|
Hakikat
Mar 28, 2007 13:54:35 GMT -1
Post by hairul on Mar 28, 2007 13:54:35 GMT -1
Bismillah.
Demikian lah kepada sifat manusia yang inginkan kebendaan dan sesuatu yang indah.
Hakikat ini perlu kita semua sedari untuk kita sentiasa waspada ke arah kecemerlangan Ummah.
Pembelaan hak asasi manusia perlu kita ketengahkan untuk menjadi ikutan kepada anak-anak muda yang sentiasa menyeleweng tidak tentu arah.
|
|
|
Hakikat
Mar 29, 2007 16:39:37 GMT -1
Post by jamaluddin on Mar 29, 2007 16:39:37 GMT -1
Bismillah. Demikian lah kepada sifat manusia yang inginkan kebendaan dan sesuatu yang indah. Hakikat ini perlu kita semua sedari untuk kita sentiasa waspada ke arah kecemerlangan Ummah. Pembelaan hak asasi manusia perlu kita ketengahkan untuk menjadi ikutan kepada anak-anak muda yang sentiasa menyeleweng tidak tentu arah. Alhamduillah tidak tentu arah anak-anak muda menjadi pengikut atas pembelaan hak asasi manusia hasil daripada pukul canang Barat. Kerana tiada pula hak asasi manusia pada hari ini melainkan si pencipta hak asasi manusia itulah yang paling rajin membunuh mana-mana manusia yang bergelar muslimin. Masihkah kita menyibukkan diri untuk memikul sesuatu yang sememangnya dicabul oleh si penerbit itu sendiri. Tidak tentu arah anak-anak muda, kita sudah puas menyalahi ibubapa, tapi benarkah ibubapa sendiri mengharapkan anak mereka sendiri tidak tentu arah. Kita menyalahkan guru-guru disekolah, benarkan ada sistem pendidikan yang diamanahkan oleh guru mengajarkan perkara yang tidak tentu arah. Kita menyalahkan kepada masyarakat, benarkah masyarakat suka perkara tidak tentu arah berlaku ke atas mereka. Cuma satu pihak yang belum dipersalahkan sehinggalah hari ini. Satu pihak yang maksum, yang tidak ada kesalahannya. Iaitu pihak kerajaan. Kesalahan yang paling besar, mereka tidak tentu arah dalam menyelesaikan isu-isu tidak tentu arah anak-anak muda ini. Sebagai contohnya, isu mat rempit. Kes buang anak. kes rasuah. pencemaran alam sekitar. dan pelbagai lagi yang tidak tentu arah lagi. Yang paling malang, mereka yang tidak tentu arah itu tidak Mahu bergerak ke arah apa yang diajarkan oleh Al Quran dan As Sunnah, maka tentulah mereka tidak tentu arah dalam mengurusi kehidupan yang sememangnya sudah sedia tidak tentu arah ini.
|
|
|
Hakikat
Mar 30, 2007 6:46:17 GMT -1
Post by hairul on Mar 30, 2007 6:46:17 GMT -1
Bismillah.
Satu perkara yang mustahil untuk kita merubah arah yang tidak tentu punca nya?
Masyarakat kita kebanyakannya adalah masyarakat yang lebih cenderung kepada sesuatu perkara yang ajaib dan situasi yang tidak meraka jangkakan
Sikap taksub itu sendiri ada pada setiap manusia di dunia. Oleh kerana tidak debendung maka terencatlah satu sosial negara tersebut.
Apabila kita sering bertanyakan apakah silapnya, tanyakan kepada diri sendiri kemanakah arah tuju kita.
|
|
|
Hakikat
Mar 30, 2007 8:59:14 GMT -1
Post by jamaluddin on Mar 30, 2007 8:59:14 GMT -1
Ke Syurga ataupun ke neraka?
|
|
|
Hakikat
Mar 30, 2007 14:06:15 GMT -1
Post by hairul on Mar 30, 2007 14:06:15 GMT -1
Segala puji hanya bagi Allah S.w.t.
Segala apa yang tejadi adalah ketentuanNya.
Untuk rujukan saudara-saudari, kita perlu sadari bahawa kita adalah hambaNya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Dia menurunkan Al-Kitab untuk mentauhidkanNya.
Kita hanya menyampaikan ajaranNya sahaja di bawah pimpinan Rasulullah S.a.w.
Kita sebagai umatnya Rasulullah S.a.w perlu sedar bahawa kita adalah manusia yang lemah dan hina di sisiNya.
Apakah kita tahu akan balasan dariNya jika kita asyik memikirkan balasanNya?
Amal adalah satu perbuatan untuk kita memburu kebaikan dan kebenaran.
Rasulullah S.a.w ada menyarankan kita bahawa kita perlu menuntut Ilmu dari segala penjuru untuk melahirkan jiwa yang inginkan kebenaran.
|
|
|
Hakikat
Apr 11, 2007 2:03:08 GMT -1
Post by fansuri on Apr 11, 2007 2:03:08 GMT -1
Allahu Akbar (Alif Kaf Ba Ra) bukannya Allahu Akhbar (Alif Kha Ba Alif Ra)..
Wallahuta'ala a'lam..
|
|