|
Post by hairul on Mar 29, 2007 6:38:31 GMT -1
Bismillah.
Saya menyangkakan panas di waktu petang rupa-rupanya hujan di tengahari.
Dari sudut pandangan global, kita mesti merasakan ia satu pandangan sinis ataupun ambil peduli dan sebaliknya.
Saya merasakan bahawa situasi dunia yang kian tercemar ini akan membawa kerosakan politik Asia.
Benua-benua eropah telah membentuk satu Kesatuan yang telah membawa mereka kepada satu perjuangan dan telah membawa kemenagan kepada mereka.
Dari sudut polemiknya, saya ingin membutirkan ketidaksamaan acara dan tuntutan politik yang di bawa oleh pimpinan kita sekarang.
Pelbagai-bagai dakyah dan juga kritikan ditaburkan kepada tanah jajahan pemerintah, tetapi itu hanyalah satu fenomena yang tidak bermakna buat mereka selaku penjajah.
Di rantau Asia yang satu ketika dulu merupakan tempat persinggahan mereka yang inginkan kepada perubahan, maka kita telah membuat pendekatan persinggahan ini untuk membuat satu polemik yang tidak guna.
Kita sebagai umat Islam khasnya, perlu memikirkan bagaimana kita harus menangani permasalahan politik di rantau asia ini yang mana ia akan menjejaskan ketidakstabilan masyarakat Islam khasnya.
Sifat radikal dan juga ekstrimis tidak akan membawa perubahan jika ia tidak dikawal oleh ideologis yang membawa kemarahan amnya untuk memberi peranan kepada setiap slot dakwahnya yang jitu.
Wallahualam Bisawab.
|
|