
Beliau juga dikenali sebagai salah seorang ahli shuffah iaitu orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal di laman masjid.
Disebabkan beliau begitu rapat dengan Nabi SAW, Baginda selalu menyuruh Abu Hurairah mengumpulkan ahli shuffah, jika ada makanan yang hendak dibahagi-bahagikan.
Abu Hurairah meriwayatkan banyak hadis kerana sentiasa berdamping dengan Rasulullah SAW selama tiga tahun selepas memeluk Islam. Ia seperti diriwayatkan olehnya, maksudnya: "...sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan urusan mereka di pasar dan orang Ansar pula sibuk bekerja di ladang mereka, sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama Rasulullah `Ala Mil'i Batni. Aku hadir di majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa." (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Pada mulanya Abu Hurairah mempunyai ingatan yang lemah. Beliau mengadu masalah itu kepada Rasulullah SAW. Baginda mendoakan agar Abu Hurairah diberkati dengan daya ingatan kuat.
Sejak itu, Abu Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan kuat yang membolehkan beliau meriwayatkan jumlah hadis terbanyak di kalangan sahabat.
Abu Hurairah walaupun papa pada mulanya, beliau dipinang oleh majikannya yang kaya untuk puterinya, Bisrah binti Gazwan.
Ia menunjukkan Islam mengubah pandangan seseorang daripada membezakan kelas kepada menyanjung keimanan.
Abu Hurairah dipandang mulia kerana kealiman dan kesalihannya. Peri laku Islami memuliakannya, lebih daripada kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang darjat dan kekayaan sebagai ukuran mulia.
Sejak bernikah, Abu Hurairah membahagikan malamnya kepada tiga bahagian iaitu untuk membaca al-Quran, tidur dan keluarga serta menghafal hadis.
Pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian, Abu Hurairah dilantik menjadi gabenor di Madinah. Begitupun, jawatan itu tidak sedikit pun mempengaruhi kewarakan dan ketakwaannya. Malah, beliau sentiasa berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada waktu malam.
Beliau terlalu sukakan ilmu, malah gembira jika ilmu itu turut dipelajari orang lain. Kecintaan terhadap ilmu menyebabkan beliau sanggup ke pasar di Madinah untuk bertemu orang ramai, sambil berkata: "Kamu duduk di sini, sedangkan pusaka Nabi SAW dibahagi-bahagikan di masjid, apakah halangan kamu?"
Mendengar kata-kata itu orang ramai terus ke masjid. Mereka mendapati tidak ada apa-apa yang berlaku di sana kecuali orang yang mendirikan sembahyang, membaca kitab suci al-Quran dan orang yang duduk dalam majlis pengajian ilmu.
Mereka hairan, Abu Hurairah kemudian berkata kepada mereka: "Itulah pusaka Nabi SAW."
Ketika harta semakin banyak dan kebaikan melimpah ruah serta harta rampasan perang sentiasa dapat diraih hasil daripada pembukaan kawasan Islam, kehidupan Abu Hurairah berubah.
Beliau mula memiliki harta, rumah, kekayaan, isteri dan anak.
Begitu pun, kecintaan beliau terhadap ilmu, tawaduk, kerajinan melakukan ibadat, kesungguhan dan ketaatan beliau terhadap ajaran Islam, sedikit pun tidak berubah.
Abu Hurairah sering menyebut: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, aku berhijrah dalam keadaan miskin, aku pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan dengan bayaran sekadar cukup untuk mengisi perut.
"Aku membantu orang ramai ketika mereka turun dari haiwan tunggangan dan aku mengangkat barangan mereka ketika mereka menunggang.
"Lalu Allah mengahwinkan aku dengannya (iaitu Bisrah binti Ghazwan). Oleh demikian, segala puji bagi Allah yang menjadikan agama dapat berdiri tegak dan menjadikan Abu Hurairah sebagai seorang pemimpin."
Beliau dan keluarganya tetap hidup sederhana walaupun selepas menjadi orang berada.
Abu Hurairah suka bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah untuk pembantunya.