Post by super on Dec 14, 2006 12:35:26 GMT -1
Annan kecam sikap Bush -- `AS tidak boleh korban prinsip demokrasi
serang negara lain'
INDEPENDENCE, Amerika Syarikat (AS) 12 Dis. – Setiausaha Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan dalam ucapan
perpisahannya membidas kepimpinan dan dasar pentadbiran Presiden AS,
George W. Bush di arena antarabangsa.
Annan turut memberi amaran AS tidak boleh mengorbankan prinsip-
prinsip demokrasinya semasa melancarkan perang.
Di bandar kelahiran bekas Presiden AS, Harry Truman yang membantu
menubuhkan PBB, Annan berkata, "hak asasi manusia dan kedaulatan
undang-undang amat penting bagi keselamatan dan kemakmuran sejagat."
"Apabila AS kelihatan membelakangkan prinsip dan objektifnya sendiri,
rakan-rakannya di luar negara sudah tentunya bimbang dan keliru,"
kata Annan kepada hadirin yang memenuhi Muzium dan Perpustakaan
Presiden Truman semalam.
Annan juga berkata, Majlis Keselamatan PBB perlu diperluaskan bagi
mencerminkan realiti dunia sekarang dengan lebih baik.
Beliau yang semakin lantang mengkritik Perang Iraq meninggalkan PBB
pada 31 Disember ini selepas 10 tahun sebagai Setiausaha Agung.
Semasa menjawab soalan selepas ucapannya, Annan berkata, beliau
meminta kerjasama dan kepimpinan dan bukan mengkritik AS.
"Yang hendak saya nyatakan ialah apabila AS bekerjasama dengan negara
lain mengikut sistem multilateral, kita mencapai keputusan yang
sangat baik," jelas Annan.
Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menyuarakan rasa kesal dengan
ucapan Annan yang mengkritik dasar luar AS itu sambil menyifatkannya
sebagai "peluang yang terlepas."
Rice berkata, Annan gagal membangkitkan peranan positif Washington di
PBB sejak dua tahun lalu.
– Agensi
utusan Malaysia 13 dis 2006