Post by azimah on Jul 11, 2007 2:05:50 GMT -1
Dualisme adalah perundangan yang diterapkan pada sebuah negara yang menggunakan 2 undang-undang yang berbeda.
sebagai misalnya, seorang Islam dikenakan undang syariah dan orang bukan Islam dikenakan undang sivil.
Ini kita membaca sama-sama realiti apa yang berlaku disekitar kita.
Suami cekup isteri curang
Oleh Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
LANGKAWI: Seorang wanita dan pasangannya dicekup dalam keadaan berbogel oleh suaminya dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka di Kampung Kisap, Kuah, kelmarin.
Wanita itu dikatakan mengambil kesempatan membawa teman lelaki bukan Islam berusia 25 tahun ketika suaminya tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya pada malam itu.
Dia yang bekerja sebagai pencuci bangunan dipercayai baru mengenali teman lelakinya itu, dan mengambil kesempatan membawa pasangannya pulang ke rumah sewaktu giliran suaminya bermalam di rumah madunya.
Bagaimanapun, kegiatan wanita itu terbongkar apabila suaminya berusia 44 tahun yang bekerja di sebuah kelab golf tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu berlaku di rumah isteri keduanya.
Suami terbabit kemudian nekad untuk singgah di rumah terbabit ketika berada di masjid sementara menunggu waktu untuk menunaikan solat Subuh di masjid.
Kegelisahan lelaki itu akhirnya membongkar kecurangan isteri keduanya menyebabkan dia hilang sabar apabila mengetahui perbuatan wanita itu lalu mencekup isterinya sendiri yang disyaki berkhalwat dengan lelaki lain.
Pasangan itu dicekup kira-kira jam 5 pagi ketika masing-masing sedang nyenyak tidur.
Sumber Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) berkata, lelaki itu mengesyaki sesuatu apabila terhidu asap rokok dari bilik tidur lalu memeriksanya dengan segera.
Menurutnya, lelaki itu yang tidak berpuas hati kerana keadaan rumah yang gelap kemudian bertindak mengetuk pintu terbabit berkali-kali tetapi tidak dibuka sesiapa.
Katanya, beberapa minit kemudian, anak perempuannya yang terjaga dari tidur kemudian membuka pintu untuk membolehkan bapanya masuk ke dalam rumah berkenaan.
“Lelaki itu terus membuka pintu dan isterinya yang berbogel sempat mencapai kain batik untuk menutup tubuhnya.
“Wanita berkenaan yang terkejut apabila menyedari kehadiran suaminya hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak menyangka perkara itu berlaku,” katanya.
Menurutnya, lelaki itu kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara terbabit sebelum isterinya dan pasangan dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan.
Selain itu, katanya, suami wanita itu turut menghubungi ibu dan bapa mentuanya untuk memaklumkan perkara terbabit serta meminta mereka menjamin wanita berkenaan.
Anggota penguat kuasa Padal yang dimaklumkan mengenai penahanan pasangan itu kemudian bergegas ke balai polis untuk menahan mereka kali kedua sebelum membawa wanita berkenaan ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.
“Bagaimanapun, teman lelaki wanita itu dibebaskan kerana dia bukan Islam,” katanya.
Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung dengan lelaki bukan mahram sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.
Jelaslah apa berlaku ini, telah berlaku dan kenapakah ada yang mengatakan bahawa ini tidak berlaku dalam dokumen cadangan mereka sedang benda ini telah dilakukan. Betapa ajaibnya, benda ini dimasukkan (dualisme) dalam dokumen Negara Islam sedangkan tiada apa yang istimewanya dengan pelaksanaan sekarang ini.