Post by kas on Nov 23, 2006 3:25:33 GMT -1
Amerika akan bom Iran tahun depan
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush mungkin memilih melancarkan serangan bom ke atas kemudahan nuklear Iran tahun depan, menurut pandangan yang dikemukakan penganalisis politik di Washington.
“Saya fikir ia mungkin berlaku. Mereka akan membedil kemudahan senjata pemusnah pada musim panas depan,” kata John Pike, Pengarah Globalsecurity.org sebuah badan pemikir isu ketenteraan.
Beliau merujuk kepada kemudahan nuklear Iran yang menurut Teheran untuk tujuan keamanan tetapi Washington mendakwa ia bertujuan untuk menghasilkan bom nuklear atau senjata pemusnah.
“Ia mungkin membabitkan tindakan ketenteraan terhad ke atas keupayaan senjata pemusnah Iran,” kata beliau yang percaya penaklukan Amerika ke atas Iran tidak mungkin akan dipertimbangkan oleh Rumah Putih.
Wartawan terkemuka Amerika, Seymour Hersh pada hujung minggu lalu turut menyatakan, pemimpin berhaluan kanan Rumah Putih yang dipimpin Naib Presiden Dick Cheney mungkin berhasrat menyerang Iran tidak kira mendapat kelulusan atau tidak daripada Kongres.
Akhbar mingguan The New Yorker menyiarkan rencana tulisan Hersh yang menyatakan sebulan sebelum pilihan raya Kongres yang menyaksikan Parti Republikan gagal mempertahankan majoriti di kedua-dua dewan, Cheney mengadakan mesyuarat mengenai Iran.
Pada pertemuan itu, Cheney dikatakan menegaskan bahawa cadangan melancarkan serangan ke atas Iran tidak akan diketepikan.
Rumah Putih serta merta mengeluarkan kenyataan menyatakan, rencana oleh Hersh itu penuh dengan maklumat tidak tepat. – AFP