Post by xyz on Aug 13, 2006 23:49:24 GMT -1
Peranan US Di Dalam Konflik Lubnan-Israel
Perancangan Amerika dalam rangka penyelesaian krisis Timur Tengah telah bermula secara tersusun di bawah Presiden Jimmy Carter melalui perjanjian Camp David pada tahun 1978, diikuti oleh Reagen dan Bush senior. Secara umumnya perancangan Amerika memacu kepada penyelesaian serentak isu Palestin dan Syria-Lebanon.
Sebelum itu, di tengah-tengah perang saudara yang meletus di Lebanon, Amerika telah menggunakan pengaruhnya ke atas Syria untuk menempatkan tentera Syria di Lebanon dan seterusnya membentuk pengaruh tersendiri di Lebanon melalui perjanjian Ta’ef pada tahun 1975 . Agenda Amerika ini adalah untuk memastikan kepentingan Amerika di Lebanon terjamin dan mengekang pengaruh Perancis dan Britain di Lebanon dan seterusnya di Timur Tengah.
Di dalam masa yang sama wujud juga isu Palestin, di mana kedua-dua isu ini berkait rapat, paling tidak bagi pihak Amerika dalam merealisasikan pelan penyelesaian yang berpihak kepada kepentingan Amerika di Timur Tengah. Di pihak lain, Eropah (Britain dan Perancis) inginkan penyelesaian yang berasingan, kerana penyelesaian serentak sudah pasti akan mengancam status quo mereka di Lebanon (Perancis) dan kemudian akan melibatkan Jordan (British).
Perancangan Amerika melalui serangan Israel.
Yahudi buat masa ini sedang berhadapan dengan Hamas di Gaza dan Hizbullah di selatan Lebanon. Mereka juga ‘berhadapan’ dengan dasar penyelesaian Amerika di Timur tengah (penyelesaian isu Palestin, Syria-Lebanon serentak). Perkiraan Yahudi dalam tindakan serangan di selatan Lebanon adalah untuk mengeruhkan keadaan, seterusnya memaksa Amerika menyegerakan perancangannya di Lebanon dan pada masa yang sama, masaalah mereka di Palestin
Sejak hari pertama serangan balas Yahudi, Amerika menolak untuk melihat genjatan senjata dalam masa terdekat, walaupun masyarakat dunia menekan mereka dalam pelbagai perundingan. Walaupun serangan Israel telah membunuh ratusan kanak-kanak, ibu, ayah dan menyebabkan kemusnahan harta benda serta menyebabkan 1 juta penduduk berpindah dan menjadi pelarian, Amerika tetap tidak berundur dalam keputusannya demi menjamin cengkamannya di Timur Tengah (berpegang kepada pelan asalnya - penyelesaian serentak).
Amerika dalam masa yang sama juga sedang memasarkan apa yang dikatakan sebagai “Sustainable Cease-fire” (sebenarnya inilah merupakan pelan asal Amerika sejak era Carter) . Perkiraan Amerika adalah untuk memaksa Syria-Lebanon agar berkompromi dan pada masa yang sama melumpuhkan kemampuan Hizbullah demi keselamatan Israel. Malangnya Hizbullah masih gagal menyadari bahawa Syria pada hakikatnya sedang melihat kehancuran mereka atau paling tidak, menyadari bahawa Syria sedang ‘mengajar’ Hizbullah agar berkompromi dengan mengiktiraf Israel.
Mengapa Iran terlibat sama?
Perancangan Amerika di Iraq dan Afganistan tidak berjalan seperti yang dirancangkan. Satu jalan keluar bagi kemelut ini adalah dengan melibatkan tetangga Iraq iaitu Iran dan Syria. Namun begitu melibatkan Iran dan Syria tidak akan sempurna tanpa menyelesaikan krisis Timur Tengah secara menyeluruh. Penyelesaian menyeluruh Amerika (isu Lebanon, Palestin, Iraq dan Afghanistan) boleh dilihat dalam beberapa aspek:
1. Mengalihkan perhatian (walaupun sementara) dari jenayah dan kegagalan mereka di Iraq dan Afganistan.
2. Amerika akan mencari jalan untuk melunakkan Iran melalui perundingan dengan memberi bahagian dari Iraq kepada Iran sebagai alat menyelesaikan isu nuklear Iran (sebagaimana Amerika pernah memberi bahagian dari Lebanon kepada Syria untuk menyekat pengaruh Eropah)
3. Syria pula akan dapat membantu bagi mengawal sempadan Syria-Iraq dari kumpulan ‘pengganas’.
4. Memudahkan penyelesaian isu Palestin. Apabila Syria bersedia untuk mengiktiraf Israel, ini akan membuka langkah kepada setiap organisasi di Palestin agar mengiktiraf Israel dengan lunas-lunas yang dikendaki oleh Israel.
Kejayaan perancanaan Amerika ini akan dapat:
1. Menjamin cengkaman Amerika di Timur Tengah, seterusnya menjamin kepentingan Amerika terutamanya dalam mengaut minyak..
2. Menaikkan imej Amerika di Timur Tengah dan mengelak dari dimalukan akibat kegagalan di sana, seterusnya meningkatkan populariti Bush dan Parti Republikan menjelang pilihanraya.
Dari perbincangan ringkas di atas, dapat diperhatikan bahawa bagi menyelesaikan krisis ini, Amerika akan mengarahkan Syria-Lebanon, Iran, pihak yang mewakili Palestin dan Yahudi, melalui isu serangan ke atas Lebanon ini, agar duduk di meja rundingan dan seterusnya mengolah persetujuan melalui jalan kompromi dan tawar menawar demi menjamin kepentingan Amerika.
Nasib Ummat Islam
Walau apapun natijahnya, selama mana penyelesaian ini melibatkan kuasa kuffar, umat Islamlah yang akan menjadi mangsa - mangsa di tangan pemerintah yang mengkhianat melalui persekongkolan mereka dengan penjenayah kuffar. Tanah, nyawa serta kehormatan umat Islam dijadikan bahan tawar menawar demi menjamin kepentingan kuffar, sehinggalah tiba hari di mana Allah akan memberi kemenangan kepada umatNya yang beriman, insyaAllah..
“ …pada hari itu berbahagialah orang-orang beriman, dengan kemenangan dari Allah…”
[TMQ Ar Rum: 4,5]