Post by jamaluddin on Apr 13, 2007 1:59:13 GMT -1
Kejinya Rasuah Menurut Islam
Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah’. Walhal kedua-duanya jelas berbeza. Upah (ujrah) diperolehi sebagai imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu yang sewajibnya dilakukan. Ujrah (upah) memerlukan penyempurnaan aqad ijarah (pekerjaan) dan perlu ada ajir (pekerja) dan musta’jir (majikan). Sedangkan rasuah adalah imbalan atas terlaksananya pekerjaan tertentu yang wajib dilaksanakan (oleh orang yang bertanggungjawab) tanpa sepatutnya mendapat imbalan apapun dari orang yang dipenuhi kepentingannya (sipemberi rasuah). Orang yang memberi rasuah disebut rasyi, sedangkan yang menerimanya disebut murtasyi, sementara perantara (orang tengah) di antara mereka berdua disebut raisy.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur’an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Dan janganlah ada di antara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain dengan jalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalian mengetahui (hal itu)” [TMQ Al Baqarah (2):188].
Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah di dalam urusan pemerintahan”. At-Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis serupa berasal dari Abdullah bin ‘Amr, bahawasanya Rasulullah bersabda, “Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah”. Hadis lain mengenai hal ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazar dan Al-Hakim, berasal dari Tsuban yang mengatakan, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah, dan orang yang menyaksikannya.” Abu Dawud juga meriwayatkan, “Barang siapa yang kami berikan tugas untuk melakukan suatu pekerjaan dan kepadanya telah kami beri rezeki (imbalan gaji), maka apa yang diambil olehnya selain itu adalah kecurangan.”
Ada juga rasuah yang diberikan oleh seseorang dengan maksud agar orang itu tidak menjalankan tugas yang menjadi kewajibannya. Perkara ini ditentang oleh sahabat Rasulullah dengan tegas. Di dalam sebuah riwayat dari Sulaiman bin Yassar, disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
“Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,” Abdullah menjawab, ”Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, “Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!” [Imam Malik, Al Muwattha’:1450].
Bentuk lain yang diharamkan sebagaimana rasuah adalah hadiah/hibah. Islam melarang harta kekayaan yang diperolehi secara tidak sah oleh golongan pemerintah, penguasa dan kakitangan negara. Iaitu larangan pegawai/kakitangan menerima hadiah, di mana hadiah itu bermaksud apa-apa sahaja yang diberikan kepada pemerintah, penguasa atau kakitangannya sebagai suatu pemberian. Berbeza dengan rasuah, hadiah adalah apa-apa sahaja yang diberikan oleh seseorang kepada orang/pihak yang mempunyai kepentingan, bukan sebagai imbalan kerana terpenuhinya kepentingan tertentu, namun orang yang diberi hadiah itu adalah orang yang pada hakikatnya mempunyai kekuasaan (atau pengaruh) untuk menyelesaikan kepentingan tersebut, dengan harapan dia (orang yang mempunyai kekuasaan/pengaruh) itu akan dapat menyelesaikan atau memenuhi kepentingan tertentu pada saat yang diperlukan (oleh sipemberi hadiah).
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur”
. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abi Humaid As-Saidi yang mengatakan, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengangkat seorang lelaki dari bani Asad kerana kejujurannya, sebahagian mengatakan (orang tersebut) adalah Ibnu Utaibiyah. Ketika dia datang mengadap Rasulullah, ia berkata, ‘(harta) ini aku serahkan kepadamu, sedangkan ini adalah hadiah yang diberikan orang kepadaku.’ Baginda kemudian berdiri di atas mimbar, memuji dan mengagungkan Allah, lalu bersabda (kepada orang ramai): Bagaimanakah keadaan seorang petugas yang aku utus, lalu salah seorang datang mengadap kepadaku dengan mengatakan, ’Ini adalah harta untuk anda, dan ini (harta) yang dihadiahkan kepadaku’. Apakah tidak sebaiknya dia duduk sahaja di rumah ayah atau ibunya, lalu (lihat) apakah hadiah itu akan diberikan kepadanya atau tidak? Demi Zat yang jiwaku di dalam genggamanNya, tidak akan ia membawa sesuatu pun melainkan di Hari Kiamat nanti, ia akan memikul (kesalahan) di atas pundaknya.
Hadis di atas menunjukkan bahawa hadiah/hibah umumnya diberikan kepada pegawai tertentu kerana jawatannya. Sekiranya dia tidak menjawat jawatannya itu, sudah tentu hadiah/hibah tidak sampai kepadanya atau dengan kata lain tidak akan diberikan kepadanya. Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram. Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta’zir. Ta’zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan.
kesimpulannya
Wahai kaum Muslimin! Jika kita menelusuri kisah Khalifah yang diredhai Allah, kita akan mendapati bahawa mereka benar-benar menunaikan amanah mereka. Khalifah Umar Al-Khattab radiAllahu ‘anhu contohnya, di dalam mengawasi perbuatan curang pegawainya, beliau menghitung harta mereka di awal jawatannya sebagai pegawai Daulah, kemudian menghitungkannya semula di akhir jawatannya. Jika terdapat pertambahan harta yang tidak munasabah dengan pendapatan pegawai tersebut, maka Umar radiAllahu ‘anhu memerintahkan untuk ia menyerahkan lebihan harta kepada Baitul Mal. Khalifah Umar telah menyelesaikan masalah harta kekayaan yang tidak munasabah jumlahnya yang diperolehi oleh penguasa Bahrain, Mesir dan Kufah pada zaman pemerintahannya. Inilah bentuk ‘pengisytiharan harta’ ke atas pegawainya yang dilakukan oleh Khalifah Allah ini di dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua negara.
Wahai kaum Muslimin! Sekarang ini kita tidak lagi diperintah oleh pemimpin yang takutkan Allah. Tidak ada lagi pemimpin yang bertakwa seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Utsman Ibnu Affan dan Ali Ibnu Abi Thalib karramallahu wajhah. Saudaraku, kita selalu berdoa agar Allah menjadikan bagi kita pemimpin-pemimpin yang bertakwa (wa ja’alna lilmuttaqina imama). Malangnya, sebahagian dari kita tidak memahami dan ada yang langsung tidak mempraktikkan apa yang didoakan. Mereka berdoa agar Allah memberi mereka pemimpin yang bertakwa, tetapi pada masa yang sama mereka hanya berdiam diri melihat para pemimpin yang melanggar hukum Allah, yang tidak menerapkan Islam. Mereka terus berdoa dan pada masa yang sama mereka berpeluk tubuh dan redha dengan sistem kufur yang diterapkan ke atas mereka. Mereka langsung tidak berani menegur pemimpin, apatah lagi menukar pemimpin, malah sebahagian dari mereka turut bersekongkol dengan para pemimpin ini kerana manfaat dunia yang dapat mereka raih darinya. Lalu (kerana sokongan inilah) para pemimpin ini terus memegang kekuasaan dengan kelalaian dan lupa akan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka dengan itu, kita menyaksikan mereka ini terlibat dengan rasuah, penipuan, penyelewengan kuasa, skandal seks dan banyak kekejian lain lagi.
Subhanallah! La haula wa la quwwata illa billah! Ya Allah! Apakah yang telah berlaku? Mereka ini adalah golongan yang di bahu mereka terdapat amanah atas pekerjaan mereka, tetapi mereka sedikit pun tidak menunjukkan ketakutan mereka kepadaMu ya Allah? Ya Rabb! Sampai bilakah Engkau akan mengizinkan mereka ini memegang kekuasaan? Masukkanlah ketakutan dalam diri mereka akan azabMu yang amat pedih, yang dengan itu mereka lalu akan bertaubat dan bertakwa kepadaMu ya Rabbal Izzati! Jika tidak demikian, Engkau balaslah mereka dengan balasan yang setimpal wahai Zat Yang Maha Membalas. Ya Allah! Engkau gantilah mereka dan kurniakanlah kepada kami para pemimpin yang takut kepadaMu. Ya Allah! Datangkanlah kepada kami seorang KhalifahMu yang benar-benar bertakwa dan akan menegakkan agamaMu. Sesungguhnya hanya kepadaMu kami memohon dan hanya kepadaMulah kami berlindung. Amin ya Rabbal ‘Alamin.