|
Post by hairul on Mar 31, 2007 14:49:18 GMT -1
Bismillah.
Saya akui bahawa setiap manusia mempunyai sumber rujukan mereka sendiri.
Apabila mereka membacanya mereka mula menjelajahi onak dan duri akal peribadi yang lama kelamaan akan terjebak kepada penguasaan diri untuk melakukan dakwah yang murni.
Memikirkan satu pendekatan yang murni ini, saya amat tasub kepada soal perpaduan Ummah ketika dahulu yang mempunyai satu sumber rujukan yang mempunyai kekuasaan daripada wahyu sebenar yang membawa kepada penaklukan kota jajahan kafir dan ditukar kepada penguasaan Islamiyah.
Apabila mereka berjaya menakluki kota tersebut, jelas bahawa Allah S.w.t meredhai perjuangan mereka kerana di waktu itu mereka dipimpin oleh Rasulullah S.a.w yang jelas bagi kita kebenaran dan ketulenan ajarannya Nabi kita itu.
Dari faktor ini, saya membuat kesimpulan bahawa, tidak mustahil jika kita peroleh kejayaan yang sama jika kita mengambil ikhtibar dan menggunakan sebaik bak mungkin pendekatan yang terdahulu untuk diperjuangkan di masa ini.
Wallahualam Bisawab.
|
|