Post by kuda perang on Nov 14, 2005 11:03:01 GMT -1
Dakwah Menegakkan Khilafah Jalan Untuk Menegakkan Kalimat Tauhid (Meluruskan Kesalahfahaman & Menegakkan Kebenaran)
Al-Haitsamiy dalam ash-Shawâ’iq al-Muhriqah berkata:
“Ketahuilah, para shahabat ra telah bersepakat, bahawa hukum mengangkat imam (khalifah) setelah berakhirnya zaman nubuwwah (kenabian) adalah wajib. Bahkan, mereka telah menjadikan hal ini sebagai kewajiban yang terpenting. Buktinya, mereka lebih menyibukkan diri dengan kewajiban tersebut, dan menunda penguburan jenazah Rasulullah Saw.” (Al-Haitsamiy, ash-Shawâ’iq al-Muhriqah, hal. 17).
Dalam kitab as-Siyasah asy-Syar’iyyah, Syaikh al-Islam Imam Ibnu Taimiyyah berpendapat:
“Usaha untuk menjadikan kepemimpinan (khilafah) sebagai bagian dari agama dan sarana untuk bertaqarrub kepada Allah adalah kewajiban. Taqarrub kepada Allah dalam hal kepemimpinan yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan RasulNya adalah bagian dari taqarrub yang paling utama….”*1) Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab yang sama juga menyatakan: “Bahkan, agama ini tidak akan tegak tanpa adanya khilafah Islamiyyah.” (Imam Ibnu Taimiyyah, as-Siyasah asy-Syar’iyyah, lihat pada Mauqif Bani al-Marjah, Shahwah al-Rajul al-Maridl, hal. 375).
Dakwah Menanamkan ‘Aqidah Adalah Salah Satu Fasa Dakwah
Sesungguhnya, tidak ada khilaf di antara kaum muslim, bahawa ‘aqidah adalah sendi dasar yang akan membangun seluruh masalah-masalah cabang (furu’). Kaum muslim juga tidak pernah berbeza pendapat, bahawa seruan pertama yang harus disampaikan ke tengah-tengah masyarakat adalah seruan kepada kalimat tauhid, La Ilaha Illa al-Allah Muhammad Rasulullah. Mereka juga memahami bahawa masyarakat Islam ditegakkan di atas landasan ‘aqidah Islamiyyah. Mereka juga memahami, bahawa tujuan dari dakwah Islam adalah menanamkan ‘aqidah Islamiyyah dan menegakkan syariat Islam di tengah-tengah masyarakat; sedangkan Khilafah Islamiyyah merupakan satu-satunya thariqah (jalan) bagi penerapan dan penyebaran kalimat tauhid ke seluruh penjuru dunia. Khilafah Islamiyyah bukanlah tujuan dari dakwah, akan tetapi ia adalah thariqah untuk mewujudkan dan merealisasikan tujuan (penyebaran ‘aqidah dan penerapan syariat Islam).
Sangatlah salah memahami bahawa khilafah adalah tujuan dari dakwah. Tujuan dari dakwah adalah mewujudkan seluruh ajaran Islam baik yang menyangkut ‘aqidah maupun syariah di dalam kehidupan negara dan masyarakat.
Setelah menentukan tujuan dakwah, selanjutnya kita mesti memahami, jalan atau cara untuk meraih tujuan tersebut, sarana-sarana apa saja yang diperlukan, dan prioriti apa yang mesti dijadikan agenda utama dakwah Islam.
Sesungguhnya, satu-satunya jalan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dalam seluruh aspek kehidupan adalah dengan cara menegakkan Khilafah Islamiyyah. Sebab, Khilafah Islamiyyah adalah satu-satunya thariqah syar’i bagi penerapan Islam secara menyeluruh dan penyebaran risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan jihad dan dakwah. Dengan kata lain, jika penerapan Islam secara menyeluruh dan sempurna merupakan tujuan dari dakwah, maka Khilafah Islamiyyah adalah satu-satunya thariqah (jalan) untuk merealisasikan tujuan tersebut. Dengan demikian, agenda utama yang mesti diselesaikan oleh umat Islam adalah tegaknya Khilafah Islamiyyah sebagai jalan bagi penerapan Islam, baik yang menyangkut masalah ‘aqidah maupun syariat.
Namun demikian, dakwah menyeru tertegaknya Khilafah Islamiyyah tidak boleh diartikan meninggalkan tahap-tahap dakwah sebelumnya yang telah diajarkan oleh Rasulullah Saw. Dengan kata lain, dakwah menegakkan khilafah Islamiyyah harus diawali dengan tahap penanaman dan pemantapan ‘aqidah, membentuk kelompok dakwah, menyampaikan dakwah secara terang-terangan, kemudian menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah; sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah Saw. Tahap-tahap dakwah ini harus dijalani seluruhnya, sebagai bentuk ketaatan kita kepada Rasulullah Saw. Oleh kerana itu, meskipun prioriti dakwah adalah menegakkan Khilafah Islamiyyah, akan tetapi tahap pertama yang harus disampaikan dan ditanamkan kepada umat adalah ‘aqidah Islamiyyah, baru kemudian hukum-hukum syariat. Sebab, ‘aqidah Islamiyyah kelak akan dijadikan sebagai asas bagi masyarakat, serta Daulah Islamiyyah yang hendak ditegakkan oleh kaum muslim. Oleh kerana itu, langkah-langkah dakwah yang harus dilakukan oleh kaum muslim untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah, atau untuk mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam harus ditempuh sejalan dengan metode perubahan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Saw.
Bila kita teliti secara jernih dan mendalam sirah dakwah Nabi Saw, maka akan kita temui bahawa dakwah Nabi Saw melewati beberapa tahapan penting yang satu dengan yang lain tidak dapat dipisah-pisahkan, dan tidak dapat dikatakan bahawa salah satu tahapan itu lebih penting dibandingkan tahapan yang lain. Tahapan paling awal adalah tahapan membina para shahabat dengan ‘aqidah dan syariat Islam (dakwah tatskif). Kedua, tahapan menyampaikan Islam secara terang-terangan kepada masyarakat (dakwah jahriyyah). Ketiga, menegakkan Daulah Islamiyyah, yang ditandai dengan peristiwa bai’at ‘Aqabah II; setelah sebelumnya melakukan thalab al-nushrah kepada kepala-kepala kabilah Arab. Adapun nama-nama kabilah yang pernah didatangi Rasulullah saw dan menolak adalah, (1) Banu ‘Aamir bin Sha’sha’ah, (2) Bani Muharib bin Khashfah, (3) Bani Fazaarah, (4) Ghassan, (5) Bani Marah, (6) Bani Hanifah, (7) Bani Sulaim, (8) Bani ‘Abas, (9) Bani Nadlar, (10) Bani Baka’, (11) Bani Kindah, (12) Kalab, (13) Bani Harits bin Ka’ab, (14) Bani ‘Adzrah, (15) Bani Hadlaaramah (Nama-nama kabilah ini dirujuk dari Thabaqat Ibnu Hisyam).
Oleh kerana itu, dakwah untuk mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam mesti melewati tahap-tahap tersebut di atas. Dakwah untuk mengubah masyarakat kufur menjadi masyarakat Islam tidak boleh terhenti hanya pada tahapan pertama saja, yakni penanaman ‘aqidah dan memahami syariat Islam, tanpa beranjak menuju fasa-fasa dakwah berikutnya, yakni tahap menyampaikan Islam secara terang-terangan ke tengah-tengah masyarakat, dan kemudian menegakkan Daulah Islamiyyah untuk penerapan dan penyebaran Islam.
Sebahagian umat Islam seringkali keliru dalam memahami tujuan dakwah, tahapan dakwah, prioriti dakwah, dan wasilah dakwah. Akibatnya, ada yang menyatakan bahawa menanamkan ‘aqidah lebih penting dibandingkan menegakkan Khilafah Islamiyyah, atau menyatakan bahawa dakwah Rasulullah Saw adalah berkutat dalam masalah ‘aqidah belaka, seraya menyibukkan dan melarutkan diri pada persoalan-persoalan ‘aqidah yang sangat sempit, seperti pemberantasan bid’ah sekitar wudlu, sholat, dan sebagainya. Padahal, penanaman ‘aqidah merupakan salah satu aspek penting, bahkan kunci untuk perjuangan selanjutnya, yakni menerapkan Islam secara menyeluruh dan menyebarkannya ke seluruh penjuru dunia. Rasulullah Saw, setelah berhasil menanamkan ‘aqidah di sanubari para shahabat, beliau kemudian memerintah mereka untuk menyampaikan Islam secara terang-terangan, mencari nushrah, hingga kemudian menegakkan Daulah Islamiyyah di Madinah. Oleh kerana itu, sangatlah tidak tepat, jika dakwah kaum muslim masa kini hanya terhenti pada tahap penanaman ‘aqidah belaka, tanpa ada usaha sadar dan terencana untuk menyampaikan Islam secara terang-terangan, mengkritik ‘aqidah dan hukum kufur, serta menegakkan Daulah Islamiyyah.
Anehnya, sebahagian kaum muslim yang mengklaim telah ber‘aqidah Islam, serta sudah melakukan dakwah menanamkan ‘aqidah Islam, belum juga terdorong, atau beranjak untuk mengkritik penyimpangan penguasa muslim yang menerapkan sistem dan aturan-aturan kufur, akan tetapi malah menyibukkan diri pada bid’ah-bid’ah yang ada pada ibadah mahdhah. Padahal, jika kita mau jujur terhadap diri sendiri, tentunya, kita akan menyimpulkan bahawa cara yang paling efektif memberantas bid’ah-bid’ah itu adalah dengan cara memegang tampuk kekuasaan yang digunakan sebagai wasilah untuk menghancurkan bid’ah-bid’ah tersebut. Kenyataan ini mengharuskan kita untuk memberikan penjelasan tuntas mengenai masalah ini, agar dakwah Islam benar-benar sejalan dengan tuntunan Rasulullah Saw.
Dakwah Yang Hakiki: Antara Tujuan, Jalan, Dan Wasilah
Tujuan dari segala tujuan (ghayat al-ghayah) adalah redha Allah. Adapun tujuan dari dakwah Islam adalah menegakkan Islam (baik ‘aqidah dan syariat). Adapun jalan syar’i dan satu-satunya bagi penerapan dan penegakkan Islam secara sempurna adalah penegakkan Khilafah Islamiyyah. Dengan kata lain, dakwah menegakkan Khilafah Islamiyyah harus dijadikan sebagai keutamaan agar tujuan utama dakwah dapat diwujudkan dengan segera. Namun, hal ini tidak boleh ditafsirkan, bahawa dakwah menegakkan Khilafah Islamiyyah menafikan atau mengabaikan aktivitas-aktivitas dan fasa-fasa lain yang tidak kalah pentingnya, yakni penanaman ‘aqidah dan syariat Islam. Dakwah menegakkan Khilafah Islamiyyah tetap harus ditempuh melalui tahapan penanaman ‘aqidah yang benar, serta menanamkan pemahaman syariat Islam secara menyeluruh ke tengah-tengah masyarakat. Penanaman ‘aqidah dan syariat Islam kedalam minda kaum muslim merupakan langkah utama tapi bukan satu-satunya langkah, untuk mengubah masyarakat jahiliyyah menuju masyarakat Islam.
Adapun wasilah-wasilah yang mesti dipersiapkan oleh kaum muslim adalah wasilah-wasilah mubah yang dapat mendukung dan membantu terrealisasinya dakwah Islam. Adapun wasilah-wasilah yang bertentangan dengan syariat Islam, maka ia tidak boleh diambil atau digunakan sebagai perantara dakwah.
‘Aqidah Seperti Apa?
Selain itu, penanaman ‘aqidah di sini tidak boleh terhenti hanya pada tahap yang masih samar dan kabur, tanpa ada perincian yang menyeluruh dan mendalam. Dengan kata lain, memahamkan umat dengan ‘Aqidah Islamiyyah harus dengan mewujudkan pemahaman ‘aqidah yang benar, komprehensif, dan menyeluruh, bukan sepotong-potong. Misalnya, memahami ‘aqidah Islamiyyah hanya sebatas pada masalah-masalah bid’ah hari raya, bid’ah kubur, sholat dan sebagainya. Padahal, seseorang yang mengaku ber‘aqidah Islamiyyah harus merefleksikan ‘aqidahnya dengan cara menyakini aturan Allah sebagai satu-satunya aturan yang berhak mengatur urusan manusia (tauhid uluhiyyah), bukan sekadar keimanan kepada Allah dari sisi rububiyyah dan asma’ wa shifat.
‘Aqidah seperti ini tentunya akan membawa dirinya untuk memahami bahawa ia harus berjuang demi terterap dan tertegaknya aturan-aturan Allah SWT (syariat Islam) di muka bumi; dan tidak mencukupkan dirinya pada pembahasan-pembahasan ‘aqidah yang bersifat sempit. Selanjutnya, ia akan termotivasi dan berjuang secara terus menerus untuk menegakkan “thariqah” (jalan syar’i) bagi tertegaknya syariat Allah, yakni Khilafah Islamiyyah, dan istiqamah dalam masalah itu (penegakkan khilafah Islamiyyah). Sebab, ia memahami bahawa tauhid uluhiyyah tidak mungkin sempurna kecuali jika ia hidup di bawah aturan-aturan Islam; dan ia juga memahami, bahawa syariat Islam tidak mungkin dapat diterapkan secara sempurna tanpa keberadaan khilafah Islamiyyah.
Cara memahami ‘aqidah semacam ini tentunya akan menjadikan seorang muslim membenci aturan-aturan kufur yang diterapkan kepadanya, kemudian berjuang bersama-sama dengan kaum muslim yang lain untuk mengganti sistem yang kufur tersebut dengan sistem Islam. Oleh kerana itu, kita dapat mengerti, mengapa dakwah pertama yang disampaikan oleh Rasulullah Saw kepada manusia adalah Kalimat Tauhid yang difahami secara utuh, bukan kalimat Tauhid yang difahami secara sempit. Sebab, beliau diperintahkan untuk memerangi seluruh umat manusia hingga seluruhnya mengucapkan tidak ada Ilah kecuali Allah. Dan beliau memahami, bahawa tersebarnya Kalimat Tauhid ke seluruh dunia mutlak memerlukan sebuah institusi yang kuat, yakni Negara Islam. Rasulullah Saw bersabda:
“Aku (Nabi Muhammad Saw) diperintah memerangi manusia hingga mereka mengucapkan La ilaha Illa al-Allah, mendirikan shalat dan mengeluarkan zakat. Jika mereka mengerjakan yang demikian itu, niscaya mereka terpelihara darah dan harta benda mereka dariku.” [HR. Bukhari dan Muslim].
Akan menjadi sangat aneh, jika seseorang mengklaim memiliki ‘aqidah Islamiyyah yang kuat, sementara itu ia tidak ikut serta dalam perjuangan menegakkan Syariat Islam, melalui tegaknya Khilafah Islamiyyah. Bahkan, malah asyik dengan sistem kufur dan menjadi kaki-tangan para penguasa Arab yang telah menghambakan dirinya kepada orang-orang kafir.
Pemahaman terhadap ‘aqidah Islamiyyah yang benar akan sangat berpengaruh terhadap cara pandang dan tingkah laku kaum muslim. Kita dapat menyaksikan, betapa sebahagian besar umat Islam telah memiliki ‘aqidah Islamiyyah dan mengaku telah mentauhidkan Allah SWT, namun, anehnya, mereka justru berdiam diri terhadap aturan-aturan kufur yang diterapkan kepada dirinya. Mengapa umat yang telah ber‘aqidah Islamiyyah itu tidak juga bergerak bersama-sama untuk mengeluarkan umat dari keterpurukan dan kemunduran akibat diterapkannya sistem kufur? Mengapa mereka terus mengalami kemerosotan, dan tidak mampu bangkit? Sebab, ‘aqidah Islamiyyah yang difahami oleh kaum muslim adalah ‘aqidah Islamiyyah yang telah dipersempit dan dikerdilkan. Akibatnya, ‘aqidah yang mereka miliki tidak mampu memotivasi dirinya untuk berjuang sebagaimana para shahabat dan Rasulullah Saw. Untuk itu, sudah saatnya kita tinggalkan 'aqidah yang sempit itu, menuju pemahaman ‘aqidah yang sempurna.
Walhasil, ‘aqidah Islamiyyah, syariat Islam, dan khilafah adalah tiga serangkai yang tidak mungkin dipisah-pisahkan lagi.
‘Aqidah Islamiyyah mesti direfleksikan dengan penerapan syariat Islam, dan penerapan syariat Islam dapat terwujud secara sempurna dengan khilafah Islamiyyah. Oleh kerana itu, ‘aqidah Islamiyyah, syariat Islam, dan Khilafah Islamiyyah adalah tiga serangkai yang tak mungkin dipisah-pisahkan lagi.
Hukum Mengangkat Seorang Khalifah
Hukum mengangkat seorang imam (pemimpin) adalah wajib. Imam asy-Syaukani, dalam kitab Nail al-Authar mengatakan:
“Jumhur ulama berpendapat bahawa mengangkat imam hukumnya adalah wajib. Namun, mereka berbeza pendapat dalam menetapkan, apakah kewajiban itu ditetapkan secara ‘aqli atau syar’i. Sebahagian menyatakan wajib secara ‘aqli. Menurut al-Jahidz, al-Balkhiy dan Hasan al-Basriy, kewajiban mengangkat imam itu ditetapkan secara akal dan syar’i.”*2)
Imam al-Qurthubi, dalam Tafsir al-Qurthubi menyatakan:
“Tidak ada perbezaan pendapat mengenai wajibnya mengangkat khilafah di kalangan umat Islam dan juga di kalangan imam madzhab, kecuali pendapat yang dituturkan oleh orang yang tuli terhadap syariat (al-‘asham), dan siapa yang mempropagandakan atau mengikuti pendapat dari madzabnya.”*3)
Imam al-Mawardi, dalam kitab al-Ahkâm as-Sulthaniyyah menyatakan:
“Menegakkan Imamah di tengah-tengah umat merupakan kewajiban yang didasarkan pada ijma’ shahabat.”*4)
Abu Ya’la al-Firai dalam kitab al-Ahkâm as-Sulthâniyyah berkata:
“Hukum mengangkat seorang imam adalah wajib.” Imam Ahmad, dalam sebuah riwayat yang dituturkan oleh Muhammad bin ‘Auf bin Sofyan al-Hamashiy, menyatakan, “Fitnah akan muncul jika tidak ada imam yang mengatur urusan manusia.”*5)
Dalam kitab as-Siyasah asy-Syar’iyyah, Imam Ibnu Taimiyyah berpendapat:
“Usaha untuk menjadikan kepemimpinan (khilafah) sebagai bagian dari agama dan sarana untuk bertaqarrub kepada Allah adalah kewajiban. Taqarrub kepada Allah dalam hal kepemimpinan yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan RasulNya adalah bagian dari taqarrub yang paling utama….”*6)Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab yang sama juga menyatakan: “Bahkan, agama ini tidak akan tegak tanpa adanya khilafah Islamiyyah.”*7)
Di dalam kitab Majmu’ al-Fatawa, Syaikh al-Islam juga berkata:
“Kemashlahatan anak Adam di kehidupan dunia dan akhirat tidak akan sempurna, kecuali jika mereka selalu berkumpul, tolong menolong, dan saling membantu untuk memperoleh kemanfaatan dan menolak kemudharatan. Oleh kerana itu, menurut watak alamiahnya, manusia dikatakan sebagai makhluk sosial. Jika mereka berkumpul, mereka pasti memiliki berbagai urusan yang harus dikerjakan —untuk memperoleh kemashlahatan— dan mempunyai beberapa urusan yang harus dihindari, kerana di dalamnya mengandung kemafsadatan. Mereka harus mentaati seseorang (pemimpin) yang mengeluarkan perintah untuk memperoleh kemanfaatan tersebut dan mencegah mereka dari mafsadat. Untuk itu, setiap anak Adam harus memiliki orang yang berhak mengeluarkan perintah dan larangan…”*8)
Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitab as-Siyasah asy-Syar’iyyah mengatakan:
“Atas dasar itu, Nabi Saw memerintahkan umatnya untuk mengangkat para penguasa (wulaat al-amriy) atas mereka, dan memerintahkan penguasa tersebut untuk menunaikan amanah kepada yang berhak. Jika mereka menetapkan hukum di tengah-tengah manusia, mereka harus menetapkannya dengan adil. Allah juga telah memerintahkan umat manusia untuk menaati para penguasa tersebut dalam ketaatan kepada Allah.”*9)
Imam ‘Ali pernah berkata:
“Manusia harus memiliki pemimpin (khalifah) entah yang baik maupun yang buruk.” Lalu, ada yang bertanya kepada beliau, “Amirul mukminin, kalau yang baik kami sudah mengetahuinya, akan tetapi bagaimana dengan pemimpin yang zalim?” Imam ‘Ali menjawab, “Asalkan dia tetap menjalankan hudud, mengamankan jalan-jalan umum, berjihad melawan musuh, dan membagikan harta fai’.”*10)
Ibnu Khaldun, dalam Muqaddimah berkata:
“Sesungguhnya, mengangkat seorang imam (khalifah) adalah wajib. Kewajibannya dalam syariat telah diketahui berdasarkan ijma’ shahabat dan tabi’in. Tatkala Rasulullah Saw wafat, para shahabat segera membai’at Abu Bakar ra dan menyerahkan pertimbangan berbagai macam urusan mereka kepadanya. Demikian pula yang dilakukan kaum Muslim pada setiap masa setelah Abu Bakar. Untuk itu, pada setiap masa yang ada, tidak pernah terjadi anarkhisme di tengah-tengah umat manusia. Kenyataan semacam ini merupakan ijma’ yang menunjukkan adanya kewajiban mengangkat seorang imam (khalifah).”*11)
Ibnu Hazm dalam kitab al-Fashl fi al-Milâl wa al-Ahwâ’ wa al-Nihâl mengatakan:
“Majoriti Ahlu Sunnah, Murji’ah, Syi’ah, dan Khawarij bersepakat mengenai wajibnya menegakkan imamah (khilafah). Mereka juga bersepakat, bahawa umat Islam wajib mentaati imam adil yang menegakkan hukum-hukum Allah di tengah-tengah mereka dan memimpin mereka dengan hukum-hukum syariat yang dibawa Rasulullah Saw.”*12)
Al-Haitsamiy dalam ash-Shawâ’iq al-Muhriqah berpendapat:
“Ketahuilah, para shahabat ra telah bersepakat, bahawa hukum mengangkat imam (khalifah) setelah berakhirnya zaman nubuwwah (kenabian) adalah wajib. Bahkan, mereka telah menjadikan hal ini sebagai kewajiban yang terpenting. Buktinya, mereka lebih menyibukkan diri dengan kewajiban tersebut, dan menunda penguburan jenazah Rasulullah Saw.”*13)
Imam an-Nawawi, dalam Syarah Muslim berkomentar:
“Mereka (imam madzhab) telah bersepakat, bahawa kaum muslim wajib mengangkat seorang khalifah.”*14)
‘Abdurrahman ‘Abdu al-Khâliq, dalam bukunya asy-Syura, mengatakan:
“Imamah al-‘Amah (kepemimpinan umum) atau khilafah adalah institusi yang dibebani tugas untuk menegakkan syariat Allah SWT, memutuskan hukum dengan KitabNya, menjalankan urusan kaum muslim, memperbaiki keadaan mereka, dan melancarkan jihad terhadap musuh mereka. Tidak ada perbezaan pendapat diantara kaum muslim mengenai kewajiban tegaknya Khilafah dan keharusan eksistensinya (keberadaannya). Mereka akan mendapatkan dosa jika lalai dari upaya mendirikannya.”*15)
‘Abd al-Qadir al-Audah, dalam bukunya al-Islâm wa Awdla’unâ as-Siyâsiyah, menyatakan:
“Khilafah dianggap sebagai salah satu kewajiban diantara fardlu kifayah yang lain, seperti halnya jihad dan peradilan (qadla’). Jika kewajiban ini telah dilaksanakan oleh orang yang memenuhi syarat, maka gugurlah kewajiban ini dari seluruh kaum muslim. Akan tetapi, jika tidak ada seorang pun yang melaksanakannya, maka seluruh kaum Muslim berdosa hingga orang yang memenuhi syarat dapat melaksanakan kewajiban Khilafah ini. Sebahagian 'ulama berpendapat, bahawa dosa hanya menimpa dua golongan saja dari kalangan kaum muslim; yakni pertama, ahlu al-ra’yi (kalangan ulama) hingga mereka mengangkat salah seorang dari kaum muslim sebagai khalifah; kedua, orang-orang yang telah memenuhi syarat sebagai khalifah hingga seorang dari mereka terpilih sebagai khalifah. Pendapat yang benar adalah; dosa tersebut akan menimpa seluruh kaum muslim. Sebab, seluruh kaum Muslim telah menjadi objek taklif (khithab) dari syariat, dan mereka berkewajiban untuk menegakkannya….Jika pemilihan khalifah ini diserahkan kepada satu golongan dari kalangan kaum muslim, maka kewajiban seluruh umat adalah mendorong golongan tersebut untuk menunaikan kewajibannya. Jika tidak, umat turut memikul dosanya…”*16)
Dr. Mahmud al-Khalidi, dalam bukunya Qawâ’id Nidzâm al-Hukm fi al-Islâm, mengatakan:
“Tidak ada kehinaan yang menimpa kaum Muslim —yang menjadikan mereka hidup di pinggiran dunia—, mengekor berbagai umat, dan terbelakang dalam sejarah, kecuali kelalaian mereka dalam berjuang untuk mendirikan Khilafah, serta tidak bersegeranya mereka untuk mengangkat seorang Khalifah bagi mereka. Semua ini dikeranakan adanya kewajiban untuk selalu terikat dengan hukum syariat yang telah menjadi perkara yang sudah lazim (ma’lum min al-diin wa al-dlarurah), seperti halnya sholat, puasa, dan haji. Melalaikan tugas untuk melangsungkan kembali kehidupan Islam adalah kemaksiatan terbesar. Untuk itu, mengangkat seorang khalifah bagi kaum muslim adalah kewajiban dan merupakan keharusan dalam rangka menerapkan hukum-hukum syariat atas kaum muslim, dan mengemban dakwah Islam ke seluruh pelosok dunia.”*17)
Pendapat-pendapat senada juga diketengahkan oleh ‘ulama-‘ulama terkemuka, misalnya, Imam Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim, at-Tirmidzi, ath-Thabarani, serta ashhaab as-sunan yang lainnya; Imam al-Zujaj, al-Baghawi, Imam Zamakhsyari, Ibnu Katsir, Imam Baidlawi, Imam ath-Thabari, Qalqasyandi, dan lain-lain.*18) Wallahu A’lam bi Muraadihi