Post by super on Feb 18, 2007 4:36:50 GMT -1
Askar TSN dapat pujian Inggeris
ASKAR Timbalan Setia Negeri (TSN) Johor ditubuhkan pada 1886 selepas Almarhum Sultan Abu Bakar menandatangani `Perjanjian Setia' pada 11 Disember 1885 di London yang antara kandungannya mengakui Johor sebagai negeri merdeka dan wakil kerajaan Inggeris perlu sentiasa membantu Johor jika diserang atau menerima gangguan luar.
Bagaimanapun, Almarhum Sultan Abu Bakar tetap waspada dan sebaik kembali ke Johor, baginda berusaha mengadakan kawalan sendiri daripada sebarang kejadian tidak diingini tanpa meminta bantuan Gabenor Negeri-Negeri Selat dengan memilih 60 pemuda untuk menganggotai pasukan dinamakan Timbalan Setia Negeri.
Baginda kemudian menjadikan TSN sebagai pasukan askar manakala askar berketurunan Sepoy Kabul pula menganggotai pasukan meriam dengan kedua-dua pasukan itu diperintah Kapten Newlan.
Pada 1895, Tunku Mahkota Johor, Almarhum Sultan Ibrahim yang menjadi Leftenan TSN dilantik menjadi Sultan Johor menggantikan ayahandanya. Beliau kemudian menguat dan membesarkan TSN dengan membawa dua pegawai British untuk menguat dan membesarkan TSN.
TSN terus berkembang dan mendapat pujian Kerajaan Inggeris termasuk Pemerintah Tentera Malaya, Mejar Jeneral Stephenson bersama Sir Ian Hamilton yang melawat Johor Bahru pada 23 November 1913.
TSN juga diberi kepercayaan tentera British untuk mengawal beberapa pulau di sekitar Singapura iaitu Pulau Berani dan Belakang Mati sejak 1915 hingga 1918.
Pasukan itu mula mendapat perhatian apabila mampu mengawal keadaan selepas sekumpulan 50 askar India berpaling tadah dengan melepaskan sekumpulan tahanan tentera Jerman ketika Perang Dunia Pertama pada 15 Februari 1915.
Berikutan itu, Almarhum Sultan Ibrahim mendapat pengiktirafan ‘Pahlawan British’ dengan gelaran Sir apabila dianugerahkan bintang GCMG (Knight Grand Cross Of The Order Of St Michael And St George) kerana jasa baginda membantu Kerajaan Inggeris pada 1917 sebelum dianugerahkan Darjah KBE (Knight Grand Cross Of The Order Of The British Empire) pada 1918.
Ketika Perang Dunia Kedua bermula, baginda menyusun kembali TSN dengan menambah bilangan askar serta memilih tiga pegawai kadet iaitu (Tan Sri) Ibrahim Ismail, (Tun) Hussein Onn dan Ungku Ahmad Ab Rahman untuk menjalani latihan di luar negeri pada 1941.
Dengan penghantaran pegawai kadet ini pada 19 Julai 1941, bermulalah hubungan ATSN dengan Tentera India apabila ketiga-tiga pegawai kadet itu mengikuti Kursus Pegawai Kadet Kumpulan Kedua di Akademi Pegawai Tentera Dehradun, India.
Ungku Ahmad menerima jawatan Mejar manakala Hussein dan Ibrahim menerima jawatan Kapten. Bagi anggota ATSN lain, menerima latihan daripada pegawai tentera British yang didatangkan dari Singapura.
Tiga pegawai yang dihantar ke Dehradun, India juga berpeluang berjuang bersama tentera Inggeris dalam Perang Dunia Kedua di Eropah sehingga mendapat pengiktirafan Kerajaan Inggeris apabila anugerah bintang MBE diberikan kepada Mejar Ibrahim dan Kapten Hussein manakala Mejar Ungku Ahmad mendapat perkenan Almarhum Sultan Ibrahim untuk mengetuai TSN.
Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan kemudian menjadi Malaysia, TSN terus berkhidmat dalam pelbagai lapangan dengan menjalankan upacara seperti barisan kehormatan, mengiringi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Tunku Ampuan Mariam, Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan lain-lain.
Sumber: Berita Harian, 7 Feb 2007
------------
Dengan kisah cubaan membebaskan 300 orang Jerman tahanan perang kepada orang British, kerana ketaatan Askar Melayu kepada Khilafah Uthmaniyah berlaku pada 15 Februari 1915.
Dan banyak lagi kisah sejarah yang disembunyikan di
gooku1.fotopages.com/?entry=1080397&back=http://gooku1.fotopages.com/?page=0
P/s: Klik pada kotak foto, untuk dibesarkan (Zoom In)
Diantara yang menarik hubungan Erat Sultan Abu Bakar (Sultan Johor) dengan
Khilafah Uthmaniyyah serta pakaian rasmi Baginda ada hubungan
ataupun pengaruh dengan Khilafah Uthmaniyyah.