Post by super on Jun 10, 2007 0:42:41 GMT -1
Kemaruk seks, kemewahan, hidup glamor: Graduan buru Mat Saleh kaya
Oleh Ahmad Fitri Che MusaMetro
Teguk arak, berpakaian seksi pikat ‘teman lelaki’ di pusat hiburan
KUALA LUMPUR: Tiga dalam satu kemewahan, seks dan glamor.
Itulah yang dikejar segelintir graduan wanita dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan sehingga sanggup menggadaikan maruah semata-mata mahu hidup seperti golongan kenamaan (VIP).
Walaupun memiliki ijazah atau ijazah sarjana, gadis terbabit enggan bekerja tetap kerana dibuai kehidupan mewah dan glamor yang tidak memerlukan mereka berhempas pulas mencari wang.
Golongan itu biasanya gemar berpakaian seksi agar penampilan kelihatan menarik selain memiliki wajah eksotik serta tubuh menawan.
Bercakap bahasa Inggeris pun dengan slanga ‘Mek Saleh’ dan tanpa segan silu minum arak serta gemar bertukar-tukar pasangan apabila berasa bosan.
Mereka menjadikan disko dan kelab malam sebagai tempat pertemuan dengan bakal ‘teman lelaki’ yang kebanyakannya lelaki kaya berjawatan tinggi dari Eropah.
Bagaimanapun, hubungan mereka bertahan paling lama hanya sebulan kerana gadis ini cepat bosan dan kemaruk seks. Ini menyebabkan mereka kembali mencari teman lelaki baru selepas beberapa hari atau minggu.
Seorang gadis ‘3 dalam 1’ yang dikenali sebagai Nadia, 27, berkata dia mula terjebak dengan gejala itu selepas berjinak-jinak mengunjungi kelab malam yang menjadi tumpuan ‘Mat Saleh’.
“Saya seronok dan mula bertukar-tukar pasangan selepas mendapati golongan ‘Mat Saleh’ sanggup berhabisan wang memenangi hati saya walaupun ada antara mereka hanya mahu memuaskan nafsu seks mereka.
“Saya tak kisah kerana saya juga sukakannya. Lagipun, bukannya saya nak kahwin dengan mereka,” katanya.
Nadia berkata, ada beberapa Mat Saleh mahu mengahwininya, tetapi dia hanya berpura-pura mencintai mereka kerana tidak mahu ‘kekasihnya’ lari sebelum dia bosan.
Katanya, walaupun dibawa bertemu ibu bapa lelaki berkenaan di Paris dan diberikan sebuah rumah dan kereta di ibu kota Perancis itu, dia terpaksa menolak lamaran lelaki itu kerana belum bersedia hidup berkeluarga.
“Saya cepat bosan dan tak mahu terikat dengan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya yang pernah kecewa selepas putus cinta dengan beberapa lelaki tempatan.
Nadia mengakui dia tidak gemar menjalinkan hubungan jangka panjang, sebaliknya hanya mahu berfoya-foya dengan kehidupan glamor yang menjanjikan seks, wang, beli-belah di butik terkenal dan berpeluang melancong ke luar negara.
Katanya, walaupun berkelulusan ijazah sarjana daripada sebuah universiti tempatan, dia tidak fikir boleh mengecapi kemewahan itu jika bekerja makan gaji.
“Saya beberapa kali bercuti di Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Itali dan negara Eropah lain. Ini satu-satunya peluang saya melancong ke luar negara.
“Bukan itu saja, saya juga banyak mendapat hadiah barangan kemas dan pakaian berjenama mahal yang dibeli di luar negara oleh teman lelaki Mat Saleh.
“Saya tak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk berbelanja di tempat mahal. Malah, mereka bermurah hati memberikan saya wang,” katanya.
Selain itu, Nadia berkata, dia terpaksa berlagak sopan dan ‘baik’ serta berbohong kepada ibu bapanya kononnya dia bekerja di sebuah syarikat besar yang menawarkan gaji lumayan bagi mengelak aktiviti maksiatnya dihidu.
“Saya juga terpaksa menipu rakan kononnya saya berasal daripada keluarga berada kerana mereka mengesyaki kegiatan saya selepas melihat saya tidak bekerja tapi hidup mewah,” katanya.
Bagaimanapun, Nadia berkata akhir-akhir ini dia berasa berdosa dan bosan dengan cara kehidupan yang tidak menjamin masa depan itu.
Dia kini mula mencari pekerjaan sesuai dengan kelulusannya walaupun terpaksa bermula dari bawah kerana tiada pengalaman.
Menurutnya, sebelum ini dia pernah berfikir untuk insaf dan bekerja di sebuah syarikat, tetapi hanya bertahan dua minggu kerana tidak dapat meninggalkan kehidupan itu.
“Tapi kini saya nekad, usia saya pun hampir mencapai 30 tahun. Saya mahu memikirkan masa depan dan hidup seperti wanita normal yang bermaruah,” katanya.
--------
Berpendidikan tinggi, akhlak sifar. Itulah realiti remaja IPT sekarang. Walaupun segelintir graduan tapi itu menunjukkan agen untuk menambahkan bilangannya. Kemanakah hilangnya langkah para penguasa dalam hal ini? Terkedu, kaku dan tiada apa tindakan diambil. Apatah lagi kalau menyentuh orang "mat Salleh" Eropah. Lagi seram sejuk kerajaan Malaysia hendak menyentuhnya. Perkara yang terfikir bagi para penguasa ialah ini akan menjejaskan Industri Pelancongan, Cabut lari pelabur asing serta membabitkan isu luar negara sekiranya para penguasa disini menangkap orang eropah dengan pelajar IPT di hotel-hotel. Itulah amal perbuatan bermotivasikan Ideologi Kapitalisme.
Semoga Jahanam secepat-cepatnya wahai Ideologi Kapitalisme.