|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:16:45 GMT -1
SN15 - Penyakit AIDS Sampah Kapitalisme
Mukadimah
[SN15] UNAIDS, sebuah agen PBB melaporkan bahawa lebih 20 juta orang telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit AIDS dan 37.8 juta orang pula telah dijangkiti. Di Malaysia, terdapat lebih 50,000 pesakit yang disahkan HIV positif. Lebih memburukkan keadaan apabila sekarang ini terdapat satu juta penagih dadah di seluruh negara. (Akhbar The Star 1hb Disember 2004)
Penggunaan jarum suntikan secara rambang di kalangan penagih boleh menyebabkan mereka dijangkiti HIV/AIDS. Nelson Mandela dalam Persidangan Aids XI di Bangkok, Thailand, mengajar seluruh masyarakat dunia bersatu di dalam usaha untuk menentang penyakit AIDS. Di dalam persidangan tersebut juga menggariskan lima langkah utama yang perlu diambil.
Pertama, diperlukan kehadiran para ahli poiltik yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kerajaan untuk menjayakan kempen menentang AIDS. Kedua, menyeru setiap individu untuk turut serta melibatkan diri di dalam kempen ini agar ia tidak hanya mengharapkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan. Ketiga, memberi penerangan lebih berkesan kepada masyarakat, remaja, dan kanakkanak tentang bahaya HIV/AIDS. Keempat, menjelaskan kepada masyarakat bahawa mereka yang di dapati positif dijangkiti HIV boleh hidup bersama dalam masyarakat. Kelima, menghapuskan diskriminasi terhadap penghidap penyakit AIDS. Jumlah yang tinggi bagi jangkitan AIDS ini dengan jelas menunjukkan kepada kita tentang kegagalan berbagai program yang selama ini sering ditawarkan oleh negara-negara Barat dalam masalah ini. Negara-negara Barat selama ini gagal dalam menentukan apa sebenarnya yang menjadi sebab utama merebaknya penyakit ini. Penyelesaianpenyelesaian yang disyorkan oleh mereka langsung tidak ada kaitan dengan punca sebenar permasalahan.Pendidikan seks yang membincangkan bahaya penyakit ini langsung tidak mengurangkan kadar peningkatan mereka yang dijangkiti.Kempen melakukan seks secara selamat juga tidak berkesan. Ramai yang tidak mempedulikan seruan ini.Pelbagai alasan yang diberikan ; tidak praktikal, terlupa, kurang nikmat dan dianggap belum dijamin selamat memandangkan liang kondom lebih besar jika dibandingkan dengan saiz virus AIDS.Apatah lagi, seruan penggunaan kondom hanya sekadar slogan dan tidak disertakan dengan tindakan bagi yang gagal menggunakan kondom. Bahkan untuk menggubal undang-undang khusus bagai mendakwa sesiapa yang gagal menggunakan kondom juga tentulah tidak mudah. Langkah-langkah yang telah digariskan di dalam persidangan AIDS di Bangkok, Thailand juga lebih kepada langkah-langkah menangani individu yang telah dijangkiti dan tidak memberikan langkah-langkah yang lebih berkesan di dalam usaha pencegahan.
Di Mana Puncanya ?
Persoalan asas bagi penyakit ini sebenarnya berkaitan dengan pandangan hidup kebebasan (freedom) yang menjadi pegangan sebahagian besar daripada individu masyarakat seluruh dunia ketika ini. Kebebasan individu merupakan salah satu prinsip di dalam Kapitalisme. Kerana itulah punca sebenar penyakit ini adalah akibat daripada sistem Kapitalisme itu sendiri. Melalui prinsip kebebasan ini masyarakat memandang bahawa hal-hal yang berkaitan dengan seksual adalah bersifat individu dan jika ia dilakukan atas dasar suka sama suka tanpa mengganggu kebebasan orang lain, ia tidak boleh dihalang. Ini adalah kerana, bertukar-tukar pasangan seks atas dasar suka sama suka tidak dianggap sebagai suatu kesalahan di sisi undang-undang negara. Sedangkan penyakit ini merebak adalah disebabkan oleh budaya suka bertukar-tukar pasangan seks. Di sebahagian negara barat, budaya homoseksual dan lesbianisme juga tidak dianggap salah di sisi undang-undang. Di sesetengah negara, seperti Thailand, menganggap industri seks adalah sesuatu yang sah kerana dianggap memiliki nilai ekonomi. Padahal industri tersebut dengan jelas menjadi tapak tumbuhkan penyakit kelamin yang lain khususnya AIDS. Akibat daripada pandangan liberal, terdapat banyak unsur-unsur yang boleh merangsang naluri seksual seseorang di dalam masyarakat.
Pornografi dan Pornoaksi merupakan dua perkara yang dieksploitasi samada di dalam media cetak ataupun elektronik dengan alasan berpegang dengan prinsip kebebasan. Unsur-unsur tersebut disyaki kuat mendorong naluri seksual para remaja yang ramai di antara mereka melakukan hubungan seks tanpa ikatan pernikahan. Di samping itu, pergaulan bebas di antara mereka juga menjadi faktor perangsang naluri seks. Tidaklah menghairankan jika di negara-negara yang mengamalkan gaya hidup liberal dan lebih longgar terhadap permasalahan seksual ini, perkembangan penyakit seksual termasuk AIDS menjadi tinggi. Di Britain misalnya, jumlah yang menderita akibat jangkitan penyakit seksual ( Sexually transmitted infections) meningkat dengan mendadak kebelakangan ini. Dari data yang dikeluarkan oleh The Health Protection Agency(HPA), kes penyakit siplis meningkat sehingga 486% berbanding tahun 1996. Di dalam tempoh yang sama, penyakit Chlamydia yang boleh menyebabkan ketidaksuburan wanita meningkat 108%, gonorrhoea 87%.
Pada tahun 2001, jumlah orang yang dijangkiti HIV sekitar 4,400 orang, iaitu meningkat 26% berbanding tahun sebelumnya. Sementara pada tahun ini, dilaporkan 5 047 orang dilaporkan sudah dijangkiti penyakit ini. Perancis juga mengalami masalah yang sama, kes penyakit gonorrhoea meningkat sehingga 170% hanya di dalam masa setahun. Di Russia, masalah ini semakin teruk setelah runtuhnya komunisme. Ini semata-mata kerana mereka telah terjebak di dalam jaringan kapitalisme. Russia telah menjadi salah satu negara yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi. Sejak tahun 1997 sehingga 2002 misalnya, jabatan yang menangani kes HIV menyatakan jumlah pesakit yang menderita penyakit ini meningkat 22 kali ganda, iaitu 700 000 kes. Sementara menurut laporan yang tidak rasmi, dianggarkan ia meningkat sehingga 1.5 juta kes(www.1924.org). Demikian juga negara-negara lain yang dikenali sebagai mengamalkan gaya hidup bebas dan menjadikan seks sebagai industri.
Pandangan Yang Benar
Islam berbeza dengan kapitalisme. Islam muncul daripada aqidah yang murni.Daripada aqidah yang murni ini muncul sistem Islam yang agung. Dakwaan yang mengatakan prinsip kebebasan di dalam kapitalisme tidak bertentangan dengan prinsip Islam, ini adalah salah. Kapitalisme muncul daripada aqidah sekularisme.Sekularisme di dalam pengertian Yunani bermaksud memisahkan agama daripada kehidupan. Ini menyebabkan manusia mengendalikan kehidupannya mengikut akal dan hawa nafsu semata-mata. Sesungguhnya mereka lupa bahawa yang berhak menentukan peraturan hidup mereka adalah Sang Pencipta. Disebabkan manusia lalai dari aturan yang diturunkan oleh Allah ini , maka muncullah pelbagai penderitaan antaranya adalah penyakit seksual ini. Firman Allah swt:
"Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar" [TMQ Al Anfaal (8): 73]
Peraturan Islam diturunkan oleh Allah swt adalah untuk memberikan penyelesaian kepada segala persoalan manusia. Islam datang bukan untuk menghapuskan atau merampas kehendak manusia. Bahkan Islam muncul untuk memberikan cara penyelesaian dan cara pemenuhan yang benar. Islam mengatur bagaimana bentuk hubungan lelaki dan wanita yang dibolehkan. Ia tidak lain, hanyalah melalui jalan perkahwinan. Bukan hanya itu, Islam juga menutup dan menghapuskan semua unsur dan segala peluang yang boleh merangsang naluri ke arah kebebasan seksual. Islam melarang lelaki dan wanita berinteraksi secara bebas kecuali di dalam hal-hal yang dibolehkan oleh syara'. Campur-aduk ( ikhtilat) adalah termasuk perkara yang diharamkan oleh Islam.
Hubungan lelaki dan wanita hanya terbatas kepada yang melibatkan hal-hal jual-beli, pendidikan, pengadilan, kesihatan dan bentuk interaksi lain yang memerlukan tolong-menolong antara kedua belah pihak. Sungguhpun interaksi-interaksi tersebut dibenarkan, mereka tetap tertakluk kepada batas-batasan yang ketat. Daripada cara berpakaian yang menutup aurat sehingga larangan tabarruj (berhias berlebihan di tempat awam) yang boleh merangsang kehendak lawan jenis. Islam melarang wanita berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Sesiapa yang didapati melanggar aturan aturan tersebut akan diberikan hukuman secara tegas dalam Islam. Bagi penzina ghairu muhshan(yang belum menikah), hukumannya adalah dirotan sebanyak 100 kali. Sementara bagi penzina muhshan(yang sudah menikah) direjam sampai mati. Bagi kesalahan liwat ( homoseksual), hukumannya adalah dibunuh tanpa mengambilkira samada ia sudah menikah atau belum. "Penzina lelaki dan perempuan jilidlah masing-masing keduanya dengan seratus kali jilid" [TMQ An Nur[24] : 2 ]
Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatannya kaum Luth,maka bunuhlah keduanya"
Khatimah
Demikianlah aturan Islam mengatur kehidupan seksual antara lelaki dan wanita yang membawa pada masyarakat yang tenteram, suci dan terhindar dari berbagai penyakit seksual. Perlaksanaan hukum tidak boleh dijalankan tanpa Khalifah. Khalifah adalah orang yang mewakili umat dalam urusan pemerintahan dan kekuasaan serta dalam menerapkan hukum-hukum syara'. Ketiadaan Khalifah untuk melaksanakan hukum merupakan maksiat terbesar pada masa ini. Wahai kaum muslimin, bangkitlah! Tugas untuk mendirikan struktur Sistem Pemerintahan Khilafah merupakan isu utama pada masa ini. Ketiadaannya sejak 3hb Mac 1924 merupakan punca kepada segala permasalahan dan kerosakan yang berlaku kepada dunia hari ini.
Wallahu alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:17:38 GMT -1
SN16 - Pendidikan Seks : Adakah Menyelesaikan Masalah ?
Mukadimah
[SN16] “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” (TMQ Al- Maidah:49)
Saban hari di media cetak mahupun media massa, berita tentang jenayah seks kerap kali diberi liputan seolah-olah ianya menjadi bahan ‘wajib’ dan rutin. Siapa yang tidak pernah terbaca berita tentang jenayah rogol,liwat, sumbang mahram, maknyah, homoseks, lesbian, seks siber dan lain-lain? Dari kes rogol yang berlaku di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kes remaja sekolah dirogol teman internet, kes bomoh merogol dan meraba pesakit, kes sumbang mahram melibatkan datuk rogol cucu, sepupu rogol sepupu, anak rogol ibu, kes pelacuran membabitkan maknyah, kes penderaan seksual suami-isteri, anak-bapak, kes gangguan seksual ditempat kerja dan seribu satu kes yang lain sudah seperti menjadi bahan bacaan tetap rakyat Malaysia tanpa kita menyedari sebab musabab yang berlaku.
Kajian yang telah dibuat oleh Lembaga Penduduk dan. Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan remaja adalah amat memeranjatkan: di mana didapati 24 peratus dari kalangan remaja berusia 13-19 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks manakala 80 peratus daripada remaja berusia 13-18 telah terdedah kepada bahan-bahan lucah termasuk lebih kurang 50 peratus dari remaja 13-15 tahun mengaku membaca buku lucah dan 44 peratus pernah melihat bahan lucah seperti majalah dan video. Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 53,309 `anak tak sah taraf' telah didaftarkan dalam tempoh 1999 hingga 2001 [Utusan Malaysia, 13 Nov. 2002]. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh seperti jenayah dan maksiat semakin meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan baru ke sekolah akhlak dan asr ama kelolaan jab atan itu, contohnya seramai 675 remaja dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun 1993 kes kernasukan baru di asrama akhlak menunjukkan peningkatan yang begitu serius iaitu 1505 kes berbanding tahun sebelumnya 376 kes. Dari jumlah itu kebanyakan gadis yang membabitkan diri dalam kancah maksiat berumur antara 15 dan 18 tahun, rata-rata adalah mereka yang masih menuntut. Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail iaitu sebanyak 1,199 atau 54 peratus daripada 2234 wanita yang terbabit dalam kegiatan maksiat di antara tahun 1990 - 1993 berumur kurang dari 18 tahun. [Watan, 13 Julai 1996]
Melihat kepada peningkatan gejala seksual di negara kita dari dulu hingga kini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil menyatakan sudah tiba masanya pendidikan seks diberi pendedahan kepada kanak-kanak. Justeru, masyarakat terutama ibu-bapa tidak wajar berselindung mengenai hal itu.
Seks. Bagi sebagian orang kata tersebut terdengar "menyeramkan", membicarakannya merupakan suatu hal yang terlarang atau ‘taboo', apalagi mengaitkannya dengan anak-anak. Memang menjadi stigma masyarakat kita dari dulu hingga sekarang perkara berkaitan seks tidak ‘elok’ dibincangkan secara terbuka. Namun percaya atau tidak mungkin subjek pendidikan seksual bakal dimuatkan di dalam jadual waktu anak-anak kita jika perbincangan peringkat akhir mengenainya, dibawa ke kabinet dan akhirnya diluluskan di Parlimen. - Tujuan Pendidikan seks diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada pelajar dan mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala sosial. Bagi membantu usaha berkenaan, kementerian menyediakan draf Garis Panduan Pendidikan Seksualiti Kebangsaan bagi menangani salah laku dan jenayah seksual yang membimbangkan di kalangan remaja.&nb sp; Menteri nya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata draf berkenaan dihasilkan sebagai keprihatinan kementerian berkaitan isu sosial seperti rogol, sumbang mahram, penderaan seksual dan hubungan seks bebas. [Harian Metro, 7 April 2005]
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral. [Berita Harian,2 Mei 2005].
Berikut adalah sekilas pandangan umum tentang rancangan mewujudkan pendidikan seks di sekolah:
1) Saya tidak mengatakan ini sebagai satu idea yang tidak bernas, tetapi melihat kepada situasi dan status negara Malaysia sekarang idea ini seakan-akan menghina status Malaysia sebagai sebuah 'Negara Islam' sebagaimana yang diumumkan oleh mantan PM [Subki Latif, penulis akhbar Harakah].
2) “Kami telah lama menyokong usul ini. Pendidikan seks akan membantu menyalurkan maklumat dan mengajar muda-mudi tentang tanggung jawab dan akibat berkaitan seks. Ini akan membantu mengurangkan kehamilan yang tidak diingini dikalangan muda-mudi, yang antara lainnya mewujudkan anak-anak yang tidak sah taraf”[Jaclyn Lee, Peg. Komunikasi Woman’s Aid Organisation]
3) “Saya sungguh gembira kerajaan menfokuskan perhatiannya kepada pendidikan seks di negara kita dan saya yakin masyarakat umum terutama remaja menyedari bahawa ini adalah sangat mustahak. Saya terharu apabila isu berkaitan seks tidak lagi menjadi taboo sepenuhnya di kalangan masyarakat Malaysia”. [Francois Duparc,Pelajar, Star Education 24 April, 2005]
Pendidikan Seks di Barat
Di barat, pendidikan seks bukan sahaja diperkenalkan dengan menggunakan silibus pelajaran berpandukan buku dan bahan bacaan kerana mereka menganggap perlunya kepada pendedahan tentang praktikal perhubungan seks yang betul. Dengan peruntukan yang dimiliki, mereka menghuraikan pengajaran seks dengan menampilkan model yang berbogel untuk melakonkan teknik-teknik hubungan kelamin yang betul supaya ketelusan pelajaran seks diperkenalkan kepada masyarakat mereka. Malah kelas senilukis di Perancis pernah menampilkan seorang model wanita jelita yang berbogel di depan khalayak untuk dilukis para mahasiswa kerana itulah juga ketelusan yang ada dalam sistem pendidikan mereka. Seorang pensyarah bersara dari Oxford University mencadangkan agar pendidikan seks di sekolah sepatutnya lebih menjurus kepada pembelajaran’hands-on’ dimana pelajar diberi tunjuk ajar ca ra-cara untuk me nyayangi satu sama lain [Edu. Guardian Co. UK news 9 Mei 2003].
Kenyataannya, setelah diperkenalkan pelajaran seks di sekolah-sekolah dan kolej, kadar penyakit dan kematian akibat berpunca dari gejala seks meningkat mendadak. Ini kerana berkemungkinan setelah didedahkan di kelas, pelajar-pelajar akan mempraktikkannya di luar kelas. Kesannya mereka semakin 'maju' mengamalkan seks bebas kerana masyarakat barat sememangnya tidak bermoral dan menyanjung tinggi kebebasan bertingkahlaku. Satu kajian terbaru yang diadakan di UK mendedahkan kehamilan dikalangan remaja adalah yang tertinggi di kawasan yang giat aktif dan agresif dalam mempromosi pendidikan seks [LifeSiteNews.com 15 Mac 2004].
Bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita? Mungkin jika kita juga ghairah hendak mengikut barat. Mungkinkah vcd lucah yang sebelum ini dianggap 'sampah' akan menjadi 'buku teks dan rujukan'? Pelakon-pelakon adegan ranjang akan lebih dikenali di kalangan pelajar berbanding para ilmuwan, ulamak dan pemimpin?. Jikalau pelajaran seks yang dilaksanakan di barat itu berjaya mengubah kehidupan seks mereka, pastinya ia boleh dijadikan model perlaksanaan di Malaysia. Namun, hakikatnya semakin diajar semakin melampau. Tidakkah di Malaysia juga akan terjadi perkara yang sama? Contoh lain, di sebuah negara jiran ketika kempen seks selamat menggunakan kondom diperkenalkan, industri kondom menjadi semakin maju. Jika pelajaran seks diperkenalkan di Malaysia, kemungkinan besar kelas-kelas tuisyen seks akan mendapat sambutan yang hebat. Sambutan pastinya akan le bih menggalakkan jika teknik pengajaran dipelbagaikan dan akan berlaku persaingan. Sudah tentu pada waktu itu kelas tuisyen juga ibarat kondom. Bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.
Persoalannya, adakah pendidikan seks yang bakal diketengahkan dianggap penyelesaian menyeluruh masalah seksual? Adakah gejala sosial dikalangan remaja sekarang disebabkan oleh ketidaktahuan mereka tentang seks atau mungkin ‘terlebih tahu’?
Naluri Seksual Manusia Perlu Bimbingan Wahyu
Allah menciptakan manusia dan sekaligus peraturan bagi menjawab segala persoalan manusia. Bahkan Islam muncul untuk memberikan cara penyelesaian dan cara pemenuhan yang benar termasuklah dalam hal pemenuhan naluri seksual (gharizah an-nau’). Islam mengatur bagaimana bentuk hubungan lelaki dan wanita yang dibolehkan, iaitu melalui pernikahan. Islam juga menutup dan menghapuskan semua unsur dan peluang yang boleh merangsang naluri ke arah kebebasan seksual. Islam melarang lelaki dan wanita berinteraksi secara bebas kecuali di dalam hal-hal yang dibolehkan oleh syara’. Bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan ( ikhtilat) adalah termasuk perkara yang diharamkan oleh Islam. Hubungan lelaki dan wanita hanya terbatas kepada yang melibatkan hal-hal jual-beli, pendidikan, pengadilan, kesihatan dan bentuk intera ksi lain yang me merlukan tolong-menolong antara kedua belah pihak. Sungguhpun interaksi-interaksi tersebut dibenarkan, ianya tetap tertakluk kepada batas-batasan yang ketat. Daripada cara berpakaian yang menutup aurat sehingga larangan tabarruj (berhias berlebihan di tempat awam) yang boleh merangsang kehendak lawan jenis.
Abu Musa al-Asy’ari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: “Siapa pun wanita yang memakai wangi wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mereka mencium baunya, bererti ia seorang penzina.”
Di dalam riwayat yang lain, “Ada dua golongan yang menjadi penghuni neraka , yang sebelumnya tidak pernah ku duga, iaitu: 1) sekelompok orang yang mempunyai cambuk yang bentuknya seperti ekor lembu yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; 2) wanita yang membuka auratnya seraya berpakaian tipis merangsang berlenggang lenggok, dan banyak lagak. Mereka tidak dapat masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”[Nizham Al Ijtima’e, Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani]
Kedua-dua dalil di atas dengan jelas membuktikan bahawa terdapat larangan melakukan tabarruj di dalam Islam. Oleh kerana itu, tabarruj adalah haram. Seterusnya ia menerangkan kepada kita bahawa setiap wanita yang menghias diri dengan pakaian yang tidak lazim, yang akan memancing pandangan kaum lelaki dan memperlihatkan kecantikan wanita, adalah termasuk apa yang dikatakan tabarruj.
Islam melarang wanita berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Betapa indahnya Islam, dalam hal pemenuhan naluri seksual juga ada bimbingan wahyu. Sesiapa yang didapati melanggar aturan-aturan tersebut akan diberikan hukuman secara tegas dalam Islam. Bagi penzina ghairu muhshan(yang belum menikah), hukumannya adalah dirotan sebanyak 100 kali. Sementara bagi penzina muhshan(yang sudah menikah) direjam sampai mati. Bagi kesalahan liwat (homoseksual), hukumannya adalah dibunuh tanpa mengambilkira samada ia sudah menikah atau belum.
“Penzina lelaki dan perempuan jilidlah masing-masing keduanya dengan seratus kali jilid” [TMQ An Nur[24] : 2 ]
Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatannya kaum Luth, maka bunuhlah keduanya”
Bahaya Serangan Kapitalis
Islam datang dan memberi penyelesaian kepada pemenuhan naluri seksual manusia, maka apakah yang mendorong manusia untuk merogol, meliwat, melakukan sumbang mahram, terlibat homoseks, lesbian, dan pelbagai masalah seksual lainnya? Apakah yang mendorong seseorang yang dahulunya; menutup aurat kemudian terpengaruh lalu mendedahkan aurat, menjaga pergaulan lalu bebas bergaul tanpa batasan? menjauhi filem pornografi bertukar menjadi fanatik filem erotik dan majalah lucah? Apakah yang menjadikannya berubah? Hampir dapat dipastikan bahawa pemikirannyalah yang sudah berubah. Hal ini akan berlaku apabila pemikiran lama sememangnya lemah atau pemikiran baru kuat mengasak, ataupun gabungan kedua-duanya sekali. Inilah kesan serangan Kapitalis yang sentiasa mencari peluang merosakkan pemikiran dan menjauhkan Islam dari kehidupan penganutnya. Kehidupan masyaraka t secara umum te lah banyak dipengaruhi oleh teori ‘bapak’ Kapitalis (Adam Smith) iaitu ‘Survival of the Fittest’, atau yang senada dengannya seperti ‘Live life to the fullest’, ‘Life is enjoyment’ dan lain-lain.
Ahli falsafah Barat Sigmud Freud menyatakan libido (sex) adalah pendorong aktiviti manusia, maka media dan hiburan sangat menekankan hal ini sebagai daya tarikan, tanpa memperhitungkan bahaya yang ditimbulkan. Inilah yang jelas dapat dilihat dimana membanjirnya vcd lucah, kegilaan terhadap filem-filem erotik Hindustan, Barat. Ditambah keengganan umat Islam untuk berfikir panjang (masa depan pesalah, mangsa, maruah keluarga, azab dan hisab serta akhirat). Walaupun tidak dinafikan sesetengah penjenayah seksual mengetahui dan mempercayai akhirat, namun mereka terpengaruh cara berfikir sekularistik atau pragmatik sehingga enggan berfikir panjang. Makanya mereka tidak nampak hubungan antara akhirat dan amalan sehari-hari. Hal ini diburukkan lagi dengan hukuman duniawi yang di’capitalised’kan (hanya dipenjara atau bayar denda) dan tidak terlalu menggerun kan. Akan tetapi perlaksanaan hukuman mengikut syariat Islam jika dilandasi dengan ketakwaan kepada Allah secara pasti akan menekan bilangan jenayah dan masalah seksual. Dan hukuman siapakah yang lebih baik dari hukuman Sang Pencipta? Secara garis besar, pemikiran Kapitalislah berperanan memesongkan masyarakat dari pemikiran dan perilaku Islam. Ianya sengaja diadakan oleh Barat yang justeru menciptakan keresahan jiwa dan membakar hawa nafsu dan kemudian terjebak-dimana manusia melakukan keroskan tanpa segan silu.
Khatimah
Kegagalan sistem Kapitalisma dalam menyelesaikan masalah seksual (seperti yang termaktub di atas) seharusnya membuatkan umat Islam bertindak segera untuk tidak mengambil hukum dengan merujuk kepada barat serta menghancurkan serangan pemikiran kapitalistik dan sekularistik yang hanya menimbulkan kerosakan kehidupan manusia. Firman Allah swt:
“ Tidakkah kamu melihat orang-orang yang mengira dirinya beriman kepada apa sahaja yang diturunkan kepadamu serta apa sahaja yang diturunkan sebelummu? Mereka ingin berhukum kepada ‘Taghut’, sedangkan mereka diperintahkan agar menolaknya. Dan sesungguhnya syaitan ingin menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya” [ TMQ An-Nisa’ : 60]
Berhukum kepada ‘Taghut’ di dalam terjemahan ayat di atas bermaksud berhukum dengan hukum selain Allah. Iaitu selain daripada apa yang telah diajarkan di dalam Al Quran dan Sunnah. Dalil di atas dengan jelas mengecam orang-orang yang menggantikan hukum Allah swt dengan yang lain.
Pendidikan seks hanyalah penyelesaian kepada simptom, bukan menyelesaikan masalah utama/pokok. Penyelesaian masalah seksual mesti melibatkan tiga pihak iaitu individu, kelompok dakwah dan pemerintah. Ketiga-tiga pihak mestilah menekankan kepada menguatkan pemikiran dan pelaksanaan hukum Islam serta mewaspadai dan menolak pemikiran selain Islam terutama Kapitalisma dengan segala bentuknya dan ini InsyaAllah akan segera terlaksana dibawah naungan Khilafah Islam. Marilah kita bahu-membahu dalam rangka mengembalikan semula kehidupan Islam yang mulia di bawah payung kesatuan umat Khilafah Ala Minhaj An Nubbuwwah...
Wallahu’alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:18:49 GMT -1
SN17 - PBB Alat Neo-Kolonialisme Negara-Negara Barat Mukadimah [SN17] Bukan lagi menjadi satu keraguan bahawa dunia kapitalis yang diterajui oleh Amerika dan Britain adalah negara penjajah. Kolonialisme mengalir dalam darah mereka dan menjadi penentu hubungan mereka dengan negara lain. Oleh itu, tidak menghairankanlah apabila Penasihat Polisi Luar Negara Tony Blair, Robert Cooper berkata, “Cabaran dalam dunia pasca moden adalah untuk membiasakan diri dengan idea dwistandard...apabila berurusan dengan negara-negara kolot di luar benua pasca moden Eropah (termasuklah dunia Islam), kita perlu kembali kepada cara kasar era dahulu kala – paksaan, serangan ‘pre-emptive’, tipudaya, apajua yang perlu bagi menangani mereka yang masih hidup dalam abad ke-19 dimana setiap negara bertanggungjawab untuk dirinya sendiri…Maka apa yang diperlukan adalah imperialisme jenis baru…”[Robert Cooper, ‘The New Liberal Imperialism’, 2002]. Sememangnya pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun Britain telah kehilangan kebanyakkan dari jajahannya, namun negara ini masih lagi enggan mengecam kolonialisme. Ini jelas apabila British telah menentang perhimpunan umum PBB resolusi 2326 (16/2/1967) yang menyeru supaya kolonialisme dikecam sebagai suatu ‘Jenayah terhadap manusia’ kerana masih menanam impian menghidupkan kembali empayar kolonialisnya. Dunia kapitalis telah terus-menerus menghalalkan kekejaman mereka atas nama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Oleh itu, seorang ahli politik Islam yang bijak sepatutnya menyedari realiti PBB dan pendapat Islam yang dizahirkan darinya. PBB adalah boneka kepada negara-negara kolonialis, dicipta oleh mereka, dimanipulasi oleh mereka dan pastinya akan dibubarkan apabila ia sudah tidak boleh memainkan apa-apa peranan lagi. Artikel ini akan memfokuskan kepada PBB yang menjadi kubu kontemporari kepada konsep undang-undang antarabangsa. Ini akan diperjelaskan dengan kejituan terperinci mengenai selok-belok bagaimana PBB menjadi alat kolonialis dengan memberikan beberapa kajian kes yang berkaitan. Struktur PBB Terdapat pelbagai pendapat mengenai sifat kolonialis PBB. Di satu pihak yang ekstrim, para pengampu mengatakan PBB sebagai suatu institusi perwakilan antarabangsa tanpa sedikitpun prejudis yang mempunyai 191 anggota, sebaliknya di pihak ekstrim lain para pemikir teori konspirasi mengutarakan keseluruhan PBB dipenuhi perisik dan ejen-ejen yang menurut segala perintah Amerika. PBB telah sengaja dibentuk oleh pengasasnya supaya ia dapat menjadi alat yang boleh menghalalkan neo-kolonialisme. Dengan meneliti kepelbagaian badan di dalam PBB (http://www.un.org/aboutun/chart.html), dua badan yang diamanahkan untuk menegakkan resolusi (undang-undang) adalah ‘Perhimpunan Agung’ dan ‘Majlis Keselamatan’. Bidang kuasa Perhimpunan Agung adalah seperti berikut; “Perhimpunan Agung adalah majlis perundingan utama PBB. Ia terdiri daripada wakil-wakil kesemua negara anggota, masing-masing dengan satu hak mengundi. Keputusan mengenai hal-hal penting, seperti berkenaan keamanan dan keselamatan, kemasukan anggota baru dan urusan belanjawan, memerlukan majoriti dua pertiga. Keputusan mengenai hal-hal lain hanya memerlukan majoriti biasa. Keputusan boleh dicapai tanpa mengundi atau dengan undian, yang boleh direkod, tidak direkod atau diperoleh melalui panggilan nama.” Teks ini disambung dengan, “Walaupun kerajaan mana-mana negara tidak akan terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung, namun keputusan ini mewakili pendapat dunia tentang isu-isu antarabangsa, termasuklah kewibawaan moral komuniti dunia.” [terjemahan sumber: www.un.org/ga/57/about.htm]. Ini adalah suatu halangan besar bagi mereka yang menyokong PBB sebagai suatu kaedah praktikal dalam menyelesaikan masalah. Pandangan 176 daripada 191 anggota PBB yang menjadi sebahagian daripada Perhimpunan Agung tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan. Mengenai fungsi Perhimpunan Agung pula, sumber yang telah disebut di atas menyenaraikan 9 ciri-ciri penting, dan dengan hanya memetik kata kerja pada setiap perkara, teks ini adalah seperti berikut: “- untuk mempertimbangkan dan memberi cadangan, - untuk berbincang, - untuk memulakan kajian dan memberi cadangan, - untuk memberikan cadangan, - untuk menerima dan mempertimbangkan laporan”. Kata nama yang lebih realistik bagi ‘Perhimpunan Agung’ sebenarnya adalah ‘Kedai Kopi’ memandangkan tidak ada satu pun fungsinya yang membolehkan sebarang tindakan tegas diambil ! Tugas terpenting Perhimpunan Agung hanyalah untuk meluluskan belanjawan PBB dan memilih anggota tidak tetap Majlis Keselamatan ! Maka dapat dilihat di sini bagaimana pandangan 176 daripada 191 (92%) anggota PBB menjadi tidak relevan kerana mereka hanya mampu berbincang dan berbahas sementara keputusan yang diperolehi pula tidak berkuasa mengikat mana-mana kerajaan. Contoh yang baik adalah bagaimana Britain menerima resolusi 1810 Perhimpunan Agung PBB bertarikh 17/12/1962 yang mencadangkan pembentukan ‘Jawatankuasa Dekolonisasi PBB’ yang terdiri daripada 24 anggota, kebanyakannya negara dari dunia ketiga. Britain telah menarik diri daripada jawatankuasa tersebut pada 11/01/1971 dengan menyatakan, “Dalam kes resolusi 1810, Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”. Britain telah menolak untuk bekerjasama dengan resolusi PBB ini dan telah menghalang sebarang percubaan jawatankuasa ini untuk melawat koloni British di Seychelles dan St. Helena. Alasannya? “…Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”. Ini adalah contoh menarik apa yang kolonialis PBB maksudkan dengan frasa “keputusan Perhimpunan Agung (92% anggota) tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan”! Majlis Keselamatan pula adalah suatu badan yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan resolusi. Majlis ini mempunyai 15 anggota- lima anggota tetap dan 10 lagi dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh dua tahun. Tidak seperti Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa sebenar memandangkan resolusinya berkuasa mengikat setiap negara anggota. Tambahan pula, antara kuasa Majlis Keselamatan adalah “–untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap penceroboh” dan “ – untuk menyeru negara-negara anggota melakukan sekatan ekonomi dan tindakan lain yang tidak melibatkan ketenteraan untuk menghalang atau memberhentikan pencerobohan” [http://www.un.org/Docs/scinfo.htm]. Oleh itu, seperti mana kes Iraq, Majlis Keselamatan boleh membenarkan tindakan ketenteraan. Jelas sekali kuasa terletak pada Majlis Keselamatan tetapi apakah ciri-ciri badan ini? 15 anggota, di mana 5 adalah anggota tetap. Kelima-lima anggota tetap ini mempunyai veto eksklusif yang membolehkan mereka menggunakan kuasa veto mereka terhadap sebarang resolusi walaupun kesemua anggota lain menyokongnya ! Siapakah anggota tetap ini? Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan China. Maka jelaslah bahawa struktur institusi ini membenarkan penganiayaan oleh 5 anggota kelab eksklusif ‘Anggota Tetap’. Dalam situasi sebegini, apa yang dapat menghalang Amerika daripada menakluki negara lain dan kemudian menggunakan vetonya untuk menghalang sebarang resolusi yang menetang tindakannya? Khayalan yang dibuat-buat? Dan tidak berpijak pada realiti. Pada tahun 1989 Amerika telah menggunakan kuasa vetonya ke atas resolusi Majlis Keselamatan yang telah mengecam sifatnya yang suka berperang ! Amerika telah memveto secara sendirian ke atas lebih daripada 20 resolusi semenjak 1983. Robin Theurkauf, Felo di Universiti Yale dan isteri kepada salah satu mangsa September 11, telah berkata benar apabila beliau berkata, “Kami di Amerika sukakan undang-undang antarabangsa, lebih spesifik lagi kami suka negara lain patuh kepada kami. Tetapi ia tentulah hipokrasi tahap tertinggi untuk mendesak negara lain supaya patuh kepada tanggungjawab mereka sedangkan kami terus-menerus menolak daripada mematuhi sistem undang-undang antarabangsa” [Milan Rai, ‘War Plan Iraq’ p.205]. Dan PBBlah yang telah membolehkan neo-kolonisasi yang terkutuk ini. Cubaan Untuk Menggubal & Baiki PIAGAM Di Halang Oleh Penjajah Lima negara eksklusif, yang dikemudi oleh Amerika dan Britain, sentiasa berusaha untuk mensabotaj sebarang percubaan untuk menggubal-baiki Piagam PBB yang boleh mengancam cita-cita kolonialis mereka. Pada tahun 1972, Setiausaha Agung (yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan) telah meminta semua negara anggota PBB untuk memberikan idea bagi memperbaharui piagam yang sedia ada. Antara cadangan yang diterima termasuklah meningkatkan anggota tetap Majlis Keselamatan (yang mempunyai kuasa veto), calon-calon termasuklah India dan Jepun, dan yang kedua untuk mengurangkan skop kuasa veto. Britain telah mensabotaj pelan ini dan telah bersedia untuk memveto sebarang resolusi yang menyeru kepada ratifikasi Piagam PBB. Dalam peristiwa ini, USSR (Rusia) telah mengetuai tentangan bagi lima negara eksklusif dan dalam pernyataan daripada dokumen rahsia British 1972, “Veto Soviet amat bersesuaian dengan kami. Sungguhpun perkara terakhir yang kami mahukan adalah sebarang semakan semula yang boleh mengancam status kami dan Perancis sebagai anggota tetap…” Dengan biadap sekali dalam utusan kepada Setiausaha Agung pada 30/6/1972 British telah menyatakan “Tujuan sebenar kami menentang semakan semula piagam adalah kerana takutkan kemugkinan ia mengancam kedudukan kami sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan” [terjemahan sumber: Public Records Office (PRO): FCO 58/677]. Memang betul apabila orang Islam mengatakan bahawa PBB telah direka dan dipelihara oleh golongan kafir untuk menguasai umat Islam dan dunia ketiga. Dengan hati terbuka kami meminta umat Islam yang ikhlas untuk menyedari realiti dan berhenti daripada menyeru kepada resolusi PBB yang sebenarnya membantu pihak kolonialis merialisasikan rancangan jahatnya. Kajian Kes: PBB Di Palestin PBB yang telah diperalatkan oleh penjajah telah menyebabkan berjuta-juta umat Islam dibunuh dan juga telah mengetuai pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa. PBB telah mewujudkan Israel dengan Resolusi Perhimpunan Agung 181 (Pelan Pemisahan) 29/11/1947. Lebih menyedihkan, PBB telah menjadi pemerhati semasa lelaki dan wanita, tua dan muda, sakit dan sihat telah dibunuh oleh Resolusi ciptaan mereka iaitu ‘Israel’. Sememangnya PBB telah gagal untuk bertindak dan juga bersikap prejudis kerana menyokong kepentingan Amerika. Antara insiden di mana PBB telah menolak untuk meluluskan resolusi adalah: a. Mengecam tindakan Israel di Selatan Lebanon. S/16732 b. Mengutuk langkah penindasan Israel ke atas populasi Arab. S/19459 c. Mengecam tindakan Israel ke atas orang awam di Selatan Lebanon. S/17000 d. Menyeru kepada Israel supaya menghormati tempat suci orang Islam. S/17769/rev. 1 e. Membuat draf mengutuk serangan Israel ke atas wilayah Lebanon dan tindakan kejamnya terhadap orang awam di sana. [S/19434] f. Mengutuk polisi dan tindakan Israel di wilayah yang diduduki dan juga sikap tidak endahnya terhadap keputusan Majlis Keselamatan yang berkaitan. g. Menghantar Pasukan Pemerhati PBB ke Tebing Barat, Gaza. [27/3/2001] h. Mengecam perbuatan ganas, mendesak supaya keganasan dihentikan dan juga penubuhan mekanisma pengawasan untuk membawa masuk pemerhati. [15/12/2001] Bukan setakat menubuh Israel tetapi PBB juga enggan mengecam dan mengutuk aktiviti tidak bertamadunnya. Malah untuk bersepakat menghantar pemerhati bukan tentera pun tidak mampu dilakukannya ! Tetapi sebaliknya senario ini dengan Iraq amat berbeza, mereka dengan cepat memberi respon dan mengerahkan tentera dengan begitu pantas sekali. Kajian Kes: PBB Di Bosnia Menyingkap kembali kejadian di Bosnia pada dekad 90-an, PBB telah meletakkan embargo senjata ke atas Bosnia dan membiarkan penceroboh Serb (dibantu Serbia) dengan kereta kebal, meriam berat, mortar dan senjata lain sementara orang Islam hanya berbekalkan mesin-gan telah meragut hak mereka untuk mempertahankan diri. Semasa pembunuhan dan jenayah rogol dilakukan terhadap umat Islam, PBB telah menubuhkan “tempat perlindungan selamat” untuk meredakan tuntutan penduduk dunia yang mendesak sekatan diangkat supaya orang Islam boleh mempertahankan diri mereka. Di salah sebuah “tempat perlindungan selamat” ini seorang jeneral Perancis PBB telah berkata “Kamu sekarang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan PBB”, beberapa senjata api yang dimiliki oleh orang Islam telah dirampas dan akibatnya : Serb telah datang dan mengebom kawasan tersebut, “pasukan pengaman” tidak berbuat apa-apa, diikuti jenayah rogol beramai-ramai dan sekurang-kurangnya 8000 orang Islam telah dibunuh atau dicacatkan. “Penawan Serb pada satu masa merungut yang mereka tidak mendapat pilihan wanita Islam yang baik dari Srebrenica” [David Rohde] Tambah memilukan, PBB bukan sahaja telah menyebabkan wanita Islam dirogol beramai-ramai tetapi sebenarnya telah memberi laluan mudah kepada Serb, ringkasan perilaku “pasukan pengaman” PBB digariskan di bawah ini: Satu pakatan sulit telah dibuat di antara Jeneral Janvier [pemimpin pasukan PBB] dan Jeneral Mladic [Serb] di Zvornik pada 4 Jun 1995 sebelum pembunuhan beramai-ramai; Komplot dan rancangan jahat di antara Akashi [UN], Mladic, dan Milosevic semasa pembunuhan ini dilakukan; Penyerahan orang Islam yang tidak bersenjata oleh Batalion Belanda [UN] kepada Mladic semasa komander Belanda sedang minum arak bersama Jeneral Mladic; “Taklimat Jeneral Van der Wind [UN] pada hari kedua penyerahan orang Islam, 13 Julai, ‘Dutchbrat memindahkan 30,000 liter petrol kepada BSA [Bosnian Serb Army] sesuai dengan kehendak Mladic’.” “Profesor Mark Almond menulis: ‘Pada masa kementerian pertahanan Belanda sedang sibuk menghapus bukti urusannya dengan jeneral Serb untuk membawa pergi tenteranya, bukti video penting telah hilang – walaupun televisyen Serb telah menunjukkan gambar pegawai-pegawai Belanda sedang minum arak bersama Mladic, cukup untuk membuat kita sedih bagaimana mereka dinaikkan pangkat dalam hirarki NATO’.” [http://www.haverford.edu/relg/sells/srebrenica/srebrenica.html (laporan B.Jagger’s)] Dengan bukti kukuh menunjukkan penglibatan PBB dalam pembunuhan dan jenayah rogol, Setiausaha Agung Kofi Annan terpaksa memohon maaf dengan menyatakan : “PBB telah memberikan gambaran kepada Majlis Keselamatan bahawa segala-galanya terkawal. ..sehari sebelum Srebrenica ditawan, kami telah melaporkan bahawa Serb tidak menyerang, sedangkan mereka memang sedang menyerang. Kami laporkan yang rakyat Bosnia telah menembak ke arah kepungan Unprofor, walhal sebenarnya Serb. Kami gagal untuk meminta bantuan segera untuk kekuatan tentera udara.” Jadi penjajah telah merampas senjata orang Islam dalam menjamin keselamatan mereka, minum arak bersama pembunuh dan perogol, menyerahkan wanita dan kanak-kanak Islam untuk dibunuh, memberi petrol kepada pihak Serb untuk trak yang memindahkan orang Islam ke kubur mereka, menulis surat membantah serangan udara terhadap Serb dan kemudiannya memohon maaf seolah-olah tiada apa-apa berlaku! Itulah PBB Boneka dan anjing kerahan Negara Kolonialis. Umat Islam Perlu Berhenti Daripada Menyeru Kepada Resolusi PBB Mengetahui pendedahan yang mengejutkan mengenai realiti boneka ini, sungguh memeranjatkan masih ada yang menyeru kepada penggunaannya! “Maslaha” (manfaat) yang mereka laungkan, walhal tiada apa pun yang menghampiri manfaat. Dari piagam kepada struktur dan polisi yang diamalkan, semuanya berbaur kolonialisme, hegemoni, dominasi dan keaiban. Lagipun konsep tindakan yang disandarkan kepada asas manfaat adalah sunnah Nicolo Machiavelli yang menerangkan dalam karyanya mengenai pentadbiran negara, ‘The Prince’ bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas tindakan : “Dalam tindakan setiap manusia…kita mesti melihat kepada penghujung. Jadi jika seorang putera mendapat kemenangan dan mendukung negaranya; kaedah yang diambil akan sentiasa dianggap berbaloi”, seperti pernyataan, “matlamat mghalalkan cara”. (“In the actions of all men…we must look to the end. Let a prince, therefore win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy”, hence the dictum, ‘the ends justifies the means”). Ulama pada zaman dahulu mencela orang-orang jahil yang menyeru supaya manfaat menggantikan sumber diwahyukan. Salah satu daripada pakar undang-undang Islam pada masa dahulu, Imam Shatibi (ra), menyatakan dalam karyanya, “Al-Muwaffaqat fi Al-Usul al-akham” di halaman 25, “Objektif di sebalik Shari’ah adalah untuk membebaskan individu daripada kehendak mereka supaya mereka menjadi hamba sejati kepada Allah dan itulah maslahah (manfaat) yang dihalalkan… Mencabuli Shari’ah atas alasan mematuhi objektif/nilai asas (maqaasid) Shari’ah samalah seperti orang yang mengambil berat tentang roh tanpa jasad dan kerana jasad tidak berguna tanpa roh, maka roh tanpa jasad juga tidak berguna.” Tambahan pula Rafi’ bin Khadij meriwayatkan, “Rasulullah melarang kita daripada sesuatu yang bermanfaat (naafi’) bagi kita kecuali kepatuhan kepada Allah dan utusanNya lebih bermanfaat (anfa’)”
. Malah beberapa cendekiawan yang menerima masalah sebagai sumber undang-undang yang sah pun menekankan bahawa prinsip ini perlu dibendung daripada digunakan untuk menjustifikasi apa sahaja (sepertimana yang berlaku hari ini). Mereka telah menggariskan syarat-syarat, 1. Ia tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Sahabat ataupun Qiyas. 2. Manfaat ini mestilah Haqiqi (nyata). Oleh yang demikian daripada asasnya, maslahah adalah tidak munasabah, malah para cendekiawan masa lalu yang menerima maslahah akan menolak PBB kerana ia tidak melindungi kepentingan orang Islam, (Untuk pendedahan yang lebih lanjut rujuk kepada Majalah Khilafah Jan 2003, artikel “The astute Comprehension of International law”). Pendirian Kita Berkaitan PBB PBB adalah sebuah institusi yang rapuh dan akan runtuh dengan mudah apabila berhadapan dengan pendedahan intelektual oleh pihak-pihak tertentu. Britain sendiri mengakuinya, “PBB adalah organisasi yang sangat rapuh sehinggakan sebarang pertelingkahan mengenai strukturnya akan melemahkannya lagi”. (PRO: FCO 58/677) Sebagai orang Islam kita seharusnya mempunyai keberanian untuk menegakkan kebenaran dan tidak gentar atau akur sahaja dengan cemuhan si pengampu. Sememangnya apa-apa yang lain adalah sifat pengecut dan kelalaian terhadap tanggungjawab kita memandangkan Allah SWT berfirman: “Kemudian Kami letakkan kamu (Wahai Muhammad SAW) di atas suatu jalan lurus (Shari’ah). Jadi ikutilah kamu ke jalan ini dan bukannya kehendak mereka yang tidak mengetahui” [TMQ Al-Jaatshiya:18] Kita tidak sepatutnya berasa hairan apabila melihat terdapat mereka dari kalangan orang Islam sendiri, yang bergegas kepada penjajah sambil menyeru kepada orang Islam untuk menyokong mereka kerana Al-Quran telah memberi peringatan kepada manusia tentang kewujudan orang-orang yang tidak menyedari realiti dan panduan (al-Hudaa): “Katakanlah: ‘Aku mengingatkan kamu hanya dari wahyu. Tetapi mereka yang pekak tidak akan mendengar seruan ini, (walaupun) mereka telah diberi peringatan” [TMQ Al-Anbiya:45] Siapa Yang Mampu Memusnahkan Kolonialis PBB Mereka yang mempunyai keupayaan untuk memusnahkan “organisasi rapuh” ini dan mengembalikan kegemilangan Islam adalah ketua tentera orang Islam sendiri iaitu para pemerintah. Kita tahu mereka tidak dapat bersepakat untuk mengadakan persidangan, apatah lagi untuk mengusir pengkalan Amerika dari Qatar, Arab Saudi, Turki, Bahrain antara lainnya – begitu dahsyat sifat perhambaan mereka! Dalam “New York Times” (19/2/2003), Stephen Myers menulis, “Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, dalam komen yang diumumkan hari ini berkata beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk mengadakan persidangan tergempar, dan menyatakan kebimbangan tentang perpecahan di kalangan negara-negara Arab yang mungkin tidak dapat diatasi. Pegawai di Lebanon, yang kini menjadi pengerusi liga, juga dilaporkan membantah persidangan tersebut.” Pemimpin-pemimpin penakut ini tidak mempunyai sebarang niat untuk menegakkan dan mempertahankan maruah orang Islam, telah memperhambakan diri kepada pihak kolonialis, dan hanya mengerahkan tentera untuk menyebarkan hasutan di kalangan umat Islam, memenjara mereka dan menakut-nakutkan mereka: “Dan jika mereka ingin pergi berperang, tentu sekali, mereka akan mempersiapkan diri, tetapi Allah tidak mahu mereka ke sana, jadi Dia memperlahankan mereka, dan dikatakan (kepada mereka), ‘Duduklah kamu di kalangan mereka yang tinggal (di rumah). Kerana jika mereka pergi bersama kamu, mereka hanya akan menjadikan keadaan kucar-kacir, dan mereka akan bergegas di kalangan kamu (menyebarkan fitnah) dan hasutan, dan ada di antara kamu yang akan mempercayai mereka…” [TMQ at-Taubah:46-47] Janganlah kita menuruti mereka dan janganlah pula kita menjadi pemerhati sahaja yang menjadi saksi kepada pembunuhan beramai-ramai saudara kita di Iraq. Kita orang Islam di mana sahaja, boleh menerajui pendedahan kepalsuan PBB dan menunjukkan bagaimana ia sebenarnya adalah boneka penjajah. Kesimpulannya, PBB sebenarnya telah diketahui umum sebagai boneka dan anjing suruhan penjajah dan telah diperjelaskan secara terperinci di sini tentang bagaimana ia memaksa hegemoni, keaiban dan penindasan. Daripada strukturnya kepada piagam hinggalah kepada polisi yang diamalkan, kesemuanya telah dibentuk untuk meneruskan usaha-usaha kolonialisme. Oleh itu, marilah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan meninggalkan PBB, mendedahkan kepalsuannya dan menyatukan umat Islam untuk bersama-sama mewujudkan satu alternatif – undang-undang Shari’ah – dibawah panji Daulah Khilafah ! Wallahu a’lam bissawaab.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:19:43 GMT -1
SN18 - Sekitar Isu PLKN : Pembinaan Syakhsiah Sewajarnya
Didasarkan Kepada Aqidah Islam Yang Mulia
Mukadimah
[SN18] “Dan apabila dikatakan kepada mereka, ”Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ”Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang membuat kebaikan.” (TMQ Al-Baqarah: 11)
Berita Ahmad Harizal, 19 tahun, remaja pertama yang dijatuhi hukuman kerana tidak menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah menggemparkan negara (Utusan Malaysia, 15/5/05). Beliau yang bekerja mengambil upah mengerjakan bendang sawah didenda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret Kangar kerana gagal menyertai PLKN di Kuala Nerang pada Julai 2004. Remaja yang menamatkan persekolahan ketika ditingkatan dua itu memilih untuk dipenjarakan kerana tidak mampu menjelaskan denda. Akhbar The Star melaporkan bahawa beliau telah meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah. Timbalan PM, Datuk Seri Najib, mengulas, ”Dia kata malas (kepada polis), tak kata tanggung sara hidup keluarga .... bukan salah kita..'', ketika mempertahankan tindakan pihak berkuasa. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sidang akhbarnya berkata: “Jika dia bagi tahu kita, dia ada masalah itu dan ini, kita akan beri pertimbangan. Kalau alasan yang diberikan ialah, `saya malas' atau `saya tak nak pergi', kita tidak dapat membuat pertimbangan selain meneruskan pendakwaan'' .
Rentetan dari isu ini, DAP menyeru kerajaan agar kegagalan remaja untuk menghadiri program ini selepas mereka dipilih tidak seharusnya dipandang sebagai suatu kesalahan yang serius, lebih-lebih lagi, didalam satu keadaan dimana perlaksanaan program ini dari awalnya tidak dapat memberi keyakinan kepada orang ramai serta penyebaran maklumat berkenaannya tidak menyeluruh. Ku Seman Ku Husain menulis didalam Utusan Malaysia: “..bagi sesetengah orang RM600 hanya sama dengan 6 batang curut saja. Tetapi bagi Ahmad Harizal, RM600 sama dengan 4 bulan pendapatan ibunya sebagai pembantu tadika. Keutamaan Ahmad Harizal adalah mencari makan untuk ibu dan adik-adik. Kontroversi Ahmad Harizal tidak berlalu kalau bukan kemiskinan yang melingkari hidupnya. Maka kemiskinanlah yang mencetuskan semua ini; gagal meneruskan persekolahan, gagal bayar denda dan remaja terpaksa meninggalkan alam remajanya kerana terpaksa menyara keluarga”. (UM, 15/5/05). Seorang pembaca yang dikenali sebagai ‘IBU PLKN’ pula menulis: “Bagaimanapun saya merasakan pihak berkuasa perlu tahu asal-usul hingga keperingkat akar umbi sebelum membuat dakwaan - sesuatu yang berlaku pasti ada sebab dan akibatnya jangan sampai nasi menjadi bubur. Dalam kes ini, wajar semua pihak mengambil iktibar kenapa mereka yang dihimpit kemiskinan selalu diketepikan. Adakah alasan kemiskinan tidak kukuh? Wajarkah seorang anak, ibu dan adik-adik terbiar tanpa sesuap nasi. Dimana perikemanusian masyarakat penyayang?” (UM, 12/5/05) Selepas kisah Harizal dihebahkan, bantuan kepadanya datang mencurah-curah. Ini membuatkan ramai yang kesal kerana terdapat ramai rakyat yang hidup susah tetapi tidak ditolong. Sehingga kini, dalam prestasi ekonomi negara mencapai PNK per kapita sebanyak RM13 ribu (tahun 2001), masih ramai lagi rakyat yang berada dalam keadaan miskin dan tidak dibantu dengan sewajarnya. Isu saudara Ahmad Harizal ini hanyalah sebahagian dari rentetan isu-isu yang dibincangkan berkaitan dengan projek PLKN. Berbagai perkara telah dan masih lagi dibangkitkan berkenaan degan projek ini. Sautun Nahdhah kali ini mengajak para pembaca budiman menyelami isu-isu ini secara ikhlas dalam mencari penyelesaian sebenar bagi permasalahan yang timbul
PLKN – Objektif Yang Tersasar
PLKN digambarkan sebagai program pembinaan syakhsiah diri dengan matlamat membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program yang diperuntukkan sebanyak RM500 juta itu walaubagaimanapun, bukanlah merupakan sebuah program kerahan tenaga untuk mempertahankan negara. Timbalan Perdana Menteri, memberi jaminan bahawa kerajaan tetap akan meneruskan PLKN kerana percaya ia amat berguna untuk pembangunan negara pada masa depan. “Aset yang penting adalah aset manusia khususnya daripada kalangan generasi muda yang bertanggungjawab membentuk masa depan negara dimasa hadapan. Oleh sebab itu, kerajaan sanggup untuk melabur peruntukan yang besar bagi menjayakan program ini'', kata Dato’ Seri Najib. Perdana Menteri juga menegaskan walau apapun, yang pasti PLKN akan terus berkekalan sampai bila-bila demi ‘survival’ negara. (UM, 15/12/04)
Hakikatnya setelah setahun lebih PLKN dilaksanakan, disiplin pelatih PLKN menjadi isu yang hangat diperkatakan. Masalah disiplin turut melibatkan pergaduhan dan merosakkan harta benda. Isu jurulatih yang tidak berdisiplin sehingga membabitkan kes-kes jenayah juga memberi kesan kepada PLKN (UM, 15/12/04). Seorang pembaca akhbar Berita Harian bertarikh 19/4/04 yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘MSAS SIA’ menulis bahawa ramai peserta PLKN yang merokok dalam kem. Seorang remaja perempuan juga telah ditangkap memiliki ganja disebuah kem IPTA. Beliau mengatakan ada yang memecahkan cermin kereta ibubapa yang datang melawat. Beliau juga agak bimbang dengan gejala sosial dan hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal. BH 15/4/04 pula melaporkan 20 pelatih di Arau bergaduh.
Manakala, didalam laboran yang lain, seorang jurulatih PLKN didapati merogol pelatih di Kem Setiu (UM, 5/4/05). Didalam laporan ang lain, 10 ribu senjata berbahaya yang dirampas daripada kesemua 41 kem PLKN di seluruh negara dikenal pasti milik para peserta yang terlibat dengan kumpulan samseng. Penemuan senjata berbahaya itu adalah milik 25 peratus peserta PLKN di seluruh negara (UM, 10/11/04). Ramai juga yang merungut dimana setelah remaja menjalani latihan PLKN, ada diantara mereka mula mempamerkan sifat yang kurang disenangi seperti tidak menghormati orang tua, mementingkan diri sendiri, mengejar keseronokan tanpa batasan, merosakkan harta benda awam dan terlibat dengan kegiatan samseng. Sebelum ini, program Rakan Muda telah dilaksanakan sejak tahun 1994 dengan matlamat yang sama seperti PLKN tetapi kita dapati masalah sosial dan jenayah malah semakin menjadi-jadi.
Setelah setahun lebih PLKN diperkenalkan, masalah sosial bukan sahaja tetap berleluasa, malah semakin bertambah. Diakhir tahun 2004, kes rogol meningkat menjadi 1,760 kes sedangkan pada tahun 2003, jumlahnya adalah 1,479 kes. Kes sumbang mahram untuk kanak-kanak berusia bawah 16 tahun meningkat kepada 334 kes pada tahun 2004 berbanding dengan 254 kes (2003). Kes cabul kehormatan meningkat kepada 1,661 kes (2004) berbanding 1,399 kes (2003). Kes liwat naik menjadi 177 kes berbanding 154 kes (2003). Hingga hari ini masalah disiplin dikalangan remaja kelihatannya tidak ada penyelesaian. Malah, dalam mengulas mengenai berleluasanya jenayah di Malaysia, Perdana Menteri pernah berkata, ”Saya nampak kes jenayah semakin menjadi-jadi. Apa nak jadi pada negara kita. Ini menunjukkan penjenayah tidak takut kepada undang-undang kita” (BH, 29/1/05). Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah PLKN benar-benar dapat mencapai objektif yang diinginkan?
Perubahan Mestilah Menyeluruh dan Mendasar
Masalah-masalah sosial dan jenayah yang berlaku di Malaysia merupakan salah satu kesan dari lunturnya ketaqwaan kaum muslimin akibat dari tiadanya nuansa Islam yang muncul dari penerapan Islam secara kaffah. Dengan nuansa ini juga, kaum bukan Islam akan turut hidup dalam keadaan moral yang terpuji dan penuh kesejahteraan. Penerapan Islam yang kaffah, walaubagaimanapun, hanya boleh wujud sekiranya asas penegakkan negara adalah aqidah Islam. Jika asas negara bukan merupakan aqidah Islam yang sepatutnya menjadi asas perlembagaan dan perundangan, maka perkara yang perlu ditekankan dalam mengatasi masalah-masalah ini ialah kegiatan ‘taghyir’ (perubahan menyeluruh dan mendasar) dan bukannya ‘islah’ (perubahan tidak mendasar yang lebih terfokus kepada pembaikan perkara cabangan).
Taghyir mestilah dimulai dengan mengubah asas sesuatu keadaan. Ini adalah kerana setiap situasi yang wujud didalam keadaan tersebut merupakan cabangan yang berasal dari asas keadaan tersebut. Dengan asas ini serta apa yang berkaitan dengannya, manusia boleh menjadi bahagia atau menderita dan sesebuah umat boleh bangkit atau mundur. Islah pula adalah perubahan berkaitan perkara cabang dan tidak terfokus lepada perubahan perkara asas. Didalam negara yang menerapkan Islam sebagai ideologi (mabda’), jika terjadi penyelewengan dalam penerapan Islam, maka yang patut dilakukan adalah islah. Ini difokuskan kepada memperbaiki keburukan yang berlaku didalam penerapan hukum syara’ akibat dari kelalaian atau kesilapan pemimpin. Sebaliknya, dalam negara yang menerapkan ideologi kapitalisme, taghyir (perubahan menyeluruh) mesti dilakukan dengan menggantikan ideologi kapitalisme dengan ideologi Islam. Dalam erti kata lain, taghyir perlu dilakukan untuk mengubah secara mendasar keadaan rosak yang melanda umat Islam hari ini. Ini membawa maksud mengubah sistem, pemikiran dan perasaan yang disandarkan kepada pemikiran barat yang sedang meracuni umat Islam kepada sistem, pemikiran dan perasaan yang disandarkan kepada Islam. Perubahan seperti ini wajib disandarkan kepada thariqah Rasulullah saw dalam melakukan taghyir dimana ia hanya dihadkan kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan bukannya fizikal.
Permasalahan yang tidak putus-putus melanda negara-negara kaum muslimin hari ini jelas merupakan akibat dari tiadanya penerapan Islam yang menyeluruh. Dari masalah yang berstatus ‘antarabangsa’ sehinggalah kepada masalah yang berstatus ‘tempatan’, hanya penerapan Islam yang syumul sahajalah yang dapat menyelamat negara-negara kaum muslimin, khususnya Malaysia, dari terus hanyut menuju lubuk yang akan menenggelamkannya. Ini memerlukan tahgyir. Dari itu, adalah merupakan suatu kesilapan besar bagi sesebuah negara yang menerapkan ideologi kapitalisme, yang dicipta oleh manusia yang serba lemah, untuk menangani berbagai masalah seperti penzinaan, rasuah, pengangguran, kemiskinan dan sebagainya yang menimpa masyarakat dengan program-program seperti PLKN yang sememangnya tidak bertujuan untuk mengubah akar atau asas permasalahan. Usaha ini, sekiranya ia berjayapun, akan hanya mampu menepis ombak simptom namun akan gagal menghalang tsunami kapitalisme yang akan terus menerus menyerang dimanapun kita berada didalam sfera kehidupan sekular ini. Selama mana kita masih berada didalam sfera ini, selama itulah kita akan terus dihanyutkan oleh kerosakan-kerosakannya, meskipun dari kulitnya, ia kelihatan cantik; namun hakikatnya, kurap yang tersembunyi terus menjalar keseluruh tubuh umat. Realitinya, kita terus melihat berbagai masalah seperti jenayah, masalah sosial, AIDS, dan kemiskinan menjadi-jadi - disuburkan oleh kurap kapitalisme yang pada waktu yang sama cuba menutupi penyakitnya dengan ‘kejayaan-kejayaan’ ekonomi yang pada hakikatnya tidak pernah dan tidak akan pernah seimbang.
Pandangan Islam Dalam Membentuk Jati Diri Umat
Patriotisme bukanlah suatu yang wajar dijadikan sebagai rasional untuk menyatu dan membentuk jati diri masyarakat. Patriotisme hanya muncul ketika tanah air masyarakat tersebut diancam oleh pihak luar. Ia akan hanya menyatukan masyarakat tersebut buat sementara waktu ketika wujud ancaman terhadap mereka tetapi apabila ancaman dari luar ini hilang, maka akan lenyaplah rasa perpaduan ini. Lihatlah sahaja berbagai pengajaran dari sejarah manusia yang membuktikan bahawa semangat patriotik akan luruh setelah lenyap ancaman dari luar masyarakat tersebut. Realiti patriotisme membuktikan bahawa ia tidak dapat dijadikan sebagai asas dalam menyatukan sesebuah masyarakat ketika mereka bebas dari ancaman. Oleh itu, ia tidak wajar digunakan sebagai dasar untuk penyatuan yang hakiki. Selain itu, patriotisme juga tidak menyediakan sistem yang utuh untuk mengatur masyarakat.
Dalam menyambut seruan Allah untuk meletakkan hukumNya di tempat yang tertinggi, penerapan Islam yang mulia melalui institusi Khilafah, sebagai rentetan dari taghyir mengikut thariqah Rasulullah, akan memastikan bahawa setiap permasalahan yang disebutkan diatas, akibat dari keburukan sistem kapitalisme, akan dapat diselesaikan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Hanya ikatan aqidah Islam wajar dijadikan asas penyatuan dan jati diri umat. Ini telah terbukti sejak 1300 tahun lalu – aqidah Islam mengikat umat manusia yang pelbagai bangsa dan budaya dibawah payung kekhilafahan Islam. Tidak pernah ada tamadun dunia lain yang mengikat dan menyatukan manusia seperti tamadun Islam. Aqidah Islam sebagai dasar penyatuan yang hakiki telah terbukti dari fakta sejarah tanpa dapat disangkal lagi. Bernard Lewis, tokoh orientalis barat pernah menulis: ‘…Islam pula telah mencipta tamadun dunia, banyak etnik, berbangsa-bangsa, antarabangsa dan boleh juga dikatakan antarabenua …’ (Bernard Lewis, What Went Wrong?). Hanya dengan mengembalikan kehidupan Islam dibawah Khilafah, manusia akan benar-benar hidup sejahtera. Dalam penerapan Islam juga dipastikan bahawa setiap individu berhak untuk mendapatkan keperluan-keperluan asas mereka dan diwajibkan keatas Daulah untuk memastikan bahawa setiap individu di dalamnya dapat hidup dengan kehidupan yang sempurna. Oleh itu, kes seperti Ahmad Harizal tidak akan muncul kerana pada dasarnya lagi, Daulah diwajibkan membenteras kemiskinan sebagai satu tanggungjawab.
Didalam Daulah Khilafah, program-program bagi meningkatkan syakhsiah dan jatidiri umat disandarkan kepada syariat Allah. Allah SWT telah memuliakan umat Islam dengan tanggungjawab mengembangkan risalah Islam ke seluruh dunia, serta memberikan ketentuan kepada mereka tentang kaedah menyampaikannya - melalui dakwah dan jihad. Dengan ketentuan ini, program-program syakhsiah dan jatidiri disandarkan. Sebagai contoh, latihan ketenteraan hukumnya adalah wajib keatas lelaki muslim yang telah mencapai usia 15 tahun. Mereka akan menjalani latihan ketenteraan dalam rangka persiapan untuk berjihad. Oleh itu, undang-undang Khilafah akan memastikan bahawa warga lelaki beragama Islam yang mencapai usia 15 tahun wajib menjalani latihan ketenteraan. Ini merupakan perlaksanaan terhadap kaedah syara’: “Apabila suatu kewajiban itu tidak terlaksana kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu hukumnya menjadi wajib.”
Oleh itu, perintah jihad (“…wa qaatiluhum..”), sebagai contoh, meliputi perintah untuk latihan kerana perintah tersebut berbentuk umum. Begitu juga dengan ayat Al-Quran: “Dan siapkanlah kekuatan apa sahaja yang kalian sanggupi …” (TMQ Al-Anfal: 60)
Oleh itu Khilafah akan memastikan mereka yang menjalani latihan ketenteraan, dibekalkan dengan pendidikan ketenteraan yang mendalam. Taraf pemikiran mereka juga akan dipertingkatkan sesuai dengan kemampuan intelektual mereka. Mereka juga wajib dididik dengan pengetahuan (tsaqafah) Islam sehingga mampu meningkatkan kesedarannya terhadap Islam.
Ini merupakan salah satu program yang akan dijalankan oleh Daulah Khilafah dalam memastikan jatidiri umat diperkukuhkan – yang lebih penting lagi, asas penyatuan dan kekuatan umat akan disandarkan kepada aqidah Islam, bukan asas yang lain.
Khatimah
Sudah sampai masanya untuk kita berhenti berkhayal tentang ‘kehebatan’ ideologi kapitalisme dalam menangani masalah manusia. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hakikat bahawa kita adalah manusia yang dicipta untuk memperhambakan diri kepada Pencipta kita, Allah SWT. Oleh itu adalah wajib keatas kita untuk kembali kepada mabda’ Islam yang akan mengemukakan penyelesaian kepada seluruh permasalahan manusia, termasuk golongan remaja. Ini telah dibuktikan didalam sejarah apabila kewujudan negara Khilafah sejak ia didirikan oleh Rasulullah saw dan berterusan selama lebih 1,300 tahun lamanya telah membentuk ramai personaliti-personaliti remaja yang dikagumi dunia. Sememangnya ramai tokoh dan orang-orang bukan Islam yang sedar serta mengakui bahawa hanya penerapan Islam dibawah naungan Khilafah sahaja yang akan dapat menyelamatkan dan membangkitkan semula manusia dengan kebangkitan yang sebenarnya. Kenapakah kita yang beragama Islam masih ragu-ragu lagi?
Wallahua'lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:20:44 GMT -1
SN19 - Perjuangan Islam Liberal
Mukadimah
[SN19] Isu Islam Liberal agak hebat diperkatakan mutakhir ini, sehingga Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri mengulas isu ini dengan nada yang negatif. Datuk Abdullah Md Zin berkata, “Islam liberal banyak menimbulkan penyelewengan dan melahirkan keraguan kepada ummah dan ia sekaligus merosak pemikiran masyarakat Islam kepada agamanya”. [BH, 21.05.2005]. Salah seorang dari pelopor gerakan Islam Liberal ini adalah Leonard Binder, seorang sarjana barat keturunan yahudi yang bertanggungjawab mencetuskan pergerakan Islam liberal pada era 80-an. Beliau telah memerinci agenda-agenda penting Islam Liberal dalam bukunya “Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies”. Dalam buku tersebut ia menjelaskan premis dan titik tolak perlunya pergerakan Islam Liberal didukung dan disebar luaskan. Selain ‘rational discourse’ yang merupakan tonggak utamanya, gerakan ini ternyata tidak lebih daripada alat untuk mencapai tujuan politik golongan tertentu iaitu menciptakan pemerintahan Liberal ala Barat (AS dan Eropah).
Seminar yang pada asalnya bertajuk “Seminar Bahaya Islam Liberal” yang diadakan pada 21hb Mei yang lepas ditukar kepada “Seminar Wacana Islam Liberal” kerana adanya desakan dari pertubuhan yang kononnya mewakili Wanita Islam Malaysia. Sautun Nahdhah pada kali ini ingin mengajak para pembaca menelurusi ketandusan pemikiran Islam Liberal ini dengan wacana pemikiran Islam.
Hakikat Islam Liberal – Konotasi Yang Mengelirukan
Mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Muslim moderat’ atau ‘Muslim liberal’ seringkali memulakan hujahnya dengan memetik aspek sejarah sebelum menangani fenomena kontemporari. Mereka akan menyalahkan golongan ‘ fundamental’ dengan menuduh bahawa golongan ini “..meletakkan, dari perspektif sejarah, Islam sehingga mencapai taraf kekuasaan dan model normatif..’ [”The sources of enlightened Muslim thought”, Journal of Democracy, vol. 14, no. 2]. Hakikatnya, sebarang isu kontemporari yang ingin dikaji, bagi seorang Muslim, haruslah dikembalikan kepada Islam dan bukan kepada yang lain. Dan apakah isu yang paling penting kalau tidak mengenai politik kaum Muslimin dan ini sewajarnya dikendalikan oleh suatu entiti politik yang memiliki kekuasaan!! Kaum liberal dengan sengaja menimbulkan kesangsian dalam kesyumulan Islam dan ini secara langsung merupakan satu penolakan keatas A l-Quran sebagai kitab Allah yang lengkap dan dapat menyelesaikan seluruh permasalahan manusia.
Kaum liberal, walau bagaimanapun terus mendakwa bahawa mereka berpegang kepada Al-Quran namun berpendapat bahawa Al-Quran, Sunnah, malah Islam secara keseluruhannya perlu diinterpretasi semula agar sesuai dengan perjalanan kehidupan moden zaman ini (yang sekular). Dalam menginterpretasi semula Islam, mereka dengan sengaja menggunakan istilah seperti Islah untuk merujuk kepada perubahan tersebut, sedangkan apa yang mereka maksudkan bukannya Islah tetapi merombak semula ‘dogma Islam’ yang membawa maksud merombak kepercayaan asas kaum Muslimin dalam memegang Al-Quran dan Sunnah sebagai asas akidah. Mereka secara umum akan menekankan sifat manusia yang akan berbeza pendapat didalam menginterpretasi nas. Dengan justifikasi ini, mereka dengan sewenang-wenangnya menolak interpretasi imam-imam besar – mengatakan bahawa tafsiran imam-imam ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan den gan kehidupan moden, tanpa memahami batasan-batasan usul didalam mengistinbath hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan tanggapan ini, mereka dengan tanpa segan silu menolak hadis-hadis sahih dan ‘mencairkan’ isi Al-Quran dengan menolak ayat-ayat yang dianggap tidak relevan kepada realiti kontemporari. Mereka ini, yang terus menuduh kaum Muslimin yang berpegang kepada Islam yang haq dengan ‘jenayah’ menginterpretasi Al-Quran secara literal hakikatnya berusaha untuk memperoleh pengertian yang sesuai dengan tanggapan mereka tanpa sebarang asas dari nas yang diinterpretasi. Mereka sebenarnya melakukan interpretasi yang hanya menekankan perbezaan yang merosakkan pemahaman hakiki Islam dan akan memecahbelahkan lagi kaum Muslimin.
Kaum liberal juga menyempitkan pengertian dan domain Islam kepada individu tanpa memerhatikan peranannya didalam konteks umat. Bagi mereka, oleh kerana Islam tidak dianggap sebagai cara hidup yang syumul , maka melepaskan Islam dari identiti ini memudahkan usaha mereka untuk meletakkan Islam sebaris dengan cara-cara hidup kufur yang lain; menjadikan Islam dan lain-lain agama dan cara hidup setara disisi undang-undang dan konsepsi ciptaan manusia serta memudahkan asimilasi Islam kedalam kehidupan ala barat. Rancangan mereka ini disokong penuh oleh kuasa-kuasa barat dan sikap ini terserlah didalam sebuah laporan bertajuk ‘Civil Democratic Islam: Partner, Resources and Strategies’ yang diterbitkan oleh RAND Corporation, sebuah badan penyelidikan yang banyak menyediakan cadangan-cadangan polisi untuk kerajaan Amerika. Didalamnya, p enulis laporan tersebut, Cheryl Benard, mengatakan bahawa untuk menyelesaikan masalah tersebarnya apa yang mereka istilahkan sebagai ‘Islamic fundamentalism’ adalah dengan mempromosi satu versi Islam yang mana pendokong-pendokongnya bersiap sedia bekerjasama dengan Amerika. Beliau juga mengatakan bahawa Amerika perlu mewujudkan ‘Islam’ baru yang akan diurut agar sesuai dengan kepentingan Amerika. Nampaknya rancangan ini sudahpun menjalar ketubuh-tubuh umat yang mulia ini. Semasa mereka membicarakan hukum Islam, mereka secara membabi buta menafsirkan Al-Quran dan Islam, mengikut selera pemikiran mereka, dan mereka memandang enteng perbincangan Usul Fiqh.
Usul Fiqh Dalam Mengistinbath Hukum
Seorang aktivis Islam Liberal Malaysia pernah ditanya, tentang pakaiannya tidak menutup aurat, maka dia menjawab, “Yang penting pakaian taqwa”. Peristiwa ini berlaku di Hotel Selesa Indraloka, Pasir Gudang, Johor.
“Secara pribadi, saya selalu merasa berhubung terus dengan Tuhan ketika sedang menjalankan ibadah tertentu. Jadi benar dan salahnya biar Tuhan yang menilai. Misalnya, saya berpendapat bahwa minum Ubat ketika puasa tidak akan membatalkan puasa saya, dan itu saya berunding langsung kepada Allah. Sebab, saya menganggap yang membatalkan puasa adalah makan yang mengenyangkan. Kerana itu, hukumnya langsung saja saya serahkan kepada Tuhan.” - Ustaz Roy, aktivis Jaringan Liberal Islam (JIL), Indonesia
Dua peristiwa ini cukup menerangkan kepada kita tentang sikap mereka, yang sering memandang remeh kepada hukum syarak. Ini adalah kerana kelemahan ketara dalam kaedah istinbath hukum dan mereka membicarakan hukum syara’ mengikut apa-apa sahaja yang terhasil dari pemikiran mereka, dan hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai kaedah berfikir perundangan Islam yang benar. Tambahan pula, buku-buku yang biasanya menjadi asas rujukan mereka adalah buku-buku karangan para orientalis. Sebelum kita melihat kepincangan mereka dalam berhujah, kita perlu memahami terlebih dahulu kaedah istinbath hukum didalam Islam. Untuk ini, patut diketahui terlebih dahulu pengertian Usul Fiqh serta apa saja yang menjadi cakupannya. Menurut ulama Usul Fiqh mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, Usul Fiqh adalah kaedah-kaedah (qawâ’id) yang dapat membawa kepada penggalian (istinbâth) hukum syariat d ari dalil-dalilnya yang terperinci [asy-Syaukani, Irsyâd al-Fuhûl, hlm. 3; Wahbah az-Zuhaili, Ushûl al-Fiqh al-Islâmî, jld. I, hlm. 23-24]
Dari definisi ini, topik (mawdhû’) Usul Fiqh menurut Muhammad Husain Abdullah [Abdullah, Al-Wadhîh fî Ushûl al-Fiqh, hlm. 29], meliputi empat kajian, iaitu:
1) Kajian tentang dalil-dalil hukum yang bersifat global (al-adillah al-ijmâliyyah), misalnya Al-Qur’an, As-Sunnah, Ijma, Qiyas, dan seterusnya. 2) Kajian tentang hukum syariat (al-hukm asy-syar’î) dan hal-hal yang terkait dengannya, seperti definisi hukum syariat dan yang berhubungan dengannya. 3) Kajian tentang cara memahami dalil (fahm al-dalîl) atau pengertian kata (dalâlah al-alfâzh), misalnya tentang manthûq (makna eksplisit) dan mafhûm (makna implisit). 4) Kajian tentang ijtihad dan taklid, termasuk tatacara melakukan tarjîh (analisis) untuk memilih yang terkuat dari dalil yang nampak bertentangan (ta’ârudh).
Adakah Golongan Islam Liberal Ini Mempunyai Usul Fiqh?
Seorang pakar dan pengkritik idea liberal, Dr. Busthami Muhammad Said, menyimpulkan, ijtihad dalam Usul Fiqh di kalangan kaum liberal — bermula dari Sayyid Ahmad Khan, Muhammad Abduh, Qasim Amin, Ali Abdur Raziq, Thaha Husain, dan lainnya— tidak lebih dari sekadar teori belaka, tanpa kenyataan [Said, Mafhûm Tajdîd ad-Dîn (terj.)]. Ini adalah merupakan salah satu pandangan yang menegaskan kelemahan dan kekosongan kaum liberal. Hakikatnya, kaum liberal ini tidak mempunyai kaedah Usul Fiqh.
Karya mereka tidak pernah menerangkan dengan jelas, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan dalil syara’ (sumber hukum) itu. Mereka tidak pernah menjelaskan bagaimana mereka menggali hukum dari dalilnya, selain mendakwa bahawa kaedahnya adalah dengan cara hermeneutika [Adnin Armas, Pengaruh Kristen-Orientalis Terhadap Islam Liberal]. Walhal kaedah ini pada asalnya digunakan untuk menafsirkan kitab Injil; sudah tentu ia tidak sesuai untuk menafsirkan al-Qur’an, kerana kitab Injil dan Al-Qur’an sangat jauh berbeza, seperti langit dan bumi. Tidak aneh juga sekiranya Norman Daniel [Daniel, Islam and The West: The Making of an Image] menegaskan, “The Quran has no parallel outside Islam” (Al-Qur’an tidak mempunyai kesejajaran dengan [kitab lainnya] diluar Islam).” [Adian Husaini, “Mengapa Barat Menjadi Sekular-Liberal” http://www.insistnet.com)]
Di negara jiran Indonesia, aktivis JIL Abdul Moqsith Ghazali, dengan berani mencetuskan beberapa kaedah Usul Fiqh ‘baru’, sebagai contoh:
1) Al-‘Ibrah bi al-maqâshid lâ bi al-alfâzh (yang menjadi sandaran hukum adalah maksud/tujuan syariat, bukan ungkapannya [dalam teks]); 2) Jawâz naskh nushûsh bi al-mashlahah (Boleh menghapuskan nash dengan maslahat); 3) Tanqîh nushûsh bi ‘aql al-mujtama’ (Boleh memperbetul teks dengan akal [pendapat] umum) [www.islamlib.com, 24/12/2003].
Kaedah-kaedah diatas jelas bertentangan dengan kaedah Usul Fiqh yang digunakan didalam Islam, Malah, dapat diperhatikan bahawa kaedah-kaedah ini tidak diasaskan kepada mana-mana pendapat ulama salaf tetapi merupakan kaedah yang disandarkan kepada pendapat dan hawa nafsu golongan liberal.
Paradigma Pseudo-Usul Fiqh Liberal
Manifestasi kepalsuan ‘Usul Fiqh’ golongan liberal ini dapat difahami apabila disedari bahawa paradigma yang mereka terimapakai bukanlah paradigma Islam tetapi paradigma sekular, yang menjadi pangkal peradaban Barat, peradaban kaum penjajah. Ini dapat diperhatikan didalam usaha mereka untuk menjadikan Usul Fiqh tunduk dibawah nilai-nilai peradaban barat. Oleh itu, secara sengaja, ‘Usul Fiqh’ ini diletakkan sebagai subjek kepada peradaban barat yang sekular.
Paradigma sekular ini memiliki akar sejarah yang panjang, bermula dari keadaan umat Islam yang berada dikemuncak kemundurannya pada abad ke-18 M lalu. Khilafah Uthmaniyah dan umat Islam pada saat itu mendapat julukan “The Sick Man of Europe”. Disisi lain, barat mengalami kebangkitan dengan kehidupan sekularnya.
Dalam kekacauan pemikiran umat Islam ketika itu, muncul dua pemikiran dari kalangan umat - menyediakan dua paradigma yang jauh berbeza untuk menyembuhkan penyakit ini:
• Pertama, paradigma sekular, iaitu mengambil ‘penawar’ dari peradaban barat yang sekular. Itulah yang dilakukan oleh mereka yang disebut dengan kaum modernis atau kaum liberal, seperti Sayyid Ahmad Khan, Ameer Ali, Muhammad Abduh, Qasim Amin, Ali Abdur Raziq, dan sebagainya. Mereka berpendapat bahawa umat Islam akan bangkit kembali jika mereka meminum ‘penawar’ peradaban barat dan mengikuti nilai-nilainya, seperti sekularisme, liberalisme, demokrasi, dan nasionalisme [Ian Adams, Ideologi Politik Mutakhir{terj.), 2004]. Ajaran-ajaran Islam harus ditundukkan dan disesuaikan dengan nilai-nilai peradaban barat..
• Kedua, paradigma Islam, iaitu mengambil ‘penawar’ dari peradaban Islam. Itulah yang dilakukan oleh para aktivis kebangkitan dan revivalis Islam, seperti Hasan al-Banna, Abul A’la al-Maududi, Taqiyuddin an-Nabhani, Sayyid Qutb, Baqir ash-Sadr, dan sebagainya [Hafizh M. al-Jabari, Gerakan Kebangkitan Islam, 1996]. Menurut mereka, kebangkitan umat Islam bererti kembali secara murni (menyeluruh) kepada ideologi Islam, serta melepaskan diri dari ideologi barat yang kufur.
Dari pemetaan ini, nampak bahawa paradigma kaum liberal adalah paradigma pertama, iaitu paradigma yang disandarkan kepada pemikiran dan cara hidup sekular. Tujuannya sangat jelas - bagaimana agar Islam dapat diubah, diedit, diperbetulkan dan diadaptasikan agar tunduk dibawah hegemoni peradaban barat sekular. Sekularisme dan pemikiran barat lainnya seperti demokrasi, hak asasi manusia, pluralisme, isu gender dan nilai sejagat dianggap mutlak kebenarannya dan dijadikan sebagai asas yang tidak boleh diubah. Justru Islamlah yang harus diubah dan dihancurkan.
Inilah manifestasi Usul Fiqh palsu yang didasarkan kepada paradigma dan aspirasi sekular, mengikuti kaum penjajah yang kafir. Mungkin niat mereka baik namun hakikatnya mereka telah melakukan kejahatan dan penyesatan intelektual. Maksud mereka mungkin untuk memberi ‘penawar’, namun hakikatnya mereka memberikan racun. Akibatnya, ‘si sakit’ jelas tidak akan sembuh, tetapi malah sebaliknya akan segera masuk ke lubang kubur, ibarat Si Tikus Membaiki Labu.
Penutup
Secara intelektual, perilaku ini jelas menunjukkan betapa miskinnya pemikiran kaum liberal. Mereka menolak warisan intelektual ulama salaf yang sangat kaya dengan alasan bahawa warisan ini sudah tidak relevan lagi tetapi pada masa yang sama mengemis-ngemis pemikiran secara hina kepada peradaban barat. Mereka ini sebenarnya adalah tangan-tangan barat yang menjalankan agenda barat terhadap dunia Islam. Bagi imperialis Barat, Islam dipandang sebagai ancaman. Jika akidah dan syariah Islam tegak di muka bumi, maka ideologi, pemikiran, sistem dan dominasi ekonomi barat akan goncang dan tergugat. Oleh kerana itulah, barat terus membina pusat-pusat pengajian Islam yang canggih dan membiayai sarjana-sarjana Muslim untuk menimba ilmu di sana. Barat juga begitu bersemangat membiayai kelompok-kelompok kaum liberal Islam, dimana jua mereka berada.
Untuk apa? Jelas niat utamanya adalah untuk mengukuhkan hegemoni mereka keatas kaum Muslimin.
Sebagai umat yang telah dinobatkan oleh Allah SWT sebagai umat yang terbaik, kaum Muslimin seharusnya menyediakan diri untuk menghadapi cabaran dan tentangan yang datang dari golongan seperti ini. Umat Islam perlu menyediakan diri melalui pemantapan pemikiran tasyri’ (hukum) dan siyasi (politik) Islam. Berbekalkan pemikiran ini, Umat dapat melihat dengan jelas dan membezakan antara yang haq dan yang batil, yang benar dan yang keliru serta dapat membongkar rancangan Barat untuk menipu dan mendominasi negeri-negeri kaum Muslimin. Kemajuan yang dicapai barat juga perlu diteliti dengan kritikal, tanpa perlu meniru ideologi dan cara berfikir mereka yang materialistik, sekular, liberal dan hedonis. Inilah yang sedang dilakukan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia dalam usaha dakwahnya untuk mengembalikan kehidupan Islam.
Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengembalikan dominasi Islam di dunia ini. Hanya dengan penerapan Islam yang menyeluruh melalui penegakkan Khilafah ‘Ala Minhaj An Nubuwwahlah umat Islam akan kembali ketempat asal mereka – sebagai Khairu Ummah!
Wallahua’lam
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:21:27 GMT -1
SN20 - Ajaran Sesat : Manifestasi Kecelaruan Berfikir
Mukadimah
[SN20] Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman mengatakan bahawa 24 kumpulan ajaran sesat masih bergerak diseluruh negara. Ia adalah baki daripada 124 kumpulan yang telah dikenalpasti yang mana 100 daripadanya telah berjaya dihapuskan. Beliau menyebut bahawa 24 kumpulan terbabit dikesan masih aktif dan beroperasi di sekitar Lembah Klang. Antaranya ialah kumpulan Tarikat Muhammadiah, Al-Arqam, Ajaran Haji Kahar, Ajaran Qadiani dan Ahmadiah [BH 21/5/05].
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri juga dilaporkan telah mengesan satu kumpulan militan seperti Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiah (JI) sedang bergerak cergas di negara ini. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata setakat ini anggota kumpulan itu telah dikenal pasti, sedang diperhati dan diteliti sama ada perlu dikenakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau tidak. Sementara itu, pihak polis dilaporkan akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta majlis agama negeri bagi memantau kegiatan kumpulan Al-Arqam yang dilapor antara 24 kumpulan ajaran sesat yang bergerak aktif di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata, kegiatan kumpulan ajaran sesat di negara ini adalah terkawal. Katanya, yang masih aktif sekarang hanyalah kelompok kecil dan jika ada yang paling besar pun, mungkin kumpulan Ayah Pin di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu [BH 21/5/05]. Datuk Noh Omar, kemudiannya menafikan kenyataan akhbar diatas yang menyebut kenyataannya bahawa kumpulan tersebut ada kaitan dengan aktiviti militan atau pengganas. Beliau menegaskan bahawa kumpulan tersebut berasaskan agama dan ia dipantau kerana ajarannya boleh memesongkan akidah umat Islam dan jika dibiarkan ia boleh menjejaskan perpaduan ummah. “Sebab itu kita mengkaji sama ada sesuai atau tidak jika kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk melenyapkan pengaruh kumpulan berkenaan,” katanya lagi [BH 23/5/05].
Sautun Nahdhah ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk menelurusi dan menjelaskan pandangan berkaitan melabelkan sesuatu gerakan itu membawa ajaran sesat atau tidak. Untuk tujuan ini, kita perlulah mengunakan prosedur tertentu yang hanya didasarkan kepada pemikiran Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Syariah Islam akan memastikan bahawa sebarang keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh mana-mana kepentingan atau motif tertentu. Penentuan sesat keatas seseorang atau sesebuah gerakan perlulah dilihat berdasarkan aspek aqidah semata-mata dan tidak dipengaruhi, seperti yang disebutkan, oleh motif-motif dan kepentingan tertentu.
Aqidah Dan Hukum Syara’
Aqidah adalah pemikiran yang menyeluruh tentang manusia, alam dan kehidupan, hubungan di antara ketiga-tiga unsur ini dengan apa yang datang sebelum dan selepas kehidupan. Dari aqidah akan muncul berbagai peraturan, undang-undang, norma dan tata nilai masyarakat. Aqidah juga menentukan arah pandang, cita-cita dan tujuan yang dianut oleh para pemeluknya, diyakini kebenarannya, diperjuang dan dipertahankan.
Aqidah seseorang adalah asas kepada segala-galanya. Ia merupakan asas berfikir dan asas bertindak seseorang. Salah atau rosak aqidah, maka rosaklah pemikiran dan tingkah lakunya dan rosaklah individu tersebut. Jika dinisbahkan kepada sebuah bangunan aqidah merupakan bahagian asas kepada struktur bangunan. Apabila asas kepada struktur bangunan itu rosak, ia boleh menyebabkan bangunan retak atau membawa kepada runtuhnya keseluruhan bangunan. Oleh yang demikian aqidah merupakan bahagian yang terpenting dari pemikiran seseorang kerana aqidah adalah asas pemikiran (usul) dan yang lainnya adalah pemikiran cabang (furu’) yang muncul dari asas tadi.
Aqidah menurut bahasa adalah sesuatu yang diikat didalam hati, iaitu sesuatu yang diyakini. Sesuatu yang diyakini adalah sesuatu yang diputuskan atau dibenarkan secara pasti - tashdiqul jazim. Ia akan membawa kepada pembenaran atau pendustaan terhadap sesuatu informasi. Perkara-perkara yang termasuk didalam aqidah adalah seluruh perkara yang ghaib seperti iman kepada Allah, para malaikatNya, kitabNya, para rasulNya, hari Kiamat serta qadha dan qadar baik dan buruknya dari Allah SWT. Termasuk di dalam aqidah adalah semua perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau oleh aqal seperti syaitan, syurga dan neraka. Perkara aqidah mesti diambil berdasarkan tashdiqul jazim (pembenaran yang bersifat pasti) bukan secara dzanni (dugaan kuat) atau sangkaan sahaja kerana Allah menegaskan di dalam Al-Quran dengan firmanNya:
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.” (TMQ Yunus:36)
“Dan jika mereka menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah).” (TMQ Al-An’am:116)
Manakala hukum syarak adalah khitab as-Syari’ (seruan pembuat syariat) berkenaan dengan perbuatan hamba. Misalnya ijarah (kontrak upah), bay’ (jual beli), riba, nikah, solat, iqamatul khilafah (menegakkan khilafah), larangan mengumpat, ghanimah, fai’, bay’ah dan jihad termasuk didalam hukum syarak.
Piawaian Islam Dalam Penetapan Aqidah
Aqidah adalah seluruh pemikiran yang dibenarkan (mesti sampai kepada peringkat tashdiqul jazim) sementara hukum syarak adalah seruan Allah yang berkenaan dengan perbuatan manusia yang bertujuan untuk menyelesaikan seluruh permasalahan manusia (pemerintahan, penghukuman, sistem sosial, pendidikan dan ekonomi) [Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Nizhamul Islam, Al-Quds, 1953]. Dalam mengambil perkara-perkara hukum syara’ adalah memadai dengan pengambilan secara ghalabatuz dzanni (dugaan kuat) dan tidak perlu sampai kepada peringkat yakin. Misalnya dua rakaat solat subuh dilihat dari aspek perlaksanaan solatnya adalah hukum syarak. Sedangkan pembenaran bahawa hukum dua rakaat solat subuh adalah dari Allah merupakan aspek aqidah. Ingkar dalam melaksanakan solat subuh dua rakaat akan merosakkan solat sama seperti meninggalkan solat dan ia adalah maksiat (derhaka) kepada Allah yang membawa kepada pelakunya mendapat dosa. Ingkar untuk membenarkan kaifiyat solat subuh dua rakaat adalah dari Allah akan merosakkan aqidah yang membawa kepada pelakunya dianggap kafir kerana hukum tersebut adalah berdasarkan kepada riwayat yang mutawatir dan jelas maknanya. Riwayat mutawatir akan menutup kemungkinan bahawa berita yang dibawa adalah salah kerana ia dibawa oleh banyak jalur perawi (lima jalur berlainan sebagai contoh) yang membawa kepada keadaan qat’i tsubut (kepastian datangnya berita). Kejelasan makna akan menutup kebarangkalian ia membawa lebih dari satu makna dan ini membawa kepada keadaan qat’i dilalah (kepastian makna). Apabila makna dan cara datang berita bersifat pasti ia akan menerbitkan tashdiqul jazim (pembenaran yang pasti) – dan ini adalah bahagian dari aqidah.
Solat dua rakaat solat sebelum maghrib adalah termasuk ibadat sunat (dianjurkan); ia termasuk hukum syara’ yang tidak berdosa jika ditinggalkan. Pengingkaran terhadap hukum solat tersebut tidak dianggap kafir kerana hukum itu ditetapkan berdasarkan dalil dzanni - bukan hadis mutawatir. Hukuman potong tangan terhadap pencuri adalah hukum syara’ yang wajib dilakukan, meninggalkannya adalah berdosa dan mempercayai bahawa ia datang dari Allah adalah termasuk aqidah kerana hukum ini termasuk tashdiqul jazim - ia ditetapkan secara qat’i tsubut dan qat’i dilalah. Pengharaman riba adalah hukum syara’, mengambilnya adalah haram dan berdosa dan mempercayai bahawa ia datang dari Allah adalah termasuk aqidah kerana penetapan hukum ini juga termasuk tashdiqul jazim. Inilah perbezaan diantara aspek aqidah dan aspek hukum syara’.
Aqidah adalah keimanan, dan keimanan menuntut adanya pembenaran yang bersifat pasti (tashdiqul jazim). Hukum syara’ adalah khitab as-Syari’ (seruan Allah) yang berkaitan dengan perbuatan hamba. Pengambilan hukumnya boleh qat’i atau ghalabatuz dzann (dugaan kuat yang tidak sampai kepada yakin atau pasti). Menolak hukum syara’ yang qat’i adalah termasuk perkara aqidah dan boleh menjadikan seseorang itu kafir atau sesat tetapi menolak hukum syara’ yang dzanni bukanlah termasuk didalam masalah aqidah dan tidak membawa kepada kekafiran atau kesesatan secara langsung.
Piawai ini boleh diaplikasikan kepada satu contoh yang biasa kita dengarkan. Ada pendapat yang diketengahkan oleh golongan tertentu yang menyatakan bahawa sembahyang hanya perlu ditunaikan dengan niat. Mereka menggunakan dalil:
“Sesungguhnya amal-amal itu dengan niat. Dan setiap orang dinilai dari niatnya”
Hadis ini menerangkan bahawa setiap amalan itu dinilai dengan niatnya dan didalam ibadat niat itu termasuk rukun. Untuk melihat samada pendapat ini benar atau tidak, perlu diperhatikan hukum berkaitan dengan solat. Kewajipan solat telah ditegaskan oleh Allah di dalam firmanNya:
“…maka dirikanlah solat kerana solat itu adalah ketetapan ke atas orang-orang beriman”[TMQ An-Nisaa: 103]
Para fuqahaa telah bersepakat bahawa makna ayat ini menunjukkan wajibnya mendirikan solat. Kaifiyat mendirikan solat pula telah diterangkan oleh hadis “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat” dan hadis-hadis lain yang menerangkan bahawa solat itu adalah meliputi gerakan anggota badan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Pendapat yang mengatakan bahawa solat boleh dilakukan dengan niat adalah jelas bertentangan dengan hadis mutawatir mengenai perlakuan Rasulullah SAW dalam menerangkan kaifiyat menunaikan perintah solat. Atas alasan ini, mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa solat boleh dilakukan hanya dengan niat telah menolak hukum yang bersifat qat’i dan boleh rosak aqidahnya. Oleh sebab itu, perlulah diluruskan semula aqidah mereka agar kembali kepada aqidah Islam yang sebenarnya.
Penerangan di atas adalah merupakan prosedur syariah dalam menentukan, termasuk menangani perkara-perkara yang terkait dengan masalah aqidah dan hukum syara’. Penentuan samada telah berlaku kesalahan dalam kedua aspek ini perlulah terikat kepada prosedur dan piawaian yang tetap ini.
Piawaian Pragmatisme Yang Keliru
Ada golongan atau aliran yang tidak mempunyai piawaian dalam membuat keputusan; secara umumnya mereka ini dikenali sebagai golongan atau aliran pragmatisme. Pragmatisme berasal dari bahasa Yunani iaitu pragma berarti perbuatan (action) atau tindakan (practice) dan Isme berarti ajaran, aliran atau fahaman. Dengan demikian, pragmatisme berarti ajaran/fahaman yang menekankan bahawa pemikiran itu berjalan mengikut tindakan. Didalam Kamus Oxford, sifat pragmatik adalah suatu sifat yang berjalan sesuai menurut kewajaran atau suasana realistik ketika itu – ia diasaskan kepada suasana praktikal dan tidak didasarkan kepada pertimbangan teoretis. Ini berarti, bagi seseorang yang pragmatik, kebenaraan atau nilai suatu ajaran (fahaman / doktrin) bergantung hanya kepada penerapannya samada sesuai dengan kepentingan manusia ketika itu atau tidak. Pragmatisme memandang bahwa kriteria kebenaran ajaran adalah berdasarkan faedah atau manfaat. Suatu teori atau hipotesis dianggap oleh mereka yang pragmatik sebagai benar jika ia membawa kepada suatu hasil yang mendatangkan manfaat. Dengan kata lain, suatu teori itu benar hanya jika ia berfungsi (mendatangkan manfaat) selepas ia dilaksanakan.
Gerakan Pragmatisme, secara falsafah, mula dirintis di Amerika oleh Charles S. Pierce (1839-1942) yang kemudiannya dikembangkan oleh William James (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952). Walaubagaimanapun, dari segi sejarah, ia telahpun muncul sejak zaman Renaissance, iaitu ketika terjadi pertembungan diantara gereja dan kaum intelektual di Eropah. Pertentangan ini akhirnya menghasilkan suatu kompromi - pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme), sebagai asas kepada ideologi kapitalisme. Pragmatisme merupakan pemikiran cabang kapitalisme. Landasan pemikirannya pun sama, yakni pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme). Dari konteks ideologi, pragmatisme berarti menolak agama sebagai sumber ilmu pengetahuan dan sumber penyelesai masalah manusia.
Kebenaran, menurut James didalam bukunya, The Meaning of Truth, adalah sesuatu yang terjadi pada idea, yang sifatnya tidak pasti. Sebelum seseorang menemukan satu teori berfungsi maka kebenaran teori itu tidak akan diketahui. Kebenaran, bagi golongan pragmatis ini akan selalu berubah sejalan dengan perkembangan pengalaman. Sebab, sesuatu yang dikatakan benar akan dapat perbetul dan diperbaiki oleh pengalaman berikutnya. Oleh karena itu, fahaman pragmatisme ini tidak mengenal adanya kebenaran yang mutlak. Kebenaran hanya ditentukan oleh manfaat.
Idea pragmatisme ini keliru atas tiga sebab. Pertama, pragmatisme mencampuradukkan kriteria kebenaran idea dan kegunaan praktikalnya. Sedangkan kegunaan praktikal idea tidak menunjukkan kebenaran idea, tetapi hanya menunjukkan samada perlaksanaan idea ini memuaskan keperluan pelakunya atau tidak.
Kedua, pragmatisme menafikan peranan akal manusia. Menetapkan kebenaran suatu idea adalah aktiviti intelektual dengan menggunakan ukuran atau piawaian tertentu - sedangkan kepuasan manusia dalam pemenuhan keperluannya tidak boleh menjadi ukuran kebenaran idea tersebut.
Ketiga, pragmatisme menimbulkan relativiti dan kenisbian kebenaran sesuai dengan perubahan subjek penilai idea - baik individu, kelompok, mahupun masyarakat - serta perubahan konteks waktu dan tempat. Dengan kata lain, kebenaran hakiki pragmatisme hanya dapat dibuktikan - menurut pragmatisme itu sendiri - setelah melalui pengujian kepada seluruh manusia dalam seluruh waktu dan tempat, menjadikan alam ini sebagai makmal gergasi untuk melakukan ujian tersebut. Ini jelas mustahil dan tidak akan pernah terjadi.
Pragmatisme jika digunakan oleh sesuatu kelompok dari masyarakat untuk membuat keputusan bagi masyarakat keseluruhannya akan membuatkan keputusannya condong atau bias kepada kepentingan kelompoknya sendiri dan ini akan menyengsarakan orang lain. Oleh itu, pragmatisme tidak boleh digunakan untuk menilai seseorang atau sesuatu kelompok itu salah atau sesat. Umat Islam hari ini perlu menggunakan piawaian yang betul, seperti yang telah dijelaskan diawal makalah ini ketika menilai kesesatan seseorang atau suatu kelompok manusia. Mengatakan seseorang atau sesuatu kelompok itu sesat sedangkan piawaian yang digunakan didalam membuat keputusan ini tidak selaras dengan piawaian Islam membawa akibat yang amat buruk. Menentukan aqidah adalah isu yang bersangkutan dengan dengan wahyu Allah - maka menjatuhkan hukum sesat hendaklah didasari dengan wahyu Illahi bersumber Al-Quran dan Hadis. Janganlah pula ada sandaran politik atau kepentingan tertentu ketika menghukum sesuatu gerakan itu tersesat atau terpesong aqidahnya.
Khatimah
Dari huraian di atas jelaslah kepada kita bahawa untuk menghukum sesuatu golongan itu sesat, perlulah mengikuti kaedah-kaedah yang ditunjukkan oleh Islam seperti yang telah dijelaskan oleh para ulama’ mu’tabar Islam yang ikhlas. Kita mestilah mengikuti prosedur dan piawaian syariah dalam membuat keputusan ini dan janganlah sampai kita terjebak melakukan kesalahan dalam penuduhan atas sebab-sebab politik. Janganlah kita terlalu cepat menuduh orang lain sesat hanya kerana ia berpegang kepada fahaman politik yang berlainan atau kita mengambil keputusan berdasarkan hawa nafsu kita - kecuali apabila telah jelas kesesatan mereka, berdasarkan prosedur dan piawaian Islam yang benar.
Wahai Kaum Muslimin!
Perteguhkanlah diri anda dengan pemahaman Islam yang secukupnya supaya jelas bagi anda bahawa hukum syara’ yang anda ikuti adalah hukum yang benar-benar dari Islam. Perkara-perkara yang anda yakini atau imani juga mestilah yang sampai kepada peringkat yakin atau tashdiqul jazim. Berwaspadalah dari terjebak kedalam kancah ajaran-ajaran sesat kerana ianya boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran dan menyumbatkan pelakunya ke dalam neraka - na’uzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan darinya). Kita juga mestilah berwaspada terhadap label-label ajaran sesat yang dilontarkan kepada golongan-golongan tertentu atas pengaruh politik dan terkait dengan pemikiran pragmatik.
Marilah kita berdoa dan terus berusaha agar Daulah Khilafah Islamiyah akan berdiri dan menerapkan hukum syara’ yang benar secara kaffah, menjaga aqidah kita dari kesesatan dan berhukum hanya menurut piawaian syara’. Khilafah juga akan menasihati individu atau kelompok tertentu yang sesat untuk kembali kepada ajaran Islam yang lurus dengan cara dan niat yang benar tanpa ada maksud politik yang tidak Islami.
Wallahu'alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:22:06 GMT -1
SN21 - “Kita Belum Diperintah Berperang” Sistem Khilafah: Manifestasi Perjuangan Intelektual Bukan Pemberontakan
Mukadimah
[SN21] Terpampang di dada-dada akhbar mutakhir ini, berita rusuhan dari Asia Tengah. Semuanya berkenaan beberapa siri pemberontakan yang melibatkan rantaian serangan fizikal terhadap rejim-rejim pemerintahan disana dan contoh yang terkini sekali adalah peristiwa demonstrasi berdarah di Andijan. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa luar negara tanggal 13 Mei, Islam Karimov, diktator Uzbekistan, melalui arahan Menteri Dalam Negerinya, Almatov, telah menembak penunjuk perasaan untuk meredakan rusuhan besar yang melanda negara tersebut. Laporan awal media mengatakan lebih 300 orang telah terbunuh (BH,15 Mei 2005) Laporan seterusnya mengatakan bahawa angka kematian telah meningkat kepada 500 orang dan 2000 orang tercedera (AP, 15 Mei 2005). Didalam beberapa ulasan media, diantaranya seperti yang dilaporkan oleh AP menyatakan bahawa pemberontakan ini dilakukan oleh sebuah kumpulan militan Hizbut Tahrir (AP, 14 Mei 2005). Pemberontakan ini juga dikaitkan dengan gerakan terorris (Taklimat Berita Rumah Putih oleh Scott McClellan). Memang telah diketahui bahawa Islam Karimov memusuhi mana-mana gerakan atau kumpulan rakyat yang bergerak diatas nama Islam. Kekejaman demi kekejaman, sejak dahulu lagi, telah beliau lakukan keatas penduduk Islam Uzbekistan. Kini kemarahan penduduk Muslim Uzbekistan sudah tidak dapat dibendung lagi - demonstrasi kali ini disudahi dengan sebuah tragedi pembantaian tehadap kaum Muslimin dan sebagaimana biasa yang dilakukan oleh Islam Karimov, setiap kali apabila berlaku pembantaian kaum Muslimin, beliau akan mengatakan bahawa gerakan Islamlah yang menjadi punca segala kekeruhan dalam negaranya. Kambing hitamnya selalu terkena kepada pembela Islam, tuduhan yang melulu selalunya ditujukan kepada anak-anak kaum Muslimin yang merindukan sistem Islam, ternyata kali ini tuduhan ‘pemberontakan’ ditunjukkan kepada Hizbut Tahrir Al-Islami (HT).
Sautun Nahdhah kali ini ingin mengajak para pembaca budiman untuk melihat dengan jernih tentang apakah diperbolehkan sesuatu gerakan Islam melakukan aktiviti fizikal seperti melakukan pemberontakan bersenjata terhadap pemimpin kaum Muslimin dan juga aktiviti fizikal seperti perjuangan membebaskan tahanan dari penjara dan lain-lain lagi; apakah kita boleh melawan secara kekerasan bila berhadapan dengan pemimpin yang kejam seperti Islam Karimov. Perbincangan sebegini perlu diketengahkan supaya umat Islam, pemerintah dan gerakan Islam memahami bagaimana ideologi Islam itu mengajar kita supaya melakukan aktiviti bersesuaian dengan syariat Allah SWT.
Kekejaman Islam Karimov
Karimov adalah Presiden Uzbekistan yang terkenal dengan kekejamannya. Semasa pemerintahan Karimov, sejak tahun 1990, puluhan ribu muslim dan muslimat diculik dan ditahan di Uzbekistan tanpa pengadilan. Ribuan disiksa; ratusan lagi dibunuh tanpa pengadilan. Individu muslim dan muslimat yang dipenjara melaporkan bahawa mereka sentiasa menjadi sasaran penyiksaan, dikurung di ruangan bawah tanah dalam keadaan yang tidak layak untuk manusia, serta disuntik dengan darah yang dicemari dengan virus HIV hanya kerana mereka tetap mendirikan solat dan menolak untuk memohon maaf kepada Karimov. Di sana, kaum muslimat selalu terancam dengan ganguan seksual semasa proses siasatan.
"Polis di Uzbekistan menggunakan kejutan elektrik, pukulan, dan perkosaan untuk mendapat pengakuan. Mereka menyesakkan nafas tahanan dengan karung beg plastik, atau mematikan sistem pengudaraan di sel bawah tanahnya. Mereka menggantung lelaki dalam keadaan telanjang dengan pergelangan tangan dan kaki diikat. Didalam sebuah kes dua tahun lalu (2003), doktor mengesan bahawa ada kesan melecur pada tubuh seorang tahanan yang mati di dalam penjara akibat dicelupkan ke dalam air mendidih. Tangannya tidak lagi berkuku. Inilah gaya dari Rejim Karimov," demikian ulasan Steve Crawshaw, Pengarah Human Rights Watch London. Catatan berkenaan kekejaman Karimov ini telah berkali-kali diajukan oleh beberapa lembaga hak sivil dan hak asasi manusia. Duta Besar UK ke Uzbekistan, Craig Murray pernah mengatakan, bahawa rejim Karimov sering mendidihkan orang sampai mati! (Hidayatullah.com, 10/XVII Februari 2005).
Sejak tahun 1997, hampir semua aktiviti keagamaan (terutama yang bersandarkan Islam) diawasi di negara itu. Secara khusus, Hizbut Tahrir telah menjadi mangsa utama Presiden Karimov hanya kerana seruan politiknya untuk menegakkan Khilafah Islamiyah secara damai di Asia Tengah dan menyatukan kaum Muslim seluruh dunia. Hizbut Tahrir juga sangat dibenci oleh rejim Karimov, kerana telah mengkritik berbagai polisi pemerintahan yang gagal, korup dan kejam.
Sejak kempen 'perang melawan terorisme' yang diterajui oleh AS, serangan dan tekanan terhadap kaum muslimin Uzbekistan semakin bertambah, sehingga sangat memilukan. Sokongan AS terhadap Uzbekistan telah digunakan secara efektif sebagai cop mohor oleh si diktator Uzbekistan itu untuk melakukan apa sahaja penindasan terhadap kumpulan penentangnya. Sebagai upah penglibatannya untuk 'perang melawan terorisme' ala AS itu, Uzbekistan telah menerima pinjaman hutang dari AS sejumlah USD55 juta dengan jaminan Bank Import Eksport AS. Sang diktator Uzbekistan yang kejam itu juga dijanjikan hutang luar negeri USD160 juta dolar (tiga kali ganda berbanding jumlah hutang sebelumnya) sebagaimana yang didedahkan sebuah artikel di Washington Post (13/3/2002).
Tragedi Andijan ini merupakan manifestasi kekuasaan Karimov di dalam negeri. Seandainya bukan karena sokongan Amerika dan Russia, barangkali si diktator Uzbekistan itu sudah lama tersungkur. Karimov, bekas setiausaha Parti Komunis Uzbekistan ini memanglah mempunyai hubungan yang kuat dengan Russia, sebagaimana para pemerintah yang ada di negeri-negeri Asia Tengah yang lain sejak dahulu. Bahkan Russia sengaja mengirim pasukan khusus sebanyak 5000 anggota untuk menjaga takhta Karimov. Gaya kepemimpinan sang diktator itu telah menyemai benih kebencian dan kemarahan rakyatnya. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi Uzbekistan yang teruk dengan kadar inflasi yang tinggi. Harga barangan keperluan asas melambung tinggi, sementara pendapatan rakyatnya sangat rendah. Maka untuk meredam kemarahan rakyatnya, si diktator Uzbekistan itu pun membuat kempen penangkapan, penyiksaan dan pembunuhan secara sistematik terhadap aktivis Muslim, khususnya aktivis Hizbut Tahrir. Amerika yang selama ini banyak melaungkan slogan Hak Asasi Manusia, tetapi mengapa dalam kes Uzbekistan ini justeru diam seribu bahasa. Tambahan pula setelah beroperasinya pangkalan tentera Amerika di sana, dan setelah penggal kedua pemerintahan George W Bush, ini menunjukkan bahawa Amerika mempunyai objektif yang lebih besar terhadap kawasan tersebut – menguasai kawasan Asia Tengah, Baltik dan Balkan, dengan cara mengganti rejim yang sebelumnya pro-Soviet, dengan rejim yang pro-Amerika.
Revolusi Mawar di Georgia telah dirancang oleh Amerika, dan berjaya menumbangkan Presiden pro-Rusia, Eduard Shevardnadze, yang sebelumnya pernah menyandang jawatan Menteri Luar Rusia. Daripada tuduhan penipuan dalam pilihanraya pertengahan 2003 yang lalu, tercetus gelombang protes akhirnya berhasil menumbangkan sang presiden.
Bukan setakat itu sahaja, Amerika juga telah mendalangi Revolusi ‘Orange’ di Ukraine, yang membatalkan kemenangan Presiden Victor Yanukovich. Atas desakan dunia antarabangsa, terutama setelah Amerika menuduh pilihanraya umum memilih presiden tersebut dinodai dengan penipuan, lalu berlaku kekosongan politik (political vaccum), sehingga pilihanraya diulang semula. Akhirnya, Presiden Victor Yanukovich kalah, dan tampillah tokoh pembangkang, didalangi oleh Amerika, Victor Yushchenko terpilih sebagai presiden.
Amerika juga telah mendalangi Revolusi Tulip di Kyrgyztan, yang berjaya menjatuhkan Presiden Askar Akayev. Pencetusnya tak lain tak bukan ialah penipuan dalam pilihanraya. Askar Akayev akhirnya melarikan diri ke Moskow Mac lalu. Setelah itu, kelompok pembangkang menguasai bandar dan membentuk pemerintahan ad interim. Semuanya ini membuktikan wujudnya persaingan antara Amerika dan Rusia di kawasan tersebut. Kemarahan rakyat terhadap para pemimpin diktator sengaja dimanfaatkan Amerika untuk menggulingkan mereka. Setelah itu, dengan menggunakan isu demokrasi dan kebebasan, akan tampil seorang pemimpin yang dikehendaki oleh Amerika. Tragedi Andijan ini memang sangat menakutkan Karimov. Dari satu aspek, Rusia dengan terang membela Karimov. Namun, yang menarik adalah sikap Amerika yang talam dua muka. Dari satu sisi, ia mengecam tindakan kejam yang terjadi di Andijan, namun disisi lain Amerika juga menyalahkan terorisme sebagai punca rusuhan. Itulah wajah Amerika yang terus menerus mencari keuntungan disebalik penderitaan umat dan bangsa lain.
Pandangan Syarak Terhadap Rusuhan Bersenjata
Perjuangan Rasulullah bermula dari baginda diutus menjadi Rasul untuk menegakkan agama Allah s.w.t yang suci dikalangan umat manusia sehinggalah baginda berjaya mengembang dan menegakkan Islam dengan begitu berjaya sehingga kehari kiamat nanti. Perjuangan ini adalah penuh dengan catatan sejarah dan pengajaran yang dapat dijadikan suri tauladan dalam kita merintis untuk mendirikan sebuah negara Islam. Rasulullah s.a.w pada peringkat awal perutusannya di Mekah tidak dizinkan untuk menggunakan kekuatan fizikal; serangan fizikal musuh ditepis dengan kekuatan jati diri sahabat pengikut baginda. Oleh itu, baginda pada peringkat awal hanya menumpukan pengajaran baginda bagi menguatkan akidah dan pendidikan bagi meningkatkan rohani dan semangat serta keyakinan diri dikalangan penganut Islam itu sendiri, dengan mendidik mereka dengan keperibadian Islam.
Petanda kejayaan pembinaan ini dapat dilihat dari sudut bagaimana para sahabat dapat bersabar dengan ancaman getir kaum Quraisy. Tambahan pula kita juga dapat melihat kesanggupan baginda dan para sahabat setianya untuk berkorban meninggalkan segala kesenangan dan keselesaan hidup di tanah tumpah darah mereka di Mekah untuk berhijrah ke Madinah. Baginda berhijrah ke Madinah dengan segala susah payahnya dalam menyambut perintah Allah swt. Ini merupakan satu strategi yang penting dan bersejarah dalam perkembangan agama Allah swt dalam fasa barunya; mendidik umah untuk hidup didalam sistem politik Negara Islam - Darul Islam pertama di Madinah. Hal ini adalah sebagaimana yang dicatatkan oleh Imam Nawawi ra.:
Imam Syafie dan pengikutnya berkata “Setelah baginda saw diutus untuk menyampaikan Islam dan ancaman tanpa peperangan, maka kaum demi kaum mengikutnya, maka solat difardukan di Mekah, kemudian difardukan puasa sesudah hijrah selama dua tahun, dan berlaku perbezaan pendapat bahawa zakat difardukan selepas puasa atau sebelumnya, kemudian difardukan haji tahun ke 6 dan ada yang mengatakan tahun ke 5 H;, dan peperangan adalah dilarang, pada permulaan Islam dan diperintahkan mereka bersabar terhadap gangguan kafir...setelah hijrah..Allah swt mengizinkan perang kepada kaum Muslimin jika kaum kafir memulakannya, kemudian dibolehkan perang ibtida’ (offensif)” [ Raudhatul Al-Thalibin, Kitab Siyar, ms 1786]
Kajian ringkas dari sirah yang dibentangkan menunjukkan dengan jelas bahawa, Rasulullah saw tidak pernah melakukan aktivi pemberontakan untuk membina Negara Islam, baginda terus menerus melakukan aktiviti bersifat intelektual. Dalil-dalil lain yang lebih mengukuhkan konsep ini adalah tindakan dan aktiviti dakwah Rasulullah saw di Mekah yang berlangsung selama 13 tahun. Beliau melakukan aktiviti dakwah dan meminta pertolongan kepada orang-orang terkemuka dari seluruh Jazirah Arab dengan tujuan agar dakwah beliau berhasil dalam menegakkan Daulah Islam. Rasulullah saw dalam hal ini telah membatasi kegiatannya dengan aktiviti-aktiviti yang bukan bersifat fzikal (intelektual – fikriyyah). Beliau tidak pernah melakukan aktiviti apapun yang bersifat fizikal, sebagaimana yang dikatakannya kepada para sahabatnya setelah Bai'at Aqabah ke II:
"Kita belum diperintahkan melakukan hal itu (tindakan kekerasan)". [As Sirah An Nabawiyah, Imam Adz Dzahabi, halaman 202]
Beliau menolak tawaran para pemimpin Madinah untuk memerangi penduduk Mina (jama'ah haji dari seluruh Jazirah Arab) dengan pedang. Beliau tidak mengatakan kepada mereka: "Kita belum mampu", tetapi beliau mengatakan: "Kita belum diperintahkan melakukan hal itu". Imam Az-Zahabi berkomentar dalam kitabnya As Sirah An Nabawiyah, Imam Az-Zahabi, muka surat 467-468 bahawa “Rasulullah saw hanya mengizinkan mereka berperang setelah beliau bersama kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah dan setelah berdirinya Daulah Islam di sana. Saat itulah diturunkan firman Allah SWT yang berbunyi.
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai”. ( TMQ Al-Haj: 39-40)
"Mafhum Mukhalafah" (hukum yang tersirat adalah yang sebaliknya dari hukum yang tersurat - disebut juga dengan dalil khithab) dari ayat ini menjelaskan bahawa sebelum hijrah, kaum Muslimin tidak diizinkan untuk berperang. Mafhum Mukhalafah ini merupakan hujjah yang wajib dilaksanakan serta dijadikan pedoman bagi setiap gerakan Islam. Lebih dari itu, Allah SWT berfirman:
"Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: 'Tahanlah tanganmu (dari berperang), dan dirikanlah solat'" (TMQ An Nisa : 77).
Ayat ini diturunkan semasa Daulah Islam masih belum berdiri dan pada waktu itu telah muncul satu gerakan yang dipimpin Rasulullah saw yang anggotanya adalah individu-individu muslim (kaum Muhajirin), yang berhempas pulas untuk mendirikan Daulah Islam dengan menghabiskan waktu 13 tahun lamanya. Setelah itu timbul keperluan untuk melakukan aktiviti bersifat fizikal. Namun sebelum ini kaum muslimin sebagai sebuah kesatuan gerakan, dilarang melakukan aktiviti fzikal tersebut. Malah, mereka diperintahkan untuk bersabar dan menahan emosi. Bahkan, sebahagian besar dari mereka diizinkan berhijrah ke Habsyah demi menghindarkan diri dari fitnah (paksaan untuk meninggalkan Islam).
Dengan tidak diizinkan melakukan tindakan fizikal pada waktu itu, menunjukkan adanya larangan tegas dari melakukan tindakan ini dalam usaha mendirikan Daulah Islam pada setiap masa. Sedangkan keizinan melakukan tindakan fizikal yang hanya muncul setelah Daulah Islam tertegak menunjukkan bahawa aktiviti fizikal merupakan salah satu hal yang tidak termasuk langkah-langkah suatu gerakan Islam, sebaliknya termasuk aktiviti dan tanggungjawab Daulah Islam.
Dari sini kita dapat memahami bahawasanya syari'at Islam telah membezakan dengan jelas antara hukum yang ditaklif kepada gerakan dengan hukum yang dibebankan kepada individu dan penguasa. Namun perlu ditegaskan pula bahawa perbezaan hukum-hukum terhadap jema'ah, kelompok dakwah dan parti politik Islam dengan hukum-hukum yang berkaitan individu di dalam suatu gerakan, hanya terbatas pada gerakan yang mengembang dakwah Islam yang bertujuan mendirikan Islam dalam kehidupan bernegara dalam memenuhi seruan Allah didalam Surah Ali Imran ayat 104.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, Hizbut Tahrir sentiasa berpegang kepada konsep bahawa Negara Islam berdiri bukan atas dasar kekerasan, tetapi negara Islam berdiri atas dasar persetujuan umat, dan kami menolak dengan tegas penggunaan kekerasan dalam mendirikan Daulah berasaskan nas yang telah kami sebutkan diatas. Sebenarnya, tuduhan tanpa bukti oleh Islam Karimov adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap pertumpahan darah yang dilakukannya. Bahkan, tindakan kejam ini semakin membuktikan sakit dan lemahnya sang kuku besi ini. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jurucakap Hizbut Tahrir di London, dengan tegas menafikan tuduhan si diktator Uzbekistan itu; "Hizbut Tahrir menolak mentah-mentah penggunaan kekerasan, ketenteraan, atau perjuangan bersenjata sebagai cara untuk mendirikan kembali Khilafah Islam". Bahkan, selama beberapa dekad, Hizb telah mengalami penindasan di dunia Islam, namun tetap tidak pernah mengubah thariqahnya dan tetap berjuang tanpa kekerasan. "Dengan menyalahkan Hizbut Tahrir, Karimov ingin mengalihkan perhatian dari penumpahan berdarah (yang dilakukannya) keatas ratusan penunjuk perasaan dari orang awam di Andijan, termasuk wanita dan anak yang tidak bersenjata", demikian kata Imran Waheed, wakil Hizbut Tahrir di UK (www.khilafah.com). Hizbut Tahrir Pusat juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan keterlibatan HT didalam aktiviti fizikal ini dengan tajuk ‘Pembohongan Adalah Senjata Diktator Uzbekistan dan Ketakutannya Sendiri Akan Membinasakannya’ (Nasyrah Rasmi Hizbut Tahrir, 14/5/2005).
Wahai Kaum Muslimin yang Mulia dan Pemimpin Gerakan Islam,
Marilah kita sama-sama menolak penggunaan kekerasan, ketenteraan, atau perjuangan bersenjata sebagai tatacara untuk mendirikan kembali Khilafah Islam, di samping ianya bercanggah dengan thariqah (tatacara) dakwah Rasulullah, malah ianya juga akan mengorbankan dan memicu peperangan saudara sesama kaum Muslimin. Marilah kita sama-sama bergerak secara intelektual dalam mengkaji bagaimana Islam merupakan sebuah cara hidup yang lengkap bagi kita. Lupakah anda bahawa kita, kaum muslimin, merupakan umat terbaik? Lupakah anda bahawa kita umat yang dimuliakan oleh Allah? Umat yang dikeluarkan oleh Allah untuk mengajak manusia lain ke arah kebenaran? Umat yang terbaik ini telah disiapkan Allah dengan Al-Quran yang mulia dan RasulNya kekasih pilihan Allah. Umat yang terbaik hanya layak dengan sistem yang terbaik, yakni Islam; umat yang terbaik kerana kita sentiasa mengambil yang terbaik. Jadi, apakah anda merasakan sistem kapitalisme adalah sistem terbaik untuk anda? Kami yakin bahawa sebagai kaum muslimin yang sayang kepada Islam anda juga melihat Islam sebagai sebuah cara hidup terbaik. Umat Islam akan sentiasa menjadi umat yang terbaik selama mereka mengambil Islam sebagai cara hidup. Lihatlah bagaimana umat Islam dahulu ketika mereka berpegang kepada Islam telah menjadi pentas rujukan negara Barat dalam semua bidang. Sejarah membuktikan bahawa Islamlah satu-satunya cara hidup yang dapat membawa kita ke persada antarabangsa, memacu umat manusia ke jalan yang benar dan menempa keredhaan Allah swt. Nabi Allah telah menjanjikan bahawa akan berdiri kembali pada suatu masa, setelah segala kekejaman dan penderitaan. Khilafah 'Ala Minhaj An Nubuwwah. Tanya diri anda apakah peranan anda dalam menyahut seruan Allah untuk merealisasikan janji ini?
Wallahu’alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:23:02 GMT -1
SN22 - Jarum & Kondom : Menggali Lubang Baru Untuk Menutup Lubang Lama Sistem Kapitalisme Mukadimah [SN22] Saya ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk mengkaji isu jarum dan kondom percuma yang kini hangat diperbincangkan di media-media utama tempatan. Cadangan untuk memberikan kondom dan alat suntikan percuma kepada para penagih ini dilontarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dengan sokongan kelompok NGO tertentu yang mahu agar usaha diambil untuk mengawal dan mengurangkan penyebaran virus HIV. Perdana Menteri pada 13hb Jun 2005 telah mengatakan, ”kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan memberikan jarum dan kondom percuma kepada penagih dadah bagi membendung HIV/AIDS. Ia masih dalam pertimbangan dan kalau kita nak laksanakanpun mungkin dalam bentuk percubaan. Masalah sekarang ialah penyakit ini sudah sampai ke peringkat mudarat dan membahayakan”. Buletin Utama TV3 (13 Jun 2005), pada masa yang sama, mengesahkan bahawa kabinet telah meluluskan cadangan tersebut dengan bajet RM 145 juta setahun. Setelah sekian lama kerajaan Malaysia cuba menangani masalah penagihan dadah dengan pendekatan pemulihan, timbul pula kini cadangan-cadangan untuk menggunakan pendekatan ”harm reduction” (pengurangan bahaya). Konsep atau pendekatan “harm reduction” ini merupakan satu pendekatan kesihatan kemasyarakatan dalam menangani masalah AIDS dikalangan penagih dadah. Konsep ini telah lama diperbincangkan dan dilaksanakan di negara-negara barat dan sesetengah negara Asia secara kecil-kecilan namun ia mula menjadi popular di Malaysia rentetan dari sebuah persidangan - “The 16th International Conference on the Reduction of Drug Related Harm” yang telah diadakan di Belfast, Ireland Utara pada 20 – 24hb Mac lalu. Persidangan ini disertai oleh hampir semua negara di dunia, termasuklah negara-negara kaum muslimin yang telah melaksanakan pendekatan ini. Salah satu negara yang dianggap berjaya adalah Iran. Penglibatan Iran dalam pengurangan bahaya ini masih baru - lebih kurang dua tahun. Meskipun begitu, kejayaan yang dicapainya amat memberangsangkan sehingga penganjur persidangan mengkhususkan satu sesi perbincangan untuk memperkatakan tentang pengalaman Iran dalam konsep pengurangan bahaya ini. Pada sesi tersebut, tujuh orang wakil dari Iran telah membentangkan pengalaman masing-masing. Iran dengan jumlah penduduk seramai 68 juta orang, 3.7 juta daripadanya ialah penagih dadah dan 2.5 juta daripada jumlah itu merupakan penagih yang bermasalah. Mereka melaporkan bahawa kadar pertambahan penagih dadah di negara tersebut adalah lapan peratus setahun - tiga kali ganda lebih besar daripada kadar pertumbuhan penduduknya. “Needle and Syringe Programme” (NSP) dan “Methadone Maintenance Programme” (MMP) merupakan dua program yang dikaitkan dengan pengurangan bahaya. NSP merupakan program dimana jarum dan alat suntikan dibekalkan kepada penagih bagi mengelakkan mereka mengguna semula jarum serta bahan suntikan terpakai. Walaupun program ini menimbulkan banyak kontroversi, Iran tetap melaksanakannya dengan sokongan para ulama mereka. Mereka juga menjalankan “Methadone Maintenance Programme” dimana didalam program ini, klinik-klinik didirikan dan para penagih akan mengunjunginya untuk mendapatkan dos methadone. Dalam masa tiga tahun pelancarannya, Iran sudah membina 18 klinik seperti ini. Golongan ulama Iran menyokong program ini kerana mereka menganggap bahawa masalah ini merupakan suatu masalah kesihatan. Atas alasan ini, mereka menyerahkan penyelesaian masalah ini kepada kebijaksanaan para doktor untuk `menyembuhkan' para penagih itu. Dalam justifikasi mereka, para ulama ini berpegang kepada dua prinsip Islam; iaitu dari hadis Rasulullah SAW `jangan memudaratkan diri dan jangan memudaratkan orang lain' dan kaedah syara’ `bertoleransi dengan dharar (bahaya) kecil bagi mengelakkan dharar yang lebih besar'. Dengan itu, secara rasionalnya, jika seorang penagih dadah yang menghidap HIV, sebagai contoh, telah memudaratkan dirinya sendiri, janganlah pula mereka memudaratkan orang lain. Dengan alasan yang sama, methadone dilihat sebagai dharar yang kecil dan boleh ditoleransi bagi mengelakkan dharar yang lebih besar (virus HIV/AIDS). Pengalaman di Iran ini merupakan salah satu sebab mengapa pihak-pihak tertentu mencadangkan agar konsep yang sama dijalankan di Malaysia. Antara justifikasi lain yang biasa juga didengar adalah pengurangan kos dalam mengatasi masalah penagih dan AIDS. Reaksi masyarakat Malaysia ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang. Diantara golongan yang menyokong adalah NGO-NGO dan badan-badan kerajaan yang lain. Kerajaan Negeri Melaka, sebagai contoh, melalui Ketua Menterinya, mengulas, ”cadangan itu amat wajar dilaksanakan dan tidak menyalahi atau bertentangan dengan hukum agama”. Begitu juga dengan Presiden Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang juga Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang mengatakan bahawa beliau menyokong cadangan Kementerian Kesihatan dan menambah bahawa ”cadangan tersebut telahpun mendapat persetujuan Kabinet sebelum dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan”. Pandangan mereka yang menentang pula seperti diusulkan oleh Dato’ Mufti Negeri Perak yang mencadangkan supaya penagih-penagih ini diasingkan di suatu tempat untuk dipulihkan. Tidak kurang juga yang mengkritik usaha ini sebagai usaha yang membazirkan wang rakyat kerana kempen dan undang-undang yang sedia adapun masih tidak berkesan. Sebagaimana diketahui, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang keras terhadap najis nombor satu ini. Di antaranya adalah Akta Dadah Berbahaya, 1952, Akta Racun 1952, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan), 1983 Pindaan 1998, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas, 1985, Akta dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta), 1988. Tambahan pula, disepanjang tempoh memerangi masalah penyalahgunaan dadah banyak kempen-kempen telah dianjurkan oleh badan-badan kerajaan seperti Pemadam, Agensi Antidadah Kebangsaan dan lain-lain agensi berkaitan namun masalah ini tidak berkurangan sedikitpun malah saban tahun jumlah penagih dadah dan penghidap HIV makin bertambah. Pada tahun 2001 jumlah penagih dadah baru yang dikesan adalah seramai 31556 orang dan jumlah ini bertambah kepada 31893 orang pada tahun 2002. Perangkaan pada tahun 2002 juga mendapati bahawa jumlah penagih dadah di Malaysia adalah sebanyak 235,495 orang (lebihkurang 1% daripada jumlah penduduk Malaysia). Pandangan Islam Terhadap Dadah Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku apabila digunakan. Fatwa yang dikeluarkan pada 15hb April 1982 oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali ke-3 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dan pendapat para ulama jelas mengharamkan pengambilan bahan tersebut (selain untuk tujuan perubatan). Dari segi perbuatan manusia pula, samada untuk menangani masalah tersebut atau menggunakan bahan tersebut, ia harus dikembalikan kepada kaedah syara’. Perbuatan manusia dinilai dari aspek pahala dan dosa. Allah redha terhadap perbuatan manusia jika perbuatan itu sesuai dengan perintah dan laranganNya. Sebaliknya, Allah murka terhadap perbuatan manusia jika perbuatan itu bertentangan dengan perintah dan laranganNya. Perintah dan larangan Allah ini terangkum dalam ketentuan hukum syariat. Oleh itu, justifikasi yang digunakan oleh ulama Iran seperti yang disentuh diawal makalah ini, iaitu dengan menggunakan hadis `jangan memudaratkan diri dan jangan memudaratkan orang lain' dan kaedah syara’ `bertoleransi dengan dharar kecil bagi mengelakkan dharar yang lebih besar' merupakan aplikasi hukum syara’ yang keliru. Ini boleh difahami apabila kita sedar bahawa di dalam Islam tidak ada unsur keharaman kecil atau keharaman besar kerana semua yang haram itu tetap haram walaupun sedikit atau banyak sebagaimana yang dijelaskan didalam sabda Rasulullah SAW "Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, diantara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhat)...” (HR Bukhari, Muslim dan Tarmizi) Namun begitu, akibat dari pengaruh pandangan dan kehidupan yang pragmatik, pemahaman yang jelas keatas kaedah atau hukum Islam telah pudar. Didalam kehidupan yang didominasi oleh sistem kapitalisme hari ini, segala hal yang mendatangkan manfaat, tanpa mengira kehalalan atau keharaman tindakan tersebut, akan ditempuh. Disinilah timbul kekeliruan yang telah dilakukan oleh ulama Iran dalam melegalisasikan program NSP dan MMP, meskipun alasan yang digunakan memanglah merupakan hadis dan kaedah syara’ yang masyhur. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang muncul didalam kehidupan manusia, adalah perlu untuk ditentukan terlebih dahulu realiti permasalahan tersebut. Dengan pemahaman ini, barulah penyelesaiannya dapat diimplementasi dengan betul. Sebagai contoh, didalam isu permasalahan meningkatnya kes AIDS yang dikaitkan dengan perkongsian jarum dan perbuatan seks rambang, isu sebenar yang sewajarnya diperhatikan adalah asas timbulnya permasalahan ini. Sekiranya diketepikan permasalahan seks rambang dan diteliti isu penagihan dadah terlebih dahulu, perkara yang sepatutnya dkaji dengan ikhlas dan mendalam bukanlah masalah perkongsian jarum tetapi masalah penagihan itu sendiri. Dan isu yang awal-awal lagi perlu ditangani adalah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penagihan dadah. Sekiranya diperhatikan dengan mendalam, dua faktor dapat dikenalpasti sebagai punca masalah penagihan: 1) Faktor individu - ketahanan individu yang berpunca daripada pandangan hidup seseorang iaitu bagaimana mereka menjalani kehidupannya. Pandangan hidup yang materialistik tentu akan mempengaruhi cara berfikir dan perilaku seseorang. Tolak ukur keberhasilan dan kejayaan hidup individu hari ini yang digariskan oleh kapitalisme bersifat material semata-mata. Akibatnya, jika keperluan material ini tidak dipenuhi (kegagalan dalam kehidupan) akan timbul kegelisahan yang menyebabkan individu tersebut merasa seolah-olah tidak berguna lagi. Di sinilah pentingnya memamahami hakikat penciptaan manusia. Pemahaman ini akan mengubah persepsi seseorang terhadap peristiwa apapun yang dihadapinya dalam hidup ini sehingga memunculkan keberanian dan perasaan optimis. Rasulullah SAW selalu menanamkan pandangan hidup yang sahih dan lurus, yakni pandangan hidup yang diasaskan pada akidah Islam; beliau menanamkan bahawa kebahagiaan hidup sebenar hanya bersandar kepada keredhaan Allah semata-mata dan bukan disandarkan kepada hal-hal yang bersifat duniawi dan material, kerana semua itu bersifat sementara. Penanaman fikiran seperti ini dilakukan melalui pembinaan, baik di rumah mahupun di tempat umum. Oleh kerana itu setiap individu wajib ‘memaksa’ dirinya untuk terus mengkaji Islam secara tepat; bukan untuk kepuasan intelektual, tetapi untuk diyakini, dihayati dan diamalkan. Dengan pengamalan tersebut ia akan menjadi seorang yang memiliki keyakinan yang teguh, bercita-cita tinggi, mempunyai sifat tawakal yang hebat dan sikap optimis yang tinggi. Kesulitan akan dipandang sebagi ujian hidup dan pandangannnya jauh tertuju ke hadapan (akhirat). Jika ini dilakukan nescaya seorang individu akan terhindar dari segala masalah. 2) Faktor lingkungan – Tidak dapat dinafikan bahawa lingkungan atau persekitaran mempengaruhi sifat seseorang dalam menjalankan kehidupannya. Lingkungan yang paling dekat dan mudah mempengaruhi setiap individu adalah keluarga yang berperanan sebagai pembimbing. Benar, masalah dadah tidak semestinya hanya terjadi pada keluarga yang bermasalah. Ada juga penagih yang berasal dari keluarga yang baik dan sempurna keperluan duniawinya. Namun, secara umumnya, keluarga yang bermasalah lebih mudah melahirkan generasi penagih dadah. Allah SWT Maha Tahu sifat dan keperluan manusia yang diciptaNya. Dia adalah zat yang Maha Lembut yang menurun konsep keluarga Islami, harmonis, serta jauh dari hal-hal yang dapat merosak asas-asas dan tiang-tiang keluarga sehingga terbentuk keluarga sakinah, mawaddah warahmah. Allah telah mengatur semua hubungan ini; antara suami dan isteri, ibu dan anak, anak dan bapa serta sesama saudara lelaki dan perempuan. Kemunculan berbagai masalah termasuk ketagihan dadah dan HIV merupakan isyarat hilangnya fungsi kekeluargaan dan wujudnya jurang didalam hubungannya. Keluarga sebagai lingkungan awal seseorang individu haruslah dijaga dan dijadikan pelindung kepada bencana dadah. Lingkungan yang kedua adalah masyarakat di mana seseorang individu itu berinteraksi. Masyarakat yang berfahaman materialis cenderung untuk bersifat individualistik, tanpa mempedulikan kepentingan orang lain. Rasulullah SAW mengumpamakan masyarakat sebagai sekelompok orang yang mengharungi lautan dengan kapal. Jika ada seorang yang hendak mengambil air dengan menebuk dasar kapal dan tidak ada orang lain yang mencegahnya nescaya yang akan tenggelam adalah seluruh penumpang kapal. Hal ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh anggota masyarakat terhadap kehidupan masyarakat secara umum. Oleh sebab itu, agar masyarakat memiliki daya tahan dalam menghadapi masalah penagihan dan masalah-masalah yang berpunca daripadanya haruslah ada usaha untuk menumbuhkan kesedaran dan keprihatinan sosial; menciptakan nuansa keimanan; serta mengembang dakwah amar ma’ruf nahi munkar. Penentu corak lingkungan utama di mana individu dan masyarakat hidup tentu saja adalah negara. Banyak dari masalah yang berpunca daripada dadah yang wujud di tengah masyarakat tidak terlepas daripada faktor kesulitan ekonomi, rendahnya pendidikan dan beban kehidupan yang semakin tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, keadaan sosial masyarakat yang sihat perlu dicipta. Keadaan sosial yang sihat hanya dapat dibentuk sekiranya keperluan asas masyarakat dapat dipenuhi - pakaian, makanan, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. Disinilah letaknya peranan para penguasa negara. Mereka memiliki peranan yang cukup besar untuk mengatasi masalah musuh nombor satu negara ini. Apa tidaknya, ditangan merekalah letaknya kuasa untuk mengurus rakyat. Baiknya manusia bergantung pada baiknya ulama dan umara (penguasa), sebaliknya, rosaknya manusia bergantung pada rusaknya ulama dan umara. Itulah yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Selain dari itu negara juga wajib membina masyarakat dengan akidah Islam melalui sistem pendidikan Islam yang murni, mengawal media massa sehingga tidak menyebarkan pelbagai budaya hedonis dan materialis, menerapkan hukum-hukum Islam secara kaffah serta mencampakkan akidah dan sistem hidup yang materialistik dan sekular sejauh-jauhnya. Hanya dengan sikap tegas dari penguasa untuk melakukan hal tersebutlah masalah penyalahgunaan dadah dan masalah-masalah lain di dalam kehidupan manusia hari ini dapat dicegah dengan efektif dan efisien. Perlu Penyelesaian Menyeluruh Penyelesian masalah dalam sistem kapitalisme hanya bersifat sementara malah justru menimbulkan kemudharatan dalam jangka masa panjang. Ini dilihat, sebagai contoh dengan bertambahnya masalah penagihan dan meningkatnya bilangan penagih dan penghidap HIV. Pelbagai teknik perubatan sering dijadikan alat untuk membantu dalam menghadapi masalah dadah. Mungkin pemberian jarum dan kondon secara percuma kepada penagih dapat menyelesaikan masalah peningkatan HIV buat sementara waktu. Ia mungkin membantu untuk mengurangkan simptom permasalahan tersebut, namun hakikatnya, masalah tetap akan kembali, mungkin dalam bentuk-bentuk yang lebih membimbangkan Ada juga yang menggunakan pendekatan ritual keagamaan bagi mengalihkan masalah ini. Secara peribadi, ini mungkin boleh membantu, tetapi secara keseluruhannya cara ini juga tidak akan menyelesaikan masalah secara komprehensif. Apa yang perlu ada adalah penyelesaian yang menyeluruh dan bersistematik bagi menangani masalah penagihan dadah ini. Semua ini sewajarnya dimulai dari corak kehidupan yang seharusnya diasaskan kepada ketauhidan kepada Allah, struktur keluarga yang bahagia (sakinah) dan sistem kehidupan yang kondusif bagi melahirkan keadaan ini, yakni sistem yang dilandaskan kepada nilai-nilai yang agung. Ini hanya boleh diperolehi melalui penerapan sistem Islam yang akan melahirkan tata ekonomi, politik, sosial, budaya dan pendidikan yang tinggi. Masalah penagihan dadah merupakan persoalan yang kompleks dengan banyak faktor yang mempengaruhinya. Permasalahan yang kompleks ini hanya dapat diselesaikan dengan penerapan menyeluruh sistem Islam yang sememangnya diturunkan oleh Allah untuk menangani seluruh isu permasalahan kompleks manusia. Oleh itu, peranan lingkaran masyarakat dan negara, yang didasari oleh kewujudan individu, pemikiran, perasaan dan sistem yang agung seperti Islam, adalah tolok ukur pembentukan lingkaran kekeluargaan dan sikap individu yag mulia didalam sesebuah kehidupan. Cukuplah dengan sistem kapitalis yang telah terlalu lama merosakkan kehidupan dan kemuliaan umat manusia – melalui kesesatan dan kehancuran yang ditimpakan keatas sifat kemanusiaan. Sistem inilah yang melahirkan lingkaran yang rosak yang menghancurkan individu, keluarga dan masyarakat didalam kancah kemaksiatan kepada Allah, Sang Pencipta manusia. Marilah kita kembali memeluk erat ideologi yang menjadikan kita manusia yang mulia dan mendapat keredhaan Allah SWT di bumi yang fana’ ini dan di akhirat yang kekal abadi. Tegakkanlah Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwah sebagai satu-satunya tariqah untuk menerapkan sistem Islam yang agung ini!! “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (TMQ 6:153) Wallahu'alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:23:57 GMT -1
SN23 - Isu Keselamatan Di Selat Melaka :
Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
Mukadimah
[SN23] Kejayaan Polis Marin Malaysia menumpaskan sekumpulan 10 orang lanun di dalam kejadian rampasan kapal tangki Nepline Delima pada pagi 14hb Jun minggu lepas mendapat liputan meluas oleh media cetak dan elektronik tempatan. Kapal tangki tersebut yang membawa muatan 6,300 tan diesel bernilai RM12 juta dirampas oleh kumpulan lanun terbabit ketika berada 23 batu nautika ke barat daya Pulau Rebak, di kawasan perairan Langkawi. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hassan, terdapat kemungkinan dimana kumpulan lanun tersebut mempunyai hubungan dengan sindiket antarabangsa (BH Jun 17, 2005). Pada bulan Mac yang lepas pula, sebuah kapal tunda Jepun diserang oleh sekumpulan 35 orang lanun lengkap bersenjata dan telah menculik dan menawan tiga anak kapalnya yang terdiri daripada dua orang rakyat Jepun dan seorang pekerja Filipina. Begitu juga pada bulan April tahun ini, tentera laut Thailand telah berjaya menangkap 10 orang lanun warga Indonesia yang sedang berada di dalam sebuah bot nelayan menuju ke selatan Pulau Lipe berdekatan daerah Muang Satun.
Masalah lanun bukanlah suatu masalah yang baru, ia telah berlaku sejak zaman dahulu kala lagi apabila jalan laut mula dijadikan sebagai laluan perkapalan dan perdagangan. Lanun dahulu tidaklah secanggih dan lengkap seperti yang ada pada hari ini. Pada masa kini, mereka mempunyai senjata api yang canggih, bergerak dengan cekap, pantas dan tangkas. Mereka begitu arif dengan cara untuk bertindak. Mereka tahu bahagian kapal yang perlu ditawan terlebih dahulu. Mereka juga mengetahui dengan tepat laluan ke bilik kawalan dan pantas menyelesaikan operasi. Dengan kepantasan dan kecanggihan ini, tidak hairanlah jika kegiatan lanun mula mendapat perhatian yang serius dari pihak-pihak berkuasa kawasan perairan yang terlibat. Ini memandangkan operasi yang mereka lakukan adalah seolah-olah seperti operasi ketenteraan dengan ahli-ahli yang mendapat latihan sempurna dan mempunyai ketangkasan seperti anggota pasukan komando serta mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi. Tidak hairanlah juga sekiranya kes lanun di Selat Melaka ini kerapkali dikaitkan dengan sindiket antarabangsa - bahkan kerapkali juga ia dikaitkan dengan aktiviti pengganas yang menampakkan kecenderungan untuk menguasai selat tersibuk di dunia itu.
Lanun Dan Hukumnya Di Dalam Islam
Aktiviti lanun boleh diertikan sebagai jenayah merompak, merampas dan melakukan tindakan kekerasan di laluan laut yang boleh juga disebut sebagai perompak jalanan (qat’u thariq). Ia dikategorikan sebagai hirabah. Hirabah adalah tindakan sekelompok orang yang bersenjata di dalam daerah Daulah Islam dan melakukan kekacauan, penumpahan darah, merampas harta, merosak kehormatan, merosak tanaman, ternakan, keharmonian agama, akhlaq, dan keamanan masyarakat, baik dari kalangan muslim ataupun kafir (zimmi atau harbi). (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, bab Hirabah). Termasuk didalam hirabah adalah kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh sindiket jenayah, mafia, kongsi gelap, dan lain-lain.
Hukuman hirabah dan tata cara menjatuhkannya telah disebut dengan jelas di dalam al-Qur’an. Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerusakan di muka bumi, tidak lain mereka itu dibunuh, atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya); yang demikian itu adalah sebagai suatu penghinaan untuk mereka di dunia. Dan di akhirat mereka memperoleh hukuman yang berat.” (TMQ al-Ma’idah [5]: 33)
Atas dasar itu, hukuman bagi orang yang melakukan hirabah adalah (1) dibunuh atau (2) disalib atau (3) dipotong tangan dan kakinya bersilangan atau (4) dibuang negeri. Inilah hukuman yang wajib dijalankan keatas lanun-lanun yang menjalankan aktiviti mereka di Selat Melaka menurut hukum Allah. Walaubagaimanapun, Sautun Nahdhah minggu ini bukanlah ingin membincangkan dengan mendalam hukuman ke atas lanun-lanun yang menjalankan aktiviti mereka di Selat Melaka. SN minggu ini ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk mendalami isu keselamatan selat yang tersibuk di dunia hari ini. Isu ini bukanlah sahaja tertumpu kepada masalah lanun, malah, lebih dari itu berkisar disekitar isu penguasaan selat yang strategik ini.
Selat Melaka Dan Cita-Cita Amerika Syarikat (AS)
Mengapakah isu lanun di Selat Melaka ini semakin hangat diperbincangkan? Selat Melaka adalah merupakan laluan strategik yang menjadi nadi kepada kebanyakan aktiviti perdagangan dunia. Ia menyediakan jalinan rangkaian pengangkutan dagangan kritikal diantara pengeluar dan pengeksport dunia Timur dan Barat. Jumlah trafik kapal-kapal dagangan di perairan ini mengatasi Terusan Suez dan Terusan Panama, menjadikannya laluan dagangan yang paling sibuk di dunia. Selat Melaka mengelolakan jumlah trafik lebih tiga kali ganda daripada trafik Terusan Suez dan lebih lima kali ganda dari Terusan Panama. Trafik kapal tangki melalui Selat Melaka mencatatkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini dengan kebangkitan China sebagai sebuah kuasa besar ekonomi rantau ini. Jadual dibawah menunjukkan kadar laluan trafik di Selat Melaka untuk setiap tahun sejak dari tahun 1999. Kuasa-kuasa ekonomi rantau ini seperti Jepun dan Korea Selatan bergantung sepenuhnya kepada bekalan minyak dari Timur Tengah dan kebanyakannya dibawa dengan kapal tangki melalui laluan Selat Melaka.
Dengan populasi seramai 1.2 bilion orang, China hari ini merupakan pengguna ketiga terbesar minyak dunia selepas US dan Jepun. China kini sedang melalui proses perindustrian antara yang terpesat di dunia dengan perkembangan ekonomi (KDNK) sebanyak 7% setahun. Penggunaan minyaknya meningkat 7.5% setiap tahun, 7 kali lebih tinggi dari US [www.iags.org/china.htm]. Pada tahun 2003, import minyak China meningkat 30% dibandingkan tahun 2002. Dianggarkan pada tahun 2005 peningkatan ini akan bertambah sebanyak 10% menjadi 7 juta tong sehari [China Brief, The Jamestown Foundation Mac 29, 2005]. Apabila ditambah dengan penggunaan negara Asia Pasifik lain bermakna kira-kira 20 juta tong diperlukan setiap hari. Sejumlah 45 buah kapal tangki minyak China melalui Selat Melaka setiap hari masa kini dan dijangkakan menjelang tahun 2010 ianya akan meningkat kepada 60 buah sehari [Iskandar Sazlan, Jun 2004].
Di samping itu, Selat Melaka juga telah menjadi laluan laut yang paling sesuai berbanding pengangkutan darat untuk mengangkut barangan yang berat dengan jumlah yang banyak dari Lautan Hindi ke Laut China Selatan. Selat Melaka, terlindung dari ombak besar dan tiupan angin kuat; dengan kata lain, risiko dan kos menggunakannya sebagai laluan adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan laluan alternatif yang lebih jauh dan memakan masa yang lama serta melibatkan kos yang lebih tinggi. Laluan alternatif melalui Sunda, Lombok atau Selat Makassar ke Laut China Selatan boleh digunakan sekiranya penggunaan Selat Melaka terhalang. Namun, penutupan Selat Melaka akan serta-merta menyebabkan peningkatan mendadak kos pengangkutan. Pengalaman penutupan Terusan Suez semasa perang Arab-Israel pada tahun 70an menunjukkan yang harga pengangkutan kapal meningkat berlipat kali ganda. Penutupan Selat Melaka sudah pasti akan memberikan kesan yang sama. Ini akan membawa kepada peningkatan harga minyak yang tentunya mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi dunia. Oleh yang demikian, laluan melalui Selat Melaka merupakan pilihan yang tepat dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan laluan darat, udara dan laluan alternatif yang lain.
Faktor strategik inilah yang memaksa AS untuk masuk campur dalam pengurusan keselamatan Selat Melaka. Walaupun kapal-kapal AS hanya mewakili 4% dari jumlah kapal yang melalui Selat Melaka, namun kepentingan sekutu perdagangannya, Korea dan Jepun, serta kedudukan syarikat-syarikat besarnya yang berpusat di sekitar Asia Pasifik adalah merupakan faktor-faktor yang lebih utama dalam keputusannya untuk turut masuk campur di dalam perkara ini. Dan inilah menjadi faktor yang akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, politik dan ketenteraannya, seperti yang digambarkan di dalam dokumen rasminya “… US secara tradisi merupakan pemimpin dalam penggubalan polisi lautan antarabangsa dan telah melibatkan diri di dalam pembangunan perjanjian antarabangsa yang mengurusi berbagai kawasan lautan dunia dan sumber-sumbernya. Kepimpinan ini hendaklah dikekalkan dan digalakkan. Cabaran abad 21 memerlukan peningkatan kerjasama antara penggubal polisi di mana sahaja untuk merealisasikan objektif ini dan mengambil tindakan yang perlu untuk mencapainya…” [U.S Commision on Ocean Policy, September 2004]
Pada tahun 1990, General Norman Schwarzkopf, jeneral yang bertanggungjawab menyerang Iraq pada tahun 1991, telah memberitahu Kongress AS bahawa "Minyak di Timur Tengah adalah bagaikan nyawa untuk Barat. Ia merupakan sumber tenaga kita hari ini dan sebagai kawasan yang mengandungi 77% simpanan minyak dunia, ia akan terus memberikan tenaga pada kita sedangkan tempat-tempat lain sudah kehabisan minyak”. Itu adalah pada tahun 1990. Kini, Amerika sudahpun mencerobohi Iraq dalam rancangannya untuk mengawal minyak di Timur Tengah. Ia juga sedang bergerak untuk menguasai minyak dunia dan jalan-jalan sempit tenaga (energy chokepoints). China dan India, seperti yang kita ketahui begitu cepat membangun dan mula menjadi kuasa pengimport minyak yang besar pada ketika bekalan minyak AS dari Laut Utara ke Alaska mula merosot. Dari sini kita sudah dapat menggambarkan konflik tenaga berskala global mula terlukis….
Kerajaan AS sudahpun mengenalpasti Selat Melaka sebagai “world oil transit chokepoint” dan menganggapnya sebagai laluan yang paling strategik di dunia. Di dalam sebuah penulisan oleh William Engdahl di Asia Times, berkaitan dengan perkara ini, beliau menyebut; “Penguasaan ke atas Malaysia, Indonesia dan Myanmar akan memberikan tentera AS penguasaan ke atas laluan laut paling sibuk dari Teluk Parsi ke China dan Jepun. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada China dalam usahanya untuk memperoleh tenaga yang beas dari pengaruh AS. China bukan sahaja telah kehilangan konsesi minyak di Iraq, kini bekalan mereka dari Sudan sedang mengalami tekanan yang hebat dari Amerika” (“Oil Factor in Bush’s War on Tyranny”, F William Engdahl, Asia Times, 3rd March 2005).
Walaupun gambaran ini hanya sekadar sebuah analisis, fakta-fakta yang dihuraikan menunjukkan bahawa strategi AS sememangnya dibangunkan untuk menuju kearah ini. Kenyataan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa penguasaan perairan strategik seperti Selat Melaka akan dapat memperkukuhkan hegemoni ekonomi, politik dan ketenteraan AS – sesuai dengan cita-cita mereka dalam memastikan penguasaan dunia AS yang berterusan. Apatah lagi dengan kehadiran India dan China sebagai pencabar kuasa ekonomi Amerika – ini turut mendesak AS bukan sahaja untuk terus berusaha mengekalkan kedudukannya sebagai pembuat polisi malah lebih dari itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab mengurusinya.
Senario Politik Nusantara Dalam Menghadapi AS
Di dalam sebuah tulisan yang dikeluarkan oleh The National Intellegence Council (NIC), sebuah badan CIA, yang bertajuk Mapping the Global Future suatu senario digambarkan mengenai penegakkan sebuah Khilafah Islam yang muncul pada tahun 2020 untuk mentadbir dan menguasai dunia. Senario ini muncul kerana AS dapat merasakan bahawa Khilafah Islam adalah merupakan suatu kepastian yang hanya menunggu masa penegakkannya. Penegakkan Khilafah sudah pasti menjadi faktor politik yang akan membahayakan kepentingan AS pada masa akan datang. Oleh kerana kawasan Nusantara diduduki oleh kaum muslimin dengan bilangan yang sangat besar, dan kawasan Nusantara juga menempatkan selat yang paling strategik di dunia, secara logiknya, dengan penguasaan Selat Melaka, AS akan dapat menempatkan diri mereka di salah satu tempat yang paling sesuai untuk mengekang, menyerang dan menghancurkan Khilafah apabila ia berdiri kelak. Tambahan pula, beberapa negara di Nusantara ini seringkali dihubung-kaitkan dengan tindakan terorisme; ini boleh menjadi justifikasi yang cukup mudah bagi AS untuk masuk campur secara lebih meluas dalam perjalanan politik, ekonomi dan ketenteraan Asia Tenggara. Sebelum ini, AS telahpun bekerjasama secara ketenteraan dengan Thailand dan Filipina. Singapura pula, yang menjadi sekutu kuat AS di Nusantara, dijadikan sebagai jurucakap bagi mendesak Malaysia dan Indonesia untuk menerima kehadirannya. Namun begitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan bahawa Malaysia tetap dengan pendirian tidak bersetuju soal kedaulatan negara digugat dengan penempatan kuasa ketiga di kawasan perairan tersibuk di dunia itu. Disamping itu, kehadiran pihak ketiga juga tidak akan memberi keuntungan kepada negara pesisir [Bernama.com.my Jun 5, 2005]. Dari pengalaman yang dilihat di negara-negara kaum muslimin di Timur Tengah, tindakan campur tangan US juga boleh menjurus kepada tindakan ketenteraan ke atas negara-negara lain, terutamanya negara umat Islam. Lihatlah apa yang berlaku pada Iraq dan Afghanistan. AS dengan mudah dapat menghancurkan sesebuah negara yang tidak disukainya sekiranya jiran tetangga negara tersebut membenarkan Amerika membuka pengkalan tenteranya disitu. Selat Melaka dan persisirannya amat strategik dan dapat berfungsi sebagai pengkalan tentera untuk menyerang negara-negara Asia Tenggara jika pemimpin negara tersebut tidak mahu mengikuti kehendak dan keputusan AS. Ini seperti yang pernah dinyatakan juga oleh Timbalan Perdana Menteri bahawa Asia Tenggara khususnya negara-negara pesisir Selat Melaka, perlu belajar dari kegagalan tentera penjajah yang diketuai AS dalam apa yang didakwa sebagai misi membebaskan Iraq [UM Jun 7, 2004]. Walaubagaimanapun, di Singapura baru-baru ini, Datuk Seri Mohd Najib mula membuka sedikit ruang kepada pihak luar dengan menyeru masyarakat antarabangsa dan mereka yang paling banyak mendapat manfaat daripada laluan menerusi selat tersebut untuk tampil membantu usaha-usaha berterusan oleh negara-negara pesisir dengan memberikan sumber-sumber yang besar daripada segi aset, keupayaan dan sumber manusia untuk mengawal keselamatan di perairan itu ke satu tahap yang akan menjadikannya tidak lagi menarik bagi lanun dan pengganas [Bernama.com.my Jun 5, 2005]. Beliau bagaimanapun tetap menekankan keyakinannya bahawa negara-negara persisir masih mampu mengawal keselamatan Selat Melaka.
Mungkin buat masa ini tekanan antarabangsa, khususnya AS masih mampu ditahan oleh Malaysia sebagai salah sebuah negara pesisir Selat Melaka. Namun sampai bilakah pemimpin negara akan terus memberikan alasan-alasan untuk menolak camputangan AS? Dari fakta-fakta yang diberikan, adalah suatu kepastian tekanan AS akan terus meningkat hari demi hari. Banyak kawasan kaum muslimin pada hari ini telah di kuasai oleh kaum kuffar. Terusan Suez di Mesir sekarang ini dalam kawalan antarabangsa sedangkan Selat Gibraltar (Jabal Tariq) menjadi kawasan Sepanyol dan Britain. Dan siapakah pula yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Selat Melaka??
Wahai Kaum Muslimin Yang Dimuliakan!
Sampai bilakah kita harus tunduk dan patuh dengan kehendak kaum kuffar. Siapakah yang akan menjaga dan memerhatikan umat Islam dan kawasannya dengan sebenar-benarnya? Sesungguhnya, pada suatu waktu dahulu umat Islam bebas dari sebarang penguasaan kecuali kekuasaan Allah SWT dan tidak pernah bergantung kepada kehendak dan telunjuk kaum kuffar. Dahulu umat Islam digeruni dan disegani oleh kaum kuffar. Dahulu umat Islam dijaga dan tanah mereka sentiasa dipertahankan oleh Daulah Khilafah. Daulah Khilafah pernah menjadi sebuah kuasa besar dunia dan umat Islam dipandang tinggi dan hidup dengan penuh kemuliaan di muka bumi....
Hanya penerapan hukum Allah melalui penubuhan Daulah Khilafah sahajalah yang akan dapat melindungi kaum muslimin dengan sebenar-benar perlindungan.
“Sesungguhnya imam/khilafah itu adalah perisai, yang dengannya manusia berlindung dan berperang dibelakangnya” (HR Muslim)
“Setiap kamu adalah pengembala, dan akan ditanyakan kepadamu apa yang kamu gembalakan, Imam adalah pengembala, dan ia akan ditanyakan atas apa yang digembalakan” (HR Mutaffaq ‘alaih)
Wahai kaum muslimin yang dimuliakan, adalah wajib keatas kita untuk mengambil berat tentang urusan kaum muslimin baik di dalam mahupun di luar negeri. Sikap berdiam diri kita bukanlah tindakan yang terbaik. Sikap mementingkan diri akan membawa kebinasaan kepada diri kita dan umat Islam keseluruhannya. Janganlah kita leka dan tidak mengendahkan isu ini hanya kerana kesenangan hidup yang sedang kita kecapi hari ini. Ingatlah pesanan junjungan besar kita Rasulullah SAW :
“Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk dari golongan mereka (golongan muslimin)” (HR Hakim dari al-Khatib dari Hudzaifah ra)
Sudah sampai masanya kekuasaan Islam itu didirikan kembali. Sudah sampai masanya sejarah gemilang Islam berulang kembali.
Wallahua’lam bissawab
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:24:41 GMT -1
SN24 - Rasuah Subur Di Dunia Kapitalisme
Mukadimah
[SN24] Isu rasuah kini kembali bergolak dengan beberapa kes yang sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak dengan timbulnya beberapa isu sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara. Di Filipina sebagai contoh, desakan semakin kuat menuntut Presiden Gloria Macapagal Arroyo (GMA) meletak jawatan berhubung isu dakwaan menipu di dalam pilihanraya yang lepas. Seruan “Cukuplah rasuah, GMA mesti undur” tertulis pada salah satu sepanduk dalam tunjuk perasaan oleh kira-kira 5,000 orang di Manila [BH250605]. Di Indonesia, Said Agil Husin Al Munawar, yang pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Agama di bawah kepimpinan Megawati Sukarnoputri ditahan kerana didakwa menyelewengkan wang tabung haji berjumlah kira-kira 680 billion rupiah (RM266 juta) berikutan kempen Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menghapuskan rasuah [BH250605]. Di Thailand pengacara radio berpengaruh, Anchalee Paireerak yang telah membuat laporan mengenai rasuah yang berlaku di dalam kerajaan Thailand dilaporkan akan membatalkan program hariannya dan akan meninggalkan Thailand kerana dikatakan menerima ancaman daripada pihak berkuasa tempatan. Di Malaysia pula isu rasuah politik yang melibatkan penggantungan Tan Sri Isa Samad telah memenuhi ruangan berita utama untuk minggu ini.
Menurut jadual rasuah tahunan PERC (Political and Economic Risk Consultancy) di Asia yang diumumkan pada 9hb Mac 2005, Malaysia telah jatuh dua tangga dan kini berada di kedudukan ke-6 berbanding 10 tahun yang lepas, di mana Malaysia menduduki tempat ke-4. Secara umumnya, ini menunjukkan situasi rasuah dalam negara telah menjadi semakin buruk dan membimbangkan.
Jadual Kaji Selidik Rasuah PERC 1996 2005Negara Rank Score Rank Score Singapore 1 1.09 1 0.65 Japan 2 1.93 2 3.46 Hong Kong 3 2.79 3 3.50 Malaysia 4 5.00 6 6.80 South Korea 5 5.16 5 6.50 Taiwan 6 5.53 4 6.15 Thailand 7 6.55 7 7.20 India 8 6.86 9 8.63 Philippines 9 6.95 11 8.80 Indonesia 10 7.69 12 9.10 Vietnam 11 7.78 10 8.65 China 12 8.00 8 7.68
*Mata yang diberi bersilang dari 0 ke 10, di mana 0 menandakan mata yang paling baik manakala 10 mata yang paling buruk
Laporan rasuah Transparency International (TI) 2005 yang diumumkan baru-baru ini juga melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 kepada tempat ke-39 pada tahun 2004 dalam kedudukan indeks persepsi rasuah antarabangsa. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah ada suatu penyakit yang merbahaya sedang melanda dunia umumnya dan umat Islam khususnya. Apakah punca dan penyelesaiannya? Sautun Nahdhah kali ini cuba mengulas isu ini bagi memberikan satu cetusan fikrah untuk dihayati oleh umat.
Faktor Yang Menyumbang Kepada Barah Rasuah
1. Faktor Individu
Konsep dan pemahaman manusia tentang kebahagiaan mengalami pertembungan paradigma yang kemudiannya menentukan sikap seseorang manusia dalam menghadapi kehidupannya. Pertembungan ini bukanlah sesuatu yang alami, tetapi merupakan suatu perubahan yang terjadi akibat dari pertentangan ideologi yang dianut oleh sesuatu bangsa. Di Malaysia, sebagai contoh, penerapan sistem kapitalisme dipeluk erat oleh sekelompok orang Islam secara membabi buta; masa yang sama mereka ‘lupa’ bahawa mereka seharusnya bertindak mengikut hukum Islam yang mereka anuti. Di dalam masyarakat yang menyunjung tinggi materialisme, kebahagiaan diukur dari jumlah nilai kebendaan yang dapat dikumpulkan dan dimiliki. Dalam masyarakat seperti ini, segala sesuatu diukur dengan wang. Oleh itu, kebahagiaan, kehormatan, status sosial, intelektualisme, kesejahteraan, dan segala nilai kebaikan, diukur dengan nilai kebendaan (wang). Akibatnya segala cara dihalalkan untuk mendapatkan wang sebanyak-banyaknya, tanpa mempedulikan apakah wang yang diperoleh itu adalah dengan cara yang halal atau haram.
Meluasnya fahaman materialisme ini juga mempengaruhi sifat individu masyarakat dan bukan hanya pegawai kerajaan. Mereka tidak lagi mempunyai rasa malu, bersalah sekaligus hilang kawalan diri, dalam menghadapi fenomena rasuah. Bahkan pada tahap tertentu, rasuah dipandang sebagai cara yang sah untuk mendapatkan rezeki, menjaga kestabilan masyarakat, serta alat untuk mendapatkan sokongan dan pengaruh politik. Gejala ini berlaku lebih-lebih lagi di dalam sebuah masyarakat yang individunya rata-rata berpendapatan rendah.
2. Faktor Sistem
Sumbangan faktor individu dalam merebaknya gejala rasuah ini tidaklah berdiri dengan sendirinya. Hakikatnya, apabila kita menfokuskan perhatian kita kepada individu, pada dasarnya kita sedang berbicara tentang “buah” dari sebuah sistem. Sesebuah sistem merancang pembangunan peribadi individu masyarakatnya. Di dalam masyarakat kapitalis, yang menjunjung tinggi individualisme secara jelas, karakter peribadi individu masyarakatnya tidak dibangun dengan cara yang betul. Seluruh sistem kehidupannya seperti pendidikan, tata nilai (sosial, kemasyarakatan, keluarga), sistem ekonomi dan sistem sosial yang diterapkan secara sistematik akan membentuk individu yang mengagungkan kebebasan sebagai puncak kebahagiaan. Akibatnya lahirlah sebuah masyarakat yang individualistik sekaligus materialistik. Dalam masyarakat yang begitu mengagungkan materialisme, peningkatan gejala rasuah bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.
Sistem kapitalisme yang diterapkan ketika ini mengajarkan konsep pemisahan agama dari urusan kehidupan. Seseorang hanya boleh membawa agama di dalam kehidupan secara individu; sebaliknya, ketika mengatur urusan negara, agama diketepikan atau setakat dijadikan alasan bagi menjustifikasi sesuatu keputusan. Suasana keimanan diabaikan di dalam sistem kapitalisme. Bentuk hukuman yang lemah juga menjadi punca tidak berkesannya pembenterasan barah rasuah ini. Bentuk hukuman yang memilih-milih sering menjadi penghalang dari terbenterasnya “ikan jerung” dengan menjadikan “ikan bilis” sebagai kambing hitam. Sudah pasti pokok yang rosak akan mengeluarkan buah yang rosak, begitu jugalah dengan sistem yang rosak. Sistem yang rosak secara pasti akan menghasilkan berbagai-bagai penyakit yang akan merosakkan masyarakatnya – rasuah merupakan salah satu manifestasi kerosakan tersebut.
Pandangan Islam Terhadap Rasuah Dan Penyelesaiannya
Rasuah didefinisikan oleh para ulama fiqh sebagai semua harta/wang yang yang diberikan kepada seseorang pemerintah, hakim, atau pegawai kerajaan dengan maksud untuk memperolehi keputusan mengenai suatu kepentingan yang semestinya wajib diputuskan tanpa pembayaran dalam bentuk apapun. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan nash-nash Al-Qur’an dan Hadis. Allah swt berfirman:
“Dan janganlah ada diantara kalian yang memakan harta benda sebahagian yang lain dengan jalan yang batil, dan janganlah menggunakannya sebagai umpan (untuk menyuap) para hakim dengan maksud agar kalian dapat memakan harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kalian mengetahui (hal itu)” (TMQ Al Baqarah [2]: 188).
Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Rasululah saw bersabda: “Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah di dalam kekuasaan”.
At Tirmidzi meriwayatkan sebuah hadis serupa berasal dari Abdullah bin ‘Amr, bahawasanya Rasulullah bersabda: “Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah” Hadis lain mengenai ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazar dan Al-Hakim, berasal dari Tsuban yang mengatakan: “Rasulullah saw melaknati pemberi, penerima rasuah, dan orang yang menyaksikan rasuah.” Abu Dawud juga meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang kami berikan tugas untuk melakukan suatu pekerjaan dan kepadanya telah kami beri rezeki (imbalan gaji), maka apa yang diambil olehnya selain itu adalah kecurangan.” Adakalanya rasuah juga diberikan oleh seseorang dengan maksud agar pegawai yang berkenaan tidak menjalankan tugas yang menjadi kewajibannya sebagaimana semestinya. Rasuah seperti inilah yang sangat dihinakan oleh para sahabat Nabi saw, bahkan mereka menolaknya dengan tegas.
Sebuah riwayat yang berasal dari Sulaiman bin Yassar, mengatakan bahawa Rasulullah saw mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang baru saja tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah saw telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri yang mengelolanya, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin. Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan yang mereka kumpulkan dari isteri mereka masing-masing. Kepada Abdullah mereka berkata,: “Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh,” Abdulah menjawab, ”Hai kaum Yahudi, demi Allah, kalian memang manusia-manusia hamba Allah yang paling kubenci. Apa yang kalian lakukan ini justeru mendorong diriku merendahkan kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!” Mendengar jawaban tersebut mereka menyahut, ”Kerana inilah langit dan bumi tetap tegak!” (Imam Malik, Al Muwattha’:1450).
Ringkasnya, semua harta yang diperoleh melalui rasuah dipandang sebagai harta haram, bukan milik sesiapapun, perlu disita dan diserahkan kepada Baitul Maal, kerana harta yang demikian itu diperoleh dengan cara yang tidak sah. Penerimanya, pemberinya dan perantaranya wajib dikenakan hukuman yang berat, kerana amalan rasuah sangat besar pengaruhnya terhadap struktur negara dan menghilangkan keyakinan rakyat kepada pemerintah.
Islam juga mengharamkan kekayaan gelap yang diperoleh secara tidak sah oleh pemerintah dan kakitangannya. Selain itu Islam juga melarang pemerintah dari menyentuh kekayaan milik umum dengan alasan dan cara apa sekalipun, baik alasan penafsiran maupun fatwa dari ulama maupun “aulia”. Sistem Islam juga melarang pegawai/kakitangan kerajaan menerima hadiah/hibah. Hadiah atau hibah adalah harta yang diberikan kepada pemerintah atau kakitangannya sebagai satu pemberian. Perbedaannya dengan rasuah adalah bahawa hadiah itu diberikan bukan sebagai balasan keatas sesuatu kepentingan, kerana si pemberi hadiah telah dipenuhi keinginannya, baik secara langsung maupun tidak. Hadiah atau hibah diberikan atas dasar tujuan tertentu, agar pada suatu ketika kelak ia akan dapat memperoleh kepentingannya dari penerima hadiah/hibah. Hadiah semacam ini diharamkan dalam Islam. Rasulullah saw bersabda:“Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur.” (HR. Imam Ahmad).
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda “Amma ba’du, aku telah melantik beberapa orang diantara kalian untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan Allah swt kepadaku. Kemudian salah seorang dari mereka itu datang dan berkata; “ini kuserahkan kepada anda, sedangkan ini adalah hadiah yang diberikan orang kepadaku.” Jika apa yang dikatakannya itu benar, apakah tidak lebih baik kalau ia duduk sahaja di rumah ayah atau ibunya sampai hadiah itu datang kepadanya? Demi Allah, siapapun diantara kalian yang mengambil sesuatu dari zakat itu tanpa haq, maka pada hari kiamat kelak akan menghadap Allah swt sambil membawa apa yang diambilnya itu.”
Hadis diatas menunjukkan bahawa hadiah pada umumnya diberikan oleh seseorang kepada pegawai tertentu kerana jawatannya. Seandainya ia tidak menduduki jawatan itu, tentulah hadiah itu tidak akan datang kepadanya. Atas dasar hukum-hukum tersebut Islam mengubati barah rasuah ini dengan mewujudkan sistem pengawasan diri di kalangan para pegawai/pekerja. Ini didahului dengan sifat ketaqwaan. Pada hakikatnya seseorang yang benar-benar muslim tidak akan melakukan rasuah, tidak akan mahu memberikan rasuah, tidak akan mencuri, tidak akan berkhianat, tidak akan berbuat zalim dan tidak akan menipu; kerana mereka tahu bahawa Allah sentiasa mengawasi dirinya dan menuntut pertanggungjawaban keatas setiap kejahatan, yang kecil mahupun yang besar. Satu kenyataan yang tidak dapat diragukan lagi, jika seseorang pemerintah atau pegawai kerajaan yang tidak memiliki sifat taqwa kepada Allah swt serta tidak takut kepada pengawasanNya secara luaran dan dalaman, maka pemerintah atau kakitangan yang demikian pasti bersikap menindas rakyat dan bertindak dengan sewenang-wenang.
Diantara contoh tindakan bagi membenteras gejala rasuah di zaman Islam adalah:
1) PERISYTIHARAN HARTA. Untuk menjaga dari perbuatan curang, Khalifah Umar ra menghitung kekayaan seseorang di awal jawatannya sebagai pegawai kerajaan, kemudian menghitungnya semula di akhir jawatannya. Apabila terdapat pertambahan yang tidak wajar, Umar ra memerintahkan agar lebihan itu diserahkan kepada Baitul Mal, atau membahagi dua kekayaan tersebut, separuh untuk Baitul Mal dan baki separuhnya diserahkan kepada yang bersangkutan. Muhammad bin Maslamah ditugaskan oleh Khalifah Umar ra membahagi dua kekayaan penguasa Bahrain Abu Hurairah, penguasa Mesir Amr bin Ash serta penguasa Kufah Saad bin Abi Waqqash. Darinya, Umar telah berhasil mengatasi secara mendasar sebab-sebab yang menimbulkan kerosakan fikrah para pegawainya. Usaha penghitungan kekayaan tidaklah sulit dilakukan apabila sistem mendukungnya dengan penuh, apatah lagi apabila masyarakat turut berperanan mengawasi perilaku pegawai kerajaan.
2) PENEGAKKAN HUKUM merupakan satu lagi aspek penting yang harus dijalankan di dalam sistem Islam. Hukuman di dalam Islam mempunyai fungsi sebagai pencegah (zawajir) selain ianya juga merupakan penebus dosa (jawabir). Para perasuah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan tindakan kejahatannya. Para perasuah kelas atasan, yang dengan tindakannya itu boleh mengancam keselamatan negara, menghancurkan ekonomi negara, apalagi boleh memperbesarkan angka kemiskinan, boleh dihukum dengan hukuman mati atau hukuman penjara. Dengan yang demikian, para perasuah akan berfikir panjang untuk melakukan perkara tersebut. Seseorang perasuah juga boleh dihukum tasyhir, iaitu berupa pewartaan atas diri perasuah. Pada zaman dahulu mereka diarak di sekeliling kota, tapi pada masa kini media massa boleh digunakan untuk menghebahkan jenayahnya kepada umum.
Khatimah
Sesungguhnya amalan rasuah akan terus subur di dalam sistem kapitalisme yang mengharamkan agama dibawa ke dalam kehidupan. Untuk merawat barah rasuah ini sudah semestinya kita wajib kembali kepada tatacara kehidupan Islam yang mengaitkan kehidupan bernegara dengan ajaran agama dalam bentuk perintah dan larangan Allah swt. Tatacara kehidupan Islam ini hendaklah dibangunkan di atas tiga asas yang utama:
a) Ketaqwaan individu yang tinggi (TMQ 41:20, TMQ 41:22-23) - hanya akan wujud dengan sebenar-benarnya apabila sistem kehidupan itu sendiri mewujudkan nuansa ketaqwaan didalamnya.
b) Sistem kawalan masyarakat yang akan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar kepada negara/pemerintah (TMQ 3:104)
c) Negara yang konsisten dan tegas dalam menerapkan hukum Islam dan ini hanya akan dapat dicapai melalui penegakkan Daulah Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwah: Sabda Rasulullah saw..“jikalau sekiranya Fatimah binti Muhammad telah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya…”
Wallahu'alam.
|
|
|
Post by khalid bin lukman on Apr 29, 2006 2:25:28 GMT -1
SN25 - Kemiskinan Atau Pemiskinan ? Mukadimah [SN25] Kemiskinan adalah satu permasalahan global yang masih menghantui umat Islam di seluruh dunia semenjak dahulu hingga kini. Kemelut ini sering kali meletakkan umat Islam di kancah kehinaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, “tidak ada cabaran yang paling hebat melanda dunia Islam hari ini selain daripada kemiskinan yang menyebabkan agama itu dan umatnya dipandang rendah serta diperlekehkan” (Utusan Malaysia, 18hb Februari 2005). Pelbagai pendapat di utarakan dan bermacam pendekatan telah dan sedang dibincangkan terutamanya di sidang-sidang kemuncak peringkat dunia (world summit) yang mana, matlamat akhirnya adalah untuk mencari jalan penyelesaian paling berkesan untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Akhbar itu juga memetik PM sebagai berkata ”Tidak ada yang menjatuhkan maruah, imej dan pengaruh umat Islam melainkan kemiskinan. Negara-negara miskin dengan rakyatnya yang lemah akan dipandang rendah, dieksploitasi dan diketepikan, ujarnya sambil menambah hanya kekayaan dan kemajuan akan menjadikan dunia Islam dihormati dan dipandang tinggi”. Persoalannya, adakah benar kata-kata Perdana Menteri bahawa hanya kekayaan dan kemajuan akan menjadikan dunia Islam dihormati dan dipandang tinggi? Adakah benar ini merupakan penyelesaian sebenar menurut Islam ataupun umat Islam sendiri masih teraba-raba sehingga penyelesaian masalah dicari menurut perspektif Kapitalis? Takrif Kemiskinan Menurut Kapitalisme Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak iaitu konsep cukup makan dan kemiskinan relatif iaitu konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah kadar kemiskinan iaitu peratusan penduduk atau isi rumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Kemiskinan Mutlak Satu keadaan yang mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kemiskinan Relatif Ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ia diukur dengan menggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar serta luar bandar. Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isi rumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata. SUMBER: Kualiti Hidup Malaysia 1999, Unit Perancang Ekonomi. Takrif Kemiskinan Menurut Islam Memang benar, kemiskinan adalah salah satu sebab kemunduran dan kehancuran suatu bangsa. Bahkan Islam memandang kemiskinan merupakan suatu ancaman dari syaitan. Allah SWT berfirman: “Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat yang keji dan Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia; dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) dan Maha Mengetahui” (TMQ Al-Baqarah[2]: 268) Disebabkan itulah, Islam sebagai risalah syumul dan sebuah ideologi yang sahih, sangat prihatin terhadap masalah kemiskinan dan usaha-usaha mengatasinya. Dalam fiqih, dibezakan antara istilah fakir dan miskin yang mana fakir adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan harta untuk memenuhi keperluan pokoknya sedangkan miskin adalah orang yang sama sekali tidak mempunyai apa-apa. Cara Islam Mengatasi Kemiskinan Islam sebagai sistem hidup yang sahih memiliki cara untuk menangani masalah kemiskinan. Syariat Islam memiliki banyak hukum yang berkaitan dengan penyelesaian masalah kemiskinan walau apa pun jenisnya, yang mana ia tidak berdiri sendiri, melainkan ianya saling berkait-rapat dengan hukum-hukum lainnya secara bersepadu. Penyelesaian Islam untuk mengatasi kemiskinan dapat dijelaskan sebagai berikut: 1. Jaminan Pemenuhan Keperluan Pokok (Primary Needs) Islam telah menetapkan keperluan pokok manusia terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, jaminan pemenuhan keperluan pokok bagi setiap individu tidak bererti negara akan membahagi-bahagikan makanan, pakaian, dan perumahan kepada sesiapa sahaja sehingga menjadikan rakyatnya malas, sebaliknya, ia dilakukan dengan menwujudkan mekanisma-mekanisma yang dapat menangani masalah kemiskinan. Mekanisma tersebut adalah: a. Mewajibkan Lelaki Memberi Nafkah Kepada Diri dan Keluarganya. Islam mewajibkan laki-laki yang mampu dan memerlukan nafkah untuk bekerja dalam rangka memenuhi keperluannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ”Kewajipan ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 233). b. Mewajibkan saudara terdekat untuk membantu saudaranya Realiti menunjukkan bahawa tidak semua lelaki berkemampuan untuk bekerja mencari nafkah. Ada di kalangan mereka yang cacat mental atau fizikal, sakit, lanjut usia dan lain-lain penyebab ketidakmampuannya untuk bekerja. Dalam situasi sebegini, pemenuhan nafkahnya adalah menjadi tanggungjawab kerabat terdekat yang memiliki hubungan darah untuk membantu mereka. Allah SWT berfirman yang bermaksud:: “…Dan kewajipan ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya. Dan waris pun berkewajipan sedemikian…” (TMQ al-Baqarah [2]: 233). Jika seseorang secara peribadi tidak mampu memenuhi keperluannya maka kewajipan memenuhi nafkah beralih ke kerabat terdekatnya sekiranya terdapat kelebihan harta. “Sebaik-baik sedekah adalah harta yang berasal dari selebihnya keperluan.” [HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah]. c. Mewajibkan Negara untuk Membantu Rakyat Miskin Jika seseorang yang miskin tidak memiliki saudara yang boleh membantunya, kewajipan memberi nafkah beralih ke Baitul Mal (kewangan negara). Rasulullah SAW pernah bersabda: “Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (sebatang kara iaitu orang yang lemah, tidak mempunyai anak dan ibu-bapa), maka dia menjadi kewajipan kami.” [HR. Imam Muslim]. d. Mewajibkan Kaum Muslim untuk Membantu Rakyat Miskin Apabila di dalam Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajipan menafkahi orang miskin beralih ke kaum Muslim secara kolektif. Allah SWT berfirman: “Di dalam harta mereka, terdapat hak bagi orang miskin yang meminta-minta yang tidak mendapatkan bahagian.” (TMQ. adz-Dzariyat [51]: 19). Mekanisme ini dilakukan dengan dua cara. Pertama, kaum Muslim secara individu membantu orang-orang yang miskin. Kedua, negara mewajibkan dharibah (cukai) kepada orang-orang kaya, hingga mencukupi keperluan untuk membantu orang miskin. Cukai ini hanya diwajibkan ketika Baitul Mal benar-benar kehabisan sumber kewangan. 2. Pengaturan Pemilikan Pengaturan pemilikan yang dimaksudkan mencakup tiga aspek, iaitu jenis-jenis pemilikan, pengelolaan pemilikan dan pengagihan kekayaan di tengah-tengah masyarakat. Pengaturan pemilikan untuk mengatasi masalah kemiskinan dijelaskan sebagai berikut. a. Jenis-jenis Pemilikan Syariat Islam mendefinisikan pemilikan sebagai izin dari as-Syaari’ (Pembuat Hukum) untuk memanfaatkan suatu zat atau benda. Terdapat tiga jenis pemilikan dalam Islam, iaitu pemilikan individu, pemilikan umum dan pemilikan negara. * Pemilikan individu adalah izin dari Allah SWT kepada individu untuk memanfaatkan sesuatu seperti hasil kerja seperti gaji, warisan, pemberian negara, hadiah dan lain-lain. Pemilikan individu ini menjadi motivasi kepada individu untuk berusaha mencari harta untuk mencukupi keperluannya dan berusaha untuk tidak hidup miskin. * Pemilikan Umum adalah izin dari Allah SWT kepada jemaah (masyarakat) untuk secara bersama-sama memanfaatkan sesuatu. Aset yang tergolong pemilikan umum ini tidak boleh sama sekali dimiliki secara individu atau dimonopoli oleh sekelompok orang. Aset yang termasuk jenis ini adalah: Pertama, segala sesuatu yang menjadi keperluan utama masyarakat, dan akan menyebabkan persengketaan jika ia lenyap seperti sumber air, elektrik dan lain-lain. Kedua, segala sesuatu yang secara semula jadi tidak boleh dimanfaatkan hanya oleh individu seperti sungai, danau, laut, jalan umum, dan lain-lain. Ketiga, bahan galian yang jumlahnya sangat besar, seperti emas, perak, petroleum, arang batu dan lain-lain. Secara praktiknya, pemilikan umum ini dikelola oleh negara dan hasilnya (keuntungannya) dikembalikan kepada masyarakat. Elektrik atau air, sebagai contoh boleh diagihkan kepada masyarakat umum dengan harga yang murah, atau percuma. Pengaturan pemilikan umum seperti ini jelas menjadikan aset-aset milik masyakat dapat dinikmati bersama, tidak dimonopoli oleh seseorang atau sekelompok orang, sehingga yang lain tidak memperoleh apa-apa; sebagaimana yang terjadi dalam sistem kapitalis. Dengan demikian masalah kemiskinan dapat dikurangkan, bahkan diatasi dengan adanya pengaturan pemilikan umum seperti ini. Pengaturan kepemilikan umum di bawah Islam ini akan melepaskan bebanan kepada rakyat dalam membayar cukai tahunan seperti yang berlaku di negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalisme. Ini adalah kerana keuntungan yang diperoleh dari pengelolaan kepemilikan umum seperti petroleum dan bahan-bahan galian lainnya, sebagai contoh, akan menjadi salah satu dari sumber pendapatan untuk dibelanjakan kembali bagi tujuan kemaslahatan masyarakat. Ini adalah suatu yang amat mudah untuk ditanggapi memandangkan sumber petroleum dunia dikuasai hampir sepenuhnya oleh negeri-negeri kaum Muslimin. * Kepemilikan Negara adalah setiap harta yang menjadi hak kaum Muslim, tetapi hak pengelolaannya diwakilkan pada Khalifah (sesuai dengan ijtihadnya) sebagai ketua negara. Aset yang termasuk jenis pemilikan ini di antaranya adalah: fa’i, kharaj, jizyah, atau kilang-kilang seperti kilang yang menghasilkan peralatan berat yang mempunyai kepentingan untuk Daulah. Adanya pemilikan negara dalam Islam jelas menjadikan negara memiliki sumber-sumber aliran masuk tunai (cash in-flow) dan aset-aset yang cukup banyak. Dengan demikian negara akan mampu menjalankan tugas dan fungsinya sebagai pengatur urusan rakyat termasuk memberikan jaminan pemenuhan keperluan rakyat miskin. b. Pengelolaan Pemilikan Pengelolaan pemilikan dalam Islam mencakup dua aspek iaitu pengembangan harta (tanmiyatul Mal) dan penginfaqkan harta (infaqul Mal) melalui pengaturan berbagai hukum Islam seperti melarang seseorang untuk mengembangkan hartanya dengan cara riba, melarang seseorang bersifat kedekut dan sebagainya. Dengan adanya pengaturan pengelolaan pemilikan akan menjadikan harta itu beredar, ekonomi berkembang dengan sihat dan kemiskinan dapat diatasi. c. Pengagihan Kekayaan di Tengah-tengah Masyarakat Pincangnya pengagihan kekayaan di tengah-tengah masyarakat telah menjadi faktor terpenting penyebab terjadinya kemiskinan. Dengan mengamati hukum-hukum syara’ yang berhubungan dengan masalah ekonomi, akan kita jumpai secara umum hukum-hukum tersebut senantiasa mengarah pada terwujudnya pengagihan kekayaan secara adil dalam masyarakat. 3. Penyediaan Pekerjaan Menyediakan pekerjaan merupakan kewajipan negara. Hal ini menyandar pada keumuman hadits Rasululah SAW: “Seorang iman (pemimpin) adalah bagaikan penggembala, dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas gembalanya (rakyatnya).” [HR. Bukhari dan Muslim]. 4. Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Kemiskinan yang sering dikaitkan dengan kualiti pendidikan dan lemahnya sumber manusia dapat diatasi dengan memberikan pendidikan kepada rakyat secara percuma dengan tujuan untuk melahirkan individu yang memiliki berkeperibadian Islam yang teguh dan memiliki keterampilan serta kelayakan untuk bekerja. Khatimah Kemiskinan hanyalah merupakan masalah cabang (furu') iaitu simptom atau gejala dan bukannya penyakit sebenar di dalam umat Islam hari ini. Selagi umat Islam tidak berusaha mengubati masalah pokok, iaitu tidak terlaksananya hukum-hakam Islam secara keseluruhan (kaffah), masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Konsep penyelesaian kemiskinan yang ditunjukkan oleh Islam seperti yang dibincangkan di atas tidak akan dapat dijalankan tanpa adanya Daulah Khilafah. Memberi pendidikan dan menyediakan sarana untuk menjana kekayaan tanpa mengasaskannya kepada Islam melalui penegakan Daulah Khilafah mungkin akan hanya menyelesaikan gejala tersebut buat sementara waktu. Masalah kemiskinan pasti akan muncul kembali kerana ‘pemiskinan’ manusia sebagai harga yang dibayar buat kekayaan sebahagian kecil manusia lainnya merupakan sifat naluriah sistem kapitalis. Islam akan tetap dihina dan usaha untuk menghancurkannya akan terus berlaku. Hanya dengan menerapkan Islam sepenuhnya kemiskinan akan dapat diatasi. Hanya dengan Islamlah umat Islam tidak akan diperlekehkan lagi. Hanya dengan Islamlah kaum Muslimin akan kembali menerajui kepimpinan dunia. Pilihan kini terletak di tangan kita sendiri; kemiskinankah yang ingin kita atasi atau pemiskinan yang ingin terus kita jejaki. Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah, buatlah pilihan yang mulia; marilah kita sama-sama berusaha untuk mengembalikan Islam sebagai rahmatan lil-'alamin (rahmat bagi seluruh alam) dan ini hanya akan dapat direalisasikan dengan menegakkan semula Daulah Khilafah ‘ala Minhaj Nubuwwah. Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.
|
|