Post by kuda perang on Sept 1, 2006 0:42:15 GMT -1
Asia Barat tanpa Israel?
Oleh MASZLEE MALIK(utusan Malaysia 01.09.06)
RAKYAT Zionis sentiasa menggambarkan diri mereka seumpama Daud (Nabi) yang berhadapan dengan Jalut di zaman pra peperangan Jun 1967. Mereka adalah Daud, kerana mereka sebuah entiti kecil yang dikelilingi oleh Jalut-Jalut yang ramai, iaitu negara-negara Arab.
Selepas peperangan Jun 1967 mereka merasakan bahawa mereka tidak akan dapat dikalahkan lagi oleh Jalut-Jalut tersebut. Walaupun mereka pernah dikalahkan oleh Mesir dan Syria lewat peperangan Yom Kippur 1973, namun selepas itu mereka terus bangkit.
Keupayaan mengikat pemimpin-pemimpin Arab untuk tunduk dan mengikut arahan di atas nama ‘perjanjian damai’ telah memberikan mereka ruang untuk bernafas. Bermula dengan Anwar Sadat, dan diikuti oleh para pemimpin lain yang akhirnya terpaksa memperakui ‘tatbi’ (neutralisasi), akhirnya rejim Zionis berupaya membentuk ruang keselesaan untuk entiti haram ‘Israel’ meneruskan survivalnya.
Selepas berjaya menundukkan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang merupakan ‘pengacau’ utama mereka dahulu, rejim Zionis pasca-Oslo berubah menjadi ‘Jalut’ pula di rantau Asia Barat.
Bersenjatakan ‘Hasbara’, Israeli Security System dan juga perjanjian damai, Jalut-Jalut yang dianggap ancaman, berjaya mereka kembirikan. Kini, Mesir, Syria, Jordan, Arab Saudi, Turki, Iraq dan lain-lain negara Arab bukanlah ancaman kepada rejim Zionis lagi.
Rejim Zionis menjadi semakin takbur apabila mereka mempunyai kelengkapan persenjataan yang tercanggih di dunia. Amerika Syarikat (AS) menjadi pembekal utama persenjataan kepada rejim tersebut. Rejim Zionis menjadi semakin angkuh apabila tentera mereka (Israeli Defence Force – IDF) diuar-uarkan sebagai tentera keempat terkuat di dunia.
Selepas kekalahan Iraq pada peperangan Teluk yang pertama dan kedua, rejim Zionis merasakan diri mereka menjadi kuasa terulung di rantau tersebut. Sayang sekali “Jalut” ini telah dimalukan lewat peperangan Zionis-Lubnan 2006. Kekalahan mereka sehingga terpaksa menerima resolusi 1701 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengundurkan tentera dari bumi Lebanon.
Kemusnahan di pihak Zionis dalam peperangan yang berlangsung selama sebulan di selatan Lebanon amat memalukan. Menurut sumber rasmi IDF, seramai 117 tentera mereka telah terkorban (menurut laporan media 123 orang), 400 tercedera, empat helikopter Apache telah dibedil (dan sebuah F-16 menurut Hizbullah), sebuah kapal laut karam dibom (tiga menurut Hizbullah), manakala lebih 100 buah kereta kebal (menurut Hizbullah, 180 buah) musnah atau rosak kerana menjadi sasaran roket Hizbullah.
Kematian
Di pihak Hizbullah pula, hanya 85 kematian sahaja yang dilaporkan, dan kecederaan lebih 400 pejuang mereka. IDF menafikan dakwaan media dan memberikan angka 530 kematian di pihak Hizbullah tanpa apa-apa bukti untuk menunjukkan kekuatan mereka.
Bagaimanapun mereka tidak dapat menyembunyikan kenyataan bahawa mereka telah kalah dalam peperangan tersebut dan terpaksa berundur. Hal ini jelas dapat dilihat di dalam ucapan mantan PM Zionis, Benjamin Netanyahu di Knesset Zionis sejurus kenyataan Olmert menyokong resolusi 1701 PBB. Beliau mengecam dan menempelak pentadbiran Olmert dan Emir Perez dalam peperangan tersebut yang dianggap lemah.
Keputusan mengundurkan tentera mereka juga dianggap oleh Netanyahu sebagai tindakan orang lemah dan kalah. Jeneral Dan Halutz, pemimpin tertinggi IDF sendiri sekarang ini disiasat mengenai kegagalan misi Lebanon berikutan desakan rakyat Zionis. Bukankah ini menunjukkan kekalahan rejim Zionis?
Pertempuran sengit para komando rejim Zionis dengan mujahidin Hizbullah di Bint al-Jbeil menjadi bukti yang amat kuat kegagalan mereka. Komando Golani, pasukan komando terbaik Zionis bagaikan kaku dan tidak mampu untuk berhadapan mujahidin Hizbullah yang dilaporkan berjumlah hanya 50 orang di Bint al-Jbeil. Bukan sekadar kematian, malah kemusnahan persenjataan Zionis juga amat memalukan.
Seorang wartawan Yahudi, Reuven Pedatzur ketika memberikan komentarnya mengenai kekalahan tentera Zionis menyebut tidak mustahil Bint Jbeil akan menjadi lambang kebanggaan Hizbullah lewat peperangan 2006 ini. Tempat tersebut akan sentiasa menjadi Stalingrad bagi para pejuang Hizbullah dan akan sentiasa menjadi mimpi buruk bagi IDF. Ze‘ev Schiff dalam Ha arezt pula menyifatkan IDF telah menerima tamparan hebat lewat kekalahan di Bint Jbeil dan juga pengunduran dari selatan Lebanon. Natijah daripada serangan dan pertempuran hebat tersebut, para komando terbaik Zionis semuanya terpaksa berundur meninggalkan Bint al-Jbeil dengan penuh malu dan hina.
Di waktu ini, hanya Presiden AS, George W. Bush sahaja yang mengiktiraf kejayaan Zionis dan mengumumkan kekalahan Hizbullah. Hakikatnya, apakah misi utama serangan Zionis ke atas Lebanon? Bukankah mereka hendak membebaskan dua orang tentera mereka yang ditawan? Ke manakah dua orang tentera tersebut? Bukankah itu bermakna kegagalan rejim Zionis untuk menjayakan misi mereka. Sudahlah gagal untuk membebaskan dua orang tentera itu, kekalahan mereka pula amat memalukan.
Jelas Jalut Yahudi ini sudah patah taringnya. Ternyata tanggapan rendah mereka terhadap para pejuang Hizbullah meleset. Bak kata Jeneral Uri Adam, komandan IDF di utara Israel dalam The Observer: “Peperangan in bukanlah semudah memerangi pejuang Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
Ini adalah peperangan yang sebenar!”. Kebanyakan komando Golan IDF yang pulang dari Bint Jbeil menyifatkan mereka bagaikan berada di dalam neraka sewaktu pertempuran tersebut.
Taktik
Fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sehingga kini ialah, IDF yang dilengkapi dengan persenjataan canggih serta para komando yang terlatih gagal di selatan Lebanon. Realitinya ialah mereka gagal untuk melawan sekumpulan pejuang yang menggunakan taktik peperangan gerila.
Realitinya juga ialah lebih 20,000 orang tentera IDF telah gagal mengalahkan sejumlah 1,500 (sesetengah sumber mengatakan 2,000) sahaja pejuang Hizbullah. Bukan sekadar tidak mampu mengalahkan pejuang yang sedikit itu malah kemusnahan di pihak mereka amat besar dan memalukan.
Benarlah tindakan Olmert menubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat kegagalan dan kekalahan IDF.
Walau apa pun yang diperkatakan, hakikatnya, dongeng yang mengatakan IDF merupakan tentera keempat terkuat dunia, komando Golani milik IDF merupakan yang kedua terbaik di dunia, dan juga sistem keselamatan Zionis merupakan yang tercanggih di dunia kini hanya tinggal dongeng semata-mata.
Mungkinkah ini merupakan petanda awal berakhirnya siri penjajahan Zionis di Asia Barat? Mungkinkah peperangan Lebanon 2006 ini juga merupakan petanda awal kepada bermulanya tamadun baru manusia di alaf ini? Atau mungkinkah juga apa yang berlaku ini menandakan bermulanya Timur Tengah yang baru, iaitu Asia Barat tanpa “Israel”?
Kitalah sebenarnya yang akan menentukannya!!!