Post by jepun pancung on Aug 21, 2006 22:04:01 GMT -1
Kebencian dunia terhadap Israel semakin terserlah
ISRAEL yang mempunyai kelengkapan tentera paling kuat dan canggih, disokong penuh Amerika Syarikat, bermati-matian mengisytiharkan negaranya menang, bukan Hizbullah.
Tentera Israel yang mempunyai 168,000 anggota, 402 pesawat serangan udara, 75 kapal perang dan keupayaan senjata nuklear tersalah perkiraan seperti AS menceroboh Iraq. Israel menjangkakan penjajahan Lubnan dalam enam hari, tetapi Hizbullah yang ada 13,000 roket (tanpa pesawat udara dan kapal perang) tidak lenyap.
Sebaliknya roket Hizbullah dari Lubnan melepasi pertahanan dan sempadan Israel. Semakin hari semakin menghampiri ibu negara Tel Aviv. Bermula sekitar Shelomi di utara Israel, kemudian Tiberias, Haifa, Nazareth dan Afula (wilayah Palestin yang dirampas sebaik AS dan Britain berjanji memenuhi hasrat Israel dalam Perjanjian Belfour 1917), mujur juga tidak kena stesen nuklear Israel.
Tentera Israel yang menceroboh Lubnan pula bagaikan masuk ke lubang maut. Semakin jauh mereka masuk, semakin ramai mati terperangkap, diserang dan terputus bekalan dan bantuan. Kekalahan paling besar buat Israel ialah rakyat Lubnan yang pulang ke tanah air menganggap Hizbullah sebagai wira, pembela dan menang. Wajah pemimpin tertinggi Hizbullah menjadi sanjungan bukan saja di Lubnan, malah hampir di seluruh Asia Barat. Hizbullah bagaikan semakin besar, penyatuan kekuatan negara jiran Lubnan menjadi kenyataan.
Satu lagi kekalahan besar Israel dan bonekanya, AS, adalah kebangkitan penganut Kristian mengecam kekejaman dan pencerobohan tentera Israel di Lubnan. Paling merisaukan ialah apabila beberapa bintang terkenal dan berpengaruh di kalangan rakyat Lubnan dan dunia Arab, mengutuk keangkuhan dan jenayah perang Israel.
Penganut Kristian semakin membuka mata, melihat bagaimana mereka sudah diperalat Tel Aviv dan dibunuh tentera Yahudi.
AS dan Britain bukan saja semakin tidak popular, malah semakin dibenci masyarakat dunia. Pelbagai kempen anti Israel meluas, termasuk memboikot syarikat dan produk milik warga AS, Britain, Jerman dan Perancis berketurunan Yahudi. Pengikut agama lain semakin ramai menyedarinya.
Kekalahan Israel dan kehinaan yang dilempar masyarakat dunia kepada rejim Zionis, turut memusnahkan imej AS, Britain dan sekutunya seperti Jerman dan Perancis yang tidak menyokong usul gencatan senjata daripada Liga Arab.
Maka tidak hairan, tiba-tiba usul gencatan senjata di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilulus dan tidak disekat oleh AS dan sekutunya. Mana AS berani menyokongnya jika tidak Tel Aviv meminta berbuat demikian. Lihat saja dalam kes di Afghanistan, Iraq dan Iran, pelbagai usul Majlis Keselamatan PBB disangkal AS dan Britain.
Israel kalah, AS dan Britain turut terhina. Kemanusiaan sudah entah berapa ribu kali dinodai sejak 1917 oleh Israel, AS, Britain dan sekutunya. Tibalah masa seluruh rakyat Malaysia bangkit menggembleng suara dunia menentang kekejaman Israel. Keamanan bakal menyinari dunia apabila suara itu menjadi kuasa besar antarabangsa.