Post by khalid bin lukman on Aug 18, 2006 12:29:14 GMT -1
‘Usah terikut ideologi Barat’
Oleh Magendran Rajagopal
KUALA LUMPUR: Generasi pasca merdeka yang kurang menghayati liku perjuangan mencapai kemerdekaan dikhuatiri terpengaruh dengan takrifan kebebasan mengikut ideologi liberal Barat yang bercanggah asas demokrasi, budaya, amalan dan latar belakang sejarah penduduk negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata setiap negara mempunyai acuan tersendiri bagi menentukan kaedah pentadbiran terbaik untuk penduduknya dan tidak mungkin dasar yang diamal negara lain serasi dengan keadaan di sini.
“Ada kalangan generasi muda kita yang termakan ideologi liberal Barat ini mempersoalkan undang-undang tertentu negara dan menuntut kebebasan mutlak.
“Kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union, kerjasama antara kaum menuntut kemerdekaan daripada British dan kontrak sosial di kalangan pemimpin pelbagai kaum ketika itu yang menjadi asas awal perpaduan harus diingati dan menjadi iktibar kepada generasi muda.
“Bagaimanapun, generasi pasca merdeka ini tidak begitu memahami sejarah dan kurang menghayati perit jerih dan pengorbanan generasi sebelumnya bagi mencapai kemerdekaan,” katanya pada majlis perasmian pameran Perjuangan Perdana Ke Arah Kemerdekaan, di sini semalam.
Pameran yang menjadi sebahagian daripada sambutan Bulan Kemerdekaan antara 17 Ogos hingga 16 September ini akan dibawa menjelajah seluruh negara.
Pada majlis sama, Najib turut melancarkan buku bertajuk Cabinet Governing in Malaysia, hasil karya Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Dr Rais Yatim mengenai hubungan dan peranan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Kerajaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Parlimen serta badan kehakiman.
Najib berkata, sejarah perjuangan kemerdekaan negara bukan sekadar kenangan, sebaliknya harus dijadikan iltizam memelihara kesinambungan perpaduan dan keharmonian kaum yang dikecapi selama ini.
Katanya, selain mengabdikan kisah silam, sejarah sebenarnya kumpulan pelbagai ilmu yang perlu dihayati kerana mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan dihukum apabila mengulangi kesilapan masa lampau.
Dalam konteks membina bangsa dan membangunkan negara, beliau berpendapat rujukan kepada sejarah perlu sentiasa dibuat kerana setiap tindakan mempunyai sebabnya dan ia perlu difahami bagi membantu merumuskan langkah susulan seterusnya.
“Sejarah bukan sekadar mengingati kisah lama atau menyanjung pemimpin tertentu, sebaliknya kita harus menjadikannya teladan. Kita tidak harus terpengaruh yang ada pada permukaan saja,” katanya.
BH 18.08.06
-------------------
komen..
[glow=red,2,300]takrifan kebebasan mengikut ideologi liberal Barat yang bercanggah asas demokrasi, budaya, amalan dan latar belakang sejarah penduduk negara ini[/glow].
Sebenarnye...asas Demokrasi terdiri daripada 4 tiang:
1. Kebebasan Hak milik
2. Kebebasan Tingkahlaku
3. Kebebasan bersuara
4. Kebebasan beragama....
Apabila kite berbicara tentang Ideologi Barat sememangnye inilah inti patinye....kebebasan!! Dan sepertimana kite alami sekarang bahang IFC, jenayah meningkat, tindasan atau pengabaian pihak yang tercicir adalah bahana kite mengikut citarasa Ideologi Kapitalisme (Barat)...Apabila kite membaca keluhan seperti ini...sepatutnye kite kena kaji selidik apa yang ada dari akar umbi Ideologi yang kite amalkan sekarang ini...Adakah ianye menepati Fitrah manusia...menepati Fikrah Manusia...Adakah penerapan Ideologi Barat membawa kebaikan, kesejahteraan ataupun kebinasaan dan kehancuran ?
Belum sampai seratus tahun penerapan ideologi kapitalisme(barat) ini(sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, 1924), kite menyaksikan macam-macam peristiwa yang menyedihkan..khususnye bagi umat Islam....pelbagai keburukan yang berlaku disana sini...Tapi jika kite bandingkan keberadaan Ideologi Islam yang mampu bertahan selama 1,300 tahun dulu...itulah keunggulan Ideologi Islam..Hukum Syarak itu adalah hukum Tuhan, Hukum Allah...*check balik QS Al Maidah,50...