|
Al-Amin
Mar 30, 2007 7:04:46 GMT -1
Post by hairul on Mar 30, 2007 7:04:46 GMT -1
Bismillah.
Saya perlukan integriti yang akan membawa kepada peralihan budaya melayu sedia ada yang jelas tidak membawa apa-apa kesannya ke atas masyarakat kita khususnya.
Peralihan kepada sesuatu yang baru perlu kita terapkan untuk merencana diperingkat akar umbi untuk mempermudahkan dan memperkuatkan strukturnya di dalam mengenalpasti kelemahan dan kegoyahan setiap penduduk Islam di Malaysia.
Jika kita inginkan perubahan dari segi sosial dan juga budaya Islam khususnya kita sebagai individu-individu perlu diterapkan jiwa yang baru.
Kemasukan satu ideologis Islam kepada setiap masyarakat kita memustikan satu pergerakan Islam yang kukuh lagi sihat.
|
|
|
Al-Amin
Mar 30, 2007 8:19:28 GMT -1
Post by jamaluddin on Mar 30, 2007 8:19:28 GMT -1
Alhamduillah
Menzahirkan Islam Dengan Jalan Dakwah
Sejak Muhammad diutus menjadi Rasul, baginda terus mengajak manusia untuk beriman kepada Allah dan seterusnya berpegang teguh dengan tali Allah. Para sahabat kemudian dibina (tasqif) dengan syakhsiyyah Islam. Keseluruhan cara berfikir (aqliyah) dan cara bertindak (nafsiyah) mereka adalah mengikut Islam. Hasil dari keimanan yang mantap, Rasulullah dan para sahabat terus berdakwah mengajak manusia kepada Islam. Mereka diherdik, dicela, dihina, dipulau dan disiksa, malah sebahagian mereka dibunuh oleh kafir Quraish semata-mata kerana mereka menyeru kepada Islam.
Namun, tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat yang berpaling kepada kekufuran atau berhenti dari aktiviti dakwah ini. Malah, segala bentuk penganiayaan yang berlaku itu semakin menambahkan ketakwaan dan ketabahan mereka dalam berdakwah. Kematian tidak pernah menakutkan atau menghentikan mereka dari mengajak manusia beriman kepada Allah.
Ternyata, Rasulullah dan para sahabat telah menjadikan urusan dakwah ini sebagai urusan hidup dan mati mereka. Mereka sanggup mati semata-mata kerana menyeru manusia kepada Islam. Dengan kata lain, mereka benar-benar memahami bahawa mereka hidup hanya untuk Allah dan mati hanya untukNya. Inilah misi hidup mereka di dunia.
Sesungguhnya misi politik Rasulullah semasa berada di Mekah adalah mengizharkan Islam melalui jalan dakwah secara pemikiran, tanpa menggunakan apa-apa kekerasan. Terbukti berdasarkan nas bahawa Rasulullah tidak pernah menggunakan tindakan kekerasan, walaupun baginda dan para sahabat dianiaya sehingga ke tahap mengancam nyawa mereka sekalipun.
Suatu ketika pernah orang-orang Quraish datang bertemu Abu Thalib dan meminta Abu Thalib menghalang Rasulullah dari meneruskan dakwahnya. Mereka berkata,
“Wahai Abu Thalib, anak saudaramu benar-benar telah mencaci-maki tuhan kita, mengejek agama kita, menghina impian-impian kita, menganggap sesat nenek-moyang kita. Maka, apakah akan kamu hentikan (tindakannya) atau kamu pisahkan antara dia dengan kita”. Kata-kata ini langsung tidak diendahkan oleh Rasulullah. Di lain waktu mereka datang lagi, lalu berkata: “Kami telah meminta agar kamu melarang anak saudaramu, namun kamu tidak mencegahnya terhadap kami. Dan kami, demi Allah, sudah tidak sabar lagi terhadap semua cercaan terhadap nenek moyang kita, caci makian terhadap impian-impian kita, serta penghinaan terhadap tuhan-tuhan kita ini.” Sesudah itu, Abu Thalib bertemu Rasulullah dan berkata: “Tadi orang-orang Quraisy datang bertemuku dan meminta aku melarang engkau berkata begini dan begini. Janganlah engkau membebaniku dengan apa yang tidak aku sanggupi. Lalu jawab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, ‘Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan.” .
Kata-kata Rasul ini membuktikan bahawa persoalan politik yang utama (the vital political issue / Qadhiyyah Siyasiyyah) bagi Rasulullah pada waktu itu adalah untuk menzahirkan Islam di dalam bentuk dakwah secara intelektual/pemikiran. Pernah pada kesempatan yang lain, pihak kafir Quraish mendatangi Rasulullah dan menawarkan kepada Rasulullah pangkat, harta dan wanita, dengan syarat meninggalkan dakwah di jalan Allah.
Tawaran ini ternyata langsung tidak berpengaruh terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Padahal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik bagi Rasulullah menerima sahaja jawatan kekuasaan tersebut dan setelah berkuasa, baginda bolehlah mengingkari kehendak Quraish lalu berdakwah dengan lebih mudah (dengan kuasa yang ada).
Tetapi ternyata baginda tidak melakukannya. Dakwah kepada deenullah hendaklah mengikut jalan yang diredhai Allah, bukannya jalan berdasarkan hawa, asalkan dapat berkuasa.
Reaksi yang Rasulullah berikan (di dalam hadis di atas) membuktikan bahawa perjuangan dakwah untuk mendirikan agama Allah ini tidak ada kompromi langsung dengan kekuasaan kuffar.
Dakwah mesti dijalankan walau apa rintangannya sekalipun. Standard/ukuran yang Rasulullah letakkan kepada umatnya di dalam misi dakwah ini adalah hidup atau mati. Seseorang itu wajib berdakwah menegakkan agama Allah ini sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada kita atau Allah memanggil kita ke sisiNya.
Tidak ada maksud lain yang diterangkan oleh Hadis di atas kecuali ukuran kewajiban yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam berdakwah menegakkan Islam ini adalah hingga ke tahap mencapai kemenangan atau kematian dengan penuh kemuliaan. Tidak ada pilihan lagi selain kedua ini. Inilah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasul dan wajib ke atas seluruh kaum Muslimin mengikuti sunah ini.
|
|
|
Al-Amin
Mar 30, 2007 13:58:30 GMT -1
Post by hairul on Mar 30, 2007 13:58:30 GMT -1
Bismillah.
Alhamdulillah.
Penghayatan ke jalan pembentukan Islamiyah adalah dituntut oleh Islam berpandukan Quran Qarim dan juga As-Sunnahnya Rasulullah S.a.w.
Mengikut penghayatan saya, Islam adalah Agama yang benar lagi suci di sisi Allah S.w.t.
Untuk kita menangani sesuatu masalah ataupun menyebarkan dakyah keIslaman maka kita peru merujuk kepada kedua-dua sumber tersebut secara amnya.
Pendapat saudara sungguh saya kagumi mutunya. Ingin saya membuktikan bahawa kita sebagai Umat Islam dituntut untuk memelihara Aqidah, pertuturan dan juga perbuatan untuk kita diberkati Allah S.w.t.
Mengikut perkiraan ini, bahawasanya kita perlu berhati-hati untuk menyampaikan satu dakyah Islam untuk membawa perjuangan ke arah kecemerlangan di dalam persaingan yang ada di dunia ini.
Mutu rujukan yang ada pada diri kita haruslah dileraikan untuk menjana pemikiran positif lagi optimistik bagi melahirkan satu epidemik ideologis bagi memantapkan struktur pemerintahan Islam di dunia ini.
Berpandukan situasi dunia, yang mana kekecelaruan sistem pemerintahan demokrasi dan juga penstrukturan pentadbiran di negara-negara Islam kini, telah banyak mendatangkan hasil tauladan kepada kita selaku penugasa suara keamanan bagi negara-negara berkecuali ketika ini banyak memberi kesedaran dan kempen untuk peralihan ideologis keamanan sejagat berpandukan landasan yang benar lagi suci.
Wallahualam Bisawab.
|
|