Post by super on May 29, 2007 23:07:00 GMT -1
Adik timbalan menteri positif syabu ketika ditahan di KKIA
KUALA LUMPUR 29 Mei – Polis mengesahkan adik kepada seorang timbalan menteri positif syabu ketika ditahan bersama isterinya atas kesalahan membawa dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), minggu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Abang Abd. Wahap Abang Julai memberitahu, pihaknya menjalankan ujian air kencing ke atas pasangan itu sejurus ditangkap dan keputusan yang diterima menunjukkan lelaki tersebut positif syabu.
Positif
“Walaupun positif tetapi kita kena tunggu keputusan Jabatan Kimia kerana ia boleh berubah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas antara beliau dan timbalannya, Datuk Mohd. Bakri Zinin di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman di sini, hari ini.
Dalam kejadian 20 Mei lalu, adik lelaki timbalan menteri itu ditahan bersama isterinya di KKIA kerana membawa satu kilogram ganja dan 60 gram syabu.
Mereka ditahan di pintu masuk KKIA sejurus tiba dari Kuala Lumpur dan direman maksimum 14 hari bagi membolehkan siasatan polis.
Menurut Abang Abd. Wahap, pihaknya sedang menyiasat sama ada lelaki tersebut dan pasangannya menyeludup dadah berkenaan dari ibu negara atau membelinya di Sabah.
“Kita sedang siasat bagaimana mereka boleh terlepas ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ahad lalu sekiranya dadah tersebut dibawa dari sini,” ujarnya.
Abang Abd. Wahap memberitahu, pihaknya sedang menyiasat semua aspek bagi memastikan sama ada mereka terlibat dengan mana-mana sindiket atau tidak.
“Selepas selesai siasatan, kita akan serahkan ia kepada Peguam Negara untuk dibuat keputusan,” katanya.
Tambahnya, polis juga belum memutuskan sama ada akan membekukan aset mereka atau tidak kerana menunggu hasil siasatan.
“Buat masa ini belum ada sebarang tangkapan lain,” ujarnya.
Komen,
Agak-agak ia ini kena gantung atau tidak???
Mesti terlepas agaknya.