Post by azimah on Apr 13, 2007 2:44:35 GMT -1
Ancaman baru Al-Qaeda
AYMAN Zawahiri, orang nombor dua dalam Al-Qaeda pernah mengumumkan bahawa pertubuhan berkenaan telah bergabung secara rasmi dengan sebuah kumpulan yang sangat berpengaruh di Algeria dan lahir daripada benih perang saudara di negara itu.
Pengumuman terbabit dibuat pada 11 September tahun lalu, iaitu ulang tahun kelima serangan berani mati yang telah mengaibkan Amerika Syarikat (AS).
Serangan 11 September itu kalau kita belum lupa dituding sebagai ada kaitan dengan Al-Qaeda dan Osama bin Laden.
Pengumuman penggabungan Al-Qaeda dengan kumpulan dari Algeria itu menyusul beberapa hari sebelum pengampunan ke atas militan oleh kerajaan Algeria tamat, selepas ia dilaksanakan selama enam bulan.
Berita itu turut diumumkan semasa beberapa siri putaran aktiviti keganasan didakwa dilakukan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Salafist Group for Preaching and Combat (GSPC).
Penggabungan itu kemudiannya diakui secara rasmi pada bulan Januari lalu apabila GSPC mengisytiharkan ia akan lebih dikenali sebagai Pertubuhan Al-Qaeda di negara Islam Magreb di masa depan.
Kumpulan baru muncul ini menjadikan polis dan bangunan kerajaan sebagai sasaran serangan. Dan itulah yang dilakukannya apabila melancarkan dua serangan bom kereta di ibu kota Algiers, kelmarin. Salah satu serangan disasarkan terhadap pejabat Perdana Menteri, Abdelaziz Belkhadem manakala satu lagi serangan dilakukan oleh penyerang berani mati yang meletupkan dua buah kereta sarat dengan bahan letupan di Bab Ezzouar, pinggir barat Algiers.
Ketika serangan di pejabat Perdana Menteri itu dilancarkan, Abdelaziz tiada di tempat kejadian.
Laporan menyebut, seramai 23 orang maut manakala lebih 160 cedera dalam dua serangan yang mengejutkan benua Afrika itu. Menurut laporan, kumpulan berkenaan mengaku bertanggungjawab.
Ini ialah insiden pertama yang didakwa dilakukan oleh kumpulan ada kaitan dengan Al-Qaeda sejak tiada laporan mengenai penglibatan serangan ganas lebih tujuh tahun.
Penganalisis segera membuat kesimpulan bahawa serangan berganda itu dikhuatiri mengembalikan keadaan kucar-kacir yang berlaku di Algeria, sebuah negara pengeksport minyak.
Serangan terbaru itu cepat mengingatkan dunia bahawa Al-Qaeda sebenarnya belum ‘mati’ walaupun ada pihak mendakwa ia tidak lagi boleh muncul semula selepas kempen memerangi keganasan secara habis-habisan dilakukan.
Usaha secara agresif menghapuskan keganasan (dan Al-Qaeda semestinya) dikepalai oleh AS susulan serangan 11 September, hampir enam tahun lalu.
Sementara itu, beberapa serangan terbaru oleh kumpulan di Algeria telah dilancarkan ke atas industri minyak dan gas di mana terdapat banyak pekerja asing di situ di samping ia mengeksport tenaga ke negara-negara Barat.
Satu insiden serangan bom di sisi jalan sebelum ini disasarkan ke atas anak syarikat Halliburton, firma gergasi AS di mana Naib Presiden, Dick Cheney dikatakan mempunyai kaitan rapat dengannya.
Dan propaganda GSPC pula ialah mencela Perancis dan AS kerana dakwaan mencuri aset orang-orang Islam.
Aktiviti sebegitu mencerminkan agenda Al-Qaeda untuk menyerang Barat dan lebih khusus Amerika serta kepentingannya di dunia Islam, tulis Sean O’Neill dalam Times Online.
Lebih daripada itu katanya dalam tulisan berkenaan, ia telah menjadi hasrat dan impian Osama sejak sekian lama untuk melencongkan sedikit kumpulan-kumpulan seperti GSPC daripada agenda nasionalis kepada perang yang lebih besar iaitu menentang Barat.
Laporan menyebut, hasrat Ayman untuk mewujudkan Al-Qaeda baru di Magreb ialah untuk menyatukan kumpulan-kumpulan ‘jihad’ di Algeria, Tunisia, Maghribi dan Libya di bawah satu panji nama.
GSPC dikenali sebagai sebuah kumpulan utama di Algeria disebabkan hubungan akrabnya dengan Al-Qaeda (dikatakan telah bermula sejak wujud kem Afghanistan pada tahun 1990-an). Ini ditambah pula keupayaannya membangunkan banyak pusat-pusat latihan bergerak di Sahara.
Para pejuang yang dilahirkan hasil daripada pertumbuhan pusat-pusat latihan dipercayai akan digunakan ketika mana gelombang baru serangan dilancarkan oleh mereka yang digembleng dalam operasi di Afrika Utara dan kemudiannya dihantar ke Iraq. Sumber perisikan Barat sebelum ini menyebut bahawa mereka bimbang dengan segelintir kumpulan yang terselamat di Iraq kerana mereka boleh kembali semula ke utara Afrika dan digembleng semula ke mana-mana markas di seluruh Eropah.
Pada minggu lepas, Michael Scheuer, bekas ketua unit di Agensi Perisikan Pusat (CIA) sekali lagi mengingatkan mengenai ancaman itu dengan memutarkan perihal akibat daripada penggabungan GSPC dan Al-Qaeda.
Katanya seperti yang dipetik oleh Reuters dan AFP: ‘‘GSPC ialah sebuah kumpulan yang berbahaya lagi berkemahiran. Ia adalah sebuah kumpulan yang dilihat akan menggunakan sepenuhnya manfaat hubungan bersama Al-Qaeda.
‘‘Lebih daripada itu, kumpulan tersebut akan memperluaskan keupayaan pejuang-pejuang mereka khususnya di Eropah dan Kanada.’’
Ternyata apa yang dikatakan oleh Scheuer, yang kini bertugas sebagai Felo Kanan di Yayasan Jameston, beribu pejabat di Washington itu bukan sekadar ingatan semata-mata. Dengan keadaan huru-hara di Iraq belum dapat dipulihkan, konflik di Palestin masih tiada harapan untuk diselesaikan serta isu nuklear yang menekan Iran, tidak mustahil ia memberi ruang lebih luas bagi ‘melontar’ kemarahan terhadap Barat.
Dan tanpa mahu menakut-nakutkan sesiapa atau mewujudkan iklim dunia yang kurang selamat, kita percaya bahawa tidak mustahil insiden sebegini akan berulang lagi. Maka, kita perlu akui juga bahawa serangan di Algeria ini barangkali menjadi satu isyarat baru kemunculan semula Al-Qaeda di persada global.
– Agensi