super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Apr 22, 2007 2:14:24 GMT -1
Rupanya, ramai juga orang Amerika sakit jiwa. Mereka ini tidak pula digelarkan sebagai Pengganas. Tapi sepatutnya, mereka dapat gelaran tersebut. -
AS dihantui ancaman amuk ekoran insiden Virginia Tech DENVER 21 April – Beberapa lagi insiden berhubung ancaman keselamatan berlaku di sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat di seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam ekoran peristiwa amuk di Virginia Tech yang menyebabkan 32 mangsa terbunuh Isnin lalu.
Keadaan di seluruh negara, terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi, terus diselubungi ketegangan semalam iaitu pada hari ulang tahun kelapan insiden amuk di Sekolah Tinggi Columbine, Denver yang meragut 15 nyawa.
Langkah-langkah keselamatan yang diambil memaksa pemindahan para pelajar dari beberapa buah sekolah di negeri Colorado dan California.
Di Houston, Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) memindahkan kakitangannya dari sebuah bangunan di Pusat Angkasa Johnson selepas seorang pekerja kontraknya yang bersenjata menceroboh masuk ke pejabatnya.
Lelaki itu, William Phillips, 60, menembak mati seorang tebusan lelaki sebelum membunuh dirinya.
Sementara itu, sebutir bom meletup di luar Sekolah Tinggi Ponderosa di Parker, Colorado tidak jauh dari Sekolah Tinggi Columbine.
Di Phoenix, Arizona, pekerja di sebuah pejabat kerajaan persekutuan terpaksa dipindahkan setelah menerima ancaman bom yang akhirnya disahkan sebagai palsu.
– Reuters
|
|
|
Post by mohdariffuddin on May 6, 2007 2:14:45 GMT -1
Tamadun Amerika semakin hampir kepada zaman kejatuhan... Proksi mereka sedar akan nasib yang sedang menimpa kerajaan mereka... Mereka cuba berusaha untuk memastikan kerajaan taghut mereka kekal yang terbaik dan tidak akan jatuh... Sebab itu...ribuan jutaan dollar dibelanjakan untuk memenuhi aspirasi tersebut..sehingga mereka lupa kepada tuntutan moral masyarakat mereka sendiri... Proksi mereka kini yang bertebaran di seluruh dunia bagai diburu bayang2 sendiri...hidup dalam ketakutan dan tidak selesa sepanjang masa... Itulah harga yang perlu dibayar akibat keangkuhan dan kebobrokan dasar2 mereka sejak dari dulu hingga sekarang...
|
|