|
Post by fikrul on Feb 26, 2007 6:42:18 GMT -1
Hadis pertama jelas menunjukkan larangan terdapat dua orang khalifah pada satu masa. Hadis kedua pula Rasulullah menggunakan istilah jamaah. Semasa ada khalifah, jelas haramnya terdapat dua Khalifah pada satu masa. Bila tiadanya khalifah, maka kewajipan umat Islam untuk mewujudkan jamaah Islam yang akan menegakkan Islam secara kaffah. Bila telah ada jamaah Islam, maka adakah sewenang-wenangnya umat Islam dibenarkan untuk mewujudkan jamaah Islam yang lain? Benarkah berdasarkan hadis kedua, jika tiada khalifah bila sudah ada gerakan Islam maka 'haram' dibentuk gerakan Islam yang kedua. Adakah benar kita boleh menarik (istimbath) hukum hanya berdasarkan satu hadis tanpa melihat nas-nas yang lain sedangkan ianya ada? Lagi sekali saya jelaskan bahawa apa yang dimaksudkan 'jamaah' dalam hadis tersebut adalah sebuah masyarakat (jamaah) Islam yang telah bersatu dibawah kepimpinan seorang Khalifah. Perkataan 'tongkat' dalam hadis kedua adalah kinayah (kiasan) kepada 'Khalifah'. Sebenarnya hadis yang pertama itu adalah pemberi makna kepada kata "jamaah" dalam hadis yang kedua, iaitu 'Negra Islam' kerana perkatan "telah dibaiat 2 Khalifah" membawa maksud kepada telah adanya Negara Islam. Sebab adanya Khalifah membawa indikasi adanya Negara Islam bergitu juga sebaliknya. Kesimpulannya, hadis yang kedua itu masih lagi berkisar kepada topik yang disebutkan dalam hadis yang pertama, iaitu keharamam bagi kaum muslimin memiliki lebih dari satu Khalifah (negara) dalam satu masa bukannya kewujudan berbilang parti/kelompok/gerakan dalam satu masa. Mengenai hukum mendirikan gerakan/parti/kelompok Islam diambil dari ayat "Waltakum minkum umatun yad'una ila al khair wa ya'muruna bil ma'ruf....." dalam surah Ali Imran bukan dari hadis yang kedua tadi.
|
|
|
Post by fansuri on Feb 28, 2007 0:27:16 GMT -1
Hadis pertama jelas menunjukkan larangan terdapat dua orang khalifah pada satu masa. Hadis kedua pula Rasulullah menggunakan istilah jamaah. Semasa ada khalifah, jelas haramnya terdapat dua Khalifah pada satu masa. Bila tiadanya khalifah, maka kewajipan umat Islam untuk mewujudkan jamaah Islam yang akan menegakkan Islam secara kaffah. Bila telah ada jamaah Islam, maka adakah sewenang-wenangnya umat Islam dibenarkan untuk mewujudkan jamaah Islam yang lain? ->Cuba saudara fansuri, nyatakan secara jelas apakah nama jamaah tersebut? Sehingga semua jamaah yang lainnya tidak dibenarkan di dunia ini. ->Sertakan hadis yang lainnya, menunjukkan keharaman kepelbagaian jamaah di dunia ini? Firman Allah swt. yang bermaksud : .... dan hendaklah ada dikalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan dan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan . (Surah Aali Imran : Ayat 104) Dari Nu’man bin Basyir telah berkata : Rasulullah saw. telah bersabda di atas mimbar ini : Barang siapa tidak bersyukur dalam keadaan sedikit ( sedikit perolehan ) , nescaya ia tidak akan bersyukur dalam keadaan banyak ( banyak perolehan ) dan barangsiapa yang tidak tahu bersyukur ( berterima kasih ) kepada manusia , nescaya ia tidak bersyukur kepada Allah azza wa jalla dan menyebut – nyebut tentang nikmat Allah itu adalah tanda syukur sementara meninggalkannya adalah tanda kufur dan Jamaah adalah rahmat sementara berpuak – puak pula adalah azab . (HR Imam Ahmad) Wajib ke atas kamu berjamaah dan berwaspadalah terhadap gejala berpuak – puak , justeru sesungguhnya syaithan bersama orang yang bersendirian sementara syaithan berada sangat jauh dari orang yang berdua , barangsiapa yang mahu tempat teristemewa di tengah-tengah syurga ( kerakyatan ) syurga maka hendaklah ia melazimi ( mewajibkan diri ) bersama Jamaah . (HR Imam Tarmizi) Tiga golongan jangan engkau bertanya tentang mereka (kerana mereka termasuk dalam orang-orang yang bakal musnah) iaitu : 1. Orang yang berpisah dengan jamaah dan menderhakai imamnya serta mati dalam maksiat, 2. Hamba perempuan atau lelaki yang lari dari tuannya lalu menemui kematian, 3. Seorang perempuan yang suaminya keluar bermusafir dan telah dicukupinya biaya keduniaannya lalu ia bertabarruj sesudahnya (untuk menarik perhatian lelaki lain). (HR Imam at-Thabrani, al-Hakim dan al-Baihaqi) Wallahuta'ala a'lam..
|
|
|
Post by mancis on Feb 28, 2007 0:55:17 GMT -1
Boleh tak saudara fansuri, nyatakan secara jelas apakah nama jamaah yg saudara maksudkan sehingga semua jamaah yang lainnya tidak dibenarkan di dunia ini.
|
|
|
Post by fansuri on Mar 8, 2007 1:47:52 GMT -1
Boleh tak saudara fansuri, nyatakan secara jelas apakah nama jamaah yg saudara maksudkan sehingga semua jamaah yang lainnya tidak dibenarkan di dunia ini. Sabda Rasulullah di dalam hadis yang lain; “Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi) Wallahuta'ala a'lam..
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Mar 9, 2007 13:53:13 GMT -1
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi).
Kalau hadis ini jadi pegangan, baguslah. sentiasa berpegang Sunnah Rasulullah SAW dan sunnah al khulafa al-Rasyidin al Mahdiyyin. Al Khulafa ataupun Khalifah mahupun Khilafah, itulah perjuangan bagi umat Islam yang hakiki.
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
Tentang perselisihan sesama umat. 'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Anta kata mesti ada satu jamaah. Cuba nyatakan jamaah itu?
|
|
|
Post by fansuri on Mar 16, 2007 1:39:48 GMT -1
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi). Kalau hadis ini jadi pegangan, baguslah. sentiasa berpegang Sunnah Rasulullah SAW dan sunnah al khulafa al-Rasyidin al Mahdiyyin. Al Khulafa ataupun Khalifah mahupun Khilafah, itulah perjuangan bagi umat Islam yang hakiki. “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.?
Tentang perselisihan sesama umat. 'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak. 1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T. 2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T. 3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak). Anta kata mesti ada satu jamaah. Cuba nyatakan jamaah itu? Di Tanah Arab jamaahnya ialah Ikhwanul Muslimin, di Benua India jamaahnya ialah Jamiati Islami dan di Malaysia jamaahnya ialah Parti Islam Se-Malaysia. Wallahuta'ala a'lam..
|
|
super
teman akrab
Posts: 62
|
Post by super on Mar 16, 2007 14:38:51 GMT -1
Apa yang ada diatas, adalah ulangan kata-kata manis anta sendiri. Kemudian, anta sendiri mengatakan:-
Kemudian, anta pula berpendirian mengatakan mesti ada satu jamaah, anta sendiri tak mampu buktikan mesti ada satu jamaah di dunia ini. Nampaknya, anta tidak berpijak di bumi yang nyata.
Kemudian, anta taburkan benih perselisihan diantara jamaah, ana nasihatkan, jangan cetuskan perselisihan diantara jamaah Islam, fokus kepada musuh Islam. Masa ini untuk kita bersatu hati menentang musuh Islam. Tiada masa, untuk perbalahan sesama sendiri, itu paling rugi. Dan itu tiada jaminan, kalau kita baca doa Rasulullah-posting ana yang lepas.
|
|
|
Post by fansuri on Mar 17, 2007 1:40:10 GMT -1
Untuk merealisasikan satu jamaah memang mustahil kerana umat islam gagal memahami sirah Rasulullah s.a.w. Umat islam dengan mudah menubuhkan jamaah hanya kerana tak puashati dengan kelemahan jamaah yang sedia ada.
Bila pulak ana taburkan benih perselisihan antara jamaah. Inikan forum untuk bertukar-tukar fikiran? Atau anta tak boleh bertukar fikiran?
Kalau anta ada baca posting ana, ana ada tekankan jangan saling menyerang bila dimedan dan jangan berusaha menarik jamaah lain ke jamaah sendiri.
Memang benar, tiada masa untuk perbalahan sesama sendiri kerana musuh hanya memandang satu.. Islam.
|
|
ammar
teman baru
Posts: 0
|
Post by ammar on Jun 4, 2007 23:37:52 GMT -1
fansuri masih belum faham erti jamaah agaknya..kesian..
|
|
|
Post by fansuri on Jun 7, 2007 7:17:28 GMT -1
fansuri masih belum faham erti jamaah agaknya..kesian.. Mungkin betul jugak saya belum paham erti jamaah.. Sebagaimana saya masih tak paham kenapa zaman SHEIKH TAQIUDDIN AN-NABHANI Hizbut Tahrir bergaul dan bergelumang dengan demokrasi..
|
|
|
Post by ayambapak on Jun 15, 2007 8:35:06 GMT -1
Pada saya sudara fansuri faham tentang jemaah. saudara mengatakan bahawa di Malaysia hanya perlu satu jemaah sahaja. Mengapakah PAS merestui kehadiran PKR yang mana anggotanya dikalangan org Islam. Dari segi perlembagaan PKR adakah ia selari dengan perlembagaan PAS. Disamping itu juga adakah patut kita sebagai umat ISlam merestui DAP sebagai parti kawan. Yang mana ada juga dikalangan ahlinya orang ISlam tetapi perlembagaannya ...........
|
|