Post by xyz on Aug 9, 2006 3:49:37 GMT -1
Demokrasi: Peradaban yang menjerat ummat Islam (Siri 1)
Saladean
10:30am 25 Jun 2005
Ummat Islam saat ini hanya mengenal demokrasi sebagai lawan autokrasi, bagi pejuang-pejuang bentuk pemerintahan demokrasi, pandangan popular ini dimanipulasikan untuk memasarkan Demokrasi sebagai cara hidup yang praktikal walaupun tidak lurus.
Manakala bagi ummat yang mencurigai suatu bentuk pemerintahan yang datang dari barat (demokrasi) tetapi kurang jelas dengan bentuk pemerintahan Islam yang Khas, mereka dengan mudah sahaja ditawan hati dan sanubari dengan konsep “musyawarah” didalam Islam dengan menakwil maksud “syura” didalam surah as-syura 42: 38 sebagai “Demokrasi”.
Bagi yang sudah jelas pula tentang “Demokrasi” dan faham tentang kerosakan demokrasi dan dalam masa yang sama kurang jelas dengan bentuk pemerintahan didalam Islam, maka dipasarkan pula konsep “Demokrasi berteraskan Al-quran serta As-sunnah”. Kelompok ini kemudiannya akan sedar betapa syariat islam itu mustahil diterapkan didalam sistem pemerintahan demokrasi dan jika diterapkan hanya separa.
Tinggal sahaja jika ummat sudah jelas tentang Demokrasi dan sudah jelas pula bentuk pemerintahan didalam Islam, barulah belengu demokrasi dapat diuraikan didalam pemikiran mereka dan insyaallah mereka tidak lagi maju mundur malah menuju kesatu arah kebangkitan.Inilah kerangka yang cuba saya sampaikan dimana dalam siri satu penulis cuba menguraikan demokrasi serta pandangan syarak keatasnya.
Apa itu Demokrasi
Kita tidak boleh mentakrifkan demokrasi menurut nafsu kita dan kemudian dengannya kita membentuk pemikiran dan sikap kita, sedangkan Demokrasi adalah satu bentuk peradapan yang khas.
Sebagai contoh jika kita mentakrifkan “valentine day” sebagai “hari kasih sayang antara suami isteri serta anak dan ibu bapa”, tanpa melihat maksud asal yang ingin disampaikan serta akidah yang membidaninya, nescaya kita juga mampu menakwilkan ayat ayat Al-quran untuk menyokong takrifan kita, nauzubillah!.
Inilah kesilapan utama apabila cuba mentakrifkan sendiri demokrasi tanpa kajian mendalam tentang demokrasi, apakah akidah yang menbidaninya dan kemudian mereka menakwilkan ayat ayat Al-quran dengan akal agar sesuai dengan kehendak asal isi hati mereka.
Demokrasi adalah suatu sistem pemerintahan yang dibuat manusia, dengan tujuan untuk membebaskan diri dari kezaliman dan penindasan para penguasa terhadap manusia atas nama agama. Demokrasi adalah suatu sistem yang bersumberkan dari manusia dan tidak ada hubungan dengan wahyu atau agama.
Kelahiran pemerintahan demokrasi bermula dari adanya para penguasa diEropah yang berangapan bahwa penguasa adalah wakil Tuhan dibumi dan berhak memerintah rakyat berdasarkan kekuasaan Tuhan. Mereka berangapan bahawa Tuhan telah memberikan kebebasan kepada mereka untuk membuat hukum dan menerapkannya. Didalam hal ini gereja juga bersekongkol dengan kaum pemerintah untuk menjustifikasikan konsep pemerintahan tersebut. Kaum pemerintah berkuasa mutlak membuat hukum dan keputusan dari andaian mereka mewakili Tuhan dan bukan mewakili rakyat dan lantaran dengan itu mereka menzalimi Rakyat.
Lalu timbullah pergolakan antara penguasa Eropa dengan rakyatnya. Para cendikiawan pada masa itu mula membahaskan masaalah pemerintahan dan menyusun konsep sistem pemerintahan rakyat-iaitu sistem demokrasi-dimana rakyat menjadi sumber kekuasaan dalam sistem tersebut, manakala penguasa mengambil sumber kekuasaannya dari rakyat yang menjadi pemilik kedaulatan. Rakyat dikatakan memiliki kehendaknya, melaksanakan sendiri kehendaknya itu dan menjalankannya sesuai dengan keinginanya.
Tiada satu kuasapun yang menguasai rakyat. Rakyatlah yang berhak mengangkat dan, menjatuhkan penguasa yang mewakili kekuasaan mereka. Rakyatlah yang melantik wakil-wakil rakyat yang akan mengubal undang-undang sesuai dengan kehendak rakyat.
Dari upaya membebaskan diri dari cengkaman kaum pemerintahan dan manipulasi gereja inilah lahirnya bentuk pemerintahan dari, oleh dan untuk rakyat (from, by and to the people) yang maknanya dirakamkan dalam istilah DEMOKRASI, maka pemerintahan demokrasi adalah istilah khas yang membawa maksud yang khas.
Menurut konsep dasar demokrasi – iaitu pemerintahan yang diatur sendiri oleh rakyat-seluruh rakyat harus berkumpul disuatu tempat umum, lalu membuat peraturan serta undang-undang yang akan mereka terapkan, mengatur berbagai urusan, serta memberi keputusan terhadap masaalah yang perlu diselesaikan.
Namun kerana tidak mungkin mengumpulkan mereka untuk berfungsi sebagai badan legislatif (badan yang bertindak membuat hukum), maka rakyat kemudian memilih wakilnya untuk mewakili mereka dalam lembaga legislatif. Lembaga ini disebut dengan berbagai bagai istilah yang pada dasarnya merupakan penjelmaan kepada kehendak serta kuasa rakyat.
Lembaga ini jugalah yang akan memilih ketua negara yang mengambil kekuasaan dari rakyat dan melaksanakan kehendak rakyat. Ketua negara tersebut secara lunasnya merupakan abdi kepada rakyat (tetapi hakikatnya kembali pada perhambaan keatas rakyat).
Untuk menjamin kemurnian citra demokrasi dari sebarang unsur tekanan atau paksaan dari pemerintah atau pihak yang mewakili rakyat, maka diwujudkan konsep kebebasan individu dan mesti diungguli oleh demokrasi. Dengan demikian rakyat akan dapat mewujudkan kedaulatannya dan melaksanakan kehendaknya sendiri bebas dari unsur paksaan atau tekanan.
Kebebasan individu ini nampak dari 4 asas kebebasan ini:
1. Kebebasan beragama.
2. Kebebasan berpendapat.
3. Kebebasan kepemilikan.
4. Kebebasan bertingkahlaku.
Demokrasi lahir dari upaya untuk membebaskan rakyat dari bentuk pemerintahan feudal dengan mengatasnamakan agama sebagai sumber kekuasaan, sungguhpun begitu bukanlah tujuan demokrasi untuk menafikan agama secara total, tetapi sekadar menafikan agama dalam hal pemerintahan.
Jadi Demokrasi adalah jalan tengah dan idea yang lahir dari konsep sekularisma yang memisahkan agama dari kehidupan. Agama tetap berfungsi sebagai alat untuk meluruskan individu mahupun pemerintah dalam bentuk menyuburkan nilai nilai seperti jujur, amanah, adil dan sopan santun. Tetapi format sistemnya bebas dari pengaruh agama.
Demokrasi menurut syarak
Kelompok yang menghalalkan demokrasi selalunya menakwilkan ayat ayat Al-quran yang mutasyabihat dengan mengunakan akal agar sesuai dengan hawa nafsu mereka. Padahal untuk mengetahui takwilnya (ayat mutasyabihat) mestilah berpandu ayat ayat Al-quran yang muhkamat.
“Dialah Yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu. Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamât, itulah pokok-pokok isi al-Quran, dan yang lain (ayat-ayat) mutasyâbihât. Ada pun orang-orang yang dalam hatinya condong pada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat mutasyâbihât untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya”. (QS Ali Imran [3]: 7).
“Alif laam raa, (inilah) kitab yang ayat-ayatnya disusun secara rapi serta dijelaskan secara terperinci.” (Q.s al-huud:11:1)
Didalam ayat kedua diatas Allah s.w.t mengolongkan seluruh isi Al-Quran sebagai muhkam , inilah maksudnya apabila Allah s.w.t mengolongkan ayat muhkamat sebagai “umm al kitab”[..hunna ummul kitab..] (QS Ali Imran [3]: 7). Dengan kata lain Ayat ayat Al-quran itu jelas dan kukuh maknanya dan dapat menbezakan antara haq dan batil. Hanya saja untuk mentakwilkan ayat ayat mutasyabihat, jalan yang wajib ditempuh adalah dengan mengandingkannya dengan ayat ayat muhkamat dan bukan digandingkan dengan aka,l agar cerah maksudnya.
Berbalik kepada ayat ayat yang disangka ramai orang sebagai menganjurkan demokrasi seperti
“…Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu” (Q.s Ali Imran [3]:259)
“… Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka..” (Q.s as-syura [42]:38)
Dua ayat diatas tidak dapat diartikan sebagai penganjur kepada sistem bercorak demokrasi, jika ayat – ayat ini ditakwilkan sebagai menganjurkan demokrasi, malah mewajibkanya ianya akan bercanggah dengan ayat-ayat yang muhkamat.
“Maka demi tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu(Muhammad) hakim(pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan.”(Q.s.An Nisaa’:65).
“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah s.w.t.” (Q.s Al-An’aam:57)
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu.”(Q.s An Nisaa’:60).
Berhakim kepada thaghut ertinya berhakim kepada hukum yang tidak diturunkan oleh Allah s.w.t, dengan kata lain berhukum kepada hukum buatan manusia.
“Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang –orang yang yakin.” (Q.s Al-Maaidah:50).
Hukum jahiliyah adalah hukum yang tidak dibawa Muhammad s.a.w dari Tuhannya, iaitu hukum kufur yang dibuat oleh manusia.
Mustahil Ayat ayat Al-quran itu bercanggah antara satu sama lainnya, jadi disini yang perlu diluruskan adalah takwil yang kita buat dengan akal. Tambahan lagi tidak pernah wujud sistem bercorak demokrasi yang mendaulatkan rakyat (kedaulatan bermaksud rakyat yang menjadi pengubal hukum) dalam masa pemerintahan Rasulullah s.a.w serta didalam era khulafah Rasyidah serta khilafah khilafah lainnya.
Wallahualam.