|
Post by ayambapak on Jun 18, 2007 7:54:32 GMT -1
Soal Jawab mengenai Negara Islam 12 November 2003 Bilik Mesyuarat Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar
Soal Jawab semasa Sidang Akhbar oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang[/size][/color]
Kita boleh mengekalkan konsep Persekutuan yang wujud. Kita sedar ada beberapa negeri di mana bilangan orang-orang Islamnya tidak ramai jadi konsep Persekutuan sangatlah sesuai dalam keadaan sedemikian.
Di negeri- negeri di mana kebanyakkannya orang Muslim, undang-undang Islam boleh dilaksanakan. Di negeri-negeri di mana orang bukan Islam lebih ramai, terpulanglah kepada parti pemerintah bukan Islam itu tetapi pada masa yang sama, pemimpin bukan Islam itu harus membenarkan undang-undang syariah dikenakan terhadap orang-orang Muslim di situ.
Tuan menyebut bahawa system dua hala yang wujud dalam perundangan sekarang akan dikekalkan. Adakah tuan maksudkan bahawa akan ada dua undang-undang, satu untuk orang Muslim dan satu untuk bukan Islam?
Ya. Itu dibenarkan Al Quran. Al Quran membenarkan sesiapa yang bukan Islam mengamalkan undang-undang agama mereka dan undang-undang pilihan mereka sendiri.
Dalam masa yang sama, orang-orang Muslim akan mengamalkan undang-undang mereka sendiri.
Maknanya, orang-orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud?
Ya. Ya.
|
|
|
Post by ayambapak on Jun 18, 2007 7:59:27 GMT -1
Ini membawa maksud bahawa sekiranya Presiden Amerika Syarikat meluluskan undang2 Islam iaitu hukum syarak keatas umat Islam maka tidak perlulah umat Islam menjatuhkan beliau kerana undang2 Islam telah terlaksana untuk minoriti umat Islam disana. Adakah begitu mudah sekali takrifan PAS keatas hukum syarak yang hanya termaktub untuk org Islam shj sedangkan hukum2 zimmi dan harbi juga diterangkan oleh Allah.
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Jun 20, 2007 3:13:22 GMT -1
Ohh, kalau hendak buat undang macam itu, dimana orang Islam dikenakan hukum syarak dan orang bukan Islam dibolehkan berhukum bukan hukum syarak. Cerita macam ini tidak timbullah:
Suatu saat ketika Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. menjadi khalifah, beliau melihat di jalan ada seorang Yahudi yang membawa baju besi yang mirip baju besi miliknya yang hilang. Maka mengadulah sang khalifah kepada hakim, bahwa baju besinya dicuri oleh orang Yahudi itu. Setelah keduanya dihadapkan di muka hakim, sang hakim bertanya kepada orang Yahudi, apakah itu baju besinya. Dijawab olehnya, itu miliknya. Sayyidina Ali ditanya oleh hakim apakah beliau yakin itu baju miliknya.
Kemudian hakim bertanya apakah khalifah mempunyai bukti bahwa baju besi itu miliknya, yang tentu saja tidak bisa dipenuhi oleh Khalifah Ali. Maka hakim memutuskan bahwa khalifah Ali kalah karena tidak boleh menunjukkan bukti walaupun yakin sekali bahwa baju besi itu miliknya. Barulah kemudian, orang Yahudi itu menangis sambil mengaku bahwa baju besi itu memang milik Khalifah Ali. Sebuah riwayat menyatakan orang Yahudi itu masuk Islam karena kagum dengan keadilan sistemnya.
Ulasannya, kalau Khalifah Ali berjaya membuktikan Baju besi itu milik dia, maka hukuman akan dikenakan kepadanya(orang Yahudi tersebut)
|
|
kas
teman baru
Posts: 4
|
Post by kas on Jun 25, 2007 1:39:34 GMT -1
................................?
|
|
ghazi
teman baru
Posts: 4
|
Post by ghazi on Jun 30, 2007 14:34:01 GMT -1
Salam...
Hizb tak bercadang nak keluarkan Perlembagaan Dar al-Islam secara rasmi? Dalam buku Nizam ada, tapi tak semua di kalangan umat membacanya.
Wallahu'alam
|
|
|
Post by hiddenblade on Dec 28, 2007 11:15:37 GMT -1
Teringat kisah Abu Samah, anak Saidina Umar r.a. Semua dah tau citer ni tak payah aku sebut
Cuma nak bagitau sedikit petikan dari kisah itu
((Umar bertanya kepada perempuan Yahudi tersebut "Anak ini dari jalan halal atau haram?" Perempuan tersebut menjawab "Haram bagi pihak tuan tapi halal bagi pihak saya"))
Akhirnya Abu Samah didapati bersalah
|
|