Post by xyz on Nov 14, 2006 22:42:45 GMT -1
Kerajaan Lebanon runtuh – Hizbullah
BEIRUT 14 Nov. – Pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah menyatakan kerajaan Lebanon pimpinan Perdana Menteri, Fuad Siniora, yang disokong Barat, akan disingkirkan tidak lama lagi dan digantikan oleh sebuah Kabinet “bersih.”
Bagaimanapun Hassan cuba meredakan kebimbangan bahawa Lebanon menuju ke kancah huru-hara ekoran krisis politik yang semakin meruncing dengan memberi jaminan Hizbullah akan memelihara kestabilan negara ini.
Enam menteri daripada Hizbullah dan sekutunya meletakkan jawatan selepas rundingan semua pihak pada hujung minggu lalu gagal kerana kem pro-Syria menuntut rombakan Kabinet yang akan memberi mereka kuasa veto.
“Kerajaan ini akan tumbang,” kata Hassan kepada penyokongnya semalam, menurut laporan akhbar As-Safir hari ini.
“Kami tidak ada kaitan dengannya lagi selepas peletakan jawatan.
“Kerajaan baru akan didirikan,” katanya dengan menambah, kerajaan Fuad tidak memiliki kredibiliti sama sekali.
Hassan berkata, sebuah kerajaan bersih akan dibentuk untuk membangunkan semula Lebanon selepas perang Hizbullah dengan Israel pada Julai dan Ogos lalu.
Walaupun tertekan, kerajaan Fuad semalam meluluskan rancangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa untuk membicarakan suspek pembunuh bekas Perdana Menteri, Rafiq al-Hariri.
Kabinet meluluskan draf dokumen itu tanpa menghiraukan bantahan Presiden Emile Lahoud dan peletakan enam menteri.
Draf tersebut kini dikembalikan kepada Majlis Keselamatan PBB untuk pengesahan tetapi kelulusan akhirnya nanti oleh kerajaan Lebanon yang lemah tidak dapat dipastikan disebabkan peletakan jawatan menteri berkenaan.
Satu lagi sebab ialah Hizbullah telah mengugut untuk melancarkan protes besar-besaran kecuali pergerakan itu dan sekutu-sekutu Syiahnya memperoleh kuasa veto dalam Kabinet.
– Agensi