|
Post by basikal tua on Aug 4, 2006 22:53:03 GMT -1
Amaran Iran minyak lonjak RM370 setong NEW DELHI 4 Ogos – Iran, pengeluar minyak kedua terbesar dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), memberi amaran harga minyak mentah di pasaran dunia mungkin mencecah RM370 setong (AS$100) pada musim sejuk ini. Kebimbangan itu timbul berikutan perkembangan geopolitik semasa dan permintaan minyak yang semakin meningkat. Akhbar Press Trust of India melaporkan, kebimbangan itu disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri Minyak Iran, Hadi Nejad Hosseinian. Ketika ditanya oleh pemberita mengenai kemungkinan Iran menghentikan eksport minyak jika diserang Amerika Syarikat (AS) berhubung konflik nuklear, Hadi menjelaskan, tindakan itu tidak akan diambil. Hadi berada di sini bagi mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai India dan Pakistan dalam cubaan memecahkan kebuntuan berhubung penetapan harga gas yang akan diimport oleh New Delhi dan Islamabad menerusi sebuah saluran paip tiga negara bernilai RM25.9 bilion (AS$7 bilion). – AFP --------------------- Fuhhh....tahun depan harga minyak kite naik RM1 seliter jeer....
|
|