Post by xyz on Jul 23, 2006 10:25:00 GMT -1
300 bantah forum Artikel 11
JOHOR BAHRU: Forum awam mengenai Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam terpaksa dipendekkan atas arahan polis, selepas lebih 300 orang berhimpun di hadapan hotel, membantah penganjurannya.
Forum itu yang dianjurkan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai latar belakang serta dikenali Kumpulan Artikel 11, bermula kira-kira 9 pagi dan sepatutnya berakhir pada 1.30 tengah hari tetapi polis meminta penganjur menghentikannya pada jam 11.15 pagi.
Berikutan arahan itu, kira-kira 600 peserta yang menyertai forum berkenaan dilihat bergegas keluar.
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Roslan Ahmad, memberi amaran kepada mereka yang berhimpun di luar hotel supaya bersurai daripada kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, amaran itu tidak diendahkan kumpulan berkenaan malah meminta polis menghentikan forum tertutup yang berlangsung di hotel berkenaan sebelum mereka bersurai.
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan di hadapan pintu masuk hotel bagi memastikan tiada peserta yang menyertai perhimpunan itu masuk ke dalam hotel.
Roslan bersama beberapa wakil kumpulan yang membantah itu termasuk Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Mazlan Alimin dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed kemudian dilihat memasuki hotel di mana forum berlangsung, kira-kira jam 10.50 pagi.
Roslan ketika ditemui berkata, pihaknya menempatkan kira-kira 200 anggota polis untuk berkawal di kawasan hotel bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Beliau berkata, polis bukan sengaja melengah-lengahkan usaha untuk menghentikan perhimpunan itu tetapi terpaksa memikirkan keputusan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
"Kami berpuas hati kerana forum itu dapat ditamatkan dan perhimpunan ini dapat disuraikan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, mengingatkan semua pihak termasuk NGO supaya tidak mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
"Kita melihat ada pihak tertentu yang berniat tertentu mengambil kesempatan mempersoalkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Umno sebagai antara parti penting di negara ini mengambil berat dan prihatin terhadap perkara ini.
"Masyarakat juga perlu sedar sensitivitinya dan Umno Johor juga mengambil inisiatif menyatakan keprihatinan kita terhadap perkara berkenaan," katanya.
BH22.07.06