Post by kuda perang on Aug 9, 2006 4:06:16 GMT -1
Uhud bukti kekentalan semangat tentera Islam
Berita Harian, 5 Disember 2003
SALAH satu peristiwa besar pada Syawal ialah Perang Uhud yang berlaku pada 7 Syawal tahun ketiga hijrah.
Ia dinamakan Uhud bersempena lokasi peperangan iaitu di kawasan Bukit Uhud kira-kira enam kilometer ke selatan kota Madinah.
Syawal juga menyaksikan perang parit atau Perang Khandak yang berlaku pada tahun kelima hijrah apabila Yahudi menghasut kafir Quraisy supaya bermusuh dengan umat Islam di Madinah.
Di sebalik peperangan ini, umat Islam yang baru selesai menjalani tarbiah Ramadan dan meraikan Aidilfitri tidak sedikit pun terkecuali untuk sama-sama mempertahankan maruah dan diri daripada ancaman musuh.
Detik awal ghazwah (perang) Uhud bermula apabila penduduk Makkah Quraisy malu besar di atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.
Tiada pedagang Quraisy berani lagi berdagang ke Syria bimbang jika ditangkap orang Islam. Jika keadaan itu berterusan, kota Makkah akan diancam bahaya kelaparan dan krisis ekonomi.
Oleh itu, semua pembesar Quraisy berunding untuk men dapatkan keputusan mengenai perkara itu. Mereka memutuskan semua keuntungan perdagangan pada tahun itu akan dipergunakan untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat.
Oleh kerana Abu Jahal meninggal dunia, maka Abu Sufian diangkat menjadi panglima perang bagi memimpin angkatan 3,000 tentera. Antara ketua pasukan mereka yang ternama ialah Safwan, anak daripada Umaiyah Khalaf yang menyeksa Bilal dan Ikrimah, anak Abu Jahal.
Selain itu, turut memimpin tentera ialah seorang yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid. Kaum perempuan pula diketuai Hindun (isteri Abu Sufian). Mereka dikerah untuk menghibur dan menguatkan semangat perang anggota tentera. Mereka turut ke medan perang memukul genderang.
Kerana musuh terlalu ramai, Nabi Muhammad berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat.
Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakal dengan berserah kepada Allah.
Lalu Nabi masuk ke rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Apabila Nabi keluar, ramai antara sahabat yang mengusulkan untuk menyerang tadi, menarik usul mereka kembali kerana ternyata kepada mereka pendirian Nabi adalah benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."
Tentera Islam hanya 1,000 orang. Semuanya berjalan kaki, hanya dua orang berkuda. Ramai pula antara mereka itu orang tua dan anak di bawah umur.
Sebelum matahari terbenam, mereka bertolak menuju ke Bukit Uhud. Setiba di pinggir kota Madinah, tiba-tiba 600 orang Yahudi, kawan Abdullah Ubay, menyatakan hendak turut bertempur bersama-sama Nabi. Tetapi Nabi sudah tahu maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya tawaran itu dengan berkata: "Cukup banyak pertolongan daripada Tuhan."
Berikutan penolakan ini, Abdullah Ubay malu dan marah, lalu berusaha menakutkan kaum Muslimin, agar mereka jangan turut berperang. Tiga ratus kaum Muslimin dapat dihasut hingga kembali pulang ke Madinah. Mereka inilah yang dinamakan kaum munafik. Maka tinggallah Nabi dengan 700 orang tentera saja menghadapi musuh yang jumlahnya empat kali ganda itu.
Tanpa diketahui musuh, sampailah kaum Muslimin di Bukit Uhud pada waktu dinihari. Nabi segera mengatur strategi perang. Bukit itu digunakan sebagai pelindung dari belakang, sedang dari sebelah kiri, dilindungi oleh Bukit Ainain. L-ima puluh orang arahkan Nabi supaya menjaga ce lah bukit dari belakang dengan diketuai Ibnuz-Zubair, dengan perintah bahawa mereka tidak boleh meninggalkan tempat itu, sekalipun apa juga yang akan terjadi.
Tiba-tiba kedengaran sorak gemuruh musuh dari bawah lembah. Mereka sudah melihat akan tentera Islam. Mereka bergerak maju, menyerang dengan formasi berbentuk bulan sabit, dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid sayap kanannya dan Ikrimah Abu Jahal sayap kirinya.
Seorang musuh berunta maju sampai tiga kali menentang tentera Islam. Pada kali ketiga, maka melompatlah Zubair bagaikan harimau ke punggung unta itu. Musuh tadi dibantingkannya ke tanah, lalu dibedah dadanya oleh Zubair dengan pisau. Abu Dujanah selepas meminjam pedang Nabi sendiri, lalu menyerbu ke tengah-tengah musuh yang ramai itu. Pertempuran hebat berlaku dengan dahsyatnya.
Arta pemegang panji musuh gugur di tangan Hamzah. Sibak yang menggantikan Arta segera berhadapan dengan Zubair. Selepas Sibak tewas menyusul Jubair Mut'im menghadapi Hamzah, untuk membalas dendam kerana Hamzah telah dapat menewaskan pakciknya di medan Perang Badar. Jubair takut berhadapan dengan Hamzah. Hanya diperintahkan hambanya Wahsyi, bangsa Habsyi, dengan perjanjian apabila dapat menewaskan Hamzah dia akan dimerdekakan.
Dengan menyeludup di sebalik belukar dari belakang Hamzah dengan menggunakan tombak dia dapat menikam Hamzah. Hamzah adalah pemegang panji Islam pada waktu syahidnya. Panji itu segera diambil oleh Mus'ab 'Umair. Beliau juga tewas di hadapan Nabi sendiri. Ali tampil menggantikannya. Sebagai kilat Ali dapat menetak leher musuhnya yang memegang panji itu.
Melihat musuh lari tunggang langgang, 50 tentera itu diarah menjaga celah bukit itu, lupa kepada kewajipan mereka. Mereka turut mengejar musuh yang lari meninggalkan tempat pertahanan kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak milik musuh yang lari itu. Dengan suara yang keras sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tetapi tidak dipedulikan mereka.
Melihat tempat pertahanan yang strategik itu kosong, tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid segera mengarah ke tempat itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak oleh kuda yang ditunggang Khalid sendiri. Panji Quraisy yang sudah rebah itu berkibar kembali dipegang oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah 'Alkamah.
Tentera Islam menjadi kacau bilau. Sebahagian lari pulang ke Madinah. Sahabat bergelimpangan ke bumi menemui ajalnya. Anak panah dan batu tidak putus putus menghujani tentera Islam yang berkumpul di sekitar Nabi. Tiba-tiba Nabi dilontar batu sehingga luka parah dan patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun patah.
Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga hilang dari pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan, bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan Nabi dari dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah tengah musuh bagaikan singa kelaparan. Maka tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk menangkis segala serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan keletihan, dia pun meninggal dunia.
Seorang perempuan Ansar, Ummu 'Umarah melihat Nabi tinggal seorang diri, lalu menyerbu ke muka menikam setiap musuh yang menuju ke arah Nabi, sehingga perempuan itu pun tewas pula.
Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu, segera menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar terperanjat hingga semangatnya hampir lentur. Melihat itu Anas Nadhir berkata kepada mereka: "Kenapa kamu kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini bagimu? Ayuh! Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula sebagai Nabi sendiri!"
Sebagai teladan, dia segera melompat menerkam musuh. Dia rebah penuh dengan luka hingga tidak dapat dikenal lagi rupanya. Badan, muka dan jarinya putus terkena pedang musuh. Hanya saudara perempuannya saja yang dapat mengenal dia dalam keadaan yang demikian itu. Ali, Umar dan Abu Bakar menyusul berjuang bermati-matian menetak musuh dengan pedangnya. Semangat tentera Islam hidup kembali.
Tiba-tiba terdengar Ka'ab Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup, malah Baginda sedang berjuang bermati-matian. Dari segala penjuru, tentera Islam menyerbu menyusur ke tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas daripada bahaya besar.
Mereka lalu menawan kembali celah bukit yang dikuasai musuh itu. Dengan menguasai tempat itu, musuh dikepung di tengah-tengah. Serangan musuh dapat dipatahkan dan akhirnya mereka lari menyusup di lereng Bukit Uhud. Kerana keletihan dan banyak korban, mereka lalu pulang ke Makkah kembali.
Dalam pertempuran itu, umat Islam menderita kerugian yang lebih besar, 70 orang tewas. Sedang di pihak musuh 23 orang saja yang tewas. Sungguh mahal harganya strategi yang ditetapkan Nabi kerana dengan melengah-lengahkan strategi itu dan harus membayar dengan 70 orang korban dan Nabi sendiri pun dapat luka dan hampir saja menjadi korban.
Kerugian besar itu menimbulkan keinsafan yang lebih dalam kepada tentera Islam, keinsafan bahawa perintah Nabi jangan sampai dilanggar dan diabaikan. Dengan keinsafan inilah mereka meneruskan perang mereka pada hari yang berikutnya, sehingga mendapat kemenangan yang gilang gemilang