Post by super on Apr 27, 2007 3:20:44 GMT -1
Jawatan Khalifah tidak menjadi rebutan
Contoh Bermuzakarah orang-orang yang beriman
Rasulullah SAW memegang dua jawatan, pertama menyampaikan kewajiban sebagai utusan Allah. Kedua sebagai ketua kaum muslimin. Kewajiban pertama telah selesai setelah Beliau wafat, tetapi kewajiban kedua perlulah disambung oleh yang lain, kerana umat Islam tidak dapat diurusi kalau mereka tiada pemimpin. Sebab itu perlulah melantik seorang Khalifah (pengganti).Sebelum Rasulullah dikebumikan, timbul beberapa pendapat untuk calon melantik Khalifah.
Pendapat Pertama
Bahagian Pertama, Jawatan Khalifah diantara kaum keluarga yang terdekat iaitu Ali bin Abu Talib, Aqil Bin Abu Talib (Keduanya Sepupu Nabi SAW), dan Abbas bin Abdul Mutalib (Bapa saudara Nabi SAW). Kelebihan Ali daripada Aqil kerana dia menantu Nabi SAW dan kelebihan Abbas ialah dia waris yang paling dekat kepada Beliau. Maksudnya, jika sekiranya baginda tiada meninggalkan anak dan isteri, maka Abbas itulah yang akan menjadi ‘ashabah (waris yang menerima harta).
Pendapat kedua, para sahabat yang karib dengan Rasulullah SAW.
Pendapat Ketiga, Golongan orang-orang Ansar. Terdiri daripada Aus dan Khazraj.
Setelah Rasulullah SAW wafat, berkumpullah ketua-ketua kaum di sebuah balairung di bani Sa’idah. Dengan maksud mereka untuk melantik Saad bin Ubadah, selaku ketua kaum Ansar ketika itu.
Saad berpidato kepada mereka menganjurkan bagaimana keutamaan dan kemuliaan kaum Ansar, terutama membela Rasulullah SAW dan mempertahankan agama Islam. Sehingga memperolehi gelaran Ansar, bererti Pembela. Perkataannya itu sangat mendapat perhatian dari hadirin, semuanya setuju.
Tetapi salah seorang daripada mereka diantara mereka bertanya,”Bagaimana kalau saudara kita daripada orang Quraisy tidak setuju dan sekiranya mereka kemukakan alasan
bahawa merekalah kaum kerabat dan Sahabat Karib, apa jawaban kita?”
Seorang Orang Ansar menjawab,” Kalau mereka tidak setuju, lebih baik kita lantik amir (ketua) dari pihak kita (golongan Ansar) dan mereka lantik Amir bagi pihak mereka (kaum Quraisy)”.
Sa’ad membantah keras pendapat itu sambil berkata,”Itulah pangkal kelemahan”.
Berita bermuzakarah itu pantas disampaikan kepada orang-orang Muhajirin. Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah dan lain-lain,lekas pergi ke Bani Sa’idah.
Lalu Abu Bakar berpidato,” Allah Swt telah memilih Muhammad SAW menjadi RasulNya, membawa petunjuk dan kebenaran. Maka diserukannya kita kepada Islam. Kamilah kaum Muhajirin yang mula-mula memeluk Islam, kamilah keluarga Rasulullah SAW dan kamilah pula suatu kabilah yang boleh dikatakan menjadi pusat perhubungan semua kabilah di tanah Arab ini, tidak ada satu kabilahpun yang tidak ada perhubungannya dengan kami. Dan kamulah hanya satu-satunya kabilah yang membela dan menolong kami, kamulah wazir-wazir besar kami didalam pekerjaan besar agama ini dan wazir Rasulullah SAW. Kamulah saudara kandung kami di bawah pelindungan Kitabullah, kamu berkongsi dengan kami dalam agama ini, baik waktu senang mahupun diwaktu susah. Demi Allah, tidak ada kebaikan yang kami dapati, melainkan segala kebaikan itu yang kamu tanamkan. Kamulah orang yang paling kami cintai, paling kami muliakan dan orang-orang yang paling patut takluk kepada kehendak Allah mengikuti akan suruhanNya.
Janganlah kamu dengki kepada saudara kamu daripada kaum muhajirin, sebab kamulah sejak dahulunya orang yang telah sudi menderita susah lantaran membela kami. Saya percaya sungguh, bahawa haluan kamu belum berubah kepada kami, kamu masih tetap cintai kaum Muhajirin. Saya percaya sungguh, bahawa nikmat yang telah dilebihkan Tuhan kepada Muhajirin ini tidak akan kamu kejarkan. Saya percaya sungguh bahawa kamu tidaklah dengki atas ini. Sekarang saya serukan kamu memilih salah seorang daripada yang berdua ini, iaitu Abu Ubaidah ataupun Umar, keduanya saya percaya sanggup memikulnya dan keduanya memang ahlinya”
Setelah selesai Abu Bakar berpidato, maka berdirilah Khabbab bin Al Munzir, lalu beliau berpidato pula,
“ Wahai orang Ansar, berpegang teguhlah hakmu, seluruh manusia dipihakmu dan membelamu, seorangpun tidak ada yang akan berani melangkahi hakmu, tidak ada diteruskan orang suatu perkerjaan, kalau kamu tak campur didalam. Kamu ahli perang dan kemuliaan, kaya dan gagah perkasa. Orang tidak akan melangkah ke muka sebelum melihat gerak kamu. Kamu jangan berpecah, supaya maksud kita jangan terhalang. Kalau mereka tidak hendak memperhatikan juga, biarlah mereka beramir sendiri (bagi kaum Muhajirin)dan kita beramir sendiri (bagi Kaum Ansar)”
Mendengar itu, Umar lalu menyambung berbicara,”Jangan, jangan itu sekali-kali disebut. Tidak dapat berhimpun dua kepala dalam satu kekuasaan”.
Khabbab berdiri kembali,”Wahai sekelian orang Ansar, Berpegang teguhlah hakmu, jangan berundur, jangan dengar percakapan orang ini, kelak terlepas hakmu nanti”.
Dengan tenang, Abu Ubaidah tampil dan berkata,” Wahai kaum Ansar, Ingatlah bahawa kamulah yang mula-mula menjadi pembela dan penolong, maka janganlah kamu mula-mula menjadi pemecahan dan penukar”
Dengan tangkas, Basyir bin Saad tampil dan berkata,”Wahai kaum Ansar, demi Allah, kita mempunyai kelebihan dan keutamaan didalam perjuangan yang telah ditempuhi oleh agama ini. Tetapi ingatlah, pekerjaan besar itu kita kerjakan bukanlah lantaran mengharap yang lain, hanyalah semata-mata mengharapkan Keredhaan Allah dan taat kepada Nabi kita, untuk penunjukkan diri kita masing-masing kepada Tuhan!, Sebab itu tidaklah patut kita memanjangkan mulut menyebut-nyebut jasa itu untuk kepentingan dunia. Ingatlah bahawa Allah telah memberi kita kemuliaan dan pertolongan bukan sedikit. Ingat pula bahawa Muhammad SAW itu jelas daripada Quraisy, kaumnya lebih berhak menjadi penggantinya untuk mengepalai kita. Demi Allah, saya tidak mendapat satu jalan untuk menentang mereka. Takutilah kepada Allah, jangan bertingkah dengan saudara-saudara kita Muhajirin, jangan berselisih”
Majlis tenang seketika. Kemudian Abu Bakar kembali berkata, “Ini ada Abu Ubaidah dan Umar, pilihlah diantara keduanya yang kamu sukai dan berbai’atlah”
Dengan serentak, Abu Ubaidah dan Umar membantah,”Tidak, Demi Allah, kami tidak akan mahu menerima pekerjaan besar (Khalifah) ini selama engkau (Abu Bakar) masih ada, engkaulah orang Muhajirin yang lebih utama, engkaulah berdua saja dengan Rasulullah di dalam gua ketika berhijrah. Engkau yang ditetapkan menjadi gantinya sembahyang ketika Rasulullah sedang sakit,ingatlah bahawa sembahyang itu seutama-utama agama orang Islam. Siapakah yang akan melangkahimu dan memegang jawatan khalifah ini?. Tadahkan tanganmu, kami hendak membai’atkan engkau”.
Lalu Umar mengambil tangan Abu Bakar dan membai’atnya, setelah itu diikuti oleh Abu Ubaidah dan Basyir bin Said. Kemudian Saad Bin Ubadah dan semua kaum Ansar membai’at Abu Bakar sebagai Khalifah.
Adapun, ramai pihak berduyun-duyun membai’at Abu Bakar, Bani Hasyim tidak mengelak diri lagi, apalagi setelah mereka mengerti bahawa Khalifah itu bukanlah urusan keluarga tetapi urusan siapakah yang paling mulia disisi Nabi, padahal Bani Hasyim mengakui keutamaan Abu Bakar menjadi wakil Rasulullah SAW bersembahyang di waktu Baginda sakit. Ali R.a sendiri membai’at setelah wafatnya isterinya Fatimah.
Petikan diambil daripada Sejarah Umat Islam.