Post by akulah on Oct 10, 2005 16:58:07 GMT -1
Soalan:
jadi kita cuma perlu tunggu je la utk tertegaknya negara Islam yg membawa khhilafah dgn Manhaj Nubuwwah..?
Jawapan:
Perbuatan menunggu sesuatu perbuatan yang tidak dilakukan oleh para sahabat. Walaupun, terdapat perkhabaran masa depan yang cemerlang untuk Islam..kite tidak boleh menunggu belaka.
Contoh pertama yang ana ingin bentangkan:
Sebelum jatuhnya kota Mekkah ke tangan kaum muslimin, Allah SWT telah memberitahukan terlebih dahulu dalam surah Al-Fath, ayat 27:
“Sesungguhnya Allah akan membuktikan kpd RasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya, iaitu bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki al masjid Al Haram, insya Allah, dalam keadaan aman, dgn sebahagian lainnya mencukur rambut kepala dan sebahagian lainnya memendekkannya(gunting rambut), sedang kamu tidak rasa takut. Maka Allah mengetahui apa yg kamu tidak mengetahuinya dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yg dekat”
Rasulullah SAW tak hanya menunggu sahaja tapi menzahirkan dengan perancangan yang rapi, Baginda juga mengadakan perjanjian dengan Kaum Quraisy, sebagai langkah yang bijak untuk menduduki Mekah kelak.Baginda pernah membanyakkan nyala api disekeliling Mekah bagi menunjukkan bilangan kaum muslimin yang datang bukanlah sedikit, ini akan mengerunkan penduduk Mekah.
Dan banyak aktiviti Baginda bagi menzahirkan setelah mendapat perkhabaran dan baginda tidak pernah menunggu sahaja.
Contoh kedua, ana taipkan dari buku sejarah umat Islam m/s 576:
Tersebut di dalam sirah, bahawasanya tatkala Kota Madinah dalam peperangan Khandak, ketika Rasulullah SAW menghentakkan lembingnya untuk memecahkan batu, ketika itu, terpancarlah (percik api) cahaya api kerana pertemuan besi keras dengan batu keras, maka dengan spontan Baginda mengucapkan Takbir. Sampai tiga kali berturut-turut. Selepas itu, para sahabat bertanya,"kenapa Baginda bertakbir?" Beliau menjawab, bahawa cetusan api pertama, Baginda ternampak kaum muslimin menawan istana putih di negeri Yaman, Kedua baginda terlihat kaum muslimin akan menawan Iwan Kisra di tanah Parsi dan ketiga, baginda terlihat kaum muslimin menawan Mahligai Raja-raja di Constantinopel"
Perkhabaran masa depan itu..adakah para sahabat HANYA MENUNGGU SAHAJA....jawapannye TIDAK..para sahabat melakukan aktiviti menawan Parsi dan Rom..bahkan Constantinopel ditawan selepas zaman para sahabat, iaitu ditangan Muhamad Al Fathi.