Post by super on Mar 9, 2007 14:16:40 GMT -1
Mengapa wanita memeluk Islam?
SEMALAM adalah Hari Wanita Antarabangsa yang sambutan pertamanya pada tahun 1910 dicadangkan oleh Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa dalam kerangka perjuangannya membela wanita tertindas akibat proses perindustrian kapitalisme( hasil penerapan Ideologi Kapitalisme).
Pada masa itu, di Barat, pekerja wanita ditindas dengan keadaan bekerja yang teruk dan gaji rendah berbanding lelaki.
Maka dari sudut kaca mata Barat, mereka adalah penggerak kepada pembebasan wanita, sedangkan tamadun lain terus menindas kaum Hawa mereka.
Islam juga dilihat oleh Barat sebagai salah satu tamadun yang paling kuat menindas wanitanya.
Tetapi tidak terfikirkah mereka bahawa ketika Rasulullah s.a.w. berdakwah pada peringkat awal perjuangannya di Mekah, tidak ada sebarang paksaan kepada sesiapa untuk memeluk Islam?
Hakikat bahawa banyak penduduk Mekah menjadi pengikut Rasulullah s.a.w. dan memeluk Islam secara sukarela mestilah menunjukkan bahawa terdapat suatu yang amat menarik tentang ajaran baginda.
Lebih-lebih lagi golongan wanita yang sanggup menghadapi kesusahan dan pelbagai halangan. Begitu juga apabila wanita Madinah menemui Rasulullah s.a.w. untuk menyatakan baiah (pernyataan kesetiaan).
Jika ajaran Islam menindas wanita dan menyusahkan golongan ini, tidak ada sebab bagi mereka untuk menyerahkan jiwa dan raga mereka.
Jelas Islam menawarkan yang lebih baik kepada wanita berbanding sistem jahiliah. Mengapa kini imej Islam di kaca mata Barat sebagai penindas wanita?
Asas pertama ajaran Islam berhubung wanita ialah mereka mempunyai hak peribadi sendiri. Mereka mendapat pahala sendiri apabila membuat amal kebaikan, dan bukannya diberikan oleh lelaki.
Bukan saja hak dalam keagamaan, tetapi juga harta. Wanita adalah setaraf dan bukannya manusia kelas dua kepada lelaki.
Seluruh kisah hidup rumah tangga Rasulullah s.a.w. penuh dengan kisah kasih sayang walaupun terdapat berbilang isteri. Kerenah wanita diberi layanan penuh sabar dan toleran oleh Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pun bertengkar dengan wanita, apatah lagi menengking.
Prinsip dalam ajaran Islam adalah keadilan. Pembebasan adalah berasaskan kepada keadilan. Tidak ada soal perang gender dalam Islam. Itu adalah istilah Barat yang menunjukkan pertembungan antara jantina.