Post by xyz on Aug 27, 2006 1:58:41 GMT -1
Israk, Mikraj bukti kesetiaan Abu Bakar
Oleh Abdurrahim Haqqi(BH)
"DEMI Allah, sekiranya itu yang diceritakan oleh Baginda, semua benar belaka. Sebenarnya aku mempercayai Muhammad mengenai perkara yang lain lebih daripada itu," jawab Saidina Abu Bakar al-Siddiq kepada beberapa orang musyrikin yang mendengar cerita mengenai peristiwa mukjizat Israk dan Mikraj.
Orang musyrikin terbabit menemui Abu Bakar dan menceritakan perihal Nabi Muhammad SAW yang dikatakan pergi ke Baitulmaqdis dan naik ke langit dengan harapan beliau terperanjat dan kebingungan.
Israk Mikraj yang dicatat sebagai mukjizat dalam al-Quran al-Karim dapat kita baca menerusi ayat bermaksud: "Maha suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui." (Surah al-Isra': 1) Orang Yahudi faham benar dengan ayat ini yang disebutkan 'Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya'. Oleh itu mereka memilih penempatan di tanah Palestin daripada Suriname atau Uganda yang ditawarkan dalam Perjanjian Balfor pada November 1917.
Kita sebagai umat Islam tidak bermaya dan bertenaga untuk mengambil balik tanah dirampas bangsa Yahudi itu yang mendapat bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam resolusinya bertarikh 29 November 1947.
Yang ada sehingga hari ini kita, khasnya saudara kita di negara Arab masih tidak 'mengimani' keIslaman tanah Palestin yang di dalamnya ada kiblat pertama umat Islam dan tempat suci ketiga mereka selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Israk dan Mikraj Nabi Muhammad adalah kisah sejarah paling berkesan dalam diri Rasulullah. Perjalanan itu memperkuat keyakinan Baginda pada saat orang yang dicintainya meninggal dunia iaitu isterinya, Khadijah dan menyusul sebulan kemudian bapa saudaranya, Abu Talib. Oleh itu, tahun ini disebut sebagai ‘Tahun Dukacita.’
Dengan pemergian dua orang ‘yang’ dihormati kaum Quraisy itu, bertubi-tubi penindasan dan tekanan menimpa Nabi. Berikutan itu, Allah memberi khabar gembira dengan membawa Baginda melihat syurga dan neraka, iaitu sebuah perjalanan rohani yang memperkuat keyakinan Baginda kelak.
Abu Bakar adalah seorang manusia yang sangat mencintai Rasulullah SAW dan mempercayai serta mematuhi semua yang disampaikan oleh Baginda. Ketika semua orang tidak mempercayai Nabi, Abu Bakar mempercayainya. Ketika semua orang menjauhi Nabi, Abu Bakar bersamanya. Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Baginda bersabda kepada Abu Bakar maksudnya: "Semoga Allah mengampunkan dosa-dosamu, wahai Abu Bakar!" yang diucapkan tiga kali.
Kemudian Baginda menambah: "Sesungguhnya Allah mengutusku kepada kalian semua namun waktu itu kalian mengatakan 'Engkau berdusta!' manakala Abu Bakar berkata 'Engkau benar!' Dia mengorbankan jiwa dan harta bendanya untuk membelaku. Selepas itu, apakah kalian hendak meninggalkan sahabatku itu?" Baginda mengucapkan ucapan itu dua kali. Maka tidak ada yang berani mengganggu Abu Bakar selepas itu. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Abu Bakar, dengan keimanannya mendalam, memiliki kelebihan yang luar biasa. Cukuplah sudah satu bukti dengan sebuah hadis yang bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Keimanan Abu Bakar dibuktikan dalam peristiwa Israk Mikraj. Dengan tanpa berfikir panjang beliau hanya menyandarkan laporan Quraisy berkenaan 'apakah ia dikatakan oleh Muhammad?' Jika positif jawapannya maka dia akan mempercayainya bahkan lebih daripada itu. Dakwaan Quraisy adalah sangat lemah menurut minda Abu Bakar. Dakwaan berkenaan hanya perjalanan Rasulullah ke Masjidil Aqsa bukan ke tempat lain yang lebih jauh di mana beliau sudah mengetahuinya.
Masjidil Aqsa pada masa itu agak jauh ia memerlukan dua bulan perjalanan pergi dan balik sedangkan Baginda hanya menempuhnya dalam satu pertiga malam.
Sungguh satu kejadian yang tidak masuk akal orang musyrik Makkah dan sangat masuk akal bagi Abu Bakar.
Banyak kelebihan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin, antaranya sebuah hadis daripada Abu Zarr yang bermaksud: [glow=green,2,300]"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai masjid pertama di muka bumi ini. Rasulullah menjawab: "Masjidil Haram." Kemudian aku bertanya: Kemudian masjid apa? Baginda menjawab: "Masjidil Aqsa." (Hadis riwayat Muslim)[/glow]
Dalam hadis lain disebutkan maksudnya: [glow=blue,2,300]"Tidak diberatkan berziarah/perjalanan melainkan ke tiga buah masjid, iaitu masjidku, Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) [/glow]
Abu Bakar bin Syaibah meriwayatkan daripada Abi al-Zahriyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Benteng kaum Muslimin dari pertumpahan darah adalah Damsyik, benteng mereka dari Dajal adalah Baitulmaqdis dan benteng mereka dari Ya'juj dan Ma'juj adalah al-Thur."
Abu Bakar penyelamat perpaduan umat Islam selepas Rasulullah wafat apabila beliau mengisytiharkan perang melawan orang murtad. 'Umar al-Khattab berkata: "Bagaimana kau akan perangi manusia padahal Rasulullah sudah bersabda maksudnya: "Saya diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengatakan: 'Saya naik saksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai Rasulullah.' Siapa pun yang mengatakannya maka dia terjaga harta dan darahnya kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya ada di sisi Allah."
Abu Bakar berkata: "Demi Allah, sungguh akan saya perangi siapa saja yang memisahkan antara solat dan zakat sebab zakat adalah hak harta, dan Rasulullah bersabda: "Kecuali dengan haknya". Kemudian Umar berkata: "Demi Allah, saya melihat Allah membukakan hati Abu Bakar untuk berperang. Maka tahulah saya bahawa apa yang dikatakan itu benar." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebagai membalas budi Abu Bakar, Rasulullah pernah bersabda maksudnya:"Sesungguhnya orang paling setia dalam persahabatan denganku dan dalam hartanya ialah Abu Bakar. Andai kata saya mengambil seseorang menjadi khalil (sahabat/kekasih) selain Tuhanku, nescaya saya akan jadikan Abu Bakar sebagai khalil. Namun saya jadikan dia sebagai saudara seagama yang penuh cinta. Tidak akan tersisa satu pintu pun di masjid ini kecuali akan ditutup kecuali pintu Abu Bakar." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ucapan Abu Bakar pada permulaan tulisan ini adalah sebagai bentuk sokongan kepada Nabi yang menjelaskan semua kemusykilan berkaitan peristiwa Israk Mikraj. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Pihak Quraisy mendustakan segala percakapanku, kemudian Aku pun bangun ke Hijir. Selepas itu Allah pun menampakkan kepadaku Baitulmaqdis. Ia membolehkan Aku menceritakan segala-galanya mengenai tempat dan tanda keistimewaan pemandangan Baitulmaqdis yang dipaparkan Allah SWT?"
Masjidil Aqsa sebagai tempat tujuan perjalanan Israk nabi masih dalam tawanan Israel yang berniat menghidupkan kembali Haykal Sulaiman yang mempunyai batas di Sungai Nil di Mesir dan Sungat Eufrat di Iraq.
Semua kejadian yang berlaku di Asia Barat sejak pertemuan pertama Zionis yang diketuai Theodore Herzel pada tahun 1897 di kota Basle, Switzerland, mengikut sesetengah kajian adalah untuk merealisasikan cita-cita ini.
[glow=red,2,300]Pencerobohan Iraq pun sebahagian agendanya. Mereka mempunyai perancangan 100 tahun dengan sepuluh fasa. 1897, 1907, 1917 dan 2007.
Apakah serangan Israel ke Lubnan dan 'pelumpuhan' Kerajaan Palestin sekarang sebagai langkah untuk cita-cita pada 2007?[/glow]
Hari ini, walaupun apa saja dijelaskan oleh pihak berkuasa dalam agama Islam, masih saja ada pihak berfikiran dan berpendapat seperti kaum musyrikin Quraisy yang menolak mentah-mentah ajaran mulia itu.
Sememangnya, kita memerlukan keperibadian Abu Bakar yang mengimani makna perjuangan agar umat Islam tetap kukuh, kuat dan dihormati.
---->Siapa yang sanggup berbuat demikian?<-------
Wallahu a'lam.