Post by khalid bin lukman on Sept 23, 2006 9:29:44 GMT -1
Dunia di ambang perpecahan jika PBB terus leka
Oleh M Thillinadan(Berita harian-23,09,2006)
SEPERTI dijangka Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-61 yang berlangsung di New York sejak Isnin lalu, menjadi medan perang mulut tiga ketua negara dari tiga benua berasingan.
Di satu pihak, Presiden Amerika Syarkat, George W Bush dan di pihak lagi Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Presiden Venezuela, Hugo Chavez. Bagi Bush dan rakyat Amerika, kedua-dua pemimpin itu ‘musuh’ selain Fidel Castro yang tidak hadir kerana sakit. Sejak awal lagi, media Amerika sudah memperbesar-besarkan kehadiran tiga pemimpin itu dan usaha dibuat Rumah Putih untuk memastikan mereka tidak dibenarkan menemui pemimpin mereka supaya ‘Bush tidak berada dalam keadaan serba salah’ seperti terjadi kepada bekas Presiden Bill Clinton apabila Castro berjabat tangannya dengannya pada perhimpunan PBB 2000.
Bush dalam ucapannya pada hari pertama membelasah Ahmadinejad seperti disangka supaya membatalkan program uranium didakwa untuk membuat senjata nuklear atau hadapi sekatan ekonomi selepas tarikh akhir 31 Ogos yang diberikan Majlis Keselamatan untuk berbuat demikian sudah berakhir.
Beliau menggunakan ucapan itu untuk memberitahu rakyat Iran, Amerika tidak membantah program nuklear Iran asalkan ia untuk keamanan dan juga bukan anti-Islam seperti didakwa pemimpin mereka serta meminta membuat pilihan sama ada menyokong Ahmadinejad yang disifatkannya bahaya atau kebebasan dan keamanan.
Ahmadinejad dalam ucapannya kira-kira tujuh jam selepas Bush berkata, program nuklear negaranya adalah ‘telus, untuk keamanan dan dipantau pengawas senjata antarabangsa’ dan menafikan dakwaan Amerika. Kedua-dua pemimpin itu walaupun berada di bandar raya sama selama tiga hari, mereka tidak bertemu. Ketika ucapan Bush, Ahmadinejad tidak hadir, manakala ketika ucapan Presiden Iran itu, Bush juga tidak hadir.
Pentadbiran Bush mengadakan majlis makan malam untuk ketua negara ketika Ahmadinejad berucap pada perhimpunan agung dan pastinya beliau tidak dijemput ke majlis itu, walaupun menurut Rumah Putih adalah menjadi tradisi bagi Presiden Amerika mengadakan jamuan pada hari pertama perhimpunan. Ahmadinejad juga tidak hadir pada jamuan tengah hari diadakan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan, satu kejayaan bagi pentadbiran Bush yang sudah merancangnya dari awal lagi.
Dalam pada itu, hari kedua perhimpunan itu, 192 ketua negara dan kerajaan digemparkan dengan ucapan Chavez yang melabel Bush sebagai ‘syaitan’.
“Semalam, syaitan itu datang ke sini...dan bau belerang masih di sini,” kata Chavez ketika berucap merujuk kepada Bush yang berucap sehari sebelumnya. Rumah Putih ketika diminta reaksi berkata: “Ucapannya tidak layak diberi komen”.
Akibatnya perang mulut antara mereka, pelbagai isu dunia termasuk kemusnahan Lubnan, penderitaan Palestin, keselamatan di Iraq, Afghanistan dan perang saudara di Darfur seolah-olah tidak diberikan perhatian, walaupun ia mendapat perhatian Annan dan pemimpin lain termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Abdullah dalam ucapannya secara terbuka memberitahu, dunia kini dalam keadaan tergugat dengan pelbagai konflik, paling kritikal permusuhan dan jurang yang semakin besar antara Islam dan Kristian/Yahudi dan Islam dan Barat yang jika tidak diatasi segera membawa mala petaka kemanusiaan.
Perdana Menteri berkata, pemimpin dunia khususnya dari Barat, selagi negara Barat dan pemimpinnya terus menghina Islam dan selagi tiada persefahaman atau ikhtiar untuk memahami Islam dan umatnya, selagai itu perasaan benci-membenci berlarutan dan dunia kekal tidak selamat.
“Penghinaan diarasi Muslim adalah punca kehilangan kepercayaan dan keyakinan antara dunia Islam dan tamadun Yahudi/Kristian. Selagi masyarakat antarabangsa enggan menerima kenyataan itu atau sengaja tidak mahu menerimanya, saya bimbang kita menafikan kebenaran,” kata Abdullah dalam ucapannya itu.
Sejak ketibaan beliau di New York selepas menghadiri Mesyuarat Asia-Eropah di Finland dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) di Cuba, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Annan dan Bush turut menekankan kebimbangan sama. Beliau mahu Barat, khususnya Amerika mendengar suara derita umat Islam khususnya di Palestin dan Lubnan, jika serius untuk mewujudkan keamanan dunia.
Malah, beliau menghabiskan masa hampir sejam dengan Bush berbincang mengenai pelbagai masalah membabitkan negara Islam khususnya di Asia Barat akibat dasar unilateral Amerika di Iraq dan terbaru percubaan mengenakan sekatan terhadap Iran. Dalam ucapannya pada perhimpunan agung itu, Perdana Menteri juga secara tidak langsung mengkritik Amerika (tanpa menamakannya) kerana sikap pilih kasihnya terhadap Israel, mengakibatkan penderitaan rakyat Palestin, dengan menyekat bantuan kepada negara itu berikutan kemenangan puak Hamas dalam pilihan raya umum awal tahun ini.
(Amerika melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas kerana berjuang mempertahankan tanah air mereka dan enggan mengiktiraf Israel).
Memahami keadaan yang kompleks di Palestin, beliau kini berusaha memujuk dan mempercepatkan penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan semua kumpulan termasuk Fatah yang dipimpin Mahmoud Abbas, Presiden Palestin. Beliau menyampaikan hasrat itu sekali lagi dalam pertemuannya di Abbas di New York dan sedia berjumpanya dalam tempoh terdekat untuk memastikan usaha itu menjadi kenyataan. (Amerika dan sekutunya di Eropah meletakkan beberapa syarat sebelum bantuan boleh disambung kepada Palestin, antaranya penubuhan kerajaan perpaduan, Hamas meletak senjata dan mengiktiraf kewujudan negara Israel).
Selepas 61 tahun PBB diwujudkan untuk menjaga keamanan dunia dan menjadi forum kepada negara anggotanya menyuarakan pandangan dan pendapat, ia jauh daripada mencapai matlamat. Lebih buruk lagi, dunia kini diambang perpecahan dan peperangan, hanya menunggu mala petaka kemanusiaan berlaku. Jika itu berlaku, semua jari akan menuding ke arah PBB sebagai badan dunia yang gagal.
Untuk itu, PBB perlu dipulih segera, mesti agresif dan membebaskan diri daripada cengkaman sekumpulan kecil negara kuasa besar, khususnya anggota tetap Majlis Keselamatannya supaya tindakannya dilihat neutral, telus dan seimbang, mempertahankan hak dan kedaulatan semua negara tidak kira besar atau kecil.
----------------
Bukti dunia berpecah untuk menjadi SATU NEGARA iaitu NEGARA ISLAM_KHILAFAH.
Kegelisah dan kerisauan tindakan pepimpin dunia atas tindakan PBB dan Bush akan tertegaknye satu KUASA besar. Dan kite lihat pepimpin negara kite, selaku pengerusi OIC macam berlembut dengan Amerika kalau dibanding dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Presiden Venezuela, Hugo Chavez.
Sedangkan Bush dan Amerika semakin lemah. Sebenarnye musuh Islam dah lemah dah. Cuma pepimpin negeri umat Islam kena tegas lebih sedikit, melebihi Ahmadinejad kalau boleh.