Post by fansuri on Apr 24, 2007 4:19:23 GMT -1
Tahun 1924 adalah tahun yang amat gelap dalam lembaran sejarah umat Islam. Pada tahun tersebut runtuhnya Institusi Khilafah yang merupakan Institusi Pemerintahan Islam yang telah menguasai dunia lebih 1000 tahun. Institusi yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. itu dan bertukar tangan dari satu dinasti ke satu dinasti hinggalah kepada dinasti yang terakhirnya iaitu Turki Utsmaniyah, telah lenyap dari alam ini hasil perancangan rapi anasir-anasir jahat Yahudi dan Salibiyah Barat.
Dendam kesumat Yahudi dan Salibiyah berkurun-kurun lamanya akhirnya mencapai kejayaan apabila mereka berjaya melenyapkan penguasaan umat Islam ke atas dunia dengan kehancuran Institusi Khilafah itu. Bukan kerana serangan bersenjata mereka berjaya, tetapi hasil dari serangan pemikiran atau ghazwul Fikri. Ghazwul fikri yang mereka lancarkan berjaya mengikis semangat jihad dari jiwa dan hati sanubari umat Islam hingga tidak ada lagi pada mereka kekuatan untuk mempertahankan Institusi pemerintahan Islam itu.
Keruntuhan Institusi Khilafah tersebut membawa kepada penjajahan yang amat hebat kuasa-kuasa Impirealis Barat ke atas dunia Islam. Empayar umat Islam yang luas, yang asalnya bernaung di bawah satu pemerintahan iaitu pemerintahan al-Khalifah, setelah ditakluki dibahagi-bahagikan kepada negeri-negeri kecil. Semangat asabiyah dan perkauman ditanam dalam jiwa-jiwa umat Islam. Idealisme perjuangan yang berteraskan Islam telah ditukar kepada semangat perjuangan sempit berteraskan asabiyah dan perkauman. Umat Islam tidak lagi mementingkan Islam dan ummat, tetapi mementingkan bangsa dan tanah-air sendiri.
Undang-undang syari’ah dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang Barat. Tidak tinggal dari ajaran Islam yang diamalkan melainkan saki-baki/cebisan-cebisannya sahaja yang berupa amalan-amalan yang berbentuk spiritual dan bersifat peribadi. Adapun ekonomi, politik, pemerintahan, pentadbiran Negara, pendidikan, mahkamah dan sebagainya semuanya memakai undang-undang Barat…
Umat Islam sejurus selepas keruntuhan Khilafah tersebut berada di dalam suasana yang amat membingungkan. Mereka hilang arah-tuju dan kekuatan untuk berhadapan dengan serangan bertubi-tubi kuasa-kuasa Barat berbentuk serangan pemikiran dan serangan bersenjata. Kalau dahulunya saf mereka dipimpin dan disatukan oleh Institusi Khilafah apabila berhadapan dengan serangan musuh-musuh mereka, tetapi kini Institusi tersebut telah lenyap. Umat Islam ibarat anak yang kematian ibu dan bapanya, tiada tempat untuk mengadu dan bergantung. Ribut dan badai yang melanda mereka tidak pernah menimpa generasi-generasi sebelumnya.
Umat yang dalam kebingungan itu lalu diselamatkan Allah S.W.T. dengan kehadiran tokoh-tokoh Islam seperti Jamaludin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, Syeikh Rasyid Ridha, Syeikh Badi’uzzaman Said Nursi, Syeikh Mustafa Sobri, Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, Imam Abul ‘Ala Al-Maududi, Syeikh Waliyullah Ad-Dahlawi dan sebagainya. Mereka adalah ulama’-ulama’ Islam yang muncul sebaik sahaja terjadi peristiwa keruntuhan Institusi Khilafah iaitu di saat-saat umat Islam amat menagihkan pemimpin-pemimpin yang dapat membimbing dan menentukan hala-tuju mereka.
Dengan kesedaran Tajdid yang kuat, ulama’-ulama’ ini menubuhkan Jama’ah-Jama’ah Islam dan mengajak umat Islam bersama-sama bersatu di dalam jama’ah untuk berjihad menegakkan kembali kedaulatan Islam dan mengembalikan semula Instiusi Khilafah yang runtuh itu.
Di Timur Tengah gerakan Tajdid yang paling berpengaruh dan antara terawal ialah yang dipelopori oleh Imam Hasan Al-Banna. Beliau mewarisi perjuangan yang diasaskan oleh tokoh-tokoh sebelumnya iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan juga Syeikh Rasyid Ridha. Tokoh-tokoh inilah yang membentuk aspirasi perjuangan beliau.
Tindakan bijak Imam Hasan Al-Banna ialah menghimpun pendokong-pendokong Islam dalam satu saf yang kemas dan tersusun. Beliau merasakan umat Islam tidak akan berjaya berhadapan dengan serangan-serangan kuasa Barat yang hebat itu jika mereka bergerak sendirian. Kerana itulah, beliau telah mengasaskan Jama’ah Ikhwan Muslimun pada tahun 1928 (empat tahun selepas kejatuhan Institusi Khilafah).
Imam Hasan al-Banna menyedari bahawa kegagalan umat Islam mempertahan Institusi Khilafah adalah berpunca dari hilangnya kefahaman agama dan semangat jihad dari aqal dan hati sanubari mereka. Kerana itulah, penumpuan pertama beliau ialah membina semula kefahaman Islam yang benar dalam pemikiran umat Islam dan membangunkan kembali semangat jihad dalam jiwa dan hati sanubari mereka.
Sesungguhnya Imam Hasan Al-Banna dan jamaah Ikhwanlah antara paling awal bergerak untuk menghidupkan kembali Institusi Khilafah. Bukan sekadar menghidupkannya dari sudut rangka dan binaannya, tetapi dari sudut rohnya iaitu jiwa umat Islam yang menjadi pendokong kepada Institusi tersebut.
Sejarah di atas sengaja kita ungkitkan kembali supaya umat Islam yang hidup hari ini mengetahui hakikat sebenar bagaimana bermulanya gerakan tajdid Islami di saat-saat awal keruntuhan Khilafah. Gerakan Tajdid terus bermula sebaik sahaja Institusi Khilafah mengalami keruntuhan iaitu di awal kurun ke 20, bukan bermula dari tahun 50 an.
Di antara fokus utama gerakan Tajdid pada ketika itu ialah untuk menghidupkan kembali Institusi Khilafah yang runtuh walupun ia belum menampakkan kejayaannya hingga hari ini. Setelah itu, barulah gerakan tajdid ini merebak ke seluruh dunia, bukan sahaja di kawasan-kawasan di sekitar Timur Tengah atau Asia Barat, tetapi juga ke sebelah Asia Tenggara. Penubuhan PAS juga adalah hasil pengaruh gerakan tajdid tersebut.
Sejarah tersebut menyangkal dakwaan pendokong-pendokong Hizbu Tahrir yang cuba berbangga kononnya Hizbu Tahrirlah pelopor gerakan menghidupkan kembali Institusi Khilafah, sedangkan realiti sebenarnya Hizbu Tahrir hanya wujud 20 tahun setelah kejatuhan Institusi Khilafah. Kalau benar Hizbu Tahrir adalah pelopor, kewujudannya tentulah lebih awal dari jama’ah-jama’ah yang lain termasuklah Ikhwan Muslimun. Atau sekurang-kurangnya ia seangkatan dengan jama’ah-jama’ah tersebut.
Namun, termaktub dalam lembaran sejarah bahawa kewujudan Hizbu Tahrir amat jauh terkebelakang dari kewujudan jama’ah-jama’ah yang lain terutamanya Ikhwan. Ikhwan muncul empat tahun selepas kejatuhan Institusi Khilafah iaitu tahun 1928, sedangkan Hizbu Tahrir muncul 25 tahun selepas kewujudan Ikhwan. Dalam perlumbaan, angka 25 adalah angka yang amat jauh kebelakang untuk diistilahkan sebagai pelopor atau perintis.
Dari segi usia, sebenarnya Hizbu Tahrir lebih muda dari PAS. PAS bermula sejak tahun 1948 lagi dengan nama Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 14 Mac 1948 di Gunung Semanggol. Perjuangannya ketika itu ialah sebagai gerakan dakwah dan pembebasan tanah air dari penjajah Inggeris yang didokongi oleh para ulama’ Islam. Akan tetapi Hizbul Muslimin telah diharamkan oleh British lima bulan kemudiannya iaitu pada bulan ogos 1948.
Walaupun begitu, aktiviti Hizbul Muslimin diteruskan sehingga tertubuhnya PAS pada 24 Nov. 1951. Adapun Hizbu Tahrir, ia lahir pada tahun 1953. Ia diasaskan oleh oleh Syeikh Taqiuddin An-Nabhani di al-Quds, Palestin. Tarikh kewujudan Hizbu Tahrir ini adalah berdasarkan maklumat dari buku-buku yang ditulis oleh pendokong-pendokong Hizbu Tahrir sendiri.
Kita tidak tahu apa faktor sebenar yang menyebabkan pengasas Hizbu Tahrir dan juga para pendokongnya tidak dapat memberi sokongan kepada Jama’ah yang sedia ada di Timur Tengah atau di negara-negara umat Islam yang lain di dunia hari ini? Kenapa mereka tidak memberi wala’ kepada Ikhwan di Mesir, atau kepada Jama’at Islami di India, atau kepada Refah di Turki atau kepada PAS di Malaysia..? Apa perlunya mereka menubuhkan suatu Jama’ah yang baru jika matlamatnya adalah sama iaitu untuk mendaulatkan Islam dan mengembalikan Institusi pemerintahan Islam (al-Khilafah) di atas muka-bumi ini.
Hizbu Tahrir sebenarnya telah memilih untuk mewujudkan perpecahan dalam saf kaum muslimin dari mementingkan kesatuan mereka. Sudahlah umat Islam yang serba kelemahan terpaksa berhadapan dengan musuh-musuh mereka yang lebih kuat dari segenap sudut, tiba-tiba muncul pula Hizbu Tahrir yang bertindak memecahkan kesatuan mereka. Dahulunya Hizbu Tahrir bertindak mengganggu perjalanan gerakan Islam di Timur Tengah, sekarang ini ia cuba mengganggu perjalanan gerakan Islam di sebelah Asia Tenggara pula.
Ia datang ke Malaysia dalam keadaan PAS amat kukuh dari segi pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap perjuangan Islamnya. Kalau kedatangannya membantu perjuangan Islam yang sedia wujud di sesuatu tempat (umpamanya perjuangan PAS di Malaysia ini), maka mungkin kita boleh menerima kedatangan mereka. Namun apa yang berlaku ialah kehadiran Hizbu Tahrir ini adalah untuk menjadi saingan kepada saf perjuangan Islam yang sedia ada.
Di Malaysia, para pendokong Hizbu Tahrir lebih berminat memburuk-burukkan PAS dan mengkritik PAS kepada ahli-ahlinya. Mereka menghasut ahli-ahli PAS supaya meninggalkan PAS dan bergabung dengan Hizbu Tahrir yang kononnya –kata mereka- lebih Islamik perjuangannya dari PAS. Kenapa Hizbu Tahrir tidak tampil berdakwah kepada pendokong-pendokong UMNO yang ternyata sebuah parti secular? Kenapakah Hizbu Tahrir memberi tumpuan kritikannya kepada PAS, tidak kepada UMNO?
Adakah Hizbu Tahrir takut/bimbang menghadapi pengaruh UMNO yang merupakan parti yang memerintah? Atau adakah Hizbu Tahrir adalah talibarut UMNO yang dihantar secara sulit untuk memecahkan sokongan umat Islam kepada PAS? Benar atau tidak telahan ini hanya Hizbu Tahrir dapat menjawabnya. Apa yang pastinya sikap Hizbu Tahrir itu hanya menguntungkan perjuangan secular UMNO, bukan menguntungkan perjuangan Islam yang didokongi PAS.
Kenapa tidak berjuang di Palestin?
Sebagai jama’ah yang lahir di al-Quds, Palestin, sebenarnya Hizbu Tahrir telah mempunyai kewajipan yang besar iaitu berjihad melawan Yahudi yang hari ini masih lagi membelenggu bumi Palestin dan umat Islam di Palestin. Namun kita tidak mendengar sebarang sumbangan Hizbu Tahrir di sana.
Dalam senarai jama’ah-jama’ah dan pergerakan yang berjuang melawan Yahudi di Palestin, nama Hizbu Tahrir amat jarang kita dengar, bahkan banyak ketikanya tidak kedengaran langsung. Yang selalu kita dengar ialah nama HAMAS, IKHWAN, HIZBULLAH dan sebagainya. Hizbu Tahrir lebih suka berjuang di awang-awangan dari berpijak di bumi nyata. Kita tidak menafikan pentingnya memperjuangkan Institusi Khilafah.
Namun adakah kerana menumpukan kepada perjuangan Khilafah itu, lalu kita mengabaikan kewajipan di tempat kita sendiri? Haruskah kerana menumpukan kepada kewajipan puasa –sebagai contohnya-, lalu kita meninggalkan kewajipan solat, sedangkan kedua-duanya adalah wajib?
Adakah Hizb Tahrir menganggap perjuangan membebaskan Baitul-Maqdis dan bumi Palestin itu tidak wajib dan tidak ada nilai di sisi Islam? Adakah pada pandangan Hizbu Tahrir darah umat Islam Palestin halal semata-mata kerana dunia hari ini tidak ada Khalifah untuk mengistihar jihad? Wahai para pendokong Hizbu Tahrir! Sedarilah bahawa medan perjuangan kamu lebih utama di bumi Palestin. Bersama-samalah dengan HAMAS, JIHAD, HIZBULLAH dan IKHWAN berjuang dan berjihad menghadapi Yahudi/Israel bagi membebaskan bumi Palestin dan al-Quds.
Di Malaysia ini, berilah kepercayaan kepada PAS untuk memperjuangkan Islam. Biarlah kami berlawan dengan UMNO di sini. Pulanglah kamu berhadapan dengan Yahudi/Israel di sana. Apabila kamu berjaya di Palestin di mana al-Quds dapat dibebaskan dan Negara Israel dapat diruntuhkan, maka pada ketika itu datanglah membantu kami pula di Malaysia ini. Kami Insya Allah akan menerima kedatangan kamu. Adapun sekarang, kami tidak dapat menerima kedatangan kamu di sini, kerana kamu meninggalkan perjuangan kamu di sana. Untuk apa datang ke sini bagi memikul kewajipan baru, sedangkan di atas bahu-bahu kamu sudah ada kewajipan yang perlu kamu tunaikan di tanah air kamu…Pulanglah wahai Hizbu Tahrir…Umat Islam Palestin sedang menangis menanti kamu…