Post by jamaluddin on Feb 18, 2007 14:28:53 GMT -1
Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah : Pengajaran Buat Ummah
Oleh HASRIZAL ABDUL JAMIL | 07/02/2007 | Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuala Lumpur
SINOPSIS KERTAS KERJA
MUKADIMAH
1.Rasional Tajuk Kertas Kerja
2.Rasional Memilih Era Othmaniyyah Sebagai Kes Kajian
DISKUSI UTAMA
1.Institusi Ulama di era pemerintahan Othmaniyyah
2.Analisa Beberapa Punca Kemerosotan Othmaniyyah
3.Krisis Salaf – Khalaf di Era Othmaniyyah
4.Peranan Ulama di bidang Siasah, Dakwah dan Pendidikan
a.Siasah: Sheikh al-Islam Mustafa Sabri Efendi
b.Dakwah: Bediuzzaman Said al-Nursi
c.Pendidikan: Al-Imam Süleyman Hilmi Tunahan
PENUTUP
1.Pengajaran Buat Ummah
2.Pelan Bertindak
3.Nota
AUDITORIUM UTAMA
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) KUALA LUMPUR
4 FEBRUARI 2006
bersamaan
5 MUHARRAM 1427H
anjuran
Excellent Management And Skills
MUKADIMAH
Dewasa ini, umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran yang hampir-hampir tidak pernah ditempuh oleh mana-mana generasi yang lalu. Bukan sahaja serangan berbentuk fizikal, malah paling membimbangkan adalah pertempuran yang bersifat maknawi, membinasakan bukan sahaja kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah cara berfikir dan fitrah kemanusiaan mereka juga menjadi sasaran. Hingga ke satu tahap, musuh sudah tidak perlu bersusah payah memikirkan kaedah berterusan yang boleh mengekalkan umat Islam di daerah krisis dan kemunduran. Umat Islam sudah berjaya bergerak sendiri ke arah membinasakan diri, melalui kecelaruan pemikiran, pandangan dan tindakan. Mereka kini self-sabotaging!
Adalah menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam untuk bersegera mencari jalan keluar daripada permasalahan ini. Mereka perlu tangkas mengenal pasti permasalahan sebenar yang menimpa, membezakan di antara punca (cause) dan kesan (effect), dan seterusnya menumpukan usaha secara optimum kepada punca itu, dengan keyakinan bahawa kesan-kesan yang pelbagai itu akan selesai dengan sendirinya, selepas penyakit di akar umbi selesai dirawat.
Tidak salah bagi kita untuk meminjam kaedah Prinsip Pareto yang diperkenalkan oleh Joseph M. Juran yang lebih dikenali sebagai kaedah 80-20 . Kaedah ini menjelaskan kepada kita bahawa 80% masalah yang wujud sebenarnya berpunca daripada 20% sumber. Oleh yang demikian, tindakan yang optimum di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, adalah dengan memberikan fokus kepada menangani 20% itu. Islam dihantar oleh Allah kepada bani insan untuk menyelesaikan 20% itu, dan bukannya 80% yang memeningkan.
PENDEKATAN SEJARAH: RASIONAL TAJUK KERTAS KERJA
Salah satu kaedah menganalisa situasi, adalah dengan meneropong sesuatu isu melalui Sejarah. Perbandingan yang dibuat di antara situasi semasa dengan contoh yang wujud dalam sejarah, membolehkan kita mengenalpasti hukum Allah yang berlaku ke atas peristiwa tersebut. Sunnatullah ini ditegaskan oleh al-Quran di dalam firman Allah s.w.t:
(Kekalahan orang-orang Yang menentang Rasulullah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu.” (al-Fath 48: 23)
Kaedah mengambil pelajaran dari Sejarah, merupakan sebahagian daripada intisari ajaran al-Quran. Firman Allah s.w.t:
“Demi sesungguhnya, kisah mereka itu mengandungi iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.” (Yusuf 12: 111)
Usaha seminar ini mencari formula ke arah mengharmonikan umat Islam dari sudut kepercayaan, pemikiran dan tindakan, amat memerlukan kepada suntikan Sejarah. Mudah-mudahan, bukti-bukti Sejarah ini akan dapat menginsafkan kita bahawa perjalanan masa dan umur umat yang panjang ini, tidaklah membawa kepada skrip kehidupan yang berbeza sehingga timbul teka-teki apakah hari ini Islam masih relevan dan mampu menyelesaikan krisis Ummah. Umat hari ini hanya mampu diselamatkan oleh apa yang telah menyelamatkan umat yang terdahulu. Sunnatullah itu tiada penggantinya...
RASIONAL MEMILIH ERA OTHMANIYYAH (1300 – 1924) SEBAGAI KES KAJIAN
Kebanyakan krisis besar yang menimpa umat Islam hari ini, mempunyai akar umbi yang dalam serta latar belakang sejarah yang panjang. Kebanyakannya bermula secara langsung semenjak di zaman pemerintahan Othmaniyyah (1300 – 1924). Krisis Palestin dan negara Arab secara umumnya, isu umat Islam di Balkan, malah isu-isu seperti krisis identiti dan sekularisma di Malaysia, turut berkongsi usul, bahawa benih-benihnya sudah wujud semenjak di era Othmaniyyah. Di atas alasan itulah, kita melihat Mehmet Ozay menulis bukunya Islamic Identity And Development: Studies of the Islamic Periphery (ISBN 0-415-04386-7) dengan cuba membuat suatu kajian perbandingan bahawa krisis identiti umat Islam di Malaysia dan Turki semasa, mempunyai banyak persamaan kerana kedua-duanya berkongsi punca dalam Sejarah yang sama .
Di samping itu, era Othmaniyyah adalah era terdekat bagi umat Islam mendapatkan contoh kehidupan sebuah Ummah yang memenuhi kriteria asasnya sebagai sebuah Masyarakat, Pemerintahan, Negara dan Khilafah Islam.
Justeru itu amat wajar bagi kita mengambil contoh iktibar yang ditawarkan oleh Sejarah era Othmaniyyah khususnya di dalam konteks peranan dan sumbangan Ulama’ Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah di dalam memikul amanah mereka sebagai Pewaris Nabi, memelihara Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah ketika berhadapan dengan ancaman anasir asing, khususnya Sekularisma yang telah memancung mati Khilafah Islam terakhir itu.
INSTITUSI ULAMA DI ERA PEMERINTAHAN OTHMANIYYAH
Ulama mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa di dalam era pemerintahan Othmaniyyah. Ia menjadi institusi yang bukan sahaja dihormati oleh massa, malah menjadi teras dan sumber kekuatan serta kewibawaan para Sultan itu sendiri. Hal ini boleh dirujuk seawal zaman terasasnya pemerintahan Othmaniyyah, tatkala Osman Gazi (1300 – 1326) menyampaikan wasiat akhirnya kepada pewaris takhka Orhan (1326 – 1362) sebagaimana yang dicatatkan oleh Aþýk Çelebi:
“Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama' untuk mencari jalan penyelesaian"
"Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah..."
"Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh..."
"Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!"
Nasihat Osman Gazi kepada anakandanya Orhan, menjadi batu asas kepada corak pemerintahan Othmaniyyah. Ia juga telah mengikat Ulama dan Institusi Syariah agar terus menjadi tiang seri tempat bersumbernya kekuatan dan pengaruh Sultan.
Memahami fungsi dan peranan institusi Ulama’ Othmaniyyah adalah sebahagian daripada subjek penting di dalam memahami tabiat pentadbiran malah polisi-polisi yang dihasilkan di era Othmaniyyah. Secara ringkasnya, Institusi Penguatkuasaan Agama Islam di dalam pemerintahan Othmaniyyah boleh dikemukakan seperti berikut :
1.Sheikh al-Islam
2.Para Qadhi di pelbagai peringkat dan kedudukan
3.Para Mufti
4.Sarjana Syariah dan Usul al-Deen
5.Institusi Perguruan di Madrasah-madrasah Islamiah
Sheikh al-Islam merupakan jawatan keagamaan tertinggi di dalam institusi Ulama’ di era Othmaniyyah. Kadang-kadang jawatan itu disebut sebagai Mufti al-‘Âsimah atau juga sebagai al-Mufti al-Akbar. Kedudukannya yang tinggi dan penting, menjadikan Sadr-ý azam (Perdana Menteri), para menteri, malah Sultan sendiri sering mengambil kira pandangan Sheikh al-Islam di dalam pelbagai urusan yang besar dan penting.
Pengaruh besar Sheikh al-Islam adalah paling menonjol pada bidang kuasanya yang boleh mengeluarkan fatwa untuk menurunkan mana-mana Sultan yang didapati sama ada menyeleweng daripada tanggungjawabnya melaksanakan hukum Syariat Islam, atau sekiranya Sultan ditimpa penyakit, khususnya penyakit mental yang tiada lagi diharapkan sembuhnya.
Contoh dapat dilihat pada peristiwa Sheikh al-Islam memfatwakan agar Sultan Selim III (1789 – 1808) dipecat kerana merombak haikal Tentera Othmaniyyah kepada sistem Barat (baca sebagai non-Islamik). Fatwa tersebut berbunyi, “Sesungguhnya setiap Sultan yang bertanggungjawab mengimport masuk sistem-sistem asing (non-Islamik) dan memaksa rakyat patuh kepada sistem itu, tidak boleh menjadi pemerintah!”. Hasil fatwa Sheikh al-Islam itu, Sultan Selim III telah dipecat dan kemudiannya dibunuh oleh tentera Yeni Çeri (Janissaries) .
Fatwa kedua yang boleh diperhatikan adalah fatwa Sheikh al-Islam yang dikeluarkan pada tahun 1876 untuk memecat Sultan Abdul Aziz (1861 – 1876) berasaskan kepada sikap borosnya yang membawa kepada mengikat perjanjian meminjam sejumlah wang daripada institusi kewangan di Paris dan London. Beliau juga dilihat tidak berupaya melaksanakan tugasnya sebagai ketua negara. Pemecatan Sultan Abdul Aziz berlaku sehari selepas fatwa tersebut dikeluarkan .
Jawatan Sheikh al-Islam telah dimansuhkan apabila sistem Kesultanan dibubarkan pada tahun 1922. Ketika mana Khilafah Othmaniyyah dibubarkan sepenuhnya pada tahun 1924, Republik Turki telah menggantikan jawatan Sheikh al-Islam dengan satu badan pentadbiran baru yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri di Ankara. Ketua kepada jabatan ini dikenali sebagai Diyanet Ýþleri Reis (Ketua Hal Ehwal Agama) dan dianggap sebagai ketua kepada semua kakitangan keagamaan di Republik Turki.
KEMEROSOTAN OTHMANIYYAH
Kerajaan Othmaniyyah telah mencapai kemuncak kegemilangannya di era pemerintahan Sultan Süleyman I (1520 – 1566). Ketika itu pemerintahan Othmaniyyah mencakupi kawasan sejauh Eropah Tengah ke Lautan Hindi dan ia dianggap sebagai kuasa terbesar dunia. Di dalam sebuah manuskrip bertarikh 1538, Sultan Süleyman I telah meluahkan pandangannya terhadap penguasaan beliau kepada kuasa dunia:
“Beta adalah hamba Allah dan Sultan kepada dunia ini. Dengan limpah kurniaan Allah, beta menjadi ketua umat Muhammad. Kekuasaan Allah dan mukjizat Rasulullah menjadi teman beta. Beta adalah Süleyman, yang namanya dibacakan di dalam Khutbah di Makkah dan Madinah. Di Baghdad beta adalah Shah. Di tanah Byzantine, beta adalah Caesar. Di Mesir pula beta adalah Sultan; yang menghantar armada tenteranya ke perairan Eropah, Maghribi dan India. Beta adalah Sultan yang merampas mahkota dan takhta Hungary, untuk diberikan kepada hamba yang tunduk. Voivoda Petru cuba mengangkat kepalanya untuk menentangku, tetapi telapak kaki kudaku telah memijaknya tenggelam menjadi debu. Beta jugalah yang telah menawan tanah Moldavia ”.
Walau bagaimana pun, selepas berlakunya peperangan yang berterusan, kesatuan yang berlaku di antara kuasa-kuasa Eropah, pengkhianatan kerajaan Safavid Syiah di Iran dan pelbagai lagi faktor, keperkasaan Othmaniyyah mula merintis graf menurun.

P/s:Seminar Ini Anjuran Islam Hadhari -
Pertama kali, kerajaan Malaysia menyuarakan
sesuatu yang tak pernah mereka ceritakan