Post by super on Jul 4, 2007 7:10:48 GMT -1
Parlimen:Jakim hanya nasihat artis
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis yang memakai pakaian menjolok mata, sebaliknya menggunakan garis panduan yang dikeluarkan agensi itu sebagai panduan dan rujukan kepada seluruh penggiat seni hiburan tanah air.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata Jakim selaku agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam berusaha memberikan perkhidmatan dan pengurusan yang berkualiti kepada masyarakat.
“Kita sedang melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti dakwah, penyelidikan, perundangan, ekonomi dan sosial sebagai panduan umat Islam negara ini.
“Setakat ini, Jakim sudah mengeluarkan 40 garis panduan dalam pelbagai bidang dan yang terbaru ialah panduan hiburan dalam Islam,” katanya menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang meminta Jakim mengadakan garis panduan mengenai pakaian untuk artis yang hendak disiarkan melalui stesen televisyen pada persidangan di Dewan Rakyat, semalam.
Sebelum itu, Badruddin membangkitkan mengenai pakaian artis yang dikatakan menjolok mata sehingga membantutkan usaha kerajaan mempertingkatkan budi bahasa, budaya sopan santun yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan konsep Hadhari yang diperkenalkan.

-Metro 04.07.07
kasihan JAKIM
kasihan umat Islam
Artis biasanya menjadi idola para remaja,
Kalau idola mereka berpakaian menjolok mata
maka menjadi ikutan remaja jua.
Apabila hendak diambil tindakan
dihalangi oleh badan tertentu,
maka penguasa pun tutup mata dalam hal begini,
siapakah yang menentang kemungkaran ini.??
Membenci dalam hati,
itulah selemah-lemah iman.
Adakah kita berpuas hati dengan setakat itu,
iaitu selemah-lemah iman.
Apatah lagi kalau seseorang itu memegang kekuasaan.
Mereka tak layak membenci dalam hati
kerana mereka memegang kekuasaan
apa yang perlu ialah tindakan.
bukan membenci dalam hati saja.