|
Post by Wartawan on Jun 30, 2006 1:38:57 GMT -1
Washington tuduh 12 negara anti-Amerika WASHINGTON: Sebanyak 12 negara termasuk Malaysia berada dalam senarai pentadbiran Presiden George W Bush yang dianggap bersikap anti-Amerika Syarikat menyebabkan Washington melancarkan kempen untuk menangani sentimen itu di negara terbabit. Penasihat politik Bush, Karen Hughes yang kini mengetuai bahagian diplomasi awam Jabatan Negara Amerika, berkata perancangan strategik sudah dirangka mensasarkan negara itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. “Senarai sebenar masih dirahsiakan tetapi ia termasuk negara yang kami rasa amat perlu menerima penjelasan dan sokongan bagi mengatasi [glow=red,2,300]sentimen melampau[/glow],” kata Hughes ketika diwawancara Reuters, di sini, semalam. Sekalipun enggan menamakan negara berkenaan, beberapa pegawai merujuk kepada Afghanistan, Indonesia, Malaysia dan Mesir serta beberapa negara Asia Barat lain yang dipilih berdasarkan maklumat perisikan dari Pentagon, Jabatan Negara, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan badan lain. Hughes turut berharap pendekatan berkenaan meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan. Satu daripada matlamatnya ialah mengenal pasti apa dipanggil Hughes sebagai ‘mereka yang ada pengaruh strategik’, seperti bintang sukan, pemimpin agama yang dapat menjelaskan mengenai nilai Amerika dan [glow=red,2,300]melawan ‘ideologi kebencian.’[/glow] Beliau berkata, jabatannya bercadang mengundang ahli agama dari negara Islam ke Amerika menerusi program pertukaran wakil pelbagai agama khususnya dari tempat di mana khutbah Jumaat menganjurkan kebencian (terhadap Washington).Hughes yang mula bertugas di bawah pentadbiran Bush sejak setahun lalu, sudah mengunjungi berbelas-belas negara dalam usahanya meningkatkan imej Amerika terutama di negara Arab yang secara keseluruhannya mempunyai syak wasangka tinggi terhadap negara itu.Bagaimanapun, pengkritiknya mendakwa, tugas Hughes tidak lebih daripada [glow=red,2,300]mesin propaganda kepada Bush[/glow], malah pegawai itu sendiri tidak pasti sejauh mana kejayaan usahanya di dunia Arab. – Reuters “Ia bukan suatu tugas mudah, seperti petik jari saja dan semua masalah akan selesai. Pendapat tidak akan berubah dalam tempoh satu malam, terutama ketika perang,” akui Hughes.
|
|
|
Post by wartawan on Jun 30, 2006 1:48:26 GMT -1
Nampak sangat dah goyah, tunggu nak tumbang jee ini. Dengar cerita, Pepimpin Amerika dah mula tak percaya agen-agen mereka di negeri kaum muslimin . Sah !! mereka memang tak percaya.
|
|
|
Post by celik hati on Jun 30, 2006 2:25:16 GMT -1
Detik-detik kehancuran Israel-Amerika. Selamat tinggal Ideologi Kapitalis Selamat jahanam sekularisme Selamat jalan demokrasi
Propaganda Amerika semakin tumpul, Yang menyerlah adalah kebenaran, Disebalik kepalsuan Disebalik yang tersurat, ada yang tersirat Itulah hakikatnye....Ia di ambang kehancuran.
Yes....Ia diambang kehancuran.
Semoga-moga harapan dan doa Usaha para-para Daei dan pendakwah Umat Islam seluruh dunia Akan mencepatkan lagi peristiwa surah An Nur,55.
|
|
|
Post by ikan patin on Jul 1, 2006 4:31:09 GMT -1
KEMPEN BUSH AKAN GAGAL: ABU BAKAR
Bandung: 'Perang salib' yang dilancarkan oleh presiden George W Bush dan sekutunya terhadap Islam ditakdirkan menemui kegagalan, kata guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir, semalam, dua minggu selepas menamatkan hukuman penjara kerana mempunyai kaitan dengan pengeboman di Bali
Namun lelaki yang digambarkan pengawai Indonesia dan Barat sebagai pepimpin kerohanian pertubuhan Jemaah Islamiah (JI), juga berkata keganasan perlu ditingkatkan bagi mempertahankan Islam di 'zon konflik' selepas Iraq dan Palestin.
Katanya juga orang Islam tidak sepatutnya dijadikan sasaran.
Abu Bakar, 67, meninggalkan penjara di Jakarta pada 14 Jun lalu selepas menjalani hukuman kerana pembabitan dalam pengeboman di Bali yang membunuh lebih 202 orang dengan 88 pelancong Australia.
Ditanya mengapa pengawai kerap mengaitkan dia dengan keganasan, Abu Bakar memberitahu Reuters: "Saya seorang guru agama. Saya tidak faham mengenai bom. Jika melihatnya sekalipun, saya tidak akan faham. "Namun saya memberi penjelasan mengenai hak Islam dan orang barat takut dengan lidah saya, bukan tangan saya"
[glow=green,2,300]Abu Bakar menafikan sebarang kaitan dengan pengeboman di Bali atau serangan lain yang dipersalahkan ke atas JI, yang ditegaskan tidak wujud [/glow]dan masih menanti rayuan berhubung sabitannya.
- Reuters (BH 310606)
|
|
|
Post by celik hati on Jul 1, 2006 4:34:49 GMT -1
"Namun saya memberi penjelasan mengenai hak Islam dan orang barat takut dengan lidah saya, bukan tangan saya" Cantik ayat itu, diharap para syahbab mengikuti rentak Abu Bakar Bashir, biar Barat takut lidah Hizbut Tahrir.
|
|
|
Post by wartawan on Jul 1, 2006 4:37:36 GMT -1
Orang barat paling takut kalau ada kalangan pepimpin umat Islam menyebutkan perkataan Khilafah. Bayangkanlah, Pak Lah menyebut perkataan Khilafah depan George W Bush. .....Trylah Pak Lah. Kite tengok reaksi Bush....hanya sebutkan.." Khilafah akan kembali tertegak!!"....agak-agaknye Pensan Bush jam itu jugak .
|
|
|
Post by celik hati on Jul 1, 2006 4:50:15 GMT -1
Dan orang barat sememangnya takut pemikiran Islam. Kerana dalam pemikiran Islam ada Sistem-sistem yang lebih jauh canggih daripada sistem ekonomi Kapitalisme, Demokrasi, Kebebasan dan Sistem Sosial,Sekular...dan yang sebungkus dengannye. Itu semua akan dibungkuskan untuk dicampakkan ke laut. Jangan lupa, masukkan bungkusan tersebut dalam botol yang ditutupi sebelum campak ke laut. Masukkanlah sekeping nota, "Jangan membukanya". Semoga-moga pemikiran sekular lenyap ditelan lautan dalam sepertimana Firaun yang nak mengakui dirinya Tuhan. Dan itu pemikiran sekular bersama sistem-sistemnya, yang melawan hukum syariat Rabb yang menguasai langit dan bumi.
|
|
|
Post by ikan patin on Jul 1, 2006 5:48:42 GMT -1
Secara jelas, inilah propaganda Amerika supaya Pepimpin negara yang disenaraikan itu tunduk patuh kehendak Amerika. Jangan melawan ke hendak Amerika. Kite dapat memahami pada perkataan seperti ini:
[glow=red,2,300]Hughes turut berharap pendekatan berkenaan meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan.[/glow]
Kite jugak temui beberapa perkataan daripada akhbar tersebut ???Sentimen pelampau ???mereka yang ada pengaruh strategik’ ???melawan ‘ideologi kebencian ???khutbah Jumaat menganjurkan kebencian (terhadap Washington).
Amerika sedar, Ideologi kapitalisme telah diancam oleh Aqidah Islam yang benar, pemikiran Islam, Ideologi Islam, peradaban Islam dan hukum hakam syariat Islam yang dipopularkan oleh para pendakwah dan umat Islam sekelian...itulah atas usaha-usaha anda semua..
syabas!!, Anda telah menyampaikan dakwah islam, seterusnye dapat ganjaran pahala, diredhai oleh Allah...semoga anda semua beristiqamah dalam menyampaikan dakwah Islam ini.
|
|
|
Post by checkmate on Jul 3, 2006 3:43:32 GMT -1
Dari segi ideologi: kekafiran dalam hal ini meliputi semua orang yang meyakini dan mengamalkan ideologi-ideologi yang lain selain Islam, samada Kapitalisme, Sosialisme mahupun yang lain. [perhatikan TMQ an-Nisaa' :150-151
. Kapitalisme adalah ajaran yang memisahkan agama dari kehidupan. Agama hanya boleh digunakan untuk mengurusi urusan akhirat, sedangkan kehidupan mesti diatur oleh manusia sendiri. Sedangkan Sosialisme adalah ajaran yang menolak agama, sehingga kehidupan pengikutnya diatur menurut akal, bukan wahyu Allah. Ayat di atas menerangkan: " Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan RasulNya, serta ingin memisahkan antara Allah dan RasulNya, mereka mengatakan 'Kami beriman kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain'. Mereka ingin mengambil jalan tengah diantara perkara tersebut. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang benar-benar kafir. Untuk mereka telah Kami sediakan azab yang menghinakan ". Dari ayat ini, dapat diambil mafhum muwafaqat , iaitu apabila memisahkan dan mengambil sebahagian saja telah dinyatakan kafir, dan ini berlaku untuk orang Islam yang memeluk ideologi Kapitalisme, maka apalagi orang yang menolak secara keseluruhannya, samada dari aspek agama mahupun ideologi, seperti Sosialisme. Dimana ayat ini dapat dimaksudkan untuk orang Nashrani, Yahudi, Hindu dan sebagainya yang memeluk Kapitalisme mahupun penganut Sosialisme, yang menolak keseluruhan agama. Jadi, semuanya kafir]
Dalam hal ini, kedudukan mereka adalah sama, yaitu sama-sama kafir. Apakah hanya memeluk sebagian dari kedua macam ajaran (politik dan spiritual) tersebut, ataukah secara total. Maka, kedudukannya sama, yaitu sama-sama kafir.
[lihat I'lam al-Muwaqi'in, op cit, I/87-88; al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibnu Katsir, XIII/128; Tafsir al-Qur'an al-Azim, Ibnu Katsir, II/67; Tafsir al-Qur'an al-Azim , op cit, X/347]
Selain hukumnya,haram memeluk agama dan ideologi selain Islam, maka diharamkan pula menerapkan dan menyebarluaskan ajaran agama dan ideologi tersebut. Inilah pandangan Islam yang jelas, tegas dan boleh dipertanggungjawabkan secara ilmiah (akademik) dan rasional di hadapan Allah SWT.
|
|
|
Post by rindukhilafah on Jul 3, 2006 6:23:17 GMT -1
Surah Muhammad ayat 35:
"Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kamulah yang di atas dan Allah (pun) berserta kamu dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangi (pahala) amal-amalmu"
>>biar apapun yg dipropagandakan oleh kaum kuffar, janganlah sekali-kali kita gentar. Teruskan perjuangan memikul kewajiban ini. kerana janjiNya (khilafah) yang amat kita rindukan pasti tiba suatu hari nanti.
jangan bersedih..Sesungguhnya, Allah bersama kita..
|
|
aku lagi rindu khilafah
Guest
|
Post by aku lagi rindu khilafah on Jul 5, 2006 13:59:19 GMT -1
Semoga Allah memberi petunjuk dan panduan kepada rakyat malaysia untuk memahamai sistem Islam Khilafah.
|
|
|
Post by celik hati on Jul 5, 2006 23:23:33 GMT -1
Blair desak Muslim tangani pelampauLONDON: Perdana Mentera Britain, [glow=red,2,300]Tony Blair semalam berkata golongan Islam yang berfahaman sederhana tidak benar-benar berusaha untuk menghapuskan fahaman melampau dalam masyarakat Islam.[/glow] Akhbar Britain, Daily Mail, melaporkan, perdana menteri itu [glow=red,2,300]menggesa lebih banyak perbahasan mengenai asas-asas serta nilai sebenar Islam bagi memerangi ideologi dan pandangan melampau [/glow]– bukan sekadar membahaskan mengenai kaedah ganas semata-mata. Blair berkata, [glow=red,2,300]beliau merasakan seperti pemimpin Islam kelihatan bersimpati terhadap nasib kumpulan pelampau ini meskipun lantang menyuarakan mereka tidak bersetuju terhadap tindakan kumpulan itu.[/glow] Beliau membuat kenyataan itu selepas seorang ahli parlimen Islam, Sadiq Khan berkata, [glow=red,2,300]anggota pasukan petugas Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan kelihatan hilang pedoman kerana terpengaruh dengan pendekatan perdana menteri itu.[/glow] Blair turut dicabar mengenai isu itu apabila beliau muncul di depan jawatankuasa Perhubungan yang disertai oleh pengerusi jawatankuasa terpilih parlimen. "Kerajaan mempunyai peranan untuk mengatasi perkara ini tetapi secara jujur, ia tidak boleh bertindak sendirian untuk membanterasnya. [glow=red,2,300]“Jika kita mahu mengalahkan fahaman melampau, kita mesti mengalahkan idea mereka dan menangani sepenuhnya kepalsuan mengenai penderitaan menentang Barat,” [/glow]katanya. – Agensi -------------- Pengaruh Ideologi Islam di sana tidak dapat dibendung lagi.
|
|