Post by usaid on Jun 20, 2005 15:27:52 GMT -1
SUATU KETIKA DAHULU
Ramai umat Islam sekarang amat takut sekiranya tampok pemerintahan dikuasai oleh seorang Khalifah. Bahkan nama Khalifah amat gerun apabila disebut @ dia begitu asing dalam dunianya dan khalifah tidak dikenali oleh umat Islam sendiri. Ada hadis Rasulullah yang amat bersesuai hal seperti ini, beliau bersabda :
”Islam bermula asing,dan akan kembali semula menjadi asing, maka berbahagialah menjadi orang-orang yang asing” (Muslim)
dan sebuah lagi hadis yang lebih kurang bunyinya, sabda rasulullah:
“Sesungguhnya Islam bermula asing, dan akan kembali menjadi asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing. Ada yang bertanya:’Siapakah orang yang asing itu?’ Baginda bersabda “mereka adalah orang-orang yang terkeluar dari kabilahnya” (Ibn Majah)
Ramai umat Islam dikaburi dengan perkataan khalifah dengan makna khalifah di muka bumi ini di dalam surah Al Baqarah. Di mana manusia masing-masing boleh menjadi khalifah di muka bumi ini. Namun hal diatas tidak menjadi kesalahanpun, tetapi tafsiran yang salah kalau makna khalifah hanya setakat disitu sahaja. Selain itu, khalifah adalah nama jawatan yang tertinggi dalam melaksanakan, menerapkan dan menyebarluaskan serta memikul tanggungjawab segala hukum-hukum syarak kepada umat islam diseluruh dunia. Sebagai buktinya, sejarah islam tidak dapat memisahkan perkataan khalifah seperti Khalifah Abu Bakar, Khalifah Usman, Khalifah Muawiyyah, Khalifah Harun Ar Rashid, Khalifah Marwan dan lain-lain lagi ini bertepatan dengan sebuah hadis yang berbunyi:
”Bani Isreal dahulunya telah diurus oleh para nabi-nabi. Apabila seorang nabi(Bani Isreal) wafat, maka digantikan oleh nabi yang lain. Sedangkan tiada seorang nabi pun setelah aku(Muhammad Rasulullah) dan akan ada (yang menguruskan urusan umat Islam nanti) para khalifah dan mereka bilangan yang banyak.” (Bukhari & Muslim).
Sekiranya umat Islam amat badi dengan perkataan khalifah, dia boleh digantikan dengan perkataan lain seperti Amirrul Mukminin sebagai Saidana Umar Al Khattab lakukan atau gelaran imam seperti satu hadis rasulullah SAW bersabdanya:
”Imam(khalifah) tidak lain adalah perisai, yang (umat islam) akan berjihad dibelakangnya dan dengannya (umat islam) berlindung.”
(Bukhari & Muslim).
Disini , artikel ini untuk menerangkan kegemilangan pemerintahan Islam berkhalifah sejak usaha Rasulullah mendapatkan kuasa pemerintahan di Madinah pada tahun masehi 622, selama 13 abad sehinggalah keruntuhan khalifah pada tahun 03 mac 1924. Dimana kejayaannya tercatat dalam sejarah sebagai Tamadun Islam. Ini mengingati kepada umat Islam pada zaman sekarang bahawa kita mampu mengulangi kegemilangan Islam sekali lagi,buat kali ke-2 seperti ayat Al Quran dan hadis dibawah.
Firman Allah :
Allah telah berjanji kepada orang yang beriman dan beramal soleh ,bahawa Dia benar-benar akan memberikan kekuasaan daripada mereka di muka bumi . Sebagaimana yang telah Dia berikan kepada orang sebelum mereka ( khalifah terdahulu ) . Dia juga ( berjanji ) akan benar menguatkan untuk mereka agama mereka, yang diredahi. Serta (berjanji) akan benar-benar menukar setelah ketakutan mereka dengan kedamaian . Mereka (adalah orang yang sentiasa) menyembah –Ku , Tidak menyekutukan Aku dengan apa-apa jua. Dan sesiapa sahaja yang masih ingkar setelah janji itu, maka mereka itulah mereka itulah orang yang fasik.
(Q.S An-Nur 55)
Sabda Rasulullah SAW:-
“Di tengah kamu terdapat zaman kenabian atas seizin Allah, ia tetap ada. Setelah itu, Dia akan mencabutkannya, Jika Dia benar-benar hendak mencabutkannya. Setelah itu, akan ada khalifah yang mengikut minhaj kenabian, ia juga ada, dan atas izin Allah, ia tetap ada. Setelah itu, Dia mencabutkannya, jika Dia benar-benar hendak mencabutkannya. Kemudian akan ada kerajaan yang zalim,(zaman Umaiyyah sehinggalah zaman Ohtmaniyyah) ia juga ada, dan atas izin Allah, ia tetap ada. Setelah itu, Dia mencabutkannya, jika Dia benar-benar hendak mencabutkannya. Kemudian akan ada kerajaan Diktator (Zaman Sekrarang ini), ia juga ada dan atas izin Allah,ia tetap ada. Setelah itu, Dia mencabutkannya, jika Dia benar-benar hendak mencabutkannya. Kemudian akan ada khalifah yang mengikut minhaj kenabian. Setelah itu, baginda diam”
(Ahmad bin Hanbal).
Kedua-dua dalil tersebut memberikan motivasi kepada umat Islam pada umumnya kepada pencinta Islam khasnya. Bahawa kita mampu mengulangi kegemilangan Islam buat kedua. Kegemilangan Islam seperti:
1. Luas wilayah pemerintahan khalifah.
Wilayah Islam amat luas sekali tetapi dibawah satu pemerintahan (seorang khalifah) sehinggakan Ideologi kapitalis sekarang ini (Amerika Syarikat & konconya) gagal menyatukan di bawah satu pemerintahannya sepertimana ia pernah berperang dengan Vientam(negara bukan Islam), Iraq(negara umat Islam) dan sebagainya. Wilayah Islam berkhalifah mencakupi hampir seluruh negara di dunia ini.
2. Zaman keilmuan dan melahirkan ramai pakar-pakar.
Pada awalnya, umat Islam banyak menerokai sains dan teknologi sebelum negara Eropah yang pada itu zaman kegelapan (Autodok). Seperti Al Khawarizmi (770 - 840) yang dibawah pemerintahan Khalifah Al Makmun yang dikenali sebagai seorang ahli Astronomi dan orang pertama menentukan ukuran dan bentuk bulatan bumi.
3. Ketamandunan yang tinggi
Kalau kita melihat rancangan TV3 iaitu jejak rasul. Kita melihat bangunan yang didirikan oleh umat Islam amat menggagumkan dan unik. Pembinaan jalanraya, saliran air dan sebagainya membuktikan kemajuan pesat telah berlangsung pada zaman tersebut, bahkan tiada kemajuan yang setanding dengannya pada ketika itu. Ini menunjukkan hukum syarak tidak melarang umat Islam menggunakan sains & teknologi,. Terdapat salah faham sebahagian umat Islam sekarang ini seperti menyatakan kedatangan Islam menyebabkan umat Islam terpaksa membuang kereta dan menggantikan unta atau buang baju kemeja digantikan dengan jubah.
4. Kes jenayah yang rendah & akhlak yang baik
Percaya tak sepanjang 13 abad zaman khalifah hanya 50 kes zina dilakukan. Ada beberapa kes di masa Rasulullah SAW melaksanakan hukum had zina dengan hanya pengakuan penzina sendiri. Ini kerana , pada zaman itu mempunyai aqidah yang tinggi dan ada sifat takwa. Hasil penerapan hukum syarak kepada umat islam secara menyeluruh. Pada zaman ini perkara itu tidak mungkin berlaku.
5. Panglima perang yang digeruni
Panglima perang seperti Khalid Al Walid pada dulunya pernah mengalahkan Rasulullah di peperangan Uhud boleh tunduk kepada ajaran Islam dan seterusnya menjadi panglima perang Islam yang digeruni oleh musuh Islam. Apakah kekuatan ajaran Islam menarik beliau memeluk agama Islam? Kerana Islam menepati fikrah dan fikiran manusia. Seperti panglima perang Muhammad II atau gelarannya Al- Fateh membuka kota Costantinople (Istambul) pada tahun 1453, ketika itu dia berumur 26 tahun. Sebuah kota yang mempunyai pertahanan yang kukuh dan kuat. Boleh dimusnahkan pemuda semuda itu. Seperti Zaid berumur 17 tahun yang masih muda sekali juga boleh menjadi panglima perang. Pada zaman ini, jangan mimpi kita menjumpai panglima perang semuda mereka. Ini menunjukan sistem Islam itu canggih.
6. Kemuncakkan ekonomi zaman Khalifah
Pada zaman Khalifah Umar Al- Khattab, dia sendirinya sanggup memikul gandum kepada orang miskin kerana dia mengambil berat atas tanggungjawabnya sebagai Khalifah. Pada zaman Umar bin Abd Aziz pula, wang agihan zakat tidak dapat diagihkan kepada umat Islam kerana berlakunya kemiskinan sifar (tiada orang memerlukan wang zakat tersebut) Wang zakat tersebut terpaksa digunakan untuk memerdekakan hamba abdi di Eropah. Pernah juga terjadi orang-orang kaya menaburkan wang yang banyak kepada orang sekeliling di pasar-pasar seperti kita melihat filem Ali Baba (filem P.Ramlee). bukti-bukti ini menunjukan orang-orang Islam pada zaman tersebut tidaklah mementingkan diri sendiri seperti zaman sekarang ini kerana sistem Islam dapat diterapkan secara total. Mereka hanya mencari keredhaan Allah.
7. Dan sebagainya.
Alangkah bahagianya kita semuanya hidup di zaman Khalifah terdahulu. Namun kita semuanya masih leka dan lalai kononnya kita telah hidup mewah dan hidup senang dengan pembangunan yang ada sekarang, dengan teknologi yang ada sekarang dan dengan sistem yang ada sekarang. Apa yang senangnya, semua aktiviti harian kita semuanya kena bayaran sampai hendak buang air kecil pun kena bayar 20 sen:( . . Sebaliknya sejarah Islam telah menunjukkan kecemerlangan, kegemilangan dan kecanggihan. Bersesuaian dengan fitrah dan fikrah setiap manusia. Sebab dia hukum Allah sebagai pencipta manusia selayaknya Dia juga sebagai pengatur urusan manusia. Namun kita masih ada peluang mengulangi kegemilangan tersebut. Percayalah. Yakinlah. Umat islam perlulah berusaha :-
1. Mendalami ajaran Islam yang sebenarnya.
Dari segi akidah dan peraturan (hukum syarak)yang ada didalam Islam
2. Menjalankan Dakwah pemikiran Islam seperti ini.
Mengubah pemikiran Islam ada peraturan hidup dan perlu dilaksanakan. Dari individu, masyarakat dan negara.
3. Membina negara Islam sebenarnya.
Dengan berlangsungnya hukum syarak yang diterapkan.
Sedang Rasulullah menjalankan aktiviti dakwahnya sehingga beliau pernah dicaci, dihina, dikutuk, penganiayaan, dipulaukan untuk mengubahkan pemikiran penduduk Mekah dari menyembah berhala kepada tunduk pada Allah sebagai pencipta dan pengatur sekian manusia,alam dan kehidupan. Rasulullah pernah mengalami kecederaan dan beberapa batang giginya patah semasa perang Uhud. Persoalannya untuk apa Rasulullah buat ini semuanya. Secara logiknya, dia adalah Rasulullah sebagai kekasih Allah. Apa salahnya beliau berdoa sahaja. Berdoa supaya semua manusia memeluk Islam seluruh dunia. Pastinya doanya diterima oleh Allah. Sebenarnya Rasulullah hendak menunjukkan kepada umat supaya jangan duduk-duduk sahaja, jangan lepak-lepak kat surau, masjid, warung, rumah dan jangan mengharap sahaja untuk menubuhkan negara islam di samping untuk mencari keredhaan Allah. Bukan senang hendak memasuki syurga. Selagi dia tidak diuji oleh Allah. Akhir kata berdakwahlah sehingga muncul negara Islam dan berjihadlah setelah negara Islam diwujudkan.