Post by xyz on Aug 9, 2006 4:03:55 GMT -1
Setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, orang-orang Yahudi merasa dengki kepada baginda dan menghasut orang-orang Quraisy dan sekutu-sekutunya untuk memerangi umat Islam.
Lalu utusan mereka berangkat ke Mekah membawa misi tersebut dengan diketuai oleh Huyai bin Akhtab.
Sebaik sahaja tiba di sana, mereka membuat rundingan dengan orang-orang Quraisy dan berjanji akan membantu mereka di dalam memerangi umat Islam, malah mereka juga berkata bahawa mereka telah bersepakat dengan orang-orang Yahudi Bani Quraizah yang masih tinggal di Madinah untuk bergabung dengan mereka ketika menyerang umat Islam.
Orang-orang Quraisy menerima tawaran tersebut, kemudian utusan Yahudi tersebut pergi berjumpa Kabilah Ghatfan dan Bani Asad.
Mereka juga membuat tindakan yang sama sebagaimana yang telah dilakukan terhadap orang-orang Quraisy.
Rancangan jahat mereka itu telah berjaya mengumpulkan seramai sepuluh ribu orang tentera dari Quraisy serta sekutu-sekutunya dari Ghatfan dan Bani Asad untuk menyerang Madinah.
Peristiwa ini berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. mengetahui perkara ini, baginda terus menghimpunkan para sahabat yang terkemuka dan bermesyuarat dengan mereka.
Mereka berpendapat lebih baik mereka bertahan di dalam bandar Madinah untuk menghadapi serangan bala tentera musuh yang sangat ramai, malah mereka perlu membuat persediaan supaya dapat membuat kepungan dalam jangka masa yang panjang.
Dalam menghadapi masalah ini, Salman Al-Farisi r.a. memikirkan suatu helah peperangan yang tidak pernah digunakan dalam tradisi peperangan Arab.
Helah tersebut dilakukan dengan cara menggali parit di sebelah barat laut Kota Madinah untuk menghalang serangan pasukan Al-Ahzab (pasukan bersekutu) ke atas Kota Madinah kerana arah-arah yang lain telah dilindungi oleh hutan pokok kurma yang terlalu sulit untuk dirempuh oleh tentera berkuda.
Parit berjaya digali dalam tempoh lebih kurang seminggu, malah Nabi s.a.w. sendiri turut serta menggalinya bersama-sama para sahabat.
Walaupun berada di dalam keadaan yang sangat genting, baginda sempat memberitahu berita gembira kepada umat Islam tentang pembukaan Syam, Iraq dan Yaman.
Setelah beberapa ketika, angkatan tentera Al-Ahzab datang dalam keadaan penuh keyakinan bahawa mereka bukan sahaja akan mendapat kemenangan, tetapi mereka juga akan dapat menghapuskan keturunan umat Islam.
Tetapi tiba-tiba mereka terkejut bukan kepalang apabila melihat parit yang terdapat di antara mereka dan usaha-usaha untuk merempuh Madinah.
Hati mereka tidak dapat menerima kehampaan tersebut kerana mereka tidak dapat menggambarkan bentuk helah sedemikian di dalam peperangan.
Salah seorang di antara mereka cuba menyeberang parit tersebut, tetapi gagal dan mati ketika itu juga.
Walaupun parit dapat melindungi umat Islam daripada serangan orang-orang musyrikin, umat Islam merasa resah terhadap helah tersebut dan mereka merasa susah dengan kepungan yang terlalu lama.
Mereka berada di dalam suasana yang sangat susah. Kemudian mereka disinarkan dengan peluang yang sangat cerah apabila Naim bin Mas`ud yang telah memeluk Islam datang bersama pasukan bersekutu tersebut dalam keadaan mereka tidak mengetahui bahawa Naim telah memeluk Islam.
Naim menawarkan diri untuk membantu meringankan beban yang ditanggung umat Islam.
Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya beliau memisahkan hubungan antara tentera bersekutu dengan Bani Quraizah yang telah melanggar perjanjian mereka dengan Nabi s.a.w. dan bergabung dengan pasukan bersekutu ketika berlaku peperangan.
Naim berjaya membawa misinya dengan kejayaan yang sangat besar. Beliau berjaya menanamkan keraguan di dalam hati tentera Al-Ahzab dan Bani Quraizah terhadap satu sama lain.
Kemudian Allah mengutuskan angin yang sangat kencang, yang merobohkan khemah-khemah orang-orang musyrikin dan memadamkan obor-obor mereka.
Oleh yang demikian dengan kehendak Allah, suasana menjadi berubah. Abu Sufian bin Harb selaku panglima tentera Al-Ahzab merasa tidak ada gunanya mereka kekal lebih lama di sana. Lantas beliau memerintahkan supaya angkatan tenteranya pulang.
Rasulullah s.a.w. memberikan komentar terhadap keadaan ini dengan bersabda: ``Sekarang kita yang memerangi mereka, bukannya mereka yang memerangi kita.