Post by kuda perang on Aug 5, 2006 4:12:44 GMT -1
Tel Aviv ajak Kuala Lumpur, Jakarta berdialog
SINGAPURA: Israel mahu mengadakan dialog dengan Malaysia dan Indonesia bagi mewujudkan kerjasama membabitkan penyelesaian masalah di rantau Asia Barat.
Duta Israel ke Singapura, Ilan Ben-Dov, berkata semalam, dua negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, setakat ini enggan menimbangkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.
Berikutan itu, katanya, Malaysia dan Indonesia mengambil pendirian keras ke atas Israel berbanding negara Arab lain yang disifatkan Ben-Dov sebagai ‘mengarut.’
Dia berkata demikian dalam pertemuan dengan agensi berita Associated Press sehari selepas pemimpin Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Israel di Lubnan.
Ben-Dov berkata, Israel sememangnya mahu memastikan isu ‘budaya benci’ ke atas negaranya oleh Malaysia dan Indonesia dapat dileraikan selain menjelaskan pendirian Tel Aviv mengenai konflik dengan Hizbullah di Lubnan.
“Jika anda tidak mendengar penjelasan dua belah pihak, ia cuma mencetuskan lebih banyak kebencian. Kami tidak menjangkakan mereka akan bersetuju tetapi sekurang-kurangnya berilah peluang bagi kami memberi penjelasan,” katanya.
Dia berkata, keadaan juga sukar bagi Israel untuk berbicara dengan media di Malaysia dan Indonesia.
Minggu lalu, dia sendiri menulis kepada Jakarta Post bagi mengecam penulisan lidah pengarang yang didakwanya berat sebelah mengenai tindak tanduk Israel di Lubnan.
Sementara itu, di Beirut, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa penduduk selatan Lubnan akan menghadapi masalah kesihatan teruk termasuk cirit-birit kerana air minuman semakin kehabisan.
“Keadaan semakin mendesak. Jika kekurangan ini berterusan, penyakit akan mula merebak,” kata Paul Sherlock, penasihat kanan Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa (Unicef).
Keadaan paling teruk di selatan kerana jalan raya dan jambatan dibedil memutuskan banyak kampung di sempadan dengan dunia luar dan kekurangan utama ialah makanan, air dan ubat. – AP/ Agensi
“Kawasan paling teruk ialah di sepanjang sempadan kerana penduduknya berada di ruang bawah tanah lebih 15 hari lalu. Mereka tiada air, bekalan elektrik atau sistem pembuangan najis.
“Ada juga laporan mengatakan air sungai diberi kepada bayi. Kami gusar cirit birit berdarah, taun dan penyakit lain akan tersebar, khususnya kesan terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun,” katanya. – AP