kas
teman baru
Posts: 4
|
Post by kas on Nov 23, 2006 2:43:58 GMT -1
Masjid lama Gaza musnah dibedil
GAZA: Kemusnahan sebuah masjid berusia 800 tahun di Beit Hanoun kerana serangan udara tentera Israel menjadi saksi keganasan penjajah Yahudi yang tidak mengenal batasan, lapor agensi berita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Pegawai kanan hak asasi manusia PBB yang melawat daerah Beit Hanoun turut mengesahkan Israel melakukan banyak pencabulan kemanusiaan ketika askarnya beroperasi di Gaza, lapor Reuters.
Imam masjid Um An-Nasr di Beit Hanoun, Sheikh Shihda Abu Zreiq, berkata serangan penjajah Yahudi memusnahkan ‘rumah Allah’ yang dibina pada tahun 637 hijrah.
Ia dibina selepas pertempuran ‘Um An-Nasr’ antara tentera pimpinan Sultan Mahmoud Qutob dan Tentera Salib di kawasan sekitar Gaza dan Asqalan (Ashkelon) yang dimenangi askar Muslim. Konvensyen Geneva menetapkan serangan terhadap tempat ibadat satu jenayah perang.
Sheikh Shihda memberitahu wartawan UN Observer, tentera Yahudi bukan hanya mensasarkan pejuang Palestin tetapi juga kanak-kanak, wanita dan orang tua. Seramai 19 orang awam termasuk kanak-kanak maut kerana serangan udara Israel di Beit Hanoun, 8 November lalu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Louis Arbour, memberitahu wartawan selepas melawat Beit Hanoun: “Pencabulan hak asasi manusia begitu besar. Kita tidak boleh biarkan orang awam (Palestin) yang tidak berdosa menanggung derita.” – Agensi/Reuters
|
|