Post by Ali on Sept 8, 2006 13:24:20 GMT -1
Himpunan Al Quran dan Hadis akhir Zaman yang saya telah baca
BAGI SAYA INGIN SAYA CATATKAN KEMBALI BEBERAPA HADIS TENTANG AKHIR ZAMAN YANG SAYA PERNAH BACA :
MOGA KITA RENUNG-RENUNGKAN DAN PESAN PESANKAN
AKHIR ZAMAN :-
Abu Hurairah r.a meriwayatkan lagi bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda
“Akan datang satu zaman ke atas manusia di mana seseorang itu tidak akan lagi menghiraukan terhadap apa yang didapatinya sama ada dari jalan yang halal ataupun yang haram”
Riwayat al Bukhari.
Barang siapa mengakui tiga hal , namun tidak bersih dari tiga hal bererti dia tertipu, Pertama mengaku manisnya zikir sedangkan masih cintakan dunia, kedua mengaku ikhlas beramal tetapi suka penghormatan manusia kepadanya, ketiga mengaku cinta kepada Al Khaliknya, tetapi masih menurut nafsunya,
Rasululah pernah bersabda
Ertinya “ Akan datang atas umatku di mana mereka menyukai (5) lima hal dan melupakan (5) lima hal. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat, Mereka suka kepada harta sehingga lupakan hari hisab, mereka cintakan makhluk sehingga lupakan Khaliknya, Mereka suka berdoa tetapi lupa bertaubat dan mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur”
Pernah Mansur bin Amar menasihati seorang pemuda “ Wahai pemuda janganlah engkau tertipu oleh mudamu, bertapa banyak anak muda melambat-lambatkan taubat lalu apabila maut datang dia lupa taubat. Apabila di dalam kubur seluruh anak isteri dan keluarganya bahkan hartanya tidak berguna lagi. Sebagaimana Allah berfirman
Maksudnya “ Pada hari dimana harta dan anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah (mati) ( dengan hati yang selamat (membawa iman /taubat)
Asy Syurah :88-89
Mukasyafah al Qulub by.Imam Ghazali. m/s 40
Ibnu Abbas ra berkata “Solat dua rakaat dengan khusyuk adalah lebih baik dari solat sepanjang malam tetapi hati lalai”
Nabi S.A.W bersabda
Ertinya “ Akan tiba di akhir zaman di mana umatku datang ke masjid mereka membincangkan hal dunia. Jangan engkau ikuti mereka. Allah tidak memerlukan mereka.
Mukasyafah Al Qulub Imam Gahzali ms56
Rasululah S.A.W bersabda dalam suatu hadis yang dirawikan oleh Ma’qal Bin Yassir
Sabdanya “ Akan datang kepada manusia zaman di mana Al-Quran dijadikan seperti pakaian dikenakan pada badan para pemimpin. Semua urusan mereka didasarkan tamak, tidak ada lagi perasaan takut kepada Allah, jika salah seorang dari mereka bersikap baik, berkata “Allah menerimaku” dan jika dia berbuat jahat, dia berkata “Allah akan mengampuniku” Maka mereka telah meletakkan tamak, tempat kauf (Takut) akibat kebodohan mereka terhadap ancaman-ancaman Al-Quran dan ayat-ayat di dalamnya
Mukasyafah Al Qulub Imam Ghazali ms 348
Rasullah bersabda
“ Di akhir zaman akan ada orang-orang yang bodoh dan ulama-ulama fasik”
Mukasyafa al Qulub Imam Ghazali ms 356
Rasulullah bersabda
“Pada akhir zaman, umatku datang ke masjid duduk berkelompok-kelompok,yang mereka ingat hanya dunia dan cinta dunia. Maka jangan kau hampiri mereka. Allah tidak memerlukan mereka.”
Dari Ali ra dia berkata
Aku dengar Rasulullah S.A.W bersabda
Ertinya “Akan datang kaum di akhir zaman panjang umur tetapi sedikit akal. Mereka akan membicarakan tentang kebaikan hanya sebatas kerongkong dan keluar dari agama bagai panah meluncur dari busarnya
Mukasyafah Al Qulub-Imam Al Ghazali ms 60.