Post by super on Apr 25, 2007 10:36:33 GMT -1
KHALIFAH
Khalifah adalah ketua daulah (ra'is ad-dawlah) dimana daulah adalah wilayah kesatuan bagi negara-negara (bilad) umat Islam. Penunjukkan wujudnya sebuah daulah Islam itu adalah dengan terlantiknya seorang khalifah melalui pembai'atan umat muslim kepada seorang calon Khalifah. Manakala Khilafah pula adalah nama yang menunjukkan wujudnya sebuah pemerintahan (politik) Islam yang bersempadankan suatu wilayah yang disebut tadi, daulah Islamiyyah. Secara umumnya, Khalifah adalah ketua/kepala bagi Khilafah. Beliau mewakili umat dalam kekuasaan dan pelaksanaan syara'. Syeikh Taqiuddin An-Nabhani mendefinisikan Khilafah sebagai kepemimpinan umum untuk seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum syara' dan mengembang dakwah Islam ke seluruh dunia.
SYARAT-SYARAT KHALIFAH
Seorang khalifah wajib memenuhi tujuh (7) syarat agar dia boleh memegang tampuk kekhilafahan, juga agar bai'at terhadap pengangkatan jabatan kekhilafahannya dapat diberikan. Tujuh syarat tersebut adalah syarat sahnya pengangkatan seorang khalifah (syurutul in'iqad). Apabila salah satu dari ketujuh syarat ini kurang, maka jabatan kekhilafahan ini tidak dapat diberikan. Selain itu, terdapat syarat afdalliyyah ( keelokkan / kemolekan ) bagi perlantikan seorang Khalifah yang tidak dapat menasakh 7 syarat sah yang disebutkan.
SYARAT IN'IQAD
Pertama, muslim. Kerana itu, khilafah secara mutlak tidak boleh diberikan kepada orang kafir. Dan hukum mentaati orang kafir itu tidak wajib. Kerana Allah SWT. berfirman:
"Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang mukmin." (Q.S. An Nisa': 141)
Pemerintahan (kekuasaan) adalah jalan yang paling kuat bagi seorang hakim (penguasa) untuk memaksa rakyatnya. Ditambah pernyataan Allah dengan menggunakan "Lan" yang biasa dipergunakan untuk menyatakan penafian selama-lamanya (nafyut ta'bid) itu boleh menjadi indikasi (qarinah) tentang adanya larangan terhadap orang kafir untuk memimpin pemerintahan kaum muslimin, baik untuk menjadi khalifah mahupun yang lain, maka semuanya tadi merupakan larangan yang tegas dan pasti (nahyan jaziman). Dan selama Allah mengharamkan orang-orang kafir untuk memiliki jalan agar boleh menguasai kaum muslimin, maka hukumnya haram bagi kaum muslimin untuk menjadikan orang kafir menjadi penguasa mereka.
Disamping itu, khalifah esensinya merupakan seorang waliyul amri, sedangkan Allah mensyaratkan agar waliyul amri kaum muslimin itu adalah seorang muslim. Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri dari kamu sekalian." (Q.S. An Nisa': 59)
"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka." (Q.S. An Nisa': 83)
Kata ulil amri tidak pernah disebut di dalam Al Qur'an, kecuali selalu disertai indikasi agar mereka adalah kaum muslimin. Hal ini menunjukkan bahawa waliyul amri disyaratkan wajib orang Islam. Kalau khalifah merupakan waliyul amri, dimana dia juga boleh mengangkat waliyul amri yang lain, seperti para mu'awin, wali dan para amil, maka orang yang diangkat oleh khalifah itu disyaratkan wajib orang Islam.
Kedua, laki-laki. Maka, wanita tidak boleh menjadi khalifah. Dengan kata lain, khalifah wajib laki-laki. Dia tidak boleh seorang wanita. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar yang mengatakan: " Sungguh Allah SWT. telah memberiku manfaat --dari kata-kata yang pernah kudengar dari Rasulullah SAW-- pada saat perang Jamal, setelah semula hampir saja aku mengikuti tentara Jamal (yang dipimpin oleh Aisyah yang mengenderai unta) dan berperang di pihak mereka". Lalu ia melanjutkan: "Ketika sampai berita kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi telah mengangkat puteri Kaisar sebagai ratu, maka beliau bersabda:
"Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan kekuasaan (pemerintahan) mereka kepada seorang wanita."
Ikhbar (pemberitahuan) Rasulullah dengan menafikan keberuntungan pada orang yang menyerahkan kekuasaan mereka kepada seorang wanita adalah larangan terhadap kepemimpinan wanita. Sebab pernyataan tersebut merupakan shiyagut thalab (bentuk-bentuk perintah). Ditambah pemberitahuan tersebut merupakan pemberitahuan yang berisi celaan (adz dzam) kepada mereka yang menyerahkan kekuasaannya kepada seorang wanita, dengan cara menafikan keberuntungan pada mereka, maka hal itu dapat dijadikan indikasi (qarinah) bahawa celaan tersebut merupakan larangan yang pasti dan tegas. Sehingga larangan mengangkat seorang wanita untuk jabatan kekuasaan di sini disertai dengan indikasi yang menunjukkan tuntutan meninggalkan perbuatan tersebut secara pasti. Jadi, mengangkat seorang wanita sebagai penguasa adalah haram. Yang dimaksud dengan larangan mengangkat seorang wanita menjadi penguasa di sini adalah menduduki jabatan khilafah dan jabatan-jabatan kekuasaan di bawahnya. Sebab, yang dibicarakan di sini adalah pengangkatan puteri Kaisar sebagai ratu yang berkuasa. Jadi persoalannya adalah khusus persoalan pemerintahan, bukan khusus mengenai kejadian diangkatnya puteri Kaisar saja, tetapi bukan bererti umum mencakup segala hal. Oleh kerana itu, larangan ini tidak mencakup hal-hal lain selain pemerintahan.
Ketiga, baligh. Tidak boleh anak-anak diangkat menjadi khalifah. Sebab ada riwayat dari Ali Bin Abi Thalib ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Telah diangkat pena (tidak dibebankan hukum) atas orang yang tidur hingga bangun, atas seorang anak kecil hingga baligh, dan orang gila sampai akalnya kembali."
Dan siapa saja yang diangkat pena dari dirinya, dengan sendirinya tidak sah untuk mengurusi perkaranya. Kerana menurut syara', dia tidak dibebani hukum (ghairu mukallaf). Jadi, dia tidak sah menjadi khalifah, ataupun menjadi pejabat yang memiliki autoriti kekuasaan, kerana dia tidak mampu mengatur kekuasaan. Dalil lainnya adalah bahawa Rasulullah SAW pernah menolak seorang anak yang hendak membai'at beliau. Iaitu ketika Rasulullah SAW menolak bai'at Abdullah Bin Hisyam dan beliau memberikan alasan kerana ia masih kecil. Sabda beliau kepada ibunya:
"Dia masih kecil." kemudian beliau mengusap-usap kepalanya dan mendo'akannya. Jika bai'at tidak boleh diberikan oleh anak kecil dan anak kecil itu tidak boleh membai'at orang lain sebagai khalifah, maka lebih tidak boleh lagi kalau dia dibai'at menjadi khalifah.
Keempat, berakal. Tidak sah orang gila menjadi khalifah berdasarkan sabda Nabi SAW:

Siapa saja yang diangkat pena dari dirinya, maka dia tidak termasuk seorang mukallaf. Kerana akal menjadi manath (tempat) pembebanan hukum dan menjadi syarat sahnya mengatur berbagai urusan. Sedangkan tugas seorang khalifah adalah mengatur urusan pemerintahan dan melaksanakan perintah-perintah syara', maka tidak sah kalau khalifah itu orang gila. Sebab orang gila tidak boleh untuk mengurusi urusan dirinya sendiri, apalagi mengurusi urusan orang lain. Kerana itu, lebih tidak sah lagi apabila orang gila mengurusi urusan orang lain dengan menjadi khalifah.
Kelima, adil, iaitu orang yang konsisten dalam menjalankan agamanya (bertakwa dan menjaga muru'ah). Jadi tidak sah orang fasik diangkat menjadi seorang khalifah. Adil adalah syarat yang wajib dipenuhi untuk pengangkatan khilafah serta keberlangsungan akad pengangkatannya. Sebab, Allah SWT. telah mensyaratkan pada seorang saksi dengan syarat 'adalah (adil). Allah berfirman:
"Hendaknya menjadi saksi dua orang yang adil dari kamu sekalian." (Q.S. At Thalaq: 2)
Kedudukan seorang khalifah tentu saja lebih tinggi daripada seorang saksi. Kerana itu, tentu lebih utama dia memiliki syarat adil. Sebab kalau kepada seorang saksi saja ditetapkan syarat adil, apalagi kalau syarat itu untuk seorang khalifah.
Keenam, merdeka. Seorang hamba sahaya tidak sah menjadi khalifah, kerana dia adalah milik tuannya sehingga dia tidak memiliki autoriti untuk mengatur, bahkan terhadap dirinya sendiri. Dengan demikian, dia tidak layak untuk mengurusi orang lain, apalagi menjadi penguasa atas manusia.
Ketujuh, mampu melaksanakan amanat khilafah. Sebab hal ini termasuk syarat yang dituntut oleh bai'at. Jadi, tidak sah bai'at kepada seseorang yang tidak sanggup untuk mengemban urusan umat (amanat khilafah) berdasarkan kitab dan sunah. Kerana berdasarkan kitab dan sunah inilah dia dibai'at.
SYARAT AFDHALIYYAH
Inilah syarat-syarat yang mengesahkan terwujudnya akad khilafah. Selain ketujuh syarat ini tidak ada syarat lain yang layak dijadikan syarat 'in'iqad, meskipun mungkin saja menjadi syuruth afdhaliyyat (syarat-syarat keutamaan). Syarat afdhaliyyah ini boleh ditetapkan jika didukung oleh nas-nas yang sahih atau termasuk kategori hukum yang ditetapkan dengan nas yang sahih pula. Hal itu kerana syarat-syarat terwujudnya akad khilafah untuk seorang khalifah itu wajib memiliki dalil yang mengandung tuntutan yang tegas yang mengisyaratkan wajibnya syarat tersebut. Oleh kerana itu, jika suatu dalil tidak mengandung perintah yang tegas, maka persyaratan itu akan menjadi syarat afdhaliyah, bukan syarat in'iqad (syarat sahnya akad khilafah). Dan tidak terdapat satu dalil pun yang menunjukkan perintah tegas selain tujuh syarat ini. Oleh kerana itu, tujuh syarat ini sajalah yang menjadi syarat sahnya akad khilafah. Selain tujuh syarat itu hanya menjadi syarat afdhaliyah semata.
Atas dasar ini, untuk pengesahan akad khilafah tidak disyaratkan bahawa seorang khalifah wajib seorang mujtahid. Sebab dalam hal ini tidak ada nas yang sahih. Juga, kerana tugas khalifah adalah tugas pemerintahan, yakni pelaksana hukum semata. Tugas ini tidak mengharuskan melakukan ijtihad, sebab dia boleh bertanya dan bertaklid pada seorang mujtahid, serta mentabanni (mengadopsi) hukum-hukum berdasarkan taklidnya. Jadi, tidak ada kewajiban seorang khalifah wajib mujtahid. Namun, memang lebih utama kalau dia seorang mujtahid. Kalaupun dia bukan seorang mujtahid, maka akad pengangkatannya sebagai khalifah tetap sah.
Demikian pula tidak disyaratkan bahawa seorang khalifah wajib seorang yang pemberani dan politikus ulung yang hebat dalam mengatur urusan rakyat dan kepentingan- kepentingan lain. Sebab tidak ada hadis sahih yang menjelaskan hal itu. Syarat tersebut juga tidak termasuk dalam hukum syara' yang menjadikannya sebagai syarat in'iqad, walaupun yang lebih utama khalifah adalah orang yang pemberani dan seorang politikus ulung.
Seorang khalifah juga tidak disyaratkan wajib seorang keturunan Quraisy. Sementara hadis yang diriwayatkan oleh Mu'awiyah bahawasanya beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya urusan kekuasaan ini di tangan orang Quraisy, siapa saja yang memusuhi mereka pastilah Allah akan membuatnya jatuh tersungkur, selama mereka masih menegakkan (hukum-hukum) agama ini".
Atau hadis riwayat Ibnu Umar yang berkata: "Rasulullah SAW bersabda:
"Kekuasaan ini selalu berada di Quraisy, selama masih ada dua orang diantara mereka ".
Hadis-hadis ini serta hadis-hadis yang serupa --dari hadis-hadis yang sah sanadnya sampai kepada Rasulullah tentang pemerintahan yang diberikan kepada Quraisy-- adalah hadis-hadis yang berbentuk ikhbar (berita) dan tidak ada satu pun diantaranya yang berbentuk thalab (perintah). Bentuk ikhbar (berita) walaupun mengandung pengertian tuntutan (thalab), tetapi tidak dianggap tuntutan secara pasti selama tidak didasari dengan suatu qarinah (indikasi) yang menunjukkan penegasan. Sementara hadis-hadis yang ada tentang masalah tersebut tidak disertai qarinah apapun. Dengan demikian maka hadis-hadis di atas menunjukkan perintah sunnah, bukan wajib. Kesimpulannya persyaratan Quraisy itu sebagai syarat keutamaan, bukan syarat terwujudnya akad khalifah.
Adapun sabda Nabi SAW dalam hadis :
"...siapa saja yang memusuhi mereka, maka Allah akan membuatnya jatuh tersungkur.. .".
adalah nas yang bermakna lain, iaitu larangan memusuhi mereka, bukan sebagai penguat sabda Nabi "inna hadzal amru fii quraisy"
(sesungguhnya urusan kekuasaan ini ada pada orang Quraisy). Hadis ini hanya menunjukkan adanya urusan kekuasaan di tangan Quraisy dan larangan memusuhi mereka. Juga, kata Quraisy adalah ism (sebutan) dan bukan sifat. Dalam istilah ushul fiqih disebut laqab (julukan atau sebutan). Mafhum ism atau mafhum laqab sama sekali tidak boleh dijadikan dasar suatu perbuatan, kerana ism atau laqab itu tidak memiliki mafhum. Oleh kerana itu, nas tentang Quraisy tidak mempunyai pengertian bahawa pemerintahan tidak boleh diberikan kepada orang selain Quraisy.
Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan: "Sesungguhnya urusan kekuasaan ini ditangan orang Quraisy" dan "Urusan pemerintahan selalu ditangan Quraisy" tidak bererti bahawa kekuasaan tidak boleh berada ditangan orang selain Quraisy. Tidak pula bahawa kekuasaan selalu berada di tangan Quraisy itu bererti melarang selain mereka. Tetapi maksud nas tersebut adalah bahawa kekuasaan berada di kalangan orang-orang Quraisy dan dibenarkan pula berada pada selain mereka. Jadi, nas tentang Quraisy tidak mencegah munculnya pemimpin selain dari kalangan mereka dalam urusan kekhilafahan. Dengan demikian, syarat quraisy adalah syarat keutamaan bukan syarat sah terwujudnya akad pengangkatan khilafah.
Rasulullah SAW sendiri pernah mengangkat Abdullah Bin Rawahah, Zaid bin Haritsah, dan Usamah Bin Zaid menjadi amir. Padahal mereka bukan orang Quraisy. Jadi Rasulullah pernah mengangkat orang non Quraisy menjadi amir. Kata "Hadzal amru" bererti "wilayatul amri", iaitu pemerintahan secara umum, bukan khusus ditujukan kepada khalifah saja. Jadi tindakan Rasulullah mengangkat orang selain Quraisy itu menjadi dalil autoriti memerintah tidak terbatas di kalangan Quraisy saja dan tidak terlarang bagi selain mereka. Lagi pula, Imam Bukhari pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Dengarlah dan taatilah oleh kalian, sekalipun yang memerintah kalian adalah seorang budak hitam, sampai pun kepalanya dipenuhi bisul".
Sedangkan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Dzar yang berkata:
"Kekasihku (Nabi SAW) telah mewasiatkan kepadaku agar aku mendengarkan dan mentaati (pemimpin) sekalipun dia seorang budak yang cacat anggota tubuhnya."
Dalam riwayat lain:
"Jika dikuasakan kepada kalian seorang hamba yang cacat lagi hitam, lalu dia memimpin kalian dengan Kitabullah, maka dengar dan taatlah kalian kepadanya".
Hadis-hadis ini merupakan nas yang jelas tentang kebolehan seorang budak hitam menjadi pemimpin kaum muslimin. Sehingga hadis ini dapat dijadikan dalil bahawa khilafah atau Wilayatul Amri dapat dipegang oleh orang-orang yang bukan Quraisy, bahkan sekalipun bukan orang Arab. Jadi hadis-hadis tentang Quraisy di atas hanya menyebut sebahagian dari orang-orang yang berhak menjadi khalifah, demi menunjukkan keutamaan mereka, namun bukan bererti khalifah dibatasi pada mereka saja dan tidak boleh selain mereka.
Demikian pula tidak disyaratkan bahawa khalifah wajib keturunan Bani Hasyim atau keturunan Ali, kerana telah terbukti bahawa Nabi SAW pernah mengangkat pemimpin yang bukan dari Bani Hasyim atau keturunan Ali ra. Pada saat perang Tabuk beliau mengangkat Muhammad Bin Maslamah untuk memimpin Madinah, padahal dia bukan dari Bani Hasyim ataupun keturunan Ali. Beliau juga pernah mengangkat Mu'ad Bin Jabal dan Amr bin Ash sebagai amir di Yaman, padahal mereka berdua bukan dari Bani Hasyim maupun keturunan Ali. Terbukti pula secara pasti bahawa kaum muslimin telah membai'at Abu Bakar, Umar, dan Ustman, dimana Ali termasuk orang yang membai'at ketiga khalifah tersebut, padahal mereka semua bukan berasal dari Bani Hasyim. Dan para sahabat juga tidak mengingkari bai'at tersebut, sehingga terjadilah ijma' sahabat tentang sahnya pengangkatan khalifah selain Bani Hasyim dan Bani Ali. Termasuk berijma' dalam hal ini ialah Ali, Abbas dan seluruh Bani Hasyim.
Adapun hadis-hadis yang berhubungan dengan keutamaan Ali dan Ahlul Bait adalah sekadar menunjukkan keutamaan mereka, bukan menunjukkan persyaratan bahawa khalifah wajib dari kalangan mereka.
Dengan demikian, jelaslah bahawa tidak terdapat suatu dalil pun yang menunjukkan persyaratan sahnya khalifah kecuali tujuh syarat di atas. Selain itu kalaupun dalilnya dianggap benar, maka maknanya hanyalah bersifat afdhaliyah. Yang diminta oleh syara' hanyalah syarat sah pengangkatan khalifah (in'iqad) pada seseorang yang menjadi kandidat khalifah. Selain syarat tersebut, akan disampaikan kepada kaum muslimin agar mereka dapat memilih calon khalifah yang lebih utama. Namun, siapa saja yang dipilih oleh kaum muslimin akad khalifahnya sah jika memenuhi syarat in'iqad (sah pengangkatan) khalifah, walaupun tidak memenuhi syarat-syarat lain ( syurutul afdhaliyah).
Namun tidak bermakna suatu apa pun jika syarat-syarat Khalifah yang dinyatakan itu ada/wujud pada majoriti kaum muslimin hari ini tetapi usaha untuk mengembalikan kekuasaan itu kepada seorang daripada mereka tidak dijalankan. Dan sanggupkah kita untuk menanggung dosa kesan dari ancaman Allah SWT mengenai hidup tanpa Khalifah ?
[4.59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Serta cukupkah sekadar kita penuhkan ilmu dan pengetahuan kita setelah membaca artikel ini tanpa bangkit merealisasikan tujuan tersebut (bai'at) ?
Abdullah bin Umar meriwayatkan, Aku mendengar Rasulullah mengatakan, "Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa alasan (hujjah). Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tak ada bai'ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah." [HR. Muslim 2/136]
Wassalam