Post by Usaid on Jun 7, 2005 17:50:12 GMT -1
Pandanglah laut, apakah yang anda fikirkan?
Jika seseorang hanya memandang pada permukaan laut, mereka akan terfikir untuk bermain-main air atau berenang yang berbentuk riadah serta keseronokan sahaja. Mungkin untuk menyejukkan matanya menikmati keindahan panorama ini.
Jika seseorang hanya memandang didalam laut, mereka akan terfikir untuk mengambil muatiara sebagai perhiasannya. Ikan-ikan sebagai makanannya. Boleh jadi mereka akan mengkaji spesies kehidupan lautan.
Jika seseorang memandang pada dasar laut pula, mereka akan berfikirkan untuk mengambil minyak yang berada didalam tanah pada dasar laut. Minyak yang sebagai bahanapi penjana kuasa kenderaan dan jentera. Penjualan minyak ini akan membawa pulangan berlipat ganda banyaknya. Mungkin akan menyebabkan dia seseorang yang kaya raya.
Inilah jenis-jenis pandangan dan kaedah-kaedah berfikir masing-masing. Maka dirumuskan begini:-
1. Pandang laut di permukaan sahaja adalah kiasan bagi berfikiran Dangkal
2. Pandang laut di dalam laut sahaja adalah kiasan bagi berfikiran Mendalam
3. Pandang laut di dasarnya sahaja adalah kiasan bagi berfikiran Cemerlang
Demikianlah cara orang berfikir sesuatu realiti yang dihadapan mereka. Sesuatu realitinya ada di depan mata kasarnya tanpa memikirkan di apa-apa disebalik tabir. Hanya memikirkan keseronokan dan kegembiraan sahaja. Bahkan tiada berusaha seupayanya untuk menjadikan lebih baik. Yang terikut-ikut dengan realiti yang ada tanpa berfikiran jauh. Inilah ciri-ciri yang dimiliki oleh orang yang Berfikiran Dangkal.
Adapun, Berfikiran Mendalam pula, boleh didefinasikan orang yang memikirkan sesuatu yang difahami tetapi tidak mendasar atau tidak mengetahui punca-puncanya. Juga gagal mengaitkan fakta-fakta yang benar lagi sahih. Maka dengan itu tiada memikirkan punca-punca realiti yang ada disebaliknya dan yang tersirat melainkan memikirkan apa-apa yang tersurat sahaja.
Walaupun cara berfikirannya mendalam, amat perlu ditingkatkan lagi sehinggalah menjadi cara berfikir Cemerlang (Fikrul Mustanir). Cara berfikir Cemerlang yang mempunyai sesuatu pandangan yang jauh, memahami punca-punca sesuatu kejadian serta mengetahui penyelesaiannya yang paling tepat. Dapat mengaitkan fakta-fakta yang benar lagi sahih serta mengetahui perkara-perkara yang ada disebaliknya dan yang tersirat serta yang tersurat.
Untuk memahami maksud di atas, kita sebagai orang Islam perlulah merujuk Al Quran sebagai bimbingan dan panduan kita.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang yang berfikir (berakal).
[Surah Ali Imran, ayat 190]
Orang yang berfikiran cemerlang akan memehatikan segala kejadian dilangit seperti matahari, bintang, bulan dan sebagainya dan segala kejadian dibumi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan sebagainya mestilah ada Penciptanya serta memerhatikan kejadian silih ganti kejadian malam dan siang yang menunjukkan adanya Pengaturnya. Diperhatikan pula segala isi kejadian yang ada dilangit dan dibumi juga ada mengikut peraturan yang ditetapkannya. Orang yang berfikiran mengenainya akan meyakini semua kejadian adanya Maha Pencipta dan Maha Pengatur, yang dipanggil Allah SWT. Maka Maha Pencipta dan Maha Pengatur membuat peraturannya sesuai dengan fitrah kejadiannya. Kerana fitrah kejadiannya juga diciptakan oleh Maha Penciptanya, maka dengan itu sesuailah ianya mengikut peraturan yang ditentukan oleh Maha Pengaturnya.
Inilah orang yang mempunyai fikiran cemerlang yang mengaitkan dan berlandaskan fakta-fakta yang benar lagi sahih iaitu Al Quran dan As Sunnah. Serta mengetahui yang akan berlaku dari fakta-fakta yang benar itu dengan adanya hari Hisab di padang Mahsyar atas segala amalannya yang dikerjakan di pentas ujian ini (didunia). Serta mencari keredhaan dari Maha Pencipta dan Maha Pengaturnya (Allah) dengan ketentuannya yang termaktub di dalam risalahnya iaitu Al Quran sebagai panduan dan bimbingannya dan apa-apa yang datang dari seorang yang diutuskanNya sebagai contoh dan suri teladan dari segi percakapannya, perbuatannya dan sifat diamnya yang disebut As Sunnah yang di bawa oleh Muhammad SAW sebagai utusan dan pensuruh Allah.
Fikiran cemerlang ini wajar dimiliki oleh setiap nisan yang digelar Islam. Kerana Islam itu agama yang sempurna/syumul. Islam itu tinggi dan mengalahkan agama yang lain ada didunia ini. Tetapi kini, Islam hanya tidak ubah seperti seekor Harimau yang kehilangan taring dan kukunya. Islam yang dahulunya dikenali gagah, hebat, terkuat dan pernah memiliki 2/3 dunia dikuasai olehnya hanya tinggal kenangan. Islam kini boleh dipijak-pijak, dilanyak-lanyak dan dihempas-hempas oleh musuh Islam. Darah yang mengalir bagaikan kepala paip yang sedia untuk membukanya. Akan mengalir tanpa ada pembelanya. Nyawa orang Islam lebih murah jika hendak dibandingkan dengan nyawa Ikan Paus yang mempunyai Akta Perlindungannya. Maruah orang Islam tak usah diceritakan lagi, banyak yang menyayat hati dibuatnya. Dipendek kata semua perkara buruk dipikul diatas bahu orang Islam masing-masing termasuklah empunya diri ini.