Post by xyz on Aug 28, 2006 23:34:54 GMT -1
Kos pakaian seragam Kastam didakwa RM48 juta
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) terus menjadi sasaran kritikan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati dengan prestasi serta tindak tanduk jabatan itu.
Turut terkena tempias daripada kritikan tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman yang dikatakan akan bertemu dengan Peguam Negara bagi membincangkan imuniti ahli-ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof , yang membangkitkan isu itu mendakwa pakaian seragam Kastam menelan belanja RM48 juta tahun lalu.
‘‘Walaupun nampak gah dengan bintang-bintang seperti jeneral tetapi ia tidak berguna kerana tidak diwartakan maka ia tidak boleh digunakan di mahkamah dan juga Parlimen,” katanya.
Mohd. Said meneruskan dakwaannya dengan mempertikaikan kualiti baju di antara pegawai tinggi dan kakitangan bawahan.
‘‘Kakitangan rendah Kastam, kualiti pakaian dia amat rendah, saya terima SMS (daripada kakitangan Kastam) yang menyebut pakaian itu miang, gatal, kualiti rendah sampai kena pakai baju di dalam.
‘‘Tapi yang senior-senior officer dia, sama kualiti macam Zegna (Emilio Zegna, jenama pakaian),” katanya.
Di samping itu, KDRM juga dikatakan membelanjakan banyak wang untuk aksesori.
‘‘Tongkat berharga RM700 dibeli dari United Kingdom, tali silang dibeli dari Scotland berharga RM600 manakala butang baju berharga RM800 satu set,” ujar beliau.
----------
Uhh,,,48juta itu banyaknye. Patutlah rakyat kerja siang dan malam bagai rak, orang atas senang lenang.