Post by super on Jul 12, 2007 3:02:48 GMT -1
‘Dunia Islam kena rasional’
Laporan Shamshul Azree Samshir
(Berita harian)
Tangani Islamphobia menerusi kerjasama dengan pencinta kedamaian Barat
PUTRAJAYA: Anggota Akademi Fikah Islam Antarabangsa (IIFA), mahu dunia Islam menangani isu Islamphobia yang terus dieksploitasi Barat melalui pendekatan rasional dan kerjasama strategik sejagat.
Koordinator Utama Persidangan IIFA ke-18, Prof Dr Sano Koutoub Moustapha, berkata penyebaran dakyah itu perlu ditangani dengan bijak tanpa ada pihak di kalangan umat Islam mengambil tindakan ekstrim yang hanya akan mencemarkan nama baik dan kesucian Islam.
Katanya, dunia Islam juga wajar bekerjasama dengan kumpulan pencinta kedamaian di Barat supaya usaha itu lebih mendapat perhatian masyarakat mereka, sekali gus memberi kefahaman dan gambaran sebenar Islam.
"Umat Islam perlu menangani cabaran ini secara rasional dan strategik termasuk memperkukuhkan hubungan dengan pihak yang menyokong pandangan kita dan memperjuangkan hak kita. Umat Islam perlu berusaha lebih gigih supaya masyarakat dunia mendapat gambaran sebenar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi keempat pembentangan kertas kerja bertemakan 'Prinsip Islam Hadhari' pada Persidangan Akademi Fikah Islam Antarabangsa (IIFA) ke-18 di sini, semalam.
Akhir tahun lalu, Kesatuan Eropah (EU) dalam laporan setebal 115 muka surat mendedahkan penduduk Muslim rantau itu terus menjadi mangsa diskriminasi.
Mei lalu, Persidangan Menteri Luar Pertubuhan Persidangan Islam (OICFM) Ke-34 di Islamabad, Pakistan, menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes diskriminasi dan bencikan Islam, terutama di Eropah dan Amerika Utara.
Dr Sano Koutoub yang juga Timbalan Pengerusi IIFA berkata, anggota persidangan itu juga bersetuju konsep Islam Hadhari yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mampu mengekang gejala Islamophobia.
Beliau berkata, umat Islam bertanggungjawab menunjukkan kepada dunia mengenai kehidupan sebenar Islam serta mempromosikan kedamaian dan kemajuan. “Umat Islam sendiri sepatutnya menunjukkan contoh baik kepada Barat mengenai Islam yang lengkap sifatnya dalam konteks kehidupan... tunjukkan kepada dunia kita mampu melakukannya dan kita sudah bertamadun serta membangun,” katanya.

Macamana hendak tunjuk baik kepada Barat. Sedangkan Barat masih tak tahu nak hentikan serangan terhadap Islam, Aqidah Islam dan Syariah. Mereka tak tahu menghormati Islam dan umat Islam. Kadang-kadang itu, bukan umat Islam yang buat pun, Barat cepat-cepat tuduh Umat Islam lakukan kerana pihak media gergasi prejudis terhadap umat Islam.
Apa feadahnya kita bodek si Barat.
Adakah jaminan keselamatan oleh mereka.
Barat diibaratkan seperti Dajjal. Siapa yang degil, takmoh ikut cakap mereka, mereka menyediakan neraka dunia terhadap pengkritik, penentang dan tak setuju dengan agenda mereka.
Dan siapa yang taat kepada mereka, mereka menyediakan syurga dunia yang sememangnya palsu dan sementara sahaja.
Inilah barat yang saya kenali dan Barat sudah lama mengenali Dunia Islam. Mereka tahu akan kebangkitan Islam dan Khilafah, sebagai satu bencana bagi Barat/kapitalisme.
Serta tak perlulah tokoh Islam susah payah hendak memberitahu kepada Barat apa itu Islam, sejarah Islam kerana mereka telah mengenali Islam seperti Anak mereka Sendiri.
Cuma tokoh Islam tersebut, perlulah menyerukan kepada Barat-kapitalisme bahawa Islam akan bangkit untuk memberikan kerahmatan sekelian Alam dalam bentuk Negara yang disatukan satu kepemimpinan iaitu Daulah Khilafah. Itulah sepatutnya Tokoh Islam memberitahu kepada Barat.
Bukannya sama-sama setongkol dengan mereka.
Siapa itu Pihak Kedamaian Barat. sila klik ini:
www.mykhilafah.com/analisis/analisis_karen_armstrong_pejuang_keamanan_palsu.htm
Sepatutnya Barat kena Rasional !!!