|
Post by azraque on Sept 20, 2006 3:13:21 GMT -1
Saya amat menyanjungi dan ingin terlibat dalam gerakan ini. Sebagai umat islam saya juga ahli HT. Namun sebagai ahli diakar umbi, saya perlu mempunyai guidelines untuk bergerak.
Soalan saya. Apakah task/tugas yang boleh saya dan lain lain ahli diperingkat akar umbi buat untuk membantu HT bergerak. Semoga dengan perancangan yang baik, HT dapat berkembang dengan pesat di Malaysia dan keseluruh dunia Insyaallah.
|
|
|
Post by muslimpower on Sept 21, 2006 2:00:35 GMT -1
insyaa allah janji allah itu pasti terjadi!
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Sept 21, 2006 2:45:56 GMT -1
tolong panjang-panjangkan dakwah ini kepada member-member dan sanak saudara serta kepada semua kaum muslimin sekiranye mampu.insya Allah, suara kebangkitan ini akan dominasi pandangan masyarakat sehingga semua lapisan masyarakat rindukan KHILAFAH dan syariat,hukum Islam.
.hal itu tak jadi masalah kerana banyak peristiwa membantu realiti dakwah ini. kerana kepalsuan hukum manusia kian rapuh, kian nampak di sana-sini.
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Oct 16, 2006 0:36:40 GMT -1
ana baru join..ada beberapa persoalan dari penyokong PAS..mengatakan Dr Yusof Qaradhawi adalah ulama' mujtahid dan mengharuskan demokrasi..jadi menggunakan hujjah ini dlm membenarkan demokrasi..persoalan yg timbul..HT umpama telah menyatakan bahawa ulama' yg menyokong demokrasi berdosa..jadi adakah benar dakwaan ini?bagaimana cara nak patahkan hujjah jika dia menggunakan pendapat Dr Yusof Qaradhawi?
harap penjelasan sahabat2..
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Oct 19, 2006 15:42:53 GMT -1
ana baru join..ada beberapa persoalan dari penyokong PAS..mengatakan Dr Yusof Qaradhawi adalah ulama' mujtahid dan mengharuskan demokrasi..jadi menggunakan hujjah ini dlm membenarkan demokrasi..persoalan yg timbul..HT umpama telah menyatakan bahawa ulama' yg menyokong demokrasi berdosa..jadi adakah benar dakwaan ini?bagaimana cara nak patahkan hujjah jika dia menggunakan pendapat Dr Yusof Qaradhawi? harap penjelasan sahabat2.. Assalamualaikum, wahai saudaraku. Penjelasan ana ini bukan hendak merendah-rendahkan individu mana-manapun, cuma sekadar pemahaman ana yang cetek ini, hanya hendak berkongsi bersama antum semua, bagaimana hendak mematahkan hujah-hujah Dr Yusof Qaradhawi tentang membolehkan amalan demokrasi itu boleh diteruskan. Doktor Yusof Qardawi didalam kitabnya 'Feqh Daulah' menyebut bahawa beberapa perkara yang menjadi titik persamaan di antara Islam dan demokrasi;
Pertama: Tidak harus memiih pimpinan yang dibenci oleh pengikut dengan berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Tiga jenis manusia yang tidak diangkat pahala sembahyang mereka di atas kepala mereka walaupun sejengkal. Yang pertama, seseorang yang menjadi Imam sembahyang kepada orang-orang yang benci kepadanya (riwayat Ibnu majah dan Ibnu Hibban).
Kedua: al-Quran menentang pemerintahan diktaktor yang meletakkan diri mereka mempunyai kuasa mutlak seperti mengaku berkuasa seperti tuhan. Contohnya Namrud dan Firaun
Ketiga: al-Quran dan as Sunnah mencela orang-orang yang bersekongkol dengan penguasa yang zalim.
Keempat: Islam menetapkan konsep syura sebagai salah satu kaedah daripada kaedah kehidupan Islam dan mewajibkan pemimpin itu melakukan mesyuarat. Islam juga mewajibkan umat untuk memberi nasihat, seterusnya Islam juga menjadikan amar makruf nahi munkar sebagai kewajiban yang sudah pasti.
Kelima: Pilihanraya termasuk jenis pemberian kesaksian (syahadah) Jika kita meninjau hal-hal ini maka kita akan dapati adanya persamaanyang berlaku diantara Islam dan demokrasi. Dengan sebab itu syeikh Doktor Yusof Qardawi mempunyai pandangannya dalam hal ini yang akan disebutkan nanti.
.
kita boleh memperjelaskan seperti berikut, *melalui pecahan apa yang dikatakan..
Dalam konteks umat Islam melakukan aktiviti politik menegakkan syari'at Islam melalui institusi negara (Khilafah), adalah perlu ditegaskan dua prinsip:
Pertama, bahawa aktiviti seseorang muslim wajib bersandar kepada hukum syara', bukan bersandar kepada selainnya, seperti kemaslahatan, hawa nafsu, atau logik. Kerana itu, perjuangan umat untuk mendirikan Khilafah wajib didasarkan kepada hukum-hukum syara' dan tidak boleh didasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan yang tidak syar'i. Keterikatan kepada syariat Islam adalah kewajiban tiap muslim.
Kedua, bahawa umat Islam wajib mengambil suri teladan (uswatun hasanah) dari Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dalam masalah ini. Ini adalah kerana, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah memberi teladan bagaimana caranya untuk mengubah masyarakat jahiliyah menjadi masyarakat Islam. Kita wajib meneladani manhaj (jalan) Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kiamat, dan dia banyak menyebut Allah (dengan membaca zikir dan mengingat Allah)." [TMQ Al-Ahzab [33]: 21].
Berdasarkan dua prinsip itulah, maka langkah-langkah untuk mendirikan Khilafah dapat disarikan sebagai berikut:
1. Perjuangan harus dilakukan secara jama'i (berkelompok) kerana mendirikan Khilafah adalah tugas yang berat yang tidak akan mampu dipikul oleh individu. Kerana itu, umat wajib berkelompok (berjamaah) untuk mendirikan Khilafah kerana tanpa kelompok tersebut tidak mungkin kewajiban mulia ini dapat direalisasikan secara sempurna. Ini adalah sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:
"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, yaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang ma'aruf dan melarang dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." [TMQ Ali-Imran [3]: 104].
2. Perjuangan harus berada di jalur politik (siyasah). Ini adalah kerana mendirikan Khilafah merupakan masalah politik sehingga thariqah yang relevan untuk mendirikannya tentulah melalui pendekatan politik. Penggunaan jalan politik ini bukan bererti menghalalkan segala cara, sebagaimana amalan politik saat ini yang sangat kotor. Jadi, mendirikan Khilafah paling tepat dilakukan oleh sebuah kelompok politik.
3. Perjuangan tidak menggunakan cara kekerasan (fizik), misalnya dengan membentuk pasukan bersenjata untuk menyerang penguasa. Dari seerah dapat diperhatikan bahawa aktiviti Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di Mekah terbatas hanya pada dakwah secara lisan dan tidak melakukan kegiatan apapun yang bersifat fizik sehinggalah Baginda berhijrah. Bahkan tatkala tokoh-tokoh Madinah menawarkan kepada beliau pada Bai'atul Aqabah II agar mereka diizinkan memerangi penduduk Mina dengan pedang, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab "lam nu`mar bi dzalika ba'du" (Kami belum diperintahkan untuk melakukan yang demikian (perang)).
4. Perjuangan dakwah intelektual; pemikiran-politik (fikriyyah-siyasah) wajib menempuh tahap-tahap (marhalah) yang dicontohkan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Dengan mendalami seerah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di Mekah hingga beliau berhasil mendirikan Daulah Islam di Madinah, akan kita dapati ia berjalan dalam tiga tahapan (marhalah) berikut :
a) Tahapan Pembinaan (Marhalah At Tatsqif), yang dilaksanakan untuk membentuk ahli-ahli yang mempercayai pemikiran Islam dalam rangka pembentukan kerangka tubuh jamaah/kelompok. b) Tahapan Berinteraksi dengan Umat (Marhalah Tafa'ul Ma'al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajiban dakwah Islam, hingga umat menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, agar umat berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan. c) Tahapan Pengambilalihan Kekuasaan (Marhalah Istilaam Al Hukm), yang dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia.
Adapun di dalam konteks memilih pemimpin yang akan dibai'at menjadi Khalifah, para sahabat ketika zaman khulafa' ar-rasyidin pernah meneladankannya. Sebagai contoh, pemilihan Saidina Abu Bakar dan Umar yang rentetan perlantikan mereka diringkaskan di bawah:
Pertama, Khalifah Abu Bakar a. Diadakan pertemuan (ijtima') oleh majoriti Ahlul Halli wal Aqdi* b. Ahlul Halli wal Aqdi melakukan pencalonan (tarsyih) bagi satu atau beberapa orang tertentu yang layak untuk menjadi khalifah. c. Dilakukan pemilihan (ikhtiyar) terhadap salah satu dari calon tersebut. d. Dilakukan bai'at in'iqad bagi calon yang terpilih. e. Dilakukan bai'at ta'at oleh umat kepada khalifah.
Kedua, Khalifah Umar bin al-Khathathab a. Khalifah itu meminta pertimbangan (istisyarah) kepada Ahlul Halli wal Aqdi mengenai siapa akan menjadi khalifah setelah ia meninggal. b. Khalifah itu melakukan istikhlaf (menunjukkan pengganti) kepada seseorang yang akan menjadi khalifah setelah ia meninggal. Setelah itu akan dilakukan 2 langkah lagi. c. Calon khalifah yang telah ditunjuk akan dibai'at dengan bai'at in'iqad untuk menjadi khalifah d. Dilakukan bai'at a t-ta'at oleh umat kepada khalifah.
* Ahlul halli wal aqdi adalah sekelompok individu yang menjadi wakil umat keseluruhan untuk tujuan mengangkat calon khalifah sebagai khalifah.
Khatimah
Secara asasnya, pilihanraya bukanlah suatu keharaman dalam Islam. Ia hanyalah suatu mekanisme (proses) yang boleh digunakan (selama mana tidak ada unsur penipuan) bagi tujuan yang dibenarkan yakni membentuk Majlis Ummat dan mencalonkan seorang Khalifah yang akan dibai'at oleh sekalian umat Islam sebagai pemimpin umum mereka. Namun ianya bukan Thariqah Rasulullah untuk meneggakan Negara Islam. Apa yang menjadi percanggahan di sisi syara' sekarang adalah pilihanraya disalahguna sehingga ia dijadikan satu-satunya jalan untuk membentuk sebuah majlis legislatif yang berfungsi sebagai penggubal undang-undang kehidupan selain dari wahyu (Allah) . Barat menjajakan demokrasi ke negara-negara Islam dengan bertopengkan kepada pilihanraya, lantas bila umat mengambil pilihanraya mereka juga mengambil pakej bahawa kedaulatan di tangan rakyat yang mana kuasa rakyatlah yang memilih sistem mana yang mereka inginkan, tambahan pula sikap kuku besi pemerintahan menjadi pemangkin kepada penyuburannya demokrasi ini. Selagi kapitalisme dan demokrasi menjadi asas sistem yang memancarkan undang-undang yang mengatur urusan rakyat, selagi itulah Islam tidak akan berjaya diterapkan sepenuhnya. Bahkan Barat akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan sistemnya agar ia terus diterapkan, walau dengan apa cara sekalipun (meskipun dengan cara yang bertentangan dengan aspirasi kebebasan (demokrasi) itu sendiri). Sayugia diingatkan bahawa bukan pilihanraya menjadi isu, tapi yang menjadi isu adalah layakah kita menjadikan suara majoriti manusia se bagai asas pembuatan peraturan hidup kita, Apakah kita berhak mengundi hukum Allah?
"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata". [TMQ Al-Ahzab, 33:36]
Wallahua'lam
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Oct 19, 2006 15:46:36 GMT -1
Tambahan lagi orang macam Bush dan Blair, contoh perbuatannya, menunjukkan ia ada kuasa mutlak Tidak terfikir ke? Amerika Syarikatlah pemikul Sistem-Sistem seperti diatas yang paling kuat didunia ini. Bagi hendak menghancurkan Amerika Syarikat perlulah menjahanamkan ataupun tidak menyokong sistem-sistem yang dibawanya dalam penerapan di negara umat Islam.
Siapakah orang yang zalim? Adapun sistem demokrasi menggunakan kebebasan bersuara dan suara terbanyak(Majoriti) untuk mengubal undang-undang (hukum) di Parlimen (kononnya majlis syura, bagi yang menyatakan demokrasi itu berasal dari islam) . Perwakilan rakyat membahaskan, berbincang, memberi pendapat, mengubalkan dan menciptakan undang-undang (hukum) dari semua aspek. Dari Dewan Rakyat kemudian dibahaskan lagi di Dewan Negara. Setelah disepakati dan diluluskan oleh Agung maka undang-undang ciptaan manusia itu diterapkan,dilaksanakan dan diguna pakai oleh semua orang.
Adapun sistem Islam (hukum syarak) pencipta undang-undang adalah hak Allah. Diingatkan lagi hanya hak Allah. Diingatkan lagi hanya hak Allah. Diingatkan sekali lagi hanya hak Allah. Ini berlandaskan ayat surah ini:
Sesungguhnya aku berada di atas hujjah yang nyata (Al Quran) dari Tuhanku sedang kamu mendustakannya. Bukanlah kuasaku (menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia pemberi keputusan yang paling baik. (Surah Al An’aam,ayat 57)
Perlu diperjelaskan dengan teliti bahawa piliharaya di negara kita adalah bertujuan untuk melantik Ahli Dewan Rakyat (Parlimen) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), . Namun begitu, oleh kerana idea pilihanraya hari ini telah dibudayakan dengan aspirasi demokrasi dan kapitalisme, umat tidak lagi melihatnya dari aspek hukum fiqh. Secara umumnya satu dari tugas utama dewan adalah untuk membuat undang-undang [Politik dan Kerajaan Malaysia, R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, ms 266]. Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-unda ng yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.[www.parlimen.gov.my]
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Oct 19, 2006 15:47:40 GMT -1
Dalam As Sunnah Nabi dari segi perbuatannya, tidak semua perkara yang dimusyawarahkan. Dimana Rasulullah pernah menggunakan musyarawarah dari suara terbanyak dlm mengambil keputusannya, Beliau pernah mengambil keputusan dari satu orang yang pakar dan arif dlm sesuatu bidang tanpa perlu suara terbanyak dan Rasulullah pernah meninggalkan musyawarah untuk melakukan tindakkannya walaupun tidak di setujui oleh kalangan sahabatnya.
Kes 1: Mengambil Keputusan Secara Musyawarah dan suara terbanyak. Dalam perang Uhud pula, masalah hendak bertahan diantara ‘tetap tinggal di Madinah atau diluar kota Madinah’. Bukannya menentukan tempat peperangan (Bukit Uhud), Perbezaan kedua pendapat terletak pada penentuan keputusan dengan berdasarkan majoriti (Suara Terbanyak) dan umat Islam hendak bertahan di luar madinah mencapai Suara Terbanyak, walaupun Rasulullah inginkan bertahan di dalam Madinah. Dari sini, pendapat majoriti hanya berkaitan aktiviti yang tidak memerlukan pemikiran dan kajian yang dalam dari para ahli/pakar sesuatu bidang.
Kes 2: Mengambil secara pendapat/cadangan seseorang yang pakar Dalam peperangan Badar , Apabila Hubab bin Mundzir hendak menolak pandangan Rasulullah terlebih dahulu beliau menanyakan :”Apakah ini merupakan pendapat, wahyu atau strategi wahai Rasulullah?” “Ini adalah Strategi dan pendapatku” Jawab Rasulullah. Barulah Hubab menyuarakan pendapatnya tentang menempatkan kem-kem (khemah) pertahanan tertera Islam melepasi telaga air. Ini kerana pihak musuh tidak akan menemui telaga air untuk bekalan minumannya. Sebaliknya tentera Islam mendapat manfaat dari telaga air tersebut. Pendapat Hubab disebut baik oleh Rasulullah dan segera Baginda melaksanakan. Ianya dilaksanakan tanpa mendapatkan suara terbanyak walaupun ianya dari pendapat seseorang (Satu orang).
Kes 3: Mengambil tindakan tanpa musyarawah. i. Dalam perjanjian Hudaibiyah, Umar bin Khathtab kurang setuju rasulullah menerima syarat-syarat perjanjian tersebut dan perbincang dengan Rasulullah tentang ketidaksetujuannya. Rasulullah menjawab”Aku adalah hamba Allah sekaligus Rasul-Nya yang tidak akan menentang perkara-Nya dan Dia tidak akan menyia-nyiakanku” Penerimaan syarat Perjanjian Hudaibiyah adalah wahyu dari Allah. Walaupun ketika itu kaum muslimin ramai tidak setuju dengan syarat perjanjian itu. Mereka tidak setuju kerana semangat dan kecenderungan untuk mengambil langkah berperang.
ii. Dalam pelaksanaan hukum syarak seperti kewajiban bersolat selepas peristiwa Ishak dan Mi’raj, Rasulullah juga tidak meminta pandangan dari seseorang atau secara undian suara terbanyak untuk melaksanakan hukum kewajiban bersolat. Tiada tunggu-tunggu dan Rasulullah bersikap tegas dalam melaksanakan hukum syarak.
Penjelasan Beberapa Hadis Jelaslah tidak semua perkara perlu dimusyawarahkan. Hanya perkara yang tiada kaitan dengan Al Quran dan As Sunnah dibolehkan musyawarahkan atau kebebasan suara ada disini. Perkara yang berkaitan dengan Al Quran dan As Sunnah mesti dilaksanakan dan diterapkan tanpa ada kompromi.
Apa demokrasi abaikan:- Hukum syarak seperti : 1. Hukum syarak mengenai sesama manusia seperti i. Uqubat -Hudud, Qisas, Takzir dan Mukhalafat dan ii. Mua’malah -Sistem Ekonomi Islam, Sistem pemerintahan {khalifah}, Sistem Sosial, Polisi Pendidikan dan Politik Luar Negara. 2. Hukum Syarak mengenai ibadah seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji di Mekah dan lain-lain. 3. Hukum Syarak mengenai urusan sumber makanan, minuman dan lain-lain lagi.
Dalam Islam Bai’at adalah kESAKSIAN umat Islam dalam memilih pepimpinnya. Bai’at adalah sesuatu kewajiban bagi seluruh kaum muslimin, sekaligus merupakan hak setiap muslim, baik lelaki mahupun perempuan. Kewajiban bai’at tersebut berdasarkan kepada banyak hadis-hadis Nabi, diantaranya: “Barangsiapa yang mati dan bahunya tidak ada bai’at(kepada Khalifah),maka matinya dalam keadaan seperti mati jahiliyah” Maka dari situlah, kaum musliminlah yang melakukan pembai’atan dan hanya dengan bai’at merekalah, akad khilafah terwujud bagi seorang khalifah. Bai’at dapat dilakukan dengan berjabat tangan atau secara bertulis melalui surat. Abdullah bin Dinar telah mengkhabarkan: “Aku menyaksikan Ibnu Umar di mana orang-orang telah bersepakat untuk membai’at Abdul Malik bin Marwan, ia berkata: Dia menulis,’Aku berikrar untuk mendengarkan dan menaati Abdullah bin Abd. Malik sebagai Amirul Mukminin atas dasar aturan Alllah dan aturan RasulNya dalam hal yang aku mampu” Dibolehkan pula bai’at dilakukan dengan menggunakan pelbagai alat memungkinkan seperti telefon, faks, e-mel, telegram dan sebagainya. Tetapi disyaratkan bai’at itu dilaksanakan oleh orang yang sudah baligh. Adapun lafaz bai’at tidak disyaratkan terikat dengan lafaz tertentu tetapi mesti mengandungi makna “mengamalkan kitab Allah dan Sunnah RasulNya” bagi khalifah dan harus mengandungi makna”sanggup mentaati dalam keadaan sulit ataupun lapang, senang atau tidak senang “bagi kaum muslimin yang membai’atnya. Manakala pihak yang membai’at telah memberikan bai’at kepada khalifah, atau khilafah telah diwujudkan secara sah dengan pembai’atan oleh sebahagian kaum muslimin ditempat lain, maka bai’at itu telah menjadi amanah pada bahu pihak yang membaiat dan tidak dibolehkan melucutkannya sebab bai’at ditinjau dari segi terwujudnya khilafah adalah hak yang harus dipenuhi. Apabila bai’at itu telah diberikan, maka ia wajib terikat dengannya. Sekiranya yang memberikan bai’at hendak menariknya kembali, maka hal ini tidak dibolehkan. Diriwayatkan dalam sahih Bukhari dari Jabir bin Abdullah RA bahawa seorang Arab Badui pernah membaiat Rasulullah SAW untuk menetapi Islam. Suatu ketika ia menderita sakit, kemudian berkata kembalikanlah bai’at kepadaku”. Beliau tetap menolak dan kemudian orang itu pergi. Lantas beliau SAW bersabda: “Madinah itu seperti tuangku (tukang Besi), menghilangkan debu-debu yang kotor dan membina cemerlang yang baik” Diriwayatkan dari Nafi’ yang berkata bahawa Umar berkata kepadaku: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melepaskan tangan dari ketaatan kepada Allah, ia akan bertemu dengan Allah di hari kiamat tanpa mempunyai hujah” Membatalkan bai’at kepada Khalifah bererti dengan melepaskan tangan dari ketaatan kepada Allah SWT. Ketentuan ini hanya berlaku jika bai’at kepada khalifah tersebut adalah bai’at in’iqad atau merupakan bai’at kepada khalifah yang telah disetujui oleh kaum muslimin dan dibai’at tadi baru pada tahap awal, kemudian ternyata bai’at tersebut tidak sempurna maka orang yang berbai’at boleh melepaskan bai’atnya, dengan catatan bahawa kaum muslimin secara keseluruhan belum dapat menerima pembai’atan tersebut. Jadi larangan dalam hadis itu berlaku untuk orang yang menarik kembali bai’at khalifah, bukan menarik kembali bai’at dari seseorang yang belum sempurna jawatan khalifahnya.
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Oct 20, 2006 0:33:41 GMT -1
syukran diatas jawapan diatas..
dan ini ada lagi beberapa persoalan yg dilontarkan..
1.Bagaimana HT boleh mengatakan sistem demokrsi haram dan berlandaskan syarak dan berkaitan aqidah sedangkan ahli HT juga belajar disekolah kerajaan ipt2 yg nyatakan mengamalkan pendidikan sekular..apa pandangan saudara bagi menjawabnya?
2.Begitu juga dengan ekonomi kapitalisme..bagaimana ahli Ht bermuamalat?guna bank dimalaysia yg mengamalkan kapitalisme?dgn ribanya...jadi sepatutnya ahli HT tak boleh terlibat dgn ekonomi dan pendidikan dimalaysia kerana ianya dari barat..
bagaimana nak menjawab persoalan diatas?ana disoal dgn demikian..
wassalam
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Oct 20, 2006 15:12:49 GMT -1
Alhamduillah, kita masih meneruskan perbincangan kita ini.
Belajar sekolah, Ipt dan pendidikan sekular. Kalau kita mengajinya ilmu yang ada di situ, ianya tidak pernah mengajar secara khusus tentang ideologi kapitalisme, demokrasi. Kerana mereka tahu, kalau mereka diajar secara khusus tentang ideologi kapitalisme dan demokrasi, pastinya rakyat malaysia rasakan tertipu kerana dua perkara itu dari segi teorinya bertentangan dengan apa yang nak diamalkan. Selebihnya ia mengajar perkara bersifat teknikal, teori sains,kemahiran, pertukangan, lukisan plan, matematik dan sebagainya.
Kalau adapun, (maksudnya belajar tentang hadharah barat sekalipun ) sekadar belajar jee tapi tak mahu percaya dan amalkan-tak jadi masalah. Kita kan ada tolok ukurnya dalam menilai kebenaran. Kita tolak diam-diam dalam hati, sudahlah. Itu selemah-lemah iman, kerana kita tidak setuju dengan kemungkaran. Seboleh-bolehnya kita katakan kepada sekeliling kita mana yang benar dan mana yang salah.
Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang melihat kemungkaran, ubahlah kemungkaran itu dengan tangannya, jika tidak mampu, dengan lisannya, jika tidak mampu dengan hatinya (pemikirannya). Akan tetapi, yang terakhir (dengan pemikiran) ini adalah keimanan yang lemah”
Sememangnya, ahli Ht ditegah berurusan dengan bank terutamanya urusan pinjaman yang ada riba. Sekadar menyimpan wang dalam bank tanpa menggunakan bunga, itu tidak melanggar hukum syarak.
Masalah ahli Ht hidup dicelah-celah kehidupan Kapitalisme, memanglah sukar pada permulaannya, namun ia akan menjadi mudah kalau anta faham mana yang boleh dan mana yang tak boleh di sisi hukum syarak.
Dari segi tatacara perolehan harta kekayaan, Islam telah mensyariatkan hukum-hukum tertentu dalam rangka memperoleh harta kekayaan, seperti hukum berburu, menghidupkan tanah mati, kontrak jasa, industri, waris, hibah, wasiat, dan lain sebagainya. Demikian juga dalam masalah pemanfaatan harta kekayaan, Islam ikut campur tangan secara jelas. Misalnya, Islam mengharamkan pemanfaatan beberapa bentuk harta kekayaan seperti minuman keras, bangkai, daging babi. Selain itu, Islam juga mensyariatkan hukum-hukum tertentu tentang pendistribusian harta kekayaan melalui pemberian harta oleh negara kepada masyarakat; pembagian harta waris; pemberian zakat, infak, sedekah, wakaf, dan lain sebagainya.
Kerana "hukum perbuatan manusia terikat dengan hukum syarak"
---->kesimpulannya
Ana, anta dan kita semua sememangnya tidak terlepas daripada dosa kerana kita tak maksum. Hanya Rasul SAW, saja yang maksum. kita ini manusia, bukannya malaikat. Tahap seorang manusia, kadar keimanannya ada naik dan turunnya. Tapi, sekadar yang mampu, kita hendaklah mempertahankan keimanan kita, hukum syarak kita, iaitu Islam, yang kita berkongsi bersama-sama. Serta kita hendak berazam meneruskan aktiviti dakwah.
“Kelak, akan ada para penguasa lalu kalian melakukan amar makruf nahi mungkar. Siapa saja melakukan amar makruf maka dia telah bebas (dari dipertanggungjawab dihadap Allah). Siapa saja yang melakukan nahi mungkar maka dia selamat. Akan tetapi, siapa saja redha dan mengikuti para penguasa (maka dia tidak selamat dihadap Allah nanti)
Sedangkan, ana dan anta serta umat Islam dituntut melakukan aktiviti ini, Rasulullah saw. juga bersabda:
Mencari ilmu adalah kewajiban atas setiap Muslim dan Muslimah. (HR Thabrani).
-->Akhir kata Mungkin ada syabab yang lebih arif mampu memberi jawapan yang jitu lagi. Ana sudahi memohon maaf kalau ada terkasar bahasa dan mungkin terdapat kelonggaran jawapan-jawapan yang ana mempersembahkan kepada anta, yang menyebabkan masih ada tidak menepati kehendak soalan yang dikemukakan.
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Oct 21, 2006 12:45:09 GMT -1
syukran..jadi bagaimana jika mereka bandingkan antara jemaah yg mengambil pilihanraya dimalaysia atas dasar menggunakan uslub tersebut hanya sebagai laluan dlm pd masa yg sama mereka menolak didlm hati?iaitu selemah lemah2 iman?spt HT belajar dlm sistem pendidikan malaysia tpi menolak dlm diam?
persoalan ana : adakah ada persamaan antara mengambil pilihanraya haram dan penddikan malaysia?atau ianya mempunyai hukum yg berbeza?
ana harapkan kita sama2 dpt berbincang bersama..ana pun masih baru belajar..
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Oct 27, 2006 9:26:32 GMT -1
persoalan ana : adakah ada persamaan antara mengambil pilihanraya haram dan penddikan malaysia?atau ianya mempunyai hukum yg berbeza? quote] Assalamualaikum, dan selamat hari Raya. Izinkan ana mencelah, sebelum kite kembangkan dan pemecahan soalan anta seperti tertera diatas...tolong jelaskan kepada kami.. apa makna pendidikan sekular yang anta fahamkan..bagaimana gayanye...?Kalaulah kami tidak dapat gambaran apa yang difahami oleh dalam pemikiran anta...maka jawapan yang diberikan mungkin tersasar entah ke mana.... sekian terima kasih...maaf zahir dan batin. ;D
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Oct 31, 2006 5:06:59 GMT -1
pertanyaan tersebut ana dpt bila berhujjah dgn puak2 yg menyokong demokrasi..utk pengetahuan enta..ana sebenarnya slh seorg yg mula mengenali Ht dan berjuang bersama..msih lagi dlm proses belajar..jdi ana hrpkan penjelasan ahli HT senior.."kalau salah tlg tunjukkan"...dibawah ni persoalan yg diberikan kpd ana :-
'''Saya rasa kita semua tahu bahawa system pendidikan kita berasaskan system pendidikan barat.Betul Di sana telah berlaku perubahan untuk disesuaikan dengan negara dan budaya kita tetapi asasnya tetap diambil dari barat.Saya nak ambil contoh universiti lah, system pendidikan tinggi di negara kita,banyak mengambil contoh daripada barat.Kurikulumnya,system pengajian,penjawatan kakitangan,dan sesetengah peraturan ditiru dari barat.Bahkan sesetengah akta berkaitan peraturan di universiti di luluskan di Parlimen,iaitu di bawah system demokrasi, yang diambil dari barat.Universiti tidak boleh terlalu berkuasa dari Parlimen.Akta2 pendidikan tinggi diluluskan di Parlimen.Kalau perkara lebih rendah sikit terutama berkaitan perjalanan universiti dibincang dalam mesyuarat kabinet dan yang lebih rendah lagi baru lah dibuat di universiti.Semuanya itu mengalir di bawah system demokrasi berparlimen kerana negara kita mengamalkan system demokrasi.Bagi yang berkerja di Universiti kena menandatangi surat akujanji,juga menandatangani surat penerimaan penjawatan di dalamnya ada pernyataan untuk taat kepada kerajaan.Begitu juga dengan pelajar yang belajar di Universiti perlu sign surat kemasukan di dalamnya ada pernyataan untuk menurut peraturan universiti.Semuanya itu berpunca dari system demokrasi dan mungkin bagi AlKhattab peraturan2 tersebut adalah peraturan Taghut.Tentu kebanyakkan undang2 dan peraturan tersebut adalah ciptaan akal manusia.Kalau ikut kaedah HT terdahulu Bagaimana kita boleh terlibat dengan system kuffar walaupun untuk mendapatkan ilmu kerana ada kaitan dengan akidah kerana ia menurun dari system demokrasi juga …semua peraturan asalnya dibuat dan dikawal oleh Parlimen.Saya rasa dalam bab ekonomi pun perkara yang sama berlaku …so saya tak nak panjangkan lagi penjelasan di sini…fikirkanlah secara jujur.
Di sini saya nak tegaskan sekali lagi bahawa Saya tak bersetuju jika anda mengatakan hanya melibatkan diri dalam piliharaya demokrasi melibatkan persoalan akidah.Kita bukan beriman dengan demokrasi tersebut tetapi hanya sekadar mengambil peluang yang ada bagi mencapai sesetengah tujuan untuk kebaikan Muslim.Demokrasi seperti yang saya faham selama berusrah, sebelum ianya jadi system ia adalah Falsafah dan pemikiran manusia berkaitan pentadbiran negara.Demokrasi bukanlah seperti agama yang mengandungi konsep ketuhanan,ritual dan peribadatan. demokrasi adalah bersumberkan daripada gagasan pemikiran Plato, filasuf terkemuka Greek.Perkara yang berkaitan pemikiran ini ada yang betul dan ada yang salah.Kita boleh memilihnya tanpa melibatkan soal akidah.sebagai contoh para ulama Islam di zaman Abbasiyah menerima falsafah,sains,ilmu mantic dan astronomi dari Filasuf Yunani dan Greek.Mereka menyesuaikanya dengan Islam.Sehingga sekarang ilmu2 dan pemikiran tersebut dijadikan sebahagian dari ilmu dan pemikiran Islam.Umat Islam mendapat banyak manfaat daripadanya.Begitu juga dengan demokrasi bukanlah kita menerimanya bulat2 bahkan ada perubahan dan penyesuaian sekadar yang mampu.Maklum lah zaman sekarang belum ada khilafah lagi.
Menyertai pilihanraya bukan lah memberi peluang kepada kuffar untuk memperlekehkan Islam malah sebaliknya.Jika tidak Menyertai pilihanraya,mereka akan menggubal sesuka hati perundangan berkaitan dengan orang Islam dan agama Islam.Tidak ada sesiapa yang dapat menegur di dewan tertinggi perundangan negara secara berkesan.Kalau ada kritikan pun dari jarak jauh,dari saadatun nahdhah,dalam usrah,seminarnya dan sebagainya.Teguran tersebut tidak berlaku semasa berlangsung perbahasan berkaitan undang2 tersebut.Ini akan merugikan umat Islam.Ht juga sering mengata terhadap kerajaan dalam saadatun nahdhah.HT mengkritik kerajaan di luar Parlimen sedangkan golongan yang Menyertai pilihanraya mengkritik di dalam dan di luar Parlimen. Salah Satu nilai penting demokrasi ialah pengawasan dan keseimbangan (checks and balances) dengan mana kuasa-kuasa adalah diagihkan dan dipisahkan dalam satu cara yang setiap kuasa mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengawasi dan membetulkan yang lain. Dalam istilah Quran, ini dinamakan al-mudafa`ah, yang merupakan satu konsep Islam penting untuk melindungi masyarakat dari penyelewengan. Allah berfirman, "Dan sekiranya Allah tidak seimbangkan sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia atas semesta alam." (Al-Baqarah 2:251).Oleh itu dengan Menyertai pilihanraya anda boleh menjelaskan isu-isu berkaitan Islam dari aspek pentadbiran negara.Jika menang kerusi parlimen anda dapat mencabar lawan dan menyertai perbahasan di parlimen,juga mempengaruhi parlimen.Jika menang besar anda dapat menjalankan banyak aspek dari hukum hakam Islam,mengharamkan banyak perkara maksiat,menyuburkan banyak perkara kebaikan. Dll.Bukankah itu kebaikkan untuk ummah..???Sesetengah daripada kita terlalu cepat inginkan system Islam secara syumul dilaksanakan,sedangkan mereka tak sedar umat Islam masih belum mampu berbuat begitu.Namun begitu kemenangan dalam piliharaya memberi banyak manfaat kepada ummah.
Bandingkan jika tidak Menyertai pilihanraya, suara dan kuasa anda terhad.Ya sehingga kini umat Islam masih belum menegakkan hukum hakam Islam sepenuhnya ..kerana masanya belum tiba …kekuatan, kesedaran dan keimanan umat Islam masih belum mampu untuk bebuat begitu.HT selalu mengkritik golongan yang Menyertai pilihanraya sebagai tidak berjaya menegakkan system Islam yang syumul tetapi HT lupa bahawa mereka juga masih belum berjaya menjalankan system islam yang syumul di muka bumi ini.Jika HT rasa caranya betul, adakah HT sudah melangkah lebih jauh dari golongan yang membolehkan Menyertai pilihanraya..?Adakah Ht sudah dapat menjalankan hukum hakam Islam sepenuhnya…buktikan kejayaan anda di alam realistic…?saya rasa HT masih berada dibelakang…penyokong HT masih sangat minority di dunia ini.Usaha dakwah HT masih belum nampak secara ketara.Tunjukkan kejayaan HT dalam bidang ekonomi,dalam pendidikan,social,budaya dll.Saya mahu melihatnya secara nyata …""""
INI ADALAH PETIKAN YG DIBERIKAN KPD ANA..
|
|
|
Post by kalam al jauhar on Oct 31, 2006 13:48:16 GMT -1
Assalamualaikum
Tidak ada perselisihan di dalam kesedaran tentang ketiadaan perlaksanaan hukum syara' . Sepengetahuan Hizb, sehingga kini, tidak ada mana-mana negara yang melaksanakan sistem pemerintahan Islam.
Jika ada pun, ia hanyalah suatu perlaksanaan beberapa hukum hakam Islam, bahkan, tidak boleh dianggap tanggungjawab perjuangan menegakkan sistem pemerintahan telah terlepas. Ini adalah kerana, menurut kaedah syara'
'Imam itu adalah ibu kepada semua kefardhuan'
Juga, tidak ada perjanjian di antara pemimpin dengan rakyat untuk mendirikan hukum-hakam islam ( bai'at). Perlaksanaan hukum ke atas rakyat tidak boleh dilakukan tanpa adanya bai'at.
Maka, perlu dijelaskan disini, bahawa bai'at adalah suatu kefardhuan di dalam perlantikan seorang Amirul Mukminin ( khalifah) dengan syarat ia melaksanakan hukum syara' secara syumul.
Tidak sah sesuatu hukum itu ditegakkan tanpa adanya pengesahan daripada Amirul Mukminin ( khalifah).
Atas sebab itulah, Hukum pemerintahan mesti ditegakkan terlebih dahulu sebelum mana-mana hukum syara' dilaksanakan.
Jadi, kerana itulah Hizb telah dan sedang mempersiapkan masyarakat dengan menyalurkan fikrah dan tareqah berkaitan semua sistem yang akan dilaksanakan sebaik sahaja sistem pemerintahan didirikan.
Kesemuanya itu boleh diperolehi dengan mengkaji puluhan kitab-kitab berkaitan pemikiran dan tareqah tentang kesemua sistem-sistem yang akan ditegakkan nanti. Keseluruhan siri pembinaan Hizb bermula daripada memperkukuhkan semula akidah dan keimanan serta Islam sebagai mabda , memperkukuh nafsiyyah berhubung aspek ruhiyah dan kajian struktur pemerintahan sehinggalah kepada struktur bait ul mal, bahkan sehingga mampu untuk menjadi ulama besar, insyaAllah.
Kelayakkannya sederhana : disiplin, kesungguhan dan keikhlasan di dalam kajian.
Maka dengan itu, kepada mereka-mereka yang belum mengkajinya, maka dipersilakan. Syabab Hizb sedia membina anda. Janganlah kita mendengar tohmahan dan fitnah. Sebagai sebuah gerakan Islam, tidak masuk akal jika hizb dikatakan itu dan ini sedangkan banyak pengorbanan yang para syabab hizb lakukan, termasuk diseksa, dipenjara dan dibunuh dengan kejam ( termasuk direbus di dalam air yang mendidih). Bukan menagih simpati, tetapi ingin mengajak para ahli dan bukan ahli di dalam forum mykhilafah ini bertafakkur sejenak, agar bersama-sama dan, atau menyokong perjuangan untuk menegakkan Khilafah!
Perihal perjuangan dengan menggunakan pilihanraya-Demokrasi, ianya telah pun diterangkan di dalam segmen Analisis Semasa mykhilafah di bawah tajuk Thalabun Nusrah.
Wallahu alam.
|
|
iz68
teman baru
Posts: 0
|
Post by iz68 on Nov 2, 2006 3:31:22 GMT -1
Penjelasan yang di berikan agak jelas tetapi terdapat perselisihan pendapat antara mereka yang kurang jelas tentang perlaksanaan HT. Oleh itu kita kembali kepada Al Quran dan Sunah Rasul. Al Quran adalah petunjuk, penjelasan atas pentunjuk itu dan pembeda (2:185). Maka Al Quran diturunkan kepada Rasulullah dengan satu sebab saja. Iaitu sebagai petunjuk kepada manusia yang berakal(ulul albab) untuk merahmatkan seluruh alam. Maka dalam melaksanakan perintah Allah sepertimana yang terkandung di dalam Al Quran perlukan penjelasan lalu Muhammad saw telah menjelaskan (melaksanakan) yang termaktub dalam perjalanannya memenangkan Islam kembali(sirah). Ketika zaman jahiliyah iaitu zaman kebodohan yang tidak dapat membezakan antara yang haq dan yang bathil, Rasulullah telah menunjukkan sekali lagi kepada manusia method of conquered dengan memperlihatkan kepada kita dua buah negara iaitu Mekah dan Madinah. Mekah telah melaksanakan sistem Demokrasi manakala Madinah melaksanakan sistem Khalifah (Piagam Madinah). Sebelum sistem khalifah di Mekah dilaksanakan, maka beberapa perancangan disusun atur agar Mekah dapat ditawan. Salah satu strategi yang diatur ialah Perjanjian Hudaibiah dimana tawanan perang oleh pihak Mekah tidak dipulangkan, seolah seperti berat sebelah namun ianya sebagai daun dimakan ulat. Dengan ringkasnya Rasulullah akhirnya berjaya menawan Mekah tanpa pertumparan darah (futu Mekah). Dari perjalanan tersebut kita perlu sesuaikan dengan kondisi dimana sekiranya Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, apakah kita terus menerimanya dan akan menyangka kita tidak disoalkan nanti (7:49). Maka titik tolaknya yang diperjuangkan HT adalah yang haq kerana menyuarakan yang haq(berdakwah) dengan memberi penjelasan dengan sejelas-jelasnya. Bila umat Islam kembali bersatu (yang terpilih) (14:1) maka mulkiah(tempat) pun besar apabila umatNya besar (uluhiyah) barulah hukum(Rububiyah) Allah dapat dilaksanakan secara kaffa. Barulah boleh laung Allahu Akbar 3x. Dalam perjalanan ini perlu mengikut 6 fasa kerana itu adalah fitrah Allah. So, bagi yang faham apa itu Al Quran dan Apa itu sunnah(sirah) perlu bersatu mengatur strategi mengikut kondisi dan bagi mereka yang kurang faham, hendaklah membaca AL Quran dan sejarah perjuangan Rasulullah agar mudah difahami objektif agama Islam secara total dan sanggup berpuasa harta dan diri ke jalan yang diredhaiNya. (tunjukilah kami jalan yang lurus)
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Nov 9, 2006 20:13:11 GMT -1
syukran sahabat semua..
|
|