Post by midan on Sept 25, 2007 4:17:12 GMT -1
Kelmarin, sekali lagi isu PTPTN dibicarakan di dalam Utusan Malaysia. Kali ini mengisahkan penyelesaian yang diambil oleh pihak PTPTN supaya para peminjam dapat membayar balik pinjaman tersebut. Apa yang mereka lakukan kali ini ialah pihak PTPTN akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan majikan peminjam PTPTN. Mereka akan menolak terus bayaran tersebut daripada gaji bulanan, dianggarkan sejumlah RM200.00 setiap bulan bermula pada tahun 2010. Setakat ini bilangan peminjam yang sebahagian besarnya adalah bekas mahasiswa/mahasiswi yang mematuhi arahan untuk membayar semula pinjaman tersebut adalah 25% daripada jumlah keseluruhannya.
Sekilas imbas,
Pada ketika para pelajar peringkat matrikulasi/pusat asasi hampir menamatkan pengajian mereka, pada ketika itu PTPTN akan mengadakan iklan atau hadir terus ke kampus untuk membuka kaunter-kaunter pinjaman bergerak mereka. Adakah pelajar-pelajar ini menyedari kesan dan akibatnya jika gagal? Dan jikapun taklimat sudah diberikan, adakah mereka benar-benar faham apakah kesan ‘muflis’ dan ‘disenarai hitamkan’. Amat kasihan jika kita dapat memikirkan keadaan pelajar-pelajar muda ini yang terdesak dan kesuntukan masa untuk mendapatkan penajaan kewangan. Apalagi jika mereka daripada daripada golongan kurang mampu dan keputusan akhir pengajian matrikulasi/Asasi tidak melepasi syarat untuk mendapat biasiswa daripada Petronas/Esso/Shell/TM/Proton /PNB.....dsb. Maka mereka ‘terpaksa’ mengambil juga pinjaman PTPN.
Isu PTPTN yang lalu:
1. 18 April 2007– Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 395 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman sehingga 31 Mac 2007 lalu
2. Nama-nama mereka ini telah dimasukkan ke dalam rekod Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan Bris Information Services Sdn. Bhd. (BRIS) yang menyebabkan mereka tidak boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan [BH 02/02/07].
3. Penyiaran nama 1,249 pelajar yang gagal melunaskan hutang menerusi beberapa akhbar tempatan [UM 28/03/06], menolak permohonan pinjaman pelajaran anak bagi mereka yang belum melunaskan hutang, dan memutuskan akan melarang 16,000 peminjam ke luar negara melalui Jabatan Imigresen sebagai langkah terakhir jika peminjam tidak menghiraukan notis, surat peringatan dan tindakan mahkamah. [BH 22/04/06].
4. Sehingga tahun berakhir 2005, PTPTN hanya berjaya mengutip 48.9% atau RM191.8 juta daripada RM391.9 juta yang diberikan kepada 265,611 peminjam. Jumlah tertunggak adalah RM200.1 juta [BH 22/04/06].
5. Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata jumlah kutipan itu belum mencukupi bagi mengisi semula dana PTPTN untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar lain [UM 11/04/06].
Sebenarnya masih banyak lagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengan PTPTN ini, tetapi sehingga hari ini ianya masih belum dapat diselesaikan dengan baik. Ini terbukti apabila ianya dibangkitkan semula dengan penyelesaian baru supaya peminjam membayar semula pinjaman tersebut. Bilakah masalah ini akan selesai? Siapakah yang dipersalahkan dalam masalah ini? Aturan manakah yang kita terapkan sehingga ianya menjadi isu hangat suatu hari dahulu sehingga kini? Sedangkan sepatutnya jika benar kita menyelesaikannya dengan aturan Islam, mengapa ianya sehingga saat ini masih berlarutan? Di manakah silapnya aturan tersebut atau ianya satu aturan yang keliru dan tidak berlandaskan kepada Islam?