Post by taqiyuddin aljauhari on Nov 23, 2006 3:56:42 GMT -1
BEBERAPA PERSOALAN MENGENAI HIZB AT-TAHRIR (HT)
Diselenggarakan daripada kitab "Hizb At-Tahrir - Munaqasyah Ilmiyyah Li Ahamm Mabadi' Al-Hizb wa Radd Ilmi Mufassal Haul Khabar Al-Wahid" oleh Abdul Rahman bin Muhammad Said Dimasyqiyyah, terbitan Maktabah Al-Ghuraba', Istanbul, Turki.
PENGASAS GERAKAN
Iaitu Syeikh Taqiyyuddin An-Nibhani, cucu kepada Yusuf bin Ismail
An-Nibhani yang menurut pendapat sesetengah pihak, merupakan seorang
ahli tasauf yang melampau, penulis kitab yang terkenal "Jami' Karamat Al-Auliya'" (rujuk : Al-A'lam oleh Az-Zarakli, juzuk 8 ms 218) Taqiyyuddin An-Nabhani dilahirkan di perkampungan Ijzam di wilayah Hayfa pada tahun 1909. Semasa kecil, beliau menghafal Al-Quran dan mempelajari Fekah di tangan bapanya, Syeikh Ibrahim An-Nabhani. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau telah kembali ke kampungnya untuk mengajar sebelum berpindah ke Beirut pada tahun 1948. Kemudian beliau telah berpindah ke Jordan untuk mengajar di Kuliah Islamiah di Amman sehinggalah meletakkan jawatan dan menubuhkan gerakan Hizb At-Tahrir (HT) sekitar tahun 50an. Selepas menubuhkan gerakan ini, beliau sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain di sekitar Jordan,Syria dan Lebanon untuk meluaskan pengaruh HT. Taqiyyuddin An-Nibhani meninggal dunia di Lebanon pada 10 Disember1977.
Beliau telah meninggalkan beberapa hasil penulisannya seperti
"Risalah Al-Arab", yang memperlihatkan ketika itu kecenderungannya kepada aliran perkauman, yang mana pada masa itu, beliau menjadi anggota gabungan nasionalis Arab. Selain daripada itu, beliau juga telah menulis buku "Nidzam Al-Islam", "Nida' Harr Ila Al-Alam Al-Islami", "At-Takattul Al-Hizbi", "Nidzam Al-Hukm fi Al-Islam", "Usus An-Nahdhah" dan "Asy-Syakhsiah Al-Islamiah"
Sebelum Taqiyyuddin An-Nibhani mengisytiharkan penubuhan HT, beliau telah bersama dengan Ikhwanul Muslimin di Jordan. Aliran politik semasa
ketika itu menjadi inspirasi kepada beliau untuk menubuhkan organisasinya sendiri. Pengisytiharan penubuhan HT oleh Taqiyyuddin An-Nibhani telah menimbulkan kontroversi dan kemarahan Ikhwanul Muslimin kerana ia merupakan langkah yang memangkinkan perpecahan saf kaum muslimin. Di antara penjelasan kepada sebab beliau meninggalkan Ikhwanul
Muslimin ialah kerana pendapatnya yang menghukum gerakan itu sebagai usaha yang gagal dan wajiblah bagi Ikhwan memberi laluan kepada gerakan lain untuk berperanan. Di antara peristiwa yang menzahirkan pengakuan terhadap percanggahannya dengan Ikhwan ialah di dalam suatu ceramah yang beliau sampaikan di Al-Quds. Taqiyyuddin An-Nibhani telah berkata bahawa satu-satu umat itu tidak akan membangun dengan akhlak! Kata-katanya
itu telah menimbulkan kontroversi dan pertengkaran. Rentetan peristiwa itulah beliau telah keluar meninggalkan Ikhwanul Muslimin lalu menubuhkan
Hizb At-Tahrir.
HT telah ditubuhkan di atas asas yang sama dengan kebanyakan
organisasi lain yang dihidupkan dengan usul semangat dan emosi. Ia telah menjadikan masalah mengembalikan sistem khilafah sebagai syiar gerakan itu.
Strategi gerakan telah diatur dengan matlamat dalam tempoh tidak lebih daripada 13 tahun, mereka mesti mampu untuk membentuk kembali khilafah. Akan tetapi, HT telah mengabaikan aspek penting kepada usul sebuah gerakan Islam
yang mana ia tidak dibina di atas asas tarbiah dan akhlak, sebaliknya hanya bersandarkan politik semata-mata. Hampir-hampir penerbitan-penerbitan HT kosong dari seruan ke arah sikap benar, wara', takwa dan ikhlas, menjauhi syirik, menjauhi maksiat dan sebagainya. Sedangkan semua sikap yang
tidak elok itu tadilah yang menjadi antara sebab utama kejatuhan sistem khilafah itu sendiri.
HT MENCALONKAN AHLINYA KE PARLIMEN DEMOKRASI
Walaupun HT sangat menentang penyertaan gerakan Islam di dalam sistem demokrasi dan pilihanraya - seperti yang dilakukan oleh kebanyakan
gerakan Islam sekarang - , tetapi sejarah telah memperlihatkan kenyataan
berikut:
HT telah menghantar Ali Fakhruddin untuk pencalonan Parlimen Lebanon suatu ketika dahulu. Mereka juga pernah mencalonkan Syeikh Ahmad Da'uur didalam Parlimen Jordan sekitar tahun 50an. Peristiwa semacam ini mempamerkan percanggahan HT dengan apa yang mereka laung-laungkan, mencemuh
penglibatan gerakan Islam di dalam pilihanraya tanpa usul yang jelas.
Mengapakah dahulunya mereka pernah menyertai pilihanraya dan kini mencemuhnya pula, jawapannya kita serahkan kepada mereka sendiri untuk menjawabnya.
HT DAN BAI'AH KHOMEINI
Apakah yang mendorong HT untuk menyerahkan baiah kepada Khomeini bagi menegakkan Khilafah sedangkan kita telah sedia mengetahui tentang aqidah,hakikat revolusi dan perjuangan Khomeini itu? Lebih menghairankan apabila usaha mereka mendapatkan perhatian Khomeini tidak dipedulikan bahkan rombongan HT ke Tehran diabaikan, mereka menerbitkan pula risalah "Naqd Ad-Dustur Al-Irani" (Kritikan Terhadap Perlembagaan Iran) sebagaimana yang diperakui oleh Majalah "Al-Khilafah" bil. 18, Ogos 4 1989. Majalah Al-Wa'yu terbitan HT juga memuji kitab "Al-Hukumah Al-Islamiah"
tulisan Khomeini sedangkan di dalam buku ini Khomeini telah mencaci Abu Bakar RA dan Umar RA serta mendakwa bahawa Imam mereka lebih tinggi kedudukannya dari para Malaikat dan Nabi! Hanya HT sendiri yang tahu mengapa semua
ini terjadi... adakah kerana mereka memandang remeh persoalan-persoalan
aqidah ini atau pun mereka memang tidak mempunyai pengetahuan tentang aqidah Syiah Imamiah dan pertentangannya dengan aqidah Ahli Sunnah wal
Jamaah?
Kedua-duanya adalah tercela bagi mereka yang mahu turun ke medan!
HT DAN THALAB AN-NUSRAH
Di antara bentuk penyelewengan HT ialah prinsipnya yang mengharuskan Thalab An-Nusrah, iaitu meminta pertolongan daripada mereka yang memegang kuasa sama ada yang diminta itu kafir atau muslim. An-Nibhani di dalam kitabnya Asy-Syakhsiah Al-Islamiah 2 / 154 menyebut, " Harus mendapatkan pertolongan daripada orang kafir dengan iktibar mereka itu sebagai individu,
dengan syarat mereka duduk di bawah naungan Islam tanpa mengambil kira sama ada kuffar itu zimmi atau tidak, sama ada mereka rakyat kepada Daulah Islamiah atau tidak...". "...Begitu juga, harus bagi seorang kafir menjadi anggota parlimen Islam, ketua daerah atau pemimpin tentera di dalam Negara
Islam".
Sejarah telah mencatatkan bahawa HT telah meminta pertolongan (Thalab An-Nusrah) daripada kerajaan Syria dan Iraq mengiktibarkan kedua-dua negara itu sebagai sistem kafir. Tetapi kedua-dua kerajaan tersebut tidak menjawab permintaan HT. Seterusnya pada tahun 1987, HT sekali lagi meminta supaya Muammar Ghaddafi di Libya menyerahkan kuasa bagi mengisytiharkan penubuhan khilafah. Kesemua peristiwa ini
dari satu sudut seakan-akan lucu manakala dari sudut yang lain, ia menimbulkan tanda tanya kepada kita tentang tujuan sebenar HT ditubuhkan, dan sejauhmana mereka memahami realiti politik sebagaimana yang didakwa.
Dr. Ahmad Al-Baghdadi yang selalunya memuji HT telah mengulas
berhubung dengan fenomena ini, "HT telah gagal untuk memindahkan sumbangan pemikiran mereka ke alam realiti. Ini kemudiannya telah memaksa mereka untuk lebih agresif di dalam Thalab An-Nusrah tanpa mempedulikan dari sudut mana ia boleh diajukan demi untuk merealisasikan marhalah terakhir yang
menjadi impian mereka iaitu mendapatkan kuasa. Maka terhasillah natijah yang mendukacitakan sebagaimana yang berlaku kepada percubaan HT di Mesir dan Tunisia. Akibat daripadanya jadilah kewujudan HT di medan politik seakan-akan "bunuh diri ala politik". Al-Baghdadi juga menjelaskan
bahawa di antara sebab HT bersikap seperti ini ialah kerana ia dimanhajkan dengan manhaj inqilab yang tidak mengenal tadarruj! (Rujuk kitab Hizb At-Tahrir ms. 40, Dar Qirtas, Kuwait 1994).
HT DAN KEMARAU AKHLAK
Di antara natijah pendirian HT yang melampau di dalam persoalan
Khilafah ialah pandangan mereka yang meremehkan persoalan-persoalan lain. Diantara tuntutan Islam yang tidak mendapat tempat di dalam pergerakan mereka adalah persoalan akhlak. Bahkan HT secara terang-terang menyebut "HT adalah gerakan politik dan bukannya gerakan untuk kerja-kerja kebajikan..." "... Kerja-kerja HT keseluruhannya adalah kerja politik
dan bukannya pendidikan (ta'lim), ia (HT) bukanlah madrasah manakala kerjanya pula bukanlah memberikan nasihat atau panduan bahkan hanya siasah!" (Rujuk Manhaj Hizb At-Tahrir fi At-Taghyir ms. 28 dan 31 serta Kitab Hizb At-Tahrir ms. 25)
HT juga mendakwa bahawa " Seruan kepada akhlak mulia tidak akan membawa kepada islah masyarakat apatah lagi untuk membangunkannya. Ini adalah kerana, islah masyarakat berlaku dengan islah pemikiran... oleh yang demikian seruan kepada keelokan akhlak bukanlah penyelesaian kepada permasalah umat Islam" (Rujuk Manhaj Hizb At-Tahrir fi At-Taghyir ms.26-28). Bahkan AN-Nibhani menafikan akan kepentingan ruhiyyah di
dalam diri manusia (Rujuk Nidzam Al-Islam ms. 61 dan Al-Fikr Al-Islami Al-Muasir ms. 202) Inilah jawapan kepada punca ramai di kalangan anggota HT,khususnya muda-mudi di Eropah yang tidak mempamerkan akhlak Islam yang sepatutnya menjadi asas amilin dan pendukung perjuangan Islam.
HT DAN FATWA FEKAH YANG GANJIL
Di dalam kitab "An-Nidzam Al-Ijtima'ie fi Al-Islam", Taqiyyuddin
An-Nibhani menyatakan bahawa mereka yang beranggapan wanita itu keseluruhannya adalah aurat sebagai kemunduran akhlak. Beliau berpendapat bahawa lelaki dan perempuan perlu berkumpul, maka 'saling bantu membantu'dan pertukaran jual beli perniagaan antara lelaki dan perempuan menjadi satu keperluan yang tidak boleh dinafikan. Di dalam penerbitan "Jawab wa Su'aal" 24 Rabiul Awal 1390H - 29 Mei
1970M serta 8 Muharram 1390H - 16 Mac 1970M, dinyatakan fatwa yang mengharuskan mencium wanita asing serta bersalaman dengannya. Di antara soalan
yang
dihantar berbunyi "Apakah hukumnya mencium dengan syahwat?" Maka
jawapan HT ialah " Di antara himpunan jawapan yang disebut bahawa mencium tanpa syahwat adalah dibenarkan dan tidak haram". Di dalam penerbitan yang sama bertarikh 26 April 1970M, menyebut "...dan jika ditanya tentang dalil mengharuskan mencium perempuan atau
bersalaman dengannnya, bercakap atau mendengar suaranya dan lain-lain maka ia termasuk di dalam ke'umum'an dalil-dalil. Bahkan hendaklah disebut "apakah dalil yang mengharamkan lelaki mencium perempuan?" Maka dijawab, "hukum mencium perempuan ini termasuk di dalam pengharaman zina dan inilah
yang menjadikannya haram. Oleh yang demikian, jika penciuman itu (tanpa syahwat misalnya) tidak termasuk di dalam pengharaman zina, maka kekallah ia
harus sehingga datang dalil yang mensabitkan pengharamannya".
Manakala di dalam masalah bersalam dengan perempuan, HT menyebut bahawa
"Bai'ah khalifah itu berlaku dengan bersalaman dengan tangan tanpa mengambil kira lelaki atau perempuan" (Rujuk Al-Khilafah ms. 32). Mereka berhujah dengan hadith Ummu 'Athiyyah sedangkan tiada nas secara terang menyebut tentang berlakunya bersalaman tangan antara Rasulullah SAW
dengan perempuan. Dan janganlah sekali-kali kita lupa kepada penjelasan Ummu Mukminin Aishah RA "Bahkan demi Allah, tangan Nabi SAW tidak pernah sekali-kali memegang tangan perempuan (yang bukan mahram)" dan
riwayat yang menyebut tentang bai'ah "Sesungguhnya aku membai'ahmu dengan kalam"(Rujuk Sahih Bukhari hadith 4891). Imam Baihaqi dan Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan isnad yang sahih bahawa Nabi SAW pernah bersabda "Bahawa dicucuk kepala seorang lelaki itu dengan besi adalah lebih
baik daripada menyentuh wanita yang tidak dihalalkan baginya (menyentuh)"
PENUTUP
Di sana terdapat banyak lagi persoalan fekah dan aqidah HT yang menjadi pertikaian kita terutamanya pendapat-pendapat muftinya, Umar Bakri Muhammad Al-Halabi. Tidak ketinggalan, pegangan mereka di dalam masalah hadith Ahad yang menjadi titik tolak kepada pelbagai masalah dikalangan anggota HT sendiri. Oleh yang demikian, kita menyeru kepada semua pendukung gerakan Islam untuk kembali berlapang dada, mendalami ilmu pengetahuan, menghormati ulamak dan menyandarkan keseluruhan pergerakan kepada peraturan-peraturan Al-Quran,Sunnah,Ijmaq dan Qias yang nyata. Akidah adalah pokok utama,> manakala fekah yang sahih dan akhlak yang mulia, adalah seasas-asas jalan kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kita juga berharap agar HT berhenti daripada melaung-laungkan suaranya di bumi asing dan kembali ke kem-kem pengajian Islam, bermuzakarah dengan ulamak berlandaskan Al-Quran,Sunnah,Ijmaq dan Qias yang nyata kerana inilah yang diseru oleh firman Allah SWT di dalam surah An-Nisa' ayat 59 "... dan sekiranya kamu berbalah di
dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul(As-Sunnah) sekiranya kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat".
Wallahu Taala A'lam Bis Sawab.