Post by kucing mus on Aug 31, 2006 0:19:30 GMT -1
Israel ‘keras kepala’
BAITULMAQDIS: Israel memaparkan sikap keras kepalanya apabila secara terang-terang di depan Kofi Annan menolak gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu supaya menarik balik sekatan darat, udara dan lautan oleh negara Yahudi itu ke atas Lubnan.
Malah, Perdana Menteri Israel Ehud Olmert menegaskan yang sekatan itu akan hanya dibatalkan selepas semua aspek gencatan senjata dilaksanakan.
Dalam rundingan sejam lamanya semalam, Annan yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Yahudi itu menggesa Israel menamatkan sekatan ke atas Lubnan yang musnah teruk berikutan serangan bertubi-tubi negara Yahudi itu dalam konflik 34 hari dengan Hizbullah.
Tetapi pada sidang media bersama kemudian, Olmert menyelar Annan dengan menegaskan sebarang kelonggaran sekatan terhadap pelabuhan dan ruang udara Lubnan bergantung penuh kepada pelaksanaan Ketetapan 1701 PBB yang membabitkan gencatan senjata dengan Hizbullah.
Olmert turut menyelar cadangan Annan supaya Israel mengundurkan semua tenteranya daripada selatan Lubnan dalam masa beberapa hari atau minggu sebaik saja 5,000 askar pengaman PBB memulakan tugas mereka.
Pemimpin Israel itu juga mahukan tentera pengaman itu diletakkan di sepanjang sempadan Syria dan bukannya di selatan Lubnan.
Terdahulu dalam sidang media itu, Annan yang turut merayu pembebasan dua askar Yahudi yang ditawan Hizbullah pada Julai lalu berkata Israel perlu menarik balik sekatan berkenaan.
“Saya percaya yang sekatan Israel yang memalukan itu perlu dibatalkan manakala askar yang ditawan pula, dibebaskan,” katanya yang dalam kunjungan ke rantau itu bagi menegaskan kepentingan gencatan senjata Hizbullah dan Israel selepas tercetusnya konflik itu pada 12 Julai lalu.
Annan dijadual menemui presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ramallah hari ini sebelum berlepas ke Jordan, Syria dan Iran.
Israel mempertahankan sekatannya itu biarpun gencatan senjata berkuat kuasa 14 Ogos lalu yang menamatkan konflik meragut sekurang-kurangnya 1,287 nyawa di Lubnan - majoritinya orang awam. Israel sebaliknya cuma kehilangan 160 orang, kebanyakannya anggota tentera.
Sekatan Israel ke atas Lubnan itu bukan hanya menyusahkan rakyat tempatan, tetapi seperti diakui sendiri agensi bantuan kemanusiaan, menghalang pengagihan bekalan yang amat diperlukan.
Stesen minyak Lubnan sendiri masih mengalami kekurangan mendadak. Peniaga barangan pengguna juga tidak memperoleh bekalan, khususnya barangan buatan asing. – AFP
sumber:
BH-31 Ogos 06
Kebanyakan bekalan yang ada pun terpaksa dibawa masuk menerusi Syria.
Selain itu, Annan turut menyuarakan simpati di atas kehilangan nyawa kedua belah pihak berkenaan.
“Sudah tiba masanya bagi penduduk awam di rantau ini berpeluang hidup aman dan bermaruah.”
Sehubungan itu dia menggesa pelaksanaan penuh Ketetapan 1701 PBB yang menetapkan pengunduran askar Israel dari selatan Lubnan serta penghantaran askar Lubnan dan pasukan pengaman ke kawasan terbabit. – AFP
Annan sendiri menjangkakan pertambahan bilangan anggota tentera pengaman PBB berjalan lancar iaitu seramai 15,000 orang seperti dijangkakan.
Dia turut menemui keluarga dua askar Yahudi yang ditawan dan seorang lagi di Gaza.
Sementara itu, lima kapal perang meninggalkan Itali semalam sebagai bukti sumbangan Rome terhadap pasukan pengaman PBB.
Perancis yang mengetuai pasukan itu pada masa ini berkata, satu batalion 900 anggotanya yang dilengkapi kereta kebal dan senjata artileri akan dihantar ke selatan Lubnan menjelang pertengahan bulan depan.
Nepal menjadi negara terbaru berikrar menghantar askarnya menganggotai pasukan pengaman di selatan Lubnan atau Unifil, dengan seramai 850 askar.
Kerajaan Turki akan mengadakan persidangan Parlimen lebih awal minggu depan bagi mengundi mengenai penghantaran tenteranya. Laporan media tempatan menyatakan 600-1,200 askar akan terbabit. - AFP