Post by xyz on Aug 5, 2006 4:21:40 GMT -1
Negara Islam mesti bersatu menentang kezaliman Zionis
SEHINGGA kini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih gagal mengeluarkan sebarang resolusi mengenai Lubnan kerana kekangan Amerika Syarikat.
Washington memang merestui hasrat sekutu kuatnya, Israel, mahu menghapuskan pejuang Hizbullah tanpa mengira ratusan, mahupun ribuan penduduk tidak berdosa terkorban. Justeru, desakan keras Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kelmarin agar badan dunia itu menguatkuasakan gencatan senjata tanpa syarat di Lubnan bagi menghentikan segera keganasan Israel yang masuk hari ke-24, perlu diberi perhatian serius oleh PBB. Sebagai pertubuhan yang memayungi negara Islam dengan rakyatnya mewakili lebih satu pertiga penduduk dunia, OIC mempunyai komitmen di Asia Barat termasuk di Lubnan. Deklarasi Putrajaya yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat khas OIC juga mendesak PBB melakukan siasatan penuh terhadap jenayah Israel di Qana 30 Julai lalu, yang mengorbankan lebih 60 orang awam, kebanyakannya kanak-kanak serta sasaran terhadap lokasi pasukan pengaman PBB di Khiyam, selatan Lubnan, 25 Julai lalu yang melanggar prinsip Piagam PBB, undang-undang antarabangsa dan pencabulan hak asasi manusia.
Semua pihak menyedari muslihat Israel untuk menyekat kemaraan dan kemampuan Hizbullah melancarkan serangan terhadap Israel, manakala pejuang Hizbullah pula bertekad mempertahankan bumi Lubnan demi mengelakkan negara Islam lain diperlakukan sama oleh rejim Yahudi. Memang kezaliman Israel perlu disekat, tetapi ia tidak semudah itu apa lagi tanpa sokongan kuasa besar. Gencatan senjata satu jalan penyelesaian lebih mudah walaupun Washington dan Tel Aviv mempunyai persepsi berbeza berbanding seluruh masyarakat antarabangsa. Kesilapan perhitungan Israel mengenai kekuatan dan sokongan rakyat Lubnan terhadap Hizbullah, objektif asal mereka terpaksa ditukar daripada menghapuskan kepada mengundurkan. Itu yang dilakukan Yahudi dengan harapan pengunduran pejuang Hizbullah ke utara Lubnan membataskan kemampuan mereka melancarkan roket ke wilayahnya. Itu juga mungkin syarat utama Israel dan Amerika untuk membolehkan mereka bersetuju dengan usul gencatan senjata.
Kita khuatir jika gesaan OIC supaya diadakan gencatan senjata tanpa syarat tidak dapat diterima Majlis Keselamatan kerana Israel mendapat dukungan Amerika yang mempunyai kuasa veto sedangkan OIC tidak mempunyai suara walaupun pun diwakili 57 negara anggota. Justeru, OIC perlu merangka satu strategi agar negara Islam turut mempunyai suara dan pengaruh dalam sebarang keputusan termasuk penempatan pasukan pengaman di Lubnan. Selain memandang betapa penting Liga Arab mengambil tindakan segera menangani perang di rantau itu, OIC bertanggungjawab memastikan pasukan pengaman tidak bertindak sebagai proksi kepada penjajahan Lubnan secara halus. Tiada gunanya pasukan pengaman termasuk dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) jika tujuannya adalah melumpuh dan menghapuskan pejuang Hizbullah. Kita bimbang jika Deklarasi Putrajaya gagal dilaksanakan, bumi Lubnan akan hancur, rakyatnya terus menderita dan mungkin lebih ramai lagi maut. Justeru, inilah masanya negara Islam seluruh dunia terutama di Asia Barat bersatu dan saling membantu mewujudkan keamanan di Lubnan dan Palestin, sambil mengetepikan perbezaan fahaman politik.
--------
tegakkanlah KHILAFAH...
www.mykhilafah.com/Analisis%20semasa_%20Israel%20perdebatan%20berasaskan%20kebenaran.htm